Rabu, 30 September 2009

#29 ; selamat dan so long, september



went out right after arabic class. alone. had kfc for lunch (: beli barangbarang keperluan. serius, yang tak perlu tengok dari jauh je dengan pandangan sayu.

dan esok dah oktober, ada dalam sebulan lebih kurang sebelum final exam. tadi dah tengok jadual.

arabic 1 - 021109
intro to masscomm - 061109
revelation - 071109
creative thinking - 121109
intro to psych - 131109

lega sebab jadual sementara haritu paper terakhir adalah on 19th. dapat 5 hari extra cuti. okey ah tu kan. new semester starts on 7th december. kira ah berapa hari je aku cuti. bohohoo :(

sekarang tengah kecoh isu accomodation. mula sem depan tak semua buleh duduk dalam. haih mana tempat aku pergi la ada isu camni. kat kpm pun haritu isu dan sebab yang sama. lambakan bilangan students untuk intake sem depan. priority untuk first year, international & final year students. dan cam biasa yang aktif lah. untuk yang ke kelas setiap hari kemudian balik bilik online atau tidur macam aku ni buleh berangan. hahaha. ni nak menyamar jadi thailandiyyun ni. ishh. mintakmintak lah diorang tangguh sampai la aku dah final year nanti. haha takpun sampai family dah balik gombak balik (kalau diorang balik) pun jadi lah.

gonna have sedikit fun this weekend. renew lesen persahabatan dan family bonding activities inshaAllah.



SELAMAT TINGGAL SEPTEMBER DUARIBU9. PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN
(:


ps: misi 29 pos BERJAYA. weehoo x)
pps: siapa terasa gegaran dalam pukul 5lbey tadi? roomie cakap dia rasa.

Selasa, 29 September 2009

#28 ; jatoh shenta


shud be having my beauty sleep dari 4pm tadi tapi lepas balik kelas tadi lapar, buat megi sambil makan konon nak layan youtube jap dann ended up menonton ni



besttt. jabbawockeez rawkss.

pastu jumpa pulak ada budak kecil menari lagu ni gak. uber cutee! jatuh shenta lak ngan budak ni. haha.


penari topeng putihhh. *swoons* hahaha


ps: lagu yang tak sepatutnya terngiang bermainmain dalam palotak. part chorus lak tu.

Isnin, 28 September 2009

#27 ;


semalam jam 5am baru boleh tido. kehareman sungguh.

dan 9am ada kelas stret sampai 1pm.

tapi tadi habis 1230pm.

on the way balik dah nak hujan.

tak sampai suku jalan dah hujan.

lebat. mandi kali kedua untuk harini.

best (:

hujan buat saya rasa mood saya dah pulang dari vacation. wipeeee.

tenang.

tapi sekarang tengah hyper sikit sebab belum lunch. haha.

pernah dengar ayat ni?

" kadangkadang Allah sembunyikan matahari, Dia turunkan hujan dan awan hitam. kita menangis mencari di mana matahari. rupanya Allah mahu menghadiahkan kita pelangi "

gambatte kawankawan (:


ps: lagi dua post. yeeha!

#26 ; kacau air oren dalam jag


aku maseh takde rasa nak buat apape. tulunnn.

i think ive lost track of time.

macam dah tak peduli je suma kat sekeliling.

nak tidur pun tekebil lamalama dulu atas katil. tapi sudahnye lama gak ah tido.

nak online takde mood. tapi berjamjam gak aku depan lappy.

nak makan pun dah malas. tapi berselera je macam dah dua hari tak berbuka.

waaa gile dah aku rasa ni.

aduyai.

