Selasa, 29 Disember 2015

2 days left before goodbye ;

salam'alaykum,

dengan ini saya ingin mengumumkan....

jadual belum siappp.. wuuuu menangis tanpa lagu. tadi pi sekolah PK buat few adjustments lagi. bila ada adjustments meaning kena susun balik la baru boleh bawak keluar yang complete. takpa sabar sabar. dengan tak sudah-sudah ada budak baru nak daftar. bila budak mai daftar kena buat ujian kelayakan. menda tu aku la yang kena prepare dan mark. tak paham jugak aku dah dua tiga hari nak bukak sekolah baru nak mai daftar anak. tau la kita sekulah swasta. tapi siapalah aku nak banyak bunyi. hanya seorang staff newbie. kerani pun bukan, mudir apatah lagi. aku sampai taktau dah kerja mana sebenarnya aku punya. bila orang cakap buat, iyakan je ler.

tapi aku ada masalah bila balik sekolah je sibuk nak tidur (minggu ni ABC). pastu bila aku dah tidur, selagi matahari tak tenggelam takkan bangun punya. kekadang cikmot kejut petang petang pun, dah selesai phone conv aku selamat kembali ke alam mimpi balik da. pastu bangun nak terhegeh makan, mandi (kalau mandi) tup tup dah dekat lewat malam. pastu ngadap reja dekat kul 2am ngantuk balik dah. kunci jam kul 5 konon nak bangun. bukan kul 5 je, 5.30, 6.00, 6.30 sampai kul 7.10. last last alarm 7.10am baru bangun. sebabnya bila dalam mimpi titiba aku rasa takpe, esok je la. sempat ni bla bla bla.. tu la bila ada bebanan kerja ni nak lari dengan tidur je. ye la nak lari pi mana lagi dak. 

dan rutin ni dah berulang dari minggu lepas. aku rasa dah naik biol kepala ni tidur petang pastu tidur banyak. haih laa. macam semalam aku bole bangun tengok macam dah nak gelap aku ingat dah besok pagi. aku dah macam oh tidakkk..dengan sepantas kilat bangun. sekalik tengok jam 6.18pm. oh ok.. arini pulak tidur petang, bangun-bangun dah nak kul 9pm (apa nak jadik laa). pastu tengok fon, ada call dari tokmek & mot. dudua aku jawab. dengan nenek aku siap lebih 5 minit borak. padahal kalau tengok time aku tengah dibuai mimpi. apa nak jadi laa. apa yang aku borak pun taktau. tapi aku ingat aku ada mimpi aku borak dengan mek pasal hujan. agaknya dalam tepon latu kot. huhu. mot lagi kesian, kejut suruh bangun aku pi bantai tidoq balik jugak. dan samala aku tak ingat pun borak apa tah, ingat part dia srot2 tu je. sian asik sesema. sory mot. susahkan kamu je. nasib 5 minit, kalau 10 minit potpet takda hasil lagik kesian. dah la kte tak ingat pun pastu. ishish.

ni dah nak kul 2 ni aku dah mengantuk balik la ni. jadual duk tara tu ja jugak. ok ada progres tapi bila stuck tu aku lari jap kat belog macam sekarang ni. tapi terlama. haha. ok dah la kot kan. oh haa nak citer, aku dah beli pensil warna idamannn.. haha. nasib aku snap gambar haritu, baru perasan offer till 2 january only. lalu aku pun korek duit simpanan. haha sedih kan. serius bulan ni paling sesak dalam sejarah hidup 2 tahun ni tapi sebab rasa macam susah nak dapat offer camni lagi dah. harga asal 56.90 jadi rm35++. murah banyak weh. aku siap survey kat popular ngan SMO. memang kat pacific lagi murah. lalu aku pun pejam mata dan bayar je la. huhu. takpa nanti ganti balik duit itu. rindu hokeh kat gaji. dah sebulan tak jumpa, lagi sebulan kena tunggu. nangess haha. tahun ni kalau ada lagi main kutu sekolah aku nak request bulan 12. tapi taktau la taun depan aku dah dikira layak untuk dapat gaji disember secara normal. tahun ni sebab belum sah jawatan, depa postpone gaji bulan ni. maybe around may camtu kot. ok je sebenarnya cuma sesak la. ok taknak citer bab kesesakan ni, boleh nangis mengenangkan. haha. sebulan lagi nih. ok sambung citer, pas dah beli dan test, maka aku pon hepii. yeayy boleh buat abm kaler kaler. haha.

