Selasa, 30 Mac 2010

bidibidibip ;

tinggal lagi 3 papers. wuhuu.
tak nak fikir pasal paper yang dah lepas.
moved on alredi. haha.
dah 5 papers. tapi belum dapat feel exam pun.
ha camne tuh?
adoi takpaham dengan diri sendiri.

tadi pas paper history pegi jusco wangsa maju. mula2 plan nak gi bangi amek kunci kat mard tapi dia busy rehearsal ke apontah. next week la kot. xsaba nak mengangkut barang balik umah gombak. aku kuar sebab nak kuarkan duit okk. macam kat iiu takde mesin atm. ye memang serupa macam takde. dari jumaat aku dok cucuk kad xdapat kuarkan pun. nyaris2 dah makan rumput. sebab duit mmg tinggal syiling 50sen je tupun dah spare untuk laundry. sebbaik ee pinjamkan duit. gamsahamnida ee :)

kalo merewang sorang2 mesti time tu kepala tengah tingtong. salu je camtu. mesti malam before tu tak tido la, time tengah ngantuk la. pastu mula la bila sampai destinasi je perasaan nk balik je. aku penah kuar klcc sorang pastu ngantuk pas solat tido jap kat surau tu. surau kl central pun penah. buruk kan perangai suka tido merata. haha. ni kalo kuar sorang la. kalo reramai tu kalo ngantuk ke takdela wat perangai camtu. melainkan kalo aktiviti adalah tengok movie. memang aku wish gudnite je kat citer tu.

masuk newsweek jumpa mag klik cover SHINee. terus beli. pastu baru pasan dia cakap 15 mac punya cover suju. melepass. aku sebenanya kalo majalah2 malas2 je duit ni nak kuar dari wallet. memang leh kira ngan jari je la berapa mags yg aku penah beli seumur hidup. mungkin aku hidup dikelilingi manusia yg suka beli dan baca majalah ko so keje aku merempat je la kan. hahaha. tapi beli gak sebab cover shinee. nak jumpa mags kpop dalam bm or english memang payah. salunya mags in chinese banyak la. ada satu mag tu, epop kot nama. ada la wat versi BM. tapi nk dapat amat payah. klik ni pun lately ni je slalu buat cover & citer pasal kpop. agak membazir gak ah sebenarnya beli semata2 sebab cover pastu cover story dia mesti ah 2-3 helai je kan.

rasanya hallyu (korean wave) dah menggila kat msia. aku ingat sebab aku dah tersampuk sbb tu aku punya mata nampakk je kalo anything berkaitan ngan korea ni. tapi baca kat mana ntah dorang cakap gelombang hallyu ni memang tengah besar kat asia tenggara. ala macam zaman tahun bile yang org dok gila bollywood tu. pape bekaitan bollywood je orang rasa best kan. eh tapi sebab aku masatu kecik lagi tak terlibat la kot. aku dulu minat korea2 pun minat citer je la. kalo cite jepun & korea memang aku suka. lagu suka tapi memang tak kesah sangat la sape nyanyi. aku xminat sangat grup2 sebab aku tengok macam ramai yg ala2 jambu je kan. tapi skaranggg?? haih entahlah. hahaha. maybe sebab korea & jepun banyak gameshows, reality tv shows n show2 melibatkan artis dorang & plus kelakar nak mati plak buat orang jadi suka kot. aku rasa camtu la. aku sendiri pun baru je layan benda2 ni. nak tau tanya orang2 dah jadi fans hallyu lama la.

ok ape yang kau baru merepek panjang2 kat atas ni syanad?

jom tido.

Jumaat, 26 Mac 2010

keempatratus ;


dear Nadiah,

you've flown too high.
get back to the ground.

yourstruly,
Aisyah.

Khamis, 25 Mac 2010

years will come and years will go ;

akhirnya dah konfem.
95% confirmed.
another 5% kat official surat je.

taktau la ape akan jadi by the next 2 months.
boleh ke pikul tanggungjawab ni?
tapi aku dah nak 22. 22 okk.
and the eldest.
abah pun macam rileks je.
macam suma benda diserahkan kepadaku dengan sonang hati.
mard macam eksaited.
tapi aku cam takut.
dua tahun tu lama kott.
kena jaga suma benda ni.
nak overcome homesick lagi.
tak boleh balik even tengah cuti ke?
T_____T
studies lagi.
ottokaji?

dongsaengs pls help ur sister. lets not fight too often nemore. aite?