:(

Ahad, 27 September 2009

#25 ;

dah sampai gombak. perjalanan 6 jam jadi hampir 12 jam. ganu - hentian putra - central - terminal gombak - bustand depan engin. bertukar train bertukar bus. dan tadi pulak orang ramai macam hape. beratur beli tiket ktm dari kul 630 smpai 715 kot. breakfast kat central then sampai uia jalan dari bustand sampai maryam. jauh kot. dengan bag bag nye. macam nak terlerai tulang temulang aku. nasib la bukan sorangsorang sebab kt hentian putra tadi jumpa roomie. sampai depan pintu bilik jam 930am.

japjap, kenapa entah aku citer smangat2 ye? hahahaha.

sebenanye tulis entri ni sebab nak wish a HAPPY HAPPIEST BIRTHDAY to dearest farah nadirah. sorry lupe lu balik uk smalam. sorry tak sempat tengok movie sesama. gomen2. waa sedey2 next year kita jumpa lagi ye insyaAllah. all the best fa. love ya!



oh berita baik, aku tersilap tengok tarikh midterm exam revelation. maksudnya tak exam la esok. yeehaa. lupa pulak cikgu takde sepanjang minggu ni. bestbest. hee. tapi still need to kick my lazy butt untuk presentation cct dan comm1010. chayokk! semoga takde lagi warning letters menyusul. hahahaha. siyes wey risau pulak aku ngan diri sendiri. ape nak jadik ni. ishh.

so now im off to TAMAN LANGIT. pukul 3pm baru nak mendarat ke bumi. selamat tidur dunia (:

Sabtu, 26 September 2009

#24 ;


1] malam ni balik ke the land of atap biru.

2] takmau balik T_T

3] masih tak jumpa mood.

4] tooney & kekamak. sorry sangat takde pun pegi beraya2 as planned.

5] next benda yang paling ditunggu: konvo. tak sabar sebab nak jumpa merekamereka je. dan aku akan kesana secara indie (sorangsorang) sebab abah ada seminar time tu so family takleh datang. belum fikir mana nak stay macam mana nak kesana dan lainlain. nanti ah.

6] ohho tadi dapat surat chenta dari uia. dem. warning letter sebab dah banyak tak gi study circle. haha. bebel la jugak abah tadi tapi aku takde mood nak fikir apape pasal uia so buat tak pot je la.

7] aduh apesal aku takde mood ni. kecelakaan lah. haih.

8] selamat kembali dari cuti everyone. toodles.

Jumaat, 25 September 2009

#23 ;

bila entah nak bersara dari jadi nocturnal ni?

agaknye kene tunggu sampai dah tak dapat akses internet kot.

arghhh,

tido la syanaddd!

mood masih taknak balik dari vacation. mampus. :S

Khamis, 24 September 2009

#22 ;


dah balik ganu. waa malasnye bila fikir dah nak balik gombak. haish.


tibatiba dah hilang mood untuk suma benda.


nak 29 kan post bulan ni pun dah malas.


biar je la berapa yang ada.


oh oh, dah beli lappy baru (:


and the only lagu yang aku baru letak adalah d'masiv - merindukanmu


entah kenapa ter-in-the-mood dengan lagu tu.


wahh kena kumpul semangat untuk balik study dann exam dan presentation dan esaimen.


ni yang lemah cuti lama lama ni. memang lupa jalan pulang terus aku.


haih.


selamat hari raya kelima suma.


rindu budak kenit ni. rindu rindu rindu. tahun depan kalau jumpa lagi mesti dah besar.

Ahad, 20 September 2009

#21 ;

hello all. how was your raya? harapharap best la kan.

aku macam biasa je. gambar takde coz tahun ni tak bergambar pun.

harini taktau ah apasal kena penyakit short term memory loss. agak teruk ah gak.

tadi siang fon hilang. aku cakap kt orangorang kat umah. lepastu terus pegi mandi. lepas mandi je tau tau suma orang tengah cari fon aku. haha. sumpah tak leh ingat katmane. last skali jumpa dalam kete ayah. kena bahan kaw kaw. -_-"

semalam helmi punk'd kan kami. peteranswers.com. kononkonon tanya soklan suma bendalah tu tau jawab. satu rumah percaya. siap tanya kat peter tu harini air tebu pukul berapa boleh amek. peter siap jawab in klantan, 'tokleh mesen tebu punoh'. haha. aku la antara yang taksub tu. siap syak helmi involve in black magic. hahaha. last skali bendalah tu trick dari helmi je. hahaharem.