wuhuu. zaman aku sekolah dulu anak orang kaya je pakai kaler 48 batang ni. aku pernah dapat yang 36 masa dajah 3. tapi tu je la sekali seumur hidup. alif cakap, pelik2 je kakak ni, dah tua pun eksaited dapat beli kaler. eh awak budak apa tau. best tao. haha.

akhir kata, encik gaji walopon saya dah rindu banyak kat awak tapi takpala, take your time. walaupun aku tau nak menyampai 24hb tu perit nak tebalkan muka hutang ngan ummi. tapi apakan daya. huhu. sory ummi. 

ok nanti aku sambung bebel, tido bebaik ya suma.

tata~

Isnin, 28 Disember 2015

:)

kalau compare life dengan yang lebih dari kita, sampai bila pun kita akan rasa kurang. just cherish what we have. kita  tak tau berapa ramai lagi kat luar sana yang berharap diorang ada kehidupan seperti kita. 

Al Insyiroh ayat 5-8
Allah siap ulang lagi, setiap kesulitan itu pasti ada kemudahan selepasnya. jadi siapalah aku nak mengeluh banyak-banyak. dan kalau tak ada penyelesaian lagi tu mungkin usaha aku belum cukup. kena yakin kan?

*nasihat untuk diri sendiri*

kurangkan rungutan, lebihkan bersyukur.

Ahad, 27 Disember 2015

haihh makin nipis dinding perut hari hari melantak kopi. bila agaknya boleh merdeka dari masalah jadual ni. tido bangun tido bangun mengadap tetapp tak ada kesudahan. tiap kali rasa fuhh dah siap, ada je lagi yang kena.

bertahan lah weh. aku taktau nak reward ko dengan apa kalau berjaya syanad oi. maybe a good sleep at night would be nice.

tapi sebenarnya tidur berlebihan je macam biasa. kahh.

baru banyak ni je pun aku punya kecoh dah macam 50 orang cekgu 20 kelas.

takpe nanti ada masa aku citer benda best best sikit keyh.

toodles!

salam'alaykum~

Khamis, 24 Disember 2015

happy 29th anniversary abumi ;

salam'alaykum,

another working weekdays dah berakhir. tapi sabtu ni iol kerja ada program. tinggai lagi semingguu je bekerja tanpa memurid. sekolah dah nak bukak hoi nebes sungguh. apa pun tak prepare lagi.

minggu ni cikgu-cikgu baru lapor diri. diorang pi dengar taklimat mudir pastu macam ada checklist kena mintak tandatangan dengan penolong2 kanan. pastu depa mai kat aku, "akak free ke? nak mintak tolong sign." aku macam, sign apa pulak. pastu tengok dalam kertas diorang, aku kena sign kat part penolong kanan kurikulum. lepas dah sign2 tu termenung aku kejap. ohh aku PK kuri. beratnyaa tugas. kenapa aku kena pegang benda ni? takde orang lain nak ambik ke? tak mampuuu T_T. lagi setahun kena pegang. huhu.

aku ni jobscope sendiri pun tak berapa aware sangat. selalu akak PK HEM yang bagitau apa aku kena buat. sekarang ni boleh la consider yang aku baru lagi so tak tau banyak benda. nanti nanti? aku kalau boleh nak fokus kat anak murid je. bab development budak pun tunggang langgang lagi. hari hari gi sekolah the moment sampai tak sempat duduk dah macam-macam datang. kekadang tu tak perasan pun kerja tu bertimbun sebab jawatan ni. tapi bila semalam syuhada cakap kat mudir, banyak tu atas bahu kak aisyah. aku macam..agaklah sebenarnya. tengok budak rasa seronokk nak ngajar tapi bila datang kerja kerja yang melebihi tugas hakiki (mengajar) tu, dah tau dah.. tak dapat spend masa sangat pun observe anak murid, melainkan waktu mengajar.

sebenarnya kerja-kerja leader ni bukan untuk aku. aku kalau jadi orang bawahan yang menerima arahan boleh la. kalau nak decide & fikir kerja apa nak buat dan bagi arahan tugasan kat orang memang aku tak reti. nanti jadi macam time gemilang dulu. jadi head multimedia dua tenure, anak-anak buah taktau kerja apa kena buat sebab aku buat semua. wuwu. takut sangat benda sama jadik. and this is not a club or persatuan. sekolah weh. sesungguhnya saya takut. aku ni bukan organized sangat orangnya.

lupa nak cerita, camana aku boleh baru-baru masuk sekolah titiba jadi ketua jabatan kurikulum? sebab akak yang aku ganti tu dia PK kurikulum. so bila dia letak jawatan & aku ganti, memang suma jawatan dia la kena angkat. ni pun nasib baik next year tak pegang kelas dah.