*harap2 umi pegi lambat sket
**hope that this isnt real. anio.

Selasa, 23 Mac 2010

saya sayang awak semua (?)


super junior supershow II malaysia - huge success.

i was not there of course. tapi to be frank, ada gak la sikit rasa menyesal tak pegi. aku ada lebih dari 5 orang kenalan dan seorang adik yang pergi & suma cakap best gile gile gile *darab limabelas*

tengok gambar & vids kat facebook & youtube & other suju fansites, memang patut la dorang cakap best. the stage, the performance, the showmanship & suma2 lah memang tiptop. even my love towards them increased tenfold. hahaha. ini tak pegi okay. kalo aku pegi taktau la berapa folds pulak. :p

kenapa dorang cakap best? disebabkan dorang dok citer2 kat aku (pegi bilik ee smalam habeskan masa sejam dengar die & ijan citer siap ngan commentaries suma) & aku pun banyak baca dorang punya pengalaman haritu kat suju fansites, meh la aku citer pasal ss2 haritu.

  • hampir 15000 orang yang pergi memenuhkan stadium putra bukit jalil. terdiri daripada ELFs (everlasting friends = special gelaran untuk suju fans) dari malaysia, china, jepun, thailand, singapore, indonesia & even more kot. not only fangirls, fanboys pun ramai. ada jugak parents yang datang ngan anak2. dorang cakap even pacik makcik pun ada. siap bawak banner suma. bukan ELF pun ada datang. which aku sangat lah jeless. smalam ee ngan ijan cakap CAT FARISH pon ada. haha. ingat dulu minat sgt kat ruffedge. dia plak pegi tengok suju. hee. tapi xtau la diia minat or saja nk pegi kan.
sapphire blue sea
  • ni kali ketiga dorang kat msia. first time dorang buat music video 'dancing out'. second time masa mtv asia awards kat genting. 2008 kot. & ni kali ketiga tapi first concert.
  • suma ahli suju datang except kangin, kibum n hangeng. which already expected. sedey aku melihat ketidakhadiran hangeng oppa. tsk2. sushowII yang len dia tak pegi since dia punya contract termination case tu. pastu henry & zhoumi of suju-M (suju punya mandarin subgrup) pun datang. & the best thing was diorang sangat mendapat sambutan kat msia. sebab haritu masa sushow kat shanghai diorang cam tak berapa happy. aku baca ELFs cakap they were smiling dengan sangat bahagia. cayalah msia ELFs.
  • benda paling best bagi aku, aku rasa adalah stage dia. siyes tak kesah la sudut mana atau berapa harga tiket, akan dapat gak rasa moments where suju members dekat gile ngan dorang. siap ada eye contact suma. waaa gila best! lagi satu sebab wat kat stadium putra bukit jalil (indoor stadium). kecik compared to stadium nasional bukit jalil. kalo wat kat stadium besar tu memang jangan harap la nak betentang mata bagai kan.
the stage. the day before concert. aku memang tak penah pegi konsert besar2 so aku xtau la kalo memang ni bentuk stage yang biasa time konsert. tapi bagi aku, memang terbaekk. & kalo aku jadi artis tu, memang tergolek la nak pusing setiap sudut kat stage ni. haha.


during the concert. harusla pemilik tiket 4oorm++ & dok kat rockpitt manusia paling seronok kan. first vid yang aku di-tagged adalah dari chah. & dalam vid tu kyuhyun siap salam dia okk. aku lak yg neves bila kyu mendekati kamera titiba. hahak. chah ckp dia dapat salam kyu 2 kali & ryewook skali. mantop.

  • masa konsert tu aku kuar gi makan ngan dil & nazira. pastu tiap stengah jam adik aku bg sms:
"kyuhyun tgh nyanyi dpan aku skang"

"sungmin br je pas bye2 aku. woahh"


and masa tengah bratur nak oder makanan dia call & bagi aku dengar. masatu tengah performance lagu sorry sorry. aku terus oder char kuew teow besar sebab sedih sgt. hahaha. ee pun ade call masa lagu neorago (it's you) tapi tengah mandi so xangkat. terharu gak la korang sanggup bagi effort nak call. sebab kalo aku, kemungkinan besar dah kuar dari stadium baru aku pk pasal fon kot. hehe. gomawo. jeongmal gomawo.