dan sekarang thumbdrive aku lak hilang. macam mane aku leh tak ingat aku letak mana. sedangkan beberapa minit sebelum tu ada je kat tangan aku. haih. makan semut banyak ke atau kepala otak aku tengah tak fokus atau aku dah hilang akal ni? arghh. japgi kalau bagitau konfim kena bahan lagi ni. rumah ni lak pantang barang hilang mula la bergotong royong carik. aigoo.

esok atau lusa maybe gerak kota bharu. tapi harap lusa ah. nak lepak sini lama sket. hee.

toodles! (:


pokde (sebaya ngan aku), achik munie dan yours truly


boifrenku si jongos

Sabtu, 19 September 2009

#20 ;

dah sampai kampung. gua musang, kampung mak.

nenek dah sehat (: Alhamdulillah.

tadi buat ayam masak kunyit dengan achik munie. sedap kot aku masak. haha.

mak dan diorang tengah tengoktengok baju raya.

tok ayah tengah mengaji.

cik yati dan family japgi sampai lah kot.

tadi dah sesi bahan membahan bersama pakcikpakcik.

bahagia ((:

tengah bakar daging kat luar.

ni tengah mengelat jap.

okeyh gtg,

slamat berbuka di akhir ramadhan semua.

selamat berbahagia [:

#19 ;


bila kau nak dengar luahan atau masalah orangorang yang tak berapa rapat dengan kau, make sure: kalau benda tu berkaitan dengan orangorang yang kau kenal, cukuplah sekadar DENGAR je. takyah tambah pape info yang korang tau.

aku dah pernah diberi pengajaran banyak kali pasal ni. tapi harini DIAJAR lagi sekali. daimn.

baru aku tahu rasa kemanusian dan rasa kasihan tu pun ada tempatnya untuk diaplikasikan.

and make sure when you are walking away from somebody's life, takyah la citer sebab apa dan apa yang diorang buat kat ko kat siapasiapa pun. tak kesah la kalau orang tu yang paling rapat or yang tak berapa rapat pun. those things are gonna haunt you back. tak kesah la kalau kau citer benda betul pun. nanti in the end kau yang kena balik wey. lagi banyak kau cerita pun takkan buat kau tenang pun. pergi diamdiam dan lupakan semuanya.

siapa betul siapa salah semua tu kan kerja Tuhan.

mungkin aku perlu lebih pentingkan diri dari kesiankan orang.

pengajaran untuk kau, syanad.

Jumaat, 18 September 2009

#18 ; selamat pelangi raya


1] niat nak beraya tema zuhud tahun ni tapi titiba semalam mak heret pergi cari baju raya jugak. baju kurung siap sekarang suma nak style lengan siti nurhaliza tu pulak. dari zuhud terus cam datindatin. haha. takpe 1st raya masih zuhud. baju kurung cotton lusuh yang mak jahit. terbaik.

2] LAPPY dah oficially jahanam. ni bukan oficially-jahanam-tapi-still-boleh-guna. ni memang bebetol jahanam-aku-dah-takde-lappy. haih takkan nak beli baru lagi. jangan harap la pakcik hasdi nak support. kena pakai duit yang ada. cewah duit yang ada tu pun ayah punye gak. haha. aduyai kurang separuh lagi duit simpanan. patut boleh survive 4 tahun tu. bertambah tambah zuhud la aku lepasni. hahaha :p sedeysedey.

3] ramadhan dah tinggal sehari je lagi. sumpah sedih. entah kenapa rasa sayang lak nak biar ramadhan berakhir.

4] esok pagi kelik klate (cey spiking sket) sampai hari apa tak tau. rabu depan kot. nak onlineonline bagai ni memang takdapat la sebab aku ade berokbeng je lappy takde. cewah cam takleh pinjam lappy maddy lak kan. takdela, raya kan. takkan nak bergelumang ngan facebook dan MAFIA WARS je. hahaha entah kenapa aku capitalised kan tu. cam sarkastik untuk diri sendiri je.