ada la tu hikmah di sebaliknya. Allah dah cakap kan, Dia tak uji benda di luar kemampuan kita. kekadang bila rasa tak mampu tu teringat kat abah. he was a leader kat tempat kerja. dulu tak pernah tau pun abah leader yang macam mana. ye lah kat rumah & tempat kerja tak sama kan. dulu pernah prektikal kat ofis depan ofis abah. so kenal suma orang-orang kat ofis abah. ingat lagi bila abah pindah sarawak, chatting ngan sorang akak tu dia cakap abah bos paling bes dia penah jumpa. bayangkan satu opis tu cakap abah macam ayah diorang. padahal umur diorang muda sikit je dari abah. then pernah juga jumpa time gugel nama abah (perangai bila rindu gugel nama abah), jumpa blog post orang kat ofis abah kat sarawak, diorang buat farewell masa abah nak pencen. dia pun cakap benda sama. i never knew what kind of leader abah was. but i know, he was loved by many. bila rasa down dengan kerja bertimbun ni, nak bagi semangat kat diri, nak jadi macam abah. abah was an organized person. mesti ada jugak sikit-sikit tercalit kat memana genetik tu. kahkah. sedapkan hati. 

takpe, tak dapat buat hebat sangat pun at least buat yang terbaik diri sendiri boleh bagi kan. fikir positif, who knows nanti satu hari nanti boleh bukak tadika sendirik ke. wahhh verangan. tapi  tu memang angan angan mat jenin satu ketika dulu pun. sekarang ni.. dapat jadik cikgu tadika pun dah best dah rasa. tapi kena belajar cara nak ajar budak sampai terer literasi membaca menulis dulu baru berangan jadik cikgu tadika hokeh. tu la, angan-angan nak jadi cikgu tadika. cemana lah leh end up jadi Pk kurikulum. bertingkat tingkat responsibilitites wuwuwu. takpe syanad, this is for your future. kita tak tahu masa depan macam mana, so kutip sebanyak mana ilmu dan pengalaman keyh. malas tu kena buang kat tempat pelupusan sampah. huhu.

ok sekilan saja bebelan untuk hari ini. 

harini- 24 disember, anniversary abah & ummi yang ke 29. they got married on 1986. PJJ setahun kot, sebab tu lambat aku lahir. hihi. dulu ummi ngajar kat kelantan, abah kat kl. happy anniversary abumi. nanti kita celebrate sama-sama kat syurga ya. ameen! :)

i miss this view. ni masa duk terengganu dulu. biasa kalau nak jalan jauh abah akan bizi kat bonet kereta untuk susun barang. dia je yang boleh susun barang cecantik tak bersepah. sekarang kononnya aku ambik alih, tapiii dapat kat aku, konsepnya asal muat sudeyhh. kalau abah tengok musti kena bebel. hehe

Isnin, 21 Disember 2015


alamakkk naknyeee. kalau tak rm50 lebih. murah banyak nihh. kena korek duit tabungan ni. huhu.

Khamis, 17 Disember 2015

salam'alaykum,

di kala kepala otakku is full of menyusun jadual sekolah harini titiba penolong kanan hulur kertas kerja time meeting. panggilan kursus katanya. kami pun dengan rileks ambik sebab dah tau ada bermacam jenis kursus bulan ni. lalu aku pun tengok nama program dan bebola mataku terhenti kat tarikh. ye sampai tarikh je sebab lepastu apa yang ada kat 5-6 helai kertas kerja tu aku tak boleh nak baca dah.

sebab tarikh dia 18hb. harini (17hb) baru diberitahu. kalau setakat kursus pegi venue dan dengor takpa gak. ni 2 days 1 night course. kursus untuk tkrs. untuk ajaq anak-anak murid basic kawad ikat tali segala macam itu lagi. kenaa berkawad bercamping bermasak dan apa lagi lah aku taktao. maigodd kenapa la tak sampai 24 jam sebelum kejadian baru ampa inform. nak cari kasut baju apa segala yang sesuai lagi. takkan aku nak bantai kasut crocs ataupun kain atau jubah. 

sabar je la. but on a bright side, depa kata biasa kursus asas ni buat lagi jauh and 3 hari. kira untung la ni dekat. tapi jauh di sudut hati aku mengatakan mesti ada lagi punya ni yang jejauh pulak. dah pergi sekali mesti ada susulan lagi. bukan tak suka, suka je sebab banyak ilmu boleh dapat tapi tolong la jangan penaya orang bagitau last minit gila macam ni. orang ada banyak benda dah yang di plan sebab weekend. dan ramai orang affected la bila titiba kita last minit tuka plan. hadui la.

