Jumaat, 31 Julai 2015

10 years with blogger ;

salam'alaykum,

amboii tajuk dia kan. sebenarnya baru teringat, 10 tahun yang lalu, pada bulan yang sama (julai), aku sign up blogger. dulu blog sites yang popular adalah blogger dan blogdrive kalau tak silap aku la. memula aku regis blogdrive. pastu aku rasa macam susah plak dari segi html codings tu (jaman dulu kene edit sendiri html codes) so aku tukar buat blogger pulak. 

tak ingat lak apa tujuan buat blog. sebab rakan rakan sekeliling takde pun yang ada blog. masa tu belum musim orang blogging. blogging start jadi trend around 2007-2008 tak silap aku. dulu kawan kawan semua duduk hostel, aku sorang je girl third batch hostel yang kuar hostel. jadi harusla senang nak online kan. masa tu dok gila berforum kat forum fanclub ruffedge. zaman facebook belum ada. kat forum-forum je la orang share everything from gossips, gambar gambar, tips sampai la ke masalah hidup. 

jadi sebagai seorang pelajar, steres belajar apa suma kan (steres ke kau, belajar pon malas). so blog pun menjadi tempat untuk meluahkan isi hati dan perasaan. dulu rileks je nak cakap pape sebab takde orang baca pun. sign up pulak bulan 7, nampak sangat zaman budak2 spm dah di ambang ambang nak pekse kan. boleh pulak aku melaghakan diri berblog kan. tak jadi apa betul. pastu nama blog sempena nama aku dan nama one of ruffedge's member, azan addin. sebab dulu suka kat azan. kahhh. nampak benor kekanak sekolah kan.

anyways, dah sepuluh tahun dah usia inchek belog ni. i started blogging when i was 17 & now i'm already 27. woww. aku rasa ni je la social site yang aku masih lagi sign in. yang lain macam friendster, myspace apa suma tu dah terkubur dah. saja usha balik posts zaman 2005. ish ish ish. rasa nak tampau. tak sangka aku ada share kisah cinta monyet kat sini ya Allahh sungguh tak matang kan. tapi sebenarnya banyak lagi previous posts. banyak dah delete sebab tak sanggup nak baca. sebab kekadang tulis time tengah marah, tengah separa mamai, tengah macam macam lagi la keadaan mental yang tak stabil. jadi tak berapa appropriate nak biar dipublish. dan after 2007 suma orang dah start blogging, aku pun dah start menjual link blog ni. banyak la jugak kisah hidup dan luahan hati kat sini. tapi banyak yang tak berfaedah. tapi nampak la penulisan dari zaman tak matang dulu ke sekarang ada lah beza sikit. 

dulu asal tak puas hati ngan ngan pape kutuk kat belog. hahah. dan aku ingat lagi ada satu insiden dimana aku petik nama sorang lecturer time diploma. aku tulis dialog yang dia cakap je dan ulas isu lain. memang takde kena mengena pun dengan dia or nak ngata dia ke apa sebab aku sangat suka sir tu kott dia sangat cool & ngajar pun best. aku taktau la sape report kat dia sebab zaman tu lecturers pun dok share link blog ngan students. titiba muncul komen kat belog. aduhh dia salah paham pulak. masa tu rasa bersalah gila. dah la aku tak kutuk dia pun tapi rasa macam nak defend diri nampak macam dah memang salah tapi nak coverline pulak. pastu aku pi jumpa dia sendiri & minta maaf, explain balik & all. tapi pastu yang bestnya jadi baik pulak dengan sir tu. tapi bila lect dah kenal kita ni asek nama aku je la naik kalau dia nak suruh kupas isu pape. sikit sikit, "blogger, what is your opinion?".. siap panggil aku blogger ok. tu lah makan dia nak jadi critical writer sangat katanya. patutnya time degree aku further study in masscomm pastu jadi wartawan kan. mesti dia cakap tak sia sia duk mengkritik dalam belog. haha.

pastu zaman asyik emo dulu pun blog ni jugak la banyak membantu. luahkan dalam belog. masatu masalah hidup aku tak berkisar tentang kawan-kawan sebab aku ada kawan-kawan yang bagi aku the best la. jadi bila dengan kekawan aku happy je. dengan kehidupan hostel yang sangat fun bagi aku. tapi tu la sebenarnya hati dan perasaan tak berapa betul pun. kat sini la aku membebel. cite apa yang disedihkan tu. tapi kekadang tak membawa kebaikan sangat, sebab pastu mereka-mereka yang dimaksudkan ketika itu terbaca dan terasa, aku yang kena balik. pastu down balik. haa satu ketika dulu aku pernah tersepit dalam relationship yang aku pun tak tau cane boleh terjebak. tapi bukan bercinta yer. kisah cintun aku takder (ok except cinta monyet zaman sekulah tu haha). tapi pada aku baik la sakit jiwa bercinta daripada duduk meranapkan jiwa dengan benda benda tu. but Alhamdulillah aku berjaya bebaskan diri dan jiwaku (macam besarr sangat je kan masalah haha). adui zaman tak matang.