5] okeyh, nak wish:

  • SALAM EIDUL FITRI untuk suma kawankawan.
  • maafkan dan halalkan semua yang TER2 tu ye. tak kesah la TERsengaja atau TERtaksengaja.
  • semoga syawal kita kalini lebih baik dan lebih indah dari yang sebelumsebelumnya. ameen.
  • nanti pagi raya kalau makan tu niatniat la untuk aku. especially kalau tengah makan NASI IMPIT KUAH KACANG. kalau makan kfc tu (ade ke plak orang makan kfc pagi raya) memang wajib la niat untuk aku. haha.
  • lastly, apape pun yang paling terbaik of course la bersederhana je kan. jangan terlebihlebih sangat dan kurang sangat pun jangan.
  • selamat berbahagia di pagi SYAWAL ye sume (:

toodles~

Khamis, 17 September 2009

#17 ; sama


aku marah kaupun marah
tapi marah kita tak sama

aku kecewa kaupun kecewa
tapi kecewa kita tak sama

aku sedih kaupun sedih
tapi sedih kita tak sama

aku sakit kaupun sakit
tapi sakit kita tak sama

aku menangis kaupun menangis
tapi tangis kita tak sama

aku menunggu kaupun menunggu
tapi yang ditunggu kita tak sama

tak mengapa

sebab bila aku senyum kaupun senyum
dan senyum kita sama

sebab bila aku ketawa kaupun ketawa
dan ketawa kita sama

bila kita marah
bila kita kecewa
bila kita sedih
bila kita sakit
bila kita menangis
bila kita menunggu

aku tahu aku perlu kau dan kaupun perlu aku


170909.0710am
lttlgjh;

ps: specially dedicated untuk dadahdadah gembira saya. you know who you are. or at least i know who you are (:

Rabu, 16 September 2009

#16 ; blurbs of the day


satu] got nothing much to rant about but yeah, nak menjayakan misi 29 post di bulan september punya pasal kan. cewah da macam menjayakan gugusan 1 malaysia lak. hahaha otak ko gugusan, gagasan lah.

dua] dua hari kat rumah walaupun kurang produktif tapi adalah hasilnya sikit. mana taknya, tidoq je lebih. jaga malam pagi tidur dah petang baru bangun. terbangterbang lah pahala posa saye ke taman langit. hoho.

tiga] dah buat kek batik sendiri walaupun tak berapa jadi coz of terkurang beskot (teruja nak mencokelatkan kek tu)

empat] sempat buat mini popia yang letak serunding tapi saiznya gabakgabak entah kenapa. kulit popia tebal sangat kot. siap call nenek tanya brand mana kulit popia bagus. last sekali decided untuk takyah buat dulu. haha.

lima] had a whole tub of ice cream (1.7 liter punye) all by myself. TERBAEK weyh.

enam] baru lepas tolong mak buat almond london.

tujuh] baru balik dua hari dah letih dengar mak bisingbising pasal helmi yang kuar malam balik lewat & isap rokok. bising lak kat aku, macam aku lak yang merokok. haih.

lapan] borakborak dan update cerita dari kawankawan dan timbul lah persoalan seperti berikut:

  • apa jadi kalau dalam satu masa, korang boleh tersuka dua orang serentak?
  • apa jadi kalau korang dan bestfren korang tersuka orang yang sama?
  • apa jadi kalau korang dah bercinta bagai nak rak titiba satu hari tu boifren/girlfren korang cakap dia lagi selesa hidup sendiri?
  • apa jadi kalau korang dah berbulan bintang (bertahuntahun) dengan bf/gf korang titiba dia cakap sebenarnya selama ni dia suka orang lain?
  • apa jadi kalau harini korang okey je dengan bf/gf korang titiba esok dia hilang macam tu je?

susah an? aku pun taktau nak memberi cadangan apa. cuma boleh cakap this is life, hadap dan telan je lah apa yang jadi. ada hikmah semua tu. at least apa yang kita kena tu tak lah teruk macam orang lain.