1 je yang best. venue kat pantai :)

takpe jangan merungut. ada benda best Allah nak bagi tu. positif-positif. maafkan aku kerana mengeluh sebab bulan ni banyak steres kirija. menerima workloads dalam keadaan taktau aku mampu ke dak pikul responsibilities, dengan bulan ni bankrapnya lagi. wuwu. gaji lagi sebulan. mungkin ada yang tak berkat kat memana ni. huhu. 

ok dah mau tidoq, esok kena bangun awai nak ambik bundaku di stesen bas. dia pi gombak wehh. seronok sungguh. jeless.

toodles~

Isnin, 14 Disember 2015

few days to 2016 ;

sedang ketiadaan semangat untuk memproduktifkan diri. this is not good. takkan start tahun baru nak lemau dah. huhu.

i need inspirations.

or maybe i should quit internet (surf benda tak berpaedah) for a while.

mungkin ni kesan bercuti terlalu lama kot.

FIGHTINGGG!


Sabtu, 12 Disember 2015

hello sekulah ;

salam'alaykum,

titiba aku rasa merindui penang. tapi nak membebel pasal penang trip tempoh hari, gambar belum dapat sepenuhnya. kak jijah tiap kali aku mintak gambar manjang keluar muka aku kat street art buaian dan motosikal tu. padahal gambar lain banyak lagi. sabar je la. aku pun taknak mendesak pasai kak jijah tengah kusut banyak masalah sekarang. tunggu dia dah lega sikit nanti iols buli mintak gambar. nak tunggu suma gambar dapat dulu pastu aku share our backpacking trip yang tak berapa nak backpacking tuh kahkah. kena share sebelum lupa sebabnya ada banyak perkara kartun yang terjadi. macam biasa lah kan kalo dah namanya syanad tak kartun takboleh hokeh *muka pasrah*

tudiaa bukti aku pi penang. nampak dak nampak dakk. besi besi jambatan penang tuh. backpacking tapi titiba bawak keta kan. muka kekonon abeh cool ah tu, padahall


okeh aku dah kena tidor. esok kita ada misi meminang anak orang.


toodles~

ps: kenapa tajuk hello sekulah? sebab cuti sekulah saya dah habis. wuu. ye ye saya tau syukur la at least ada jugak cuti kan. huhu

Rabu, 9 Disember 2015

dday eday ;


woot woooot. best tak best takk. dulu selalu berangan nak jambangan cupa cupa ni sebab among my feveret candies adalah lollipops (tapi sapa nak bagi). tak sangka aku akhirnya buat benda ni untuk anak orang. haha.

bayangkan kalau dapat 100 sticks of this. pergh. lagi best dari bunga weh. boleh wat stock letak dalam handbag, dalam bilik, dalam kete, kat tempat keje. hahaha.

ok dah siap part hantaran. kena siapkan keje sekolah yang betimbun taktau bila nak susut itew. huhuhu.

bubai.

Ahad, 6 Disember 2015

salam'alaykum,

wuih dah ahad balik dah. cepatnyaa masa. seminggu yang tak produktif telah berlalu. matilahh kerja aku tak siap siap *insert emoji horror*

tengah rasa nak gila ngan kerja ni mulalah website lazada dan segala mak nenek online shopping site nampak best je untuk di window shopping kan. nyarisss check out pensel warna kat lazada. mujur sisi waras masih ada walopon dah pukul 1am. wuu. dah jumpa paling best punya harga pensel warna faber castell 48s pastu usha seller punya contact details rupanya pustaka seri dunia klate. ok fine. baik beli kat kedai dia je. macam over sangat plak kan pensel kaler pun nak beli online. lempang kang.

takpe, sabar dulu. kumpul singgit sehari cukup 2 bulan kite beli k. sekali dengan buku warna secret garden tuu. kat lazada murah wehh belas belas je. harus aku gila kejap. tapi takpe. sabar sabar. dulukan yang penting.

serunuk window shopping online ni sebab boleh jamu mata, kaki tak penat berjalan. cuma kena tahan diri je la. caranya sediakan wishlist. so if rasa nak, masukkan dalam wishlist dulu. selalunya bila dah lama dalam wishlist, benda yang bukan keperluan kita tak rasa nak beli dah. hehe.

tengah jejalan jumpa ni plak kan. mak aii hensemnyaaa. rinduu nak rollerblading. ni baru yang sratus lebih. lagi mahal lagi hensem.
pehh dia sama kaler dengan bidin plak kann. metallic siap. sabarr je aku tengok.

ok ni wishlist. mungkin lagi banyak tahun baru boleh kumpul duit.



ok baii saje je nak bebel kejap. sebelum aku start bubuh memacam gambar lagi kan.

nak online window shopping sila log on to www.lazada.com.my hahaha.

