Sabtu, 27 Oktober 2012

congratulations on your graduation ;


Majlis Konvokesyen UKM ke-40
sidang 8 | 231012

kesian madi convo dia ada aku & kak noni je family yang datang. kak ja cant make it tibatiba. abah & ummi tak dapat datang.

masa kitorang sampai ukm abah baru balik dari radioterapi session kat husm. umi cerita, nangis-nangis abah bagitau kat nurse yang anak dia konvo haritu dia tak dapat datang. 

takpela nak buat macam mana kan. 

sejak akhir-akhir ni airmata kami murah. bila abah mula nangis suma dok nangis sekali. takyah tunggu abah nangis. dok teringat dia pun dah banjir. 

things will get better.

insyaAllah.

all the best sister. minta maaf sebab terpaksa jadi harapan family awal dari aku,

Rabu, 24 Oktober 2012

RM ;

GEMILANG Running Mentor '12 
13 Oktober 2012


Running Mentor dah jadi official program Gemilang sejak tahun lepas. adaptasi dari SBS Running Man gitu. last year i was one of the committee so tak dapat join main. tahun ni dapat join. best gila.

tapi memang aku tau bab mengejar menangkap menembak ke suma tu den lomah. kalo setakat mission2 tu boleh la.

kitorang haritu game ada dua part. first part yg mission2 segala tu. suma missions amek dari RM episodes. lompat getah, sifir2 ape suma tu la. second part perang pistol ayaq. ramai yang suka & eksaited. aku pun eksaited gak memule tapi pas game start je terus menikus cari tempat menyorok. haha.

dah la team kitorang jadi mangsa sebab orang macam tak suka sebab kitorang over eksaited tang dressing. sebabnya committee cakap ada hadiah best dress. kitorang pun siap dengan telinga kucing, lukis misai bagai la. memang tak fikir pun sangat pasal mission ke apa. 

sekali rupanya the other 3 teams tag team kalahkan group kitorang dulu. kuanghasam! haha. bayangkan tengah semangat2 nak tembak orang titiba tengok suma team lain aim team ko je dulu. tak macam kecut perut lak kan. dah la buat kat tasik sri gombak yang banyak tangga. nak nyorok punya pasal, sampai puncak paling tinggi aku naik. sebab aku tau dorang takkan larat nak naik. haha.

kesimpulannya jangan nampak sangat over eksaited konon2 macam banyak gila strategi tapi rupanya tak. haha. tapi okayla. overal kitorang dapat 3rd place kot. ke 2nd ntah. dapat voucher kfc. walopon last race tu semua teruk kena lanyak. sampai tebaring2 suma.

harini balik kampung. tak sabar nak tengok abah :)