  • apa jadi kalau dah nak habis ramadhan korang still tak dapat makan KFC lagi? hahahahahahha :D ni lagi kesian doww. lalu depan kfc banyak kali pun still takleh makan lagi. bohohoo.

sembilan] selamat 16 september untuk gugusan gagasan malaysia.


ps: que sera sera, whatever will be will be.

Selasa, 15 September 2009

#15 ; lebih senang untuk lari




It's easier to run
Replacing this pain with something numb
It's so much easier to go
Than face all this pain here all alone

Something has been taken from deep inside of me
The secret I've kept locked away no one can ever see
Wounds so deep they never show they never go away
Like moving pictures in my head for years and years they've played

(If I could change I would take back the pain I would)
(Retrace every wrong move that I made I would)
(If I could stand up and take the blame I would)
(If I could take all the shame to the grave I would)
(If I could change I would take back the pain I would)
(Retrace every wrong move that I made I would)
(If I could stand up and take the blame I would)
(I would take all my shame to the grave)

Sometimes I remember the darkness of my past
Bringing back these memories I wish I didn't have
Sometimes I think of letting go and never looking back
And never moving forward so there'd never be a past

Just washing it aside
All of the helplessness inside
Pretending I don't feel misplaced
It's so much simpler than change


*dengar lagu LP lak. ni kes asyik tengok update group LP kat facebook lah ni. teringat zamanzaman form 2 & 3. masatu takde mp3 bagai ni. antara beli kaset LP atau record kat radio. aku biasa record je la. cari lyrics kat internet atau pinjam kat kawan yang beli album. pastu hafal. banyak gak la lagu LP dolu2 yang aku hafal. haha. LP terbaek!


-nadshinoda-

Isnin, 14 September 2009

#14 ;


dah sampai ganu.
dapat berita.
agak terkejut.
kurang satu rutin wajib raya tahun ni.


Al-Fatihah.
semoga tok nik rahmah ditempatkan di kalangan yang dikasihiNya.
ameen.

dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.



*patutlah tak berapa seronok 2-3 hari ni.

Ahad, 13 September 2009

#13 ; agak beragak


(:



satu) agak bahagia weekend ni sebab dapat jumpa mereka yang membahagiakan [: SAYANG andaanda semua!

dua) agak banyak aku makan. harap nanti pijak scale ada ah beza. o.o1 pun jadilah. tapi kalau boleh nak angka 4 kat depan.

tiga) agak memerlukan tidur. entah kenapa lately paling lama pun tidur 6 jam je. dua hari yang aku boleh tidur sampai lebam ni pun aku still bangun awal gak. tidur pukul 4 bangun pukul 10. aigoo.

empat) agak tak sabar nak balik kampung sebab nak jumpa acik munie. makcik yang paling rapat. the last time i met her was during eidul adha 2007. rinduu dan excited.

lima) agak tersirap dengan notis pasal penempatan mahalah yang uia baru keluarkan.

enam) agak pasti tak lama lagi aku kena duduk luar. orang cakap kau ada rumah kat gombak apedehal. aku cakap ada hal sebab aku takde transport. argh! tapi awal sangat nak tesyen untuk ni. lantaq pi lah.

tujuh) agak lega finally its ahad alredy. dua hari hidup sorang kat bilik dan aras dan blok. best tapi bila dah malam tu agak mencabar lah sebab telinga aku suke interpret bunyian yang aku dengar kepada bendabenda tak best. nasib ah kecikkecik dulu salu baca buku winnie the pooh so leh la fikir positif sket. hahahha takde kaitan.

lapan) agak pelik dengan diri sendiri sebab rasa not that excited untuk pulang. taktau ah sebab aku malas nak naiknaik bus pegi greewood ke sebab aku malas nak packing ke. tapi nak duduk kat sini pun aku tak excited. rasa cam taktau diri sendiri rasa paling nak ape dan nak ada kat mana.