Jumaat, 4 Disember 2015

bingbonggg ;




wuuuu kenapa sedih gilaaa part ni T_T

goodbye bing bong

Khamis, 3 Disember 2015

three six five times two ;


another 365 :)

you might not remember this date. and of course i wouldnt mind if you dont. it's just a random date.

two years ago on the very same time and date, not being able to sleep, i went through my contact list on an app and found ur name on the recommended list. and i added you without hesitation, cuz you are one of those friends that i am comfortable with (jenis banyak tahun tak contact titiba msg boleh hoi hoi tak awkward hehe), and cuz it has been a long time since we had our last chat.

and the next day, i still remember you excitedly said hi and we catched up with our stories and we never lost contact again till now :)

i know its not that special but to me it is. selalu terfikir, if i didnt randomly scroll the contact list, mungkin tak perasan & tak add pun. coz you changed ur phone & you didnt have my number. kalau tak sebab tu, maybe we are still in our own world now.

anyhow, semua berlaku ada hikmah dan sebab. whether it is in the past or in the future. we just have to believe in Allah's plan because He is the best planner.

thank you for the past 730 days. hoping and praying for many more days to come. and even if i have to stop counting one day, i believe there's hikmah behind it.

yours,
-cikmini-

(:

Rabu, 2 Disember 2015

cikdi kawenn ;

salam'alaykum,

okay ni sebenarnya backdated post yang dah terlepas jauh punya tarikh. haha. memula nak anggap macam aku takde janji nak update je post cikdi kawen ni tapi bila ingat dalam belog ni pepakcik yang lain semua aku tepek story dan gambar, tak adil bagi cikdi kalau aku buat-buat lupa kihkih.

cik di nikah 12 september baru ni. setelah bertahun dia berteka teki akan jodohnya. waa giteww. bukan dia berteka-teki ngan kitorang tau, dia yang dalam teka teki. tak silap dalam 3 ke 2 bulan before kahwin ni baru dia jumpa and decide nak tunang. tu pun plan tahun depan tapi memang Allah dah tetapkan jodoh diorang tahun ni kan. Alhamdulillah.

majlis belah perempuan 25 september kat pengkalan kubur. aku ada citer dah kan rumah dia sebelahh je ngan kawasan bebas cukai tu. syok hokeh. ok ada cite kelakar pada hari berarak tu. kelantan panggil hari berarak atau belarok dalam slang kelantan kalau kenduri belah pompuan. ke kat tempat lain pun sama? haha. 

so haritu konvoi la family dari kok lanas ke sana. ada berapa bijik kete tah lupa. adik beradik kami 2 kete sebab nanti time balik nak bawak tok mek ngan tok ayah dan dulang-dulang hantaran. ikut kete depan sebab dah banyak kali gi pengkalan kubor pun tak pernahnya nak ingat jalan. nak dijadikan cite, sebab kete depan laju sangat telepas la pulak. ye la musim raya kat kelantan memang jem jalan. tak kira la raya apa. lepastu ummi dengan kompiden lead the way. aku ngan helmi bersama dedulang pun follow. titiba rupanya ummi salah jalan. konpius dengan jalan nak ke pasir mas. aku ngan abang kekonon nak selamatkan keadaan bukak waze dan waze tunjuk  satu jalan yang kami takyah patah balik. disebabkan kalau patah balik nak kena tempuh jem, decided untuk percayakan je la waze itu. masatu dah kul 12 tak silap. majlis lepas solat jumaat. kalau boleh nak sampai masjid sana befor zohor la ada anak jantan 2 orang tu kan.

kitorang memang folow je waze. tapi jalan dia bawak bapak scary. rupanya bebetul sebelah sungai golok punya jalan. ya Allah masatu aku dah cuak tapi cuba bertenang. taktau la berapa round ayat kursi dan zikir aku baca. line celcom pun takde weh. nasib baik incek waze tak menglostkan dirinya, tunjuk jugak jalan even offline. kalau bukak gugel map mau meroyan suma agaknya titibe gps lost tetengah alam tu. kete pun jarang-jarang lalu. kiri kanan semak samun. pastu kena tempuh pondok askar bape bijik tah. scary weh. tapi aku tak cuak sangat  sebab dalam waze dah nampak kat sebelah kiri tu sg golok and depan memang pengkalan kubur. ummi and the gang dalam kete aku taktau la apa perasaan depa. punya la gelabah langgar segala lopak. tepelanting2 dulang kat belakang. haha. tapi hujung jalan dia memang terus kawasan bebas cukai tu. peh bepeluh kitorang. hilmi ngan alip nyaris telepas jumaat. tapi Alhamdulillah selamat la kitorang dan dulang sampai on time.