  • dorang nyanyi 35 buah lagu kalau tak silap. concert duration dalam nak dekat 3 jam ee cakap. nak tulis kat sini suma lagu memang tak ingat la. just time yang dorang crossdress (pakai cam pompuan) dorang tak nyanyi lagu gee (snsd's). dorang nyanyi f(x)'s chu.
chu.

puff the magic dragon. siap ada play. comel je.

  • malaysian ELF punya torchlite projek dorang cakap sgt berjaya. masa lagu shining star suma orang tuka dari blue glowstick kepada lampu putih. tak silap previous sushow tak penah ada lagi kan wat camni. ni first time. aku tengok vid. sangat lawa. memang nampak cam bintang2. pastu dorang cakap singapore ELFs siap distribute mini torclite. gila baik weh dorang. cayalah. suju sangat terharu sampai leeteuk (the leader) nangis & even bow 90 darjah kat audience. dorang cakap donghae pun nangis gak. this is why we love suju so much. dorang sangat appreciate peminat.



shining star! like a little diamond, makes me love
looking at me with the sweet smile that's like a dream to me, wishper to me
we'll always be together, 'til the end of time

  • ni aku bace ada ELF share kat allkpop.
there was an ELF fainted in RockPittB and she was just beside my friends and I, the medics quickly pulled her out from the crowded area with the help of many ELFs. Ryeowook was passingby and saw the girl, i could see clearly how genuinely concerned Ryeowook face was and he was deciding whether to go to the girl or not but got stopped by the security and was led up to the stage, while Donghae was the next one behind Ryeowook, saw the girl been carried pass him, he looked worried and he really DID touch her arm to check how she was, then he was led away by the security to the stage.

*taken from allkpop. credit to jmay1105.

bagus kan dorang?
  • kyuhyun took ELF's camera and did selca (self camera). ada aku baca kat mana ntah donghae did the same thing too. kalo la aku jadi ELF tu memang sampai bibila aku tak tuka fon dah. hahaha.
kyaaaa~~~!


  • & cam biasa ada part baling2 soft toys & playing with water guns. ELFs yang dapat main tembak2 skali tu mesti sonok gilaa. haha.



  • & ni apa yang suju tulis kat cyworld diorang after the concert.
sungminnie's cyworld update:

2010.03.21 time: 01:42

Happiness

Hae ng bo k..

H ae ng b o k…

Haeng.. bok..
. . .
Happiness!..



oviously la dia happy sebab sushow kat malaysia kan. hehe

leader teukie pun ada update kat sidebar cyworld dia. '2010..malaysia fans..i was so happy'. bangga jadi msia ELFs. hee.

aku ni dah macam mengalahkan orang yang pegi la plak kan. hahaha. ok2 better stop here. just nak share apa yang aku baca. the feedbacks from ELFs. aa bestnya kalo dapat gi. kalau ada kuar dvd sushow 2 malaysia ni konfem beli.

suju punya interaction ngan fans SANGAT bagus. dengan keadaan stage yang camtu lagi la bertambah2 bagusnya. boleh nampak clearly how they appreciate the fans. thats why makin hari makin bertambah suju ELFs (:

dorang cakap suju akan datang lagi next 2 years untuk super show 3. i'm anticipating. harapharap kangin & kibum dah ada masa tu. & walopon mustahil, harap jugak yang hangeng will be there. & yang paling penting. harap2 aku masih ELF yang setia la. hahaha. :p

tahniah malaysian ELFs. sangat jelessss ngan korang yang dapat gi.

suju, fighting!


ps: 'saya sayang awak semua' was the line yang kyuhyun cakap time dorang introduce the members. funny thing was, intonasi dia macam tanya soklan. hee comel.


*pictures & information credit to: erma syafiqah, mardhiah hasdi, aisyah hashim, zarl, sup3rjunior, sj-world, youtube. thankyou. (:

Jumaat, 19 Mac 2010

الامتحان


let's do well.
hwaiting!^^
lepas 8 haribulan boleh jumpa family wehoooooo :D

Rabu, 17 Mac 2