sembilan) agak confused :S

sepuluh) agak banyak yang perlu dibaiki dalam diri.

sebelas) agak sayu bila ona (partner) hantar sms ni semalam: sonoknya dpt bork2 ngn ko n intan kn...tunggu matahari terbit kt kordor. haha.. moonmoon, starstar, owez together during nite, good nite. aku cam biasa ah bila orang hantar sms yang mengharukan ni aku end up tak reply je. huhu. partner & intan, jangan pernah lupa everysingle thing yang kita pernah buat dan lalui samasama keyh. SAYANG korang.

duabelas) agak tak sabar nak jumpa merekamereka di tingkat 5 menara yayasan islam terengganu balik nanti [:

tigabelas) agaknya sampai sini je lah. want to get some sleep. susun balik fikiran yang berterabur, buang yang mana tak perlu. harapharap bangun japgi will be in better mood. tapi jangan malam nanti baru aku bangun sudah. baru tak balik lansung nanti. hahaha.


HAPPY WEEKEND dan toodles~

Sabtu, 12 September 2009

#12 ;



godekgodek account tagged & found this. aku dah lupa pernah tulis ni.

dan sekarang,

aku kat gombak
dah dapat jadi yang dulu
dah dapat jadi diri sendiri


Allah tu Maha Mendengar. cumanya Dia tak bagi apa yang kita mintak tu on the spot sebab Dia tahu bila masanya kita betulbetul perlukan apa yang kita mahu tu.

kita jangan pernah berhenti berdoa.




*Alhamdulillah, thankyou Allah (:

Jumaat, 11 September 2009

#11 ;




nak wish SELAMAT HARI JADI yang ke 18 kepada mangkuk makhluk kat atas ni. dah besar kau ye. dulu kecikkecik pi toilet pun aku teman. siap tolong bukakkan suis lampu lagi sebab ko tak sampai. mithali tol la aku ni. kakakaka.

belajar rajinrajin weh. jangan hampakan umiabah. kalau boleh dapat degree terus kat sana. lagi satu cepatcepat la buat lesen kereta. senang sikit nak balas jasa kakak ko ni. hahahaha. goodluck bro. semoga panjang umur dan murah rezeki selalu.

okey moving on,

dah hantar esaimen psych. ada sedikit masalah dengan group. tapi lantak la. letih la, ko bagi cadangan untuk tajuk pastu tak nampak ko lansung dah. dibuatnye ko dah drop ke kene bar ke pe tak ke naya. tepaksa la kami inisiatif sendiri buat pair. tapi kesian gak la kat student foreigner yang same group tu. terpingapinga bila tau kami buat in pairs. but then again, kalau datang kelas benda takkan susah. ini cane nak cari ko. fon number pun taktau. tunggu time kelas takde plak.

dah setel pasal konvo, yuran semester dah bayar. Alhamdulillah. tinggal nak balik raya je pastu balik sini balik sambung midterm dan assignments. pastu dah final. pastu cuti sem. cuti sem DUA MINGGU. wuwuwu no more semhols enam minggu. T_T sem depan aku memang oficially pindah gombak lah kot. sedihsedih.

okay ah nak mengemas bilik yang dah macam tongkang pelarian vietnam. haha.

toodles~

Khamis, 10 September 2009

#10 ;



bajet boleh insaf ah tiap kali pandang wallpaper. memang takkk la weyh. agagagaga.

eh eh tapi waktu korang baca ni memang aku tengah menjadi seorang pelajar yang rajin gigih sivik skema cemerlang dan semua semua lah yang nampak aku cam baik je. hahaha tak caya ah tu kan. siyes ni weyy. kahkahkah :p

ni entry autopublish.
tunggu la jumaat nanti aku tidur puaspuas.