al quran sponsored by suratchenta. cewahh. takdela. cikdi nak bayaq tapi aku cakap takyahla sebab aku macam malas nak fikir hadiah kawen apa nak bagi so anggap quran ni as hadiah :)

hantaran digubah oleh cikyana kami yang kretip itu. aku suka gila wehh color combination dia. padahal aku tak suka kaler purple dan oren pun tapi bila dia combine dudua tu macam wow cantik.

ok letih dah bebel, jom layan gambar je la ek.

berkumpul kat mesjid dulu. tak cukup dulang, besen sekali kitorang bawak. haha

tediaa ketua dulang girls. nenek vogue hokeh. dah 2 orang cucu mantain muda. ni cikyati makcik aku. dia tepaksa bawak pulut tu sebab dalam mangkuk kaca dan dengan telur apa suma. orang lain suma tak berani. aku awal awal rembat benda paling ringan. kihkih
penanten lelaki aka cikdi
tinggi kaan makcik aku ni. sebaya ngan aku weh. ye ye aku tau sebaya tak semestinya sama tinggi *nangis tepi bucu*

rombongan kami sampai je penuh khemah diorang. yang beratur pepanjang ni suma rombongan kitorang je. haha
sampai kena makan kat dalam setengahnya. hehe

tinggai yang kanan sekali tu je anak mek yang belum kawen. pokcu. yang purple sekuarga tu kazen aku shida bersama somi dan anaknya rafa yang comel mulut becok.


ummi orang ajak selfie dia sibuk nak tengok orang depan. redhoo.

mekngohh. ni kazen aku jugak, izzati.
pokde dan wife bersama penantin.

katiknya rasa diri ini. lupa nak jengket sikit. ke dah jengket sebenarnya  -_-'

iskandar & rafa darwish. anak sepupu. ni cicit first and second tok ayah & mek. diorang ni cousins. walopon boy tak pernah bergaduh okeh. comel gila baik je main sesama. pegang tangan tu pun takde sape suruh tao. heii geram.
photoshoot tapi sampin pengantin lelaki dah hilang. sabarje la kan. ni nasib kitorang takde kalo tak kena bebel dah cikdi.


ok tu je gambar yang ada. banyak copy dari whatsapp. majlis belah family kami 27hb. kat gua musang. tak dapat pergi wuuuu T_T. sebab ahad tu ummi sekolah. aku tak ikut sebab sian pulak kat umi. aku tak sekolah pun ahad tu. sedih sebab acik-acik dari joho balik. cik muni bawak baby iman. bapak sedih takleh jumpa. dah la da lama gila tak jumpa achik. punyala aku sedih, teperuk je dalam bilik sehari. tapi umi ajak kuar laju je. haha.


pehh yang jeles bukan sebab takdpat pi kenduri weh. jeless tak dapat join kumpul ramai-ramai. suma adik beradik umi dan family ada except kitorang. anta wakil abang ngan alip je.


cikwa muka gumbira reunite dengan gitar dia

cik edi. somi cikyani. aku paling suka balik kampung kalo cik edi ada sebab dia akan masak menu jawa. peberet wehh
 
otai masih berbisa

aminnnnnn! kazen peberet sebab kitorang dah lama takde baby dalam family. tapi pastu pepakcik yang single ramai yang kawen so dah ramai babies. amin pun dah beso. becok ni.


abang hilmi kena kerah bekerja. muahaha

imannnnnnn. huu bilala baru leh jumpa. anak achik kesayangan.


tengok dulang je pun dah teliur

gambar pengantin takde haha. semoga cikdi & cik marini bahagia hingga akhir hayat, sentiasa murah rezeki dan dikurniakan zuriat soleh solehah. tak sabaq nak tengok cikdi junior. hehe.

next taktau kenduri siapa, tapi aritu kecoh dah mekna & afieq tahun depan. afieq anak cikyani. baya timah kot. aku lupa dia baya imah sebab muka matured. tapi dudua nak buat time cuti sekolah bulan 5. apelagi berebut tarikh laa mak memasing dalam whatsapp grup. haha. ye la cuti bulan 5 ada 2 minggu. seken week dah puasa. jangan betembung tarikh dah la weh. satu batu pahat satu gua musang weh. tapi kitorang suma dah eksaited sebab tak penah gi jalan umah cikyani lagi. 