zaman gila kpop pun banyak dok bebel dalam ni. haha. tapi tak la gila sangat cuma masa baru baru terjebak tu boleh tahan jugak la. sekarang ni suma tak folow sangat dah. cuma aku masih menunggu inchek Onew berlakon drama. haha. tapi rasanya penantian itu pun bakal berakhir sebab khabarnya nanti ada drama kbsw yang nak keluar bulan september ada Onew berlakon. walaupun bukan main cast but still, been waiting for that for ages okayyy. haha. tak sabo. bulan 9 plaktuh. peberet month. kiki.

ok dah dah cukup lah tu merepek.

lepasni i hope aku boleh share yang berfaedah je la walaupun susaaah sebenarnya huhu. because i love ranting random things. apa yang terlintas dalam fikiran je (sebab tu la kekadang benda sama yang keluar). penulisan berat berat nih iols tak reti. takpe takpe, yang berfaedah tapi tak berat pon boleh kan. haha. tapi luahan perasaan yang merepek dan tak best masih dibenarkan. kasik can laa kan. kalo bukan kat sini kat mana lagi nak membebel. lagipun i know i only have like 2-3 readers je kut. salah sorang tu kalo tak update belog pun selalu dah bebel kat dia muahaha :P

so yeah, akhir kata happy 10th anniversary untuk aku dan belog. semoga terus gagah hokeh. kiki. taktau la sampai bila akan keep on bebel kat sini. tapi andaikata umur dah sampai masa dia, aku tak rasa la dia patut ada lagi dah la jugak di alam maya ni. nanti nak wasiatkan orang untuk deactivate. hehe sedih pulok tapi rasanya suma orang yang ada akaun kat social sites pun akan fikir camni kan.

toodles~

gambar penceria pos jatuh kepada inii. haha. dah lama dah lupa nak share. teruja aku masa tengok ni sebab samaaa dengan aku weyh. kalau one of dedadahs ajak tengok muvi mesti titibe suma pandang aku. sebab aku paling malas bila kita spend time dengan orang yang dah lama tak jumpa pastu aktivitinya adalah pergi cinema. aku nak tengok muka dan dengar citer hangpa puas2 kot. dalam cinema dah la tak nampak apa pastu nak cakap pun taleh. sep sikit onew. k nanti nak share pic ni ngan dadahs. haha.

Khamis, 30 Julai 2015

salam'alaykum. hohoi inilah makan dia bila balik sekolah tido bagai nak rak. time time ni segarrr je lagi mata. aduyai.

RPH dah tergendala banyak dah ni. dibuatnya bos PPA mai mengejut buat pencerapan memang mati weyh. kena siapkan cecepat.

tapi now aku nak carik idea untuk bahan bantu mengajar bebudak linus. apakah itu linus? linus adalah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). maksudnya program saringan literasi dan numerasi. ni program kementerian untuk murid-murid yang ada masalah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira. sekolah aku ada dua kelas tahun 1. satu kelas tu dia punya bijok dah kalah tahun 2. yang satu lagi lemah sikit. majoriti tak boleh membaca lagi. so sekolah buat kelas pemulihan untuk diorang ni. panggil guru luar berpengalaman dan readykan 1 bilik untuk depa.

makanya aku yang cikgu BM ini kenalah fikir nak hias cemana dan readykan apa apa je la ABM yang sesuai.. haa tak macam gugur pula bulu kening nak fikir kan. nasib kelas tu belum setel mengecat lagi. aku boleh la buat alasan takleh nak hias lagi.

nak jadi cikgu ni selain boleh sabar dengan kekanak rebina, kena kreatif dan yang paling penting RAJIN. aku ni taktau la mana antara tiga tu ada kat aku. aku rajin fikir dalam kepala je. output nan hado!. haha.

jadi cikgu ni kena sabar dengan memacam la ragam budak. lagi la yang belum ada experience jadi mak. tak berapa nak ada lagi la naluri keibuan untuk bersabar lebih tu. experience aku mengasuh adik je. tu pun banyak hilang sabar je. haha. layan diorang ni kekadang nak nangis melayan, kekadang tersengih sesorang, kekadang terharu. ada time lak dorang punya unexpected adegan comel tu buat rasa nak gelak setan je. haha.

ada 1 hari tu aku ajar tajuk di dusun. tahun 1. so basically pasal buah la kan. aku pun suruh la depa fikir dalam masa 3 minit buah apa depa suka dan kenapa. nanti nak tanya sorang-sorang. bebudak kecik ni ko takleh pick randomly. kena tanya suma. sebab suma semangat membara nak bagi jawapan.

jadi selepas 5 minit aku pun mula lah bertanya. aku expect buah buah yang glemer je la yang keluar macam mangga, tembikai, rambutan, strawberi etc.. and most of them memang jawab buah-buahan tu la. titiba sampai kat sorang budak ni.

aku: ok, aiman suka buah apa?
aiman: ana (sekolah aku cakap ana, enti, anta okk.haha) suka buah kurma sebab buah kurma makanan sunnah.
aku: (dalam hati) *perghh aku pon tak terfikir nak jawab gitu*

pastu sampai kat sorang lagi..