Rabu, 9 September 2009

#09 ;


tak tau kenapa, rasa ranap selalunya datang secara pakej. masa tu lah masalahmasalah lain nak datang. sampai taktau mana satu dulu nak fikir ataupun tak payah fikir semua.

tapi its 090909. and its september.

apa yang kau perlu buat adalah senyum (:

Selasa, 8 September 2009

#08 ;


  • roomate sorang tengah PASANG LAGU RAYA. now lagu satu hari di hari raya tengah playing.
  • yang sorang lagi tengah PACKING. jumaat dah dekat katanya.
  • yang lagi sorang tengah TULIS KAD RAYA. wuwuwu.
  • aku? tengah buat essay pasal BULIMIA??? ape cite ni wey tak related lansung dengan raya??
  • gila tol la. setiap kali lagu bertukar terguling aku atas katil ni. bukan terguling sebab gelak ye. tertekannn. tak penahpenah tertekan dengar lagu raya. mengucap ngucap aku ni ha.
  • tertekan terus on skype walaupun tadi pagi aku dah kuarkan kenyataan kat sidang yang aku bizi dan tak nak bersidai sangat kat sidang. memang gelak yang panjang la aku terima dari jebat koq. takpe redha je. haha.
  • aku balik ahad. orang lain jumaat. entah kenapa gua beli tiket ahad gua pun taktau. haha.
  • tu je, ni luahan perasaan je ni. aku sayang roomate2 aku tu sebenanye. sebab diorang baru pergi cc dan nak singgah koop belikan aku aiskrim. sape tak sayang kan. hehe.
  • aku kesian kat diri sendiri. tu yang belanja dia aiskrim tu. motivation biar dia rajin sikit. kalau malas lagi tak taula. beli lagi aiskrim kot. kekeke.
  • toodles yaww



#07 ;


"kecik...susahnya nak reach ko skrg ni.."


untuk kamukamu yang sejak akhirakhir ni banyak terkilan dengan aku, maaf.
aku tahu aku selalu tiada saat kamu memerlukan.


usah risau kamu tetap kawan,
usah risau aku masih teman.



ps : partner, aku salah tp aku still nak kek batik jugak. haha

Isnin, 7 September 2009

#06 ; bila bukan


bila yang terang itu bukan dari cahaya matahari
tapi dari cahaya lampu

bila yang biru itu bukan dari langit
tapi dari dinding

bila yang sepoi sepoi bahasa itu bukan dari angin
tapi dari kipas

bila yang warna warni itu bukan dari pelangi
tapi dari pensel warna

bila yang ketawa itu bukan kerana gembira
tapi kerana sedih

bila yang senyum itu bukan kerana bahagia
tapi kerana derita

bila yang bangun itu bukan kerana kuat
tapi kerana dendam

bila yang tolong itu bukan kerana ikhlas
tapi kerana balasan

bila yang sayang itu bukan kerana cinta
tapi kerana dusta

bila yang dikagumkan itu bukan kerana ilmunya
tapi kerana kejahilannya

bila yang pahlawan itu bukan kerana kebaikan
tapi kerana kejahatan

bila yang jelas adalah kabur
bila yang nyata adalah palsu
bila yang benar adalah tipu
bila yang ada adalah tiada

bila yang aku jadi makin keliru

Ahad, 6 September 2009

#05




macam lawa je kan kalau jersi number camni. ishish.

nazra, gambar 1st tu gwe bagi lu. amek amek.

yang lain kalau nak amek pun leh, jangan rebutrebut. hahaha.


1) study comm
2) study cct
3) bayar yuran
4) bayar bil
5) bayar duit konvo

perkataan untuk minggu ni - study dan bayar. heh.