12 hb ni hilmi betunang. tapi dengar-dengar abang cakap nak wat majlisnya setahun dua lagi kot, nak kumpul duit dulu. alolo cian je bunyi. padahal kalau dia nak kawen asap pun bonda kesayangan sanggup offer personal loan kalau tak cukup duit. kalau taun depan jugak memang slot tengah taun tu dah takde dah. haha.

ok da habis cite kawen. nanti sambung bebel lagi ye.

toodles~

thank you for reading!

Sabtu, 21 November 2015

cuti sekolah datang lagi ;

salam'alaykum,

cuti sekolah dah mulaaaa. selamat bercuti kanak kanak sekolah sekalian.

tapi aku tak cuti sangat pun. dah give up nak berharap pasal cuti. cuti guru from 28th sampai 12 disember je. itupun ada ura-ura mengatakan aku kena buat kelas intensif untuk bakal murid tahun 1 tahun depan. those yang tak berapa boleh lagi membaca tu. ye la sebab aku cikgu bm kan. jadi sape lagi yang paling selayaknya buat kelas tu. sebenarnya memang perlu la kelas tu supaya tak penat masa sesi persekolahan nanti kan. tapi sedikit sedih la. i have lots of plans cuti ni. which includes catching up with kesayangan kesayangan di kl. tapi nampaknya terkubur je la suma tu.

ni pun nak pergi penang trip ni sebenarnya belum start cuti guru lagi. tapi sebab aku taktau selamba je aku dah book tiket apa suma. pastu bila tahu haritu meroyanz la kejap. nasib mudir baik. dia cakap apply je la cuti. buat surat sikit. tapi sebab busy sangat haritu aku hantar borang cuti je. tak buat surat. fikir-fikir balik, asal nak buat surat lak? aku nak guna cuti rehat tahunan kot bukan kecemasan ke apa. so aku buat bodoh je dan mintak cuti 4 hari. puas hati. alang-alang tak dapat cuti tu kan.

kepanasan dan kepedihan di hati bertambah pulak dengan kesengkekan dan kekeringan dalam acc bank. haha. mujur la gi penang tak pakai duit sendiri pun. just keluar untuk pergi balik kb-kl je la. bulan 12 pulak takde gaji huhu. sebab belum confirm, dia akan bagi bulan 5 nanti. memang agak sakit la. tapi itupun mujur aku duduk kat rumah. sesak-sesak leh merempat ngan umi. 

i guess this is reality of life kan. takkan selamanya kita boleh jumpa kawan-kawan or share stories macam dulu. semua pun ada komitmen memasing kan. just sedikit sedih sebab dah janji nak jumpa nazira & zu. nak jumpa akak, mas, ds, lala fiza suma. banyak benda diorang nak share & cite. mesej & phone conv tak cukup sebenarnya. rasa bersalah coz i cant be there for them. diorang selalu ada untuk aku dulu. bila diorang macam sedih ke apa rasa macam kawan yang teruk. wuu sorry korang :( sedih bila duduk jauh ni. tapi nak buat macam mana kan. 

ok cukup la tu bebel. sebenarnya bersyukur sangat for what i have today. cuma kadang-kadang sisi selfish dalam diri ni rasa rindu nak macam yang dulu-dulu. padahal benda yang mustahil kita akan dapat balik dah kan.

ok nak sambung kemas barang, nak masak paprik, buat corn in cup dannn bersiap untuk naik bas ini malam.

happy weekend semuaaaa. till next update. banyak cerita dan gambar nak share ni haha. dasar janji dicapati kan sanad ni. ish ish.

toodles!~

yess everything will get better with coffee. teehehe

Khamis, 19 November 2015



i hope you can tell by the way i'm treating you ;) though i know i dont really do anything for you.

not sure whether u will read this or not. i just wanna say thank you. for being there during this past 2 years, every day without fail. i dont know what have i done to deserve this kind of attention from someone. i think its not because i deserve this, its because you are a good person, a good friend.

and during this stressful time, you are still there. you have your own work stress, but you still entertain my neverending stories about my workloads. padahal kerja awak pun banyak. sorry. i always have this fear that i might become a burden to people, they will get bored and leave me. thats why sometimes i tried to keep things to myself. but everytime you asked or said that you wanna know, i lost it. pastu bebel banyak banyak, menyesal.

i hope you know that i want to be there for you too :)

thank you. for being there. and sorry hari hari bebel benda sama.