nabil: ana suka buah delima sebab buah syurga.
aku: (amazed)

sesungguhnya bukan setakat aku tak terfikir diorang akan jawab buah-buah tu. aku sendiri pun tak terfikir akan jawapan itu. rasa macam disekolahkan pun ade. haha.

ada banyak lagi kisah-kisah nanti aku share. sebab aku ni pelupe so kalau tulis kat sini boleh la baca balik satu hari nanti (kalo baca).

dakwah & tarbiyah untuk anak-anak kecil ni bukan setakat jadi parents, atau guru atau guru sekolah islam je sebenarnya baru boleh kita ajarkan nilai-nilai islam. tak kesah la siapa pun kita, kakak abang ke pak sedara mak sedara ke atau hanya orang besar yang diorang jumpa sekejap, tak salah kalau kita ajar sikit-sikit apa yang kita tahu. budak kecik ni sangat ingat dan sangat percaya apa orang besar cakap. so instead of takutkan diorang dengan citer momok baik cite tentang islam. akhlak, aqidah atau apa saje la berkaitan islam. aku ni pun pengetahuan sangat laaaa sikit. kekadang budak tanya ternganga teroih. cara mengelak, suh pi tanya ustaz. teruk betul. kekadang budak-budak lagi tau dari aku. tak jadi apa hokeh cikgu depa nih.

jadi pasni marilah kita kalau lepak dengan budak kecik ajarkan mereka tentang kebaikan, cerita pasal keindahan islam. manalah tau, diorang ingat sampai besar kan. dunia sekarang penuh dengan benda yang merosakkan. anak anak kecil ni tanggungjawab kita untuk corakkan. sambil sambil nak prektis jadik mak ayah tu kan. hehe.

ok jauh pulak membebel. maafkan sindrom cikgu-cikgu ini. tengah cari semangat di kala keserabutan kerja melanda. haha. 

byeeee

Khamis, 23 Julai 2015

Selasa, 21 Julai 2015

eid mubarak ;

salam'alaykum,

rasanya belum terlambat lagi kan nak wish selamat hari raya idulfitri. minta maaf ya atas segala salah silap.. mintak halal juga apa apa yang dah diberi atau terambil.

ok nak cite pasal raya tahun ni tapi nanti next post la yer. tak habih habih next post tapi tak jugak cite kan. haha. aku cuba ok. reason behind my lack of updates: maleh nak pi bayaq berukbeng. muahaha.

raya tahun ni sama je macam before. yang lain sikit for the 1st time raya pertama tak balik kampung. 1st time untuk aku la, dorang dah penah da time kat sarawak dulu.

esok sekolaaaaah :( malas gila. tak sabar tunggu weekend. ko tengok ko tengok. cuti tak abes lagi dah looking forward to the next cuti dah. tak jadi apa. 

rindu ramadhan :( rasa sangat lainnya. dah liat nak ngaji, nak solat awal waktu. emm emm.. gotta find semangat itu semula. huhu. dah la masa ramadhan pun semangat suam suam kuku. memang kalah terus la bile ramadhan habis. syaitonirrojim rileks je bisik sikit sambil tiup kuku depa T_T astaghfirullah maafkan saya Allah..huhu

selamat hari raya!

Isnin, 20 Julai 2015

....

no, you actually tried to push me away many times. maybe i was the one who didnt understand.

sorry for always making things hard for you. sorry sebab tak faham walau dah banyak kali diberitahu. 

maybe its time to move on. maybe its time to slowly walk away. so that it would be easier for you. 










but the thought of losing a best friend...the thought of i might be hurting your feelings...
haihh..

:'(

Rabu, 8 Julai 2015

jangan pergi cepat sangat ;

salam'alaykum,

pejam celik pejam celik, dah hampir sampai masa untuk Ramadhan say goodbye kat kita. kejap je.

i am writing now sebab sejujurnya aku sedihh.. huhu. this time macam akan berlalu dengan hasil yang almost sama dengan sebelum ni. Allahu.. rasa kejap sangat dan rasa sangat rugi. ngaji pun baru kat mana entah. 24 jam mengantuk. qiam tak sempat lagi. Allah bagi cuti terus kelaut sumanya. terhegeh nak kejar momentum bila dah boleh puasa semula. sebab apa? sebab awal ramadhan baru nak start enjin. suam suam kuku je feel. and you said its ur fave month aisyah nadiah? 

Allah bagi ramadhan untuk kita jadikan turning point, kembali pada fitrah. bersihkan jiwa hati apa suma. tapi aku masih liatt. kekadang terfikir, ya Allah ni tandanya hati dah keras ke? bila terdengar lagu raya rasa sedih sendiri, layak ke aku nak happy2 di hari raya.. ramadhan tak dimanfaatkan sangat pun. belum tentu tahun depan dapat jumpa wehhh

hmm..

harap beberapa hari terakhir ni boleh kejar momentum & lebih semangat. moga habis ramadhan nanti dapat rasa beza diri dengan before ramadhan. forgive me ya Allah, masih sibuk dengan dunia, masih selesa dalam comfort zone.