Sabtu, 5 September 2009

#04 ;

kat cc. baru habis study circle. tak bawak kunci lah pulak. roomate sorang balik lagi dua orang pegi suksis. nasib laa diorang baik hati nak balik bilik jap. kalau tak sampai petang woah. mana aku nak merempat.

umi abah alip dah nak balik ganu dah. tadi lepas hantar aku diorang gi hantar maddy. semalam merepek2 ngan umi sampai kul bape entah. mulamula aku dah ngantuk dah pastu umi nak bukak fb pulak. layanla dia main kuiz kat fb. hahaha suma kuiz nak jawab merepek2. yang mane jawapan merepek kat option tu yang tu lah mak aku pilih. haduyai.

time tu lak ahli sidang tengah berdebat pasal sorang pakcik ni dan harga minyak. aku cerita lah sikit kat umi then dia cakap,

"tau x RON tu ape maksud dia?"

aku pun cakap la entah taktau. umi cakap,

"ro = r***** & n= n****"

wahahaha terguling jap time tu. kelakar lak aih acik latifah ni. dah lah haritu tak wish birthday. sentap lah gak. pagipagi 2 september memang dapat mesej tapi just cakap,

"ni awat tuka2 no ni. nak lari dari ape?"

sedihsedih. aku ape lagi terus reply,

"nk lari dari ahlong"

semalam memang aku pow mak & ayah cukup2 kat bazar. tapi bazar uia je la. hehe.

uish dah 1pm. japgi ada diskusi.

selamat berbuka koq!

toodles~

Jumaat, 4 September 2009

#03 ;

baru pulang dari exam intro to psyh. i screwed up big timeee. huarghh. tu la sapa suruh tak study bebetul. dah tau tak minat lagi tamau study. haha. ini menunjukkan finals nanti kena gigih lagi berusaha. nasib ah bukan nak major psyh *ayat sedapkan ati* takpetakpe, malas nak fikir. moved on alredi. hahaha.

on a quite happy note, mak dan ayah dan alip ada kat gombak. wohoo. sampai esok je lah tapi. datang meninjau rumah gombak. orang sewa dah keluar. dan maddy is on her way dari bangi ke sini. ceh padahal next week dah nak balik dah. next week weyy. tak sabar nak rayaa walaupun baju raya aku takde langsung lagi. kakaka.

okey dah, diorang dah sampai.

toodles dan SELAMAT BERBUKA PUASA. kalau makan kek batik tu niatniat la untuk saye sket ye. hahaha.


Elephant

Khamis, 3 September 2009

#02 ;

nak buat 29 posts sempena bulan yang best ni. hoho ^_^
taktau lah berjaya atau tak since sangat takde idea + sangat bizibodi but i'll try walaupun hanya seketul smiley. haha.
dekat itd lab skarang. 1130 class cct (creative thinking). ada presentation. tak berapa nak prepare.
esok presentation lagi. tak prepare apape langsung. petang ni pukul 5 dah nak kene combine dengan group members.
esok ada exam. intro to psych. belum baca apape. bergantung fully pada slides since aku takde buku & taknak beli buku. haha.
kene struggle untuk exam intro to comm nanti. cikgu cakap 'FRANKLY SPEAKING, the questions will be really2 tough. read your book not the slides.' aku pun taktau nape aku bold dan capslock kat frankly spiking tu. haha layan je la. siyes wey, tak dapat bayangkan kalau aku titiba kena major political science or sociology -_-'
tak sabar nak tidur tengah hari esok. tak ingat dah bila last bebetul tido. cehh tu cam agak tipu tu. kat umah iEe ritu tido cam ape je. haha. tadi tido sejam je nasib baik tak terlajak macam selalu.
later folks,
oh,
HAPPY HAPPIEST BIRTHDAY TO ALL SEPTEMBER BABIES! (:

Rabu, 2 September 2009

kosongDUA kosongSEMBILAN kosongSEMBILAN ;


UMMI dan ABAH,

selamat ulangtahun ke 21 menjadi ibu dan ayah. maaf 21 tahun tak pernah berhenti menyusahkan. maaf masih belum sempat untuk jadi seperti yang diharapkan. maaf selalu jadi yang paling merisaukan. terima kaseh. adanya saya kerna adanya kalian. terima kaseh, nyawa.

Tuhan, tolong jaga mereka. rahmati mereka. sayangi mereka.




** another year older. another day mati mendekati. goodluck syanad. semoga kau capai apa yang kau mahu. buat semua orang happy. jangan malasmalas.