Rabu, 18 November 2015

Ahad, 15 November 2015

countdown to school hols ;

salam'alaykum,

lagi 4 hari jee (tak termasuk hari ni) na cuti sekolah dah. tapi tak rasa excited pun sebabb banyakkkkkkkkk sangat kerja kena bereskan before cuti. rasa nak bertukar jadi segala jenis monster dah. haha.

semalam baru sampai kok lanas from a 5-day-trip. kok lanas-gua musang-melaka-gombak-gerik-kok lanas. penat ya tuhann. tapi lagi penat ummi yang drive berapa hari straight huhu. so jangan mengeluh. hari sedikit lemau sebab selsema dan batuk. dari time jenjalan lagi sebenarnya tapi biasa la bab bejalan sakit pun boleh sihat kan.

dann isnin depan im going for another 'larirumah' trip to penangg. wuhuuu. dengan kak jijah. suratchenta belanja percutian tahunan. kihkih. Alhamdulillah for the rezeki. tapi tu la nak eksaited sangat pun kerja tengah banyak. tiket bas gi kl pun tak beli lagi nih. cari pasal betui.

ok la nak pi masuk kelas. nanti kita update gambar melaka haritu yee. hehe

toodles!

Khamis, 5 November 2015

yeayy ;

2 umar ni time ni je la nak tengok diorang serius pun. time lain dia punya happy-go-lucky level tu agak diabetis sikit.

peksa akhir tahun dah habiss wuhuu.

tapi kekanak ribena je la yang hooray cecikgu dia sotong nak setelkan suma benda before cuti. bukan lembik macam sotong ye, banyak tangan cam sotong.

since aku mengajar di sek ren islam, tak dapat tidak akan ada paper yang dijaga dari subjek diniyah dan juga bahasa arab. haruslah takleh jaga paper sendiri kann. most cikgu yang bukan dari sekolah agama macam den ni very the nebes kalau tengok2 jadual kena jaga subjek b.arab. budak2 besar takpa papehal memang dorang kena faham sendiri cemana nak buat. kekanak ribena ni kekadang kena bagitau cemana nak buat soalan tu kalau tak temenung la di situ (note to self: jangan lupa letak contoh before soalan pertama lain kali). dann cuba ampa imagine kalau subjek b.arab. kita tolong baca arahan pun kita yang tak paham maksud dia. 

tadi jaga paper arab 2 umar baru laa rasa memang Allah jadikan takdir kita ni ada hikmah dan sebab. takde yang tak bersebab. kita je yang kena pandai cari dan fikir akan hikmahnya. syukur masuk uia kulliyyah human sciences yang kena belajar 6 level bahasa arab. dulu aku selalu question, kenapa banyak sangat padahal kite course HS je. budak2 engin, econs suma tak banyak level pun kena. tapi, agaknya kalaula aku takde basic mau ternganga tak pun kelam kabut carik ustaz dia. macam tadi, still ingat jugak la sikit2 maksud perkataan. boleh la faham apa arahan tu nak. ada soklan suruh warna merah untuk jawapan betul, kalo tak paham memang tekelip2 la aku nengok. tapi tu pun sebab dah lama tinggal dan belajar 6 level pun aci survive je, tekelip la jugak sikit2. but at least takde la kena turun naik tangga carik ustaz dia. hehe. Alhamdulillah. titiba rasa nak belek balik buku b.arab kan.

kalau subjek diniyah pulak dalam jawi. nasib sempat pandai baca time sekolah rendah dulu. i was in convent school dan tak pergi sekolah agama petang. memang subjek diniyah aku lemah. membawak ke sekola menengah lemah dia. orang lain dengan tenang dapat A. aku manjang B. tu pun nasib baik B. kalau tak bernasib baik C lah jawab dia. kalau kena tulis jawi memang aku merapu. sebbaik boleh baca so bila bacakan arahan untuk budak boleh bajet2 terer. tapi kalau ada yang budak betulkan tu perkara biase lar tu. haha. who said we cant learn from kids right? 

sabtu ni ujian kelayakan tahun 1. tak sabar pulak nak tengok muka muka si comel yang mungkin bakal jadi kekanak ribena sriam tahun depan. hehe. okbai nak tido dah.

thanks for reading!

toodles

Selasa, 3 November 2015

al-baqarah:286 ;










salam'alaykum,

saja je post quotes nak bagi semangat kat diri sendiri dan semua orang. everyone have their own struggle. just because kita rasa kita macam susah atau stress atau banyak kerja atau sesak sesangat doesnt mean orang lain yang nampak seronok atau rileks atau happy tu takde struggle depa.

bercakap dengan diri sendiri. huhu.

semoga tak kalah sebelum berjuang.

be strong everyone! :)

himnae! (be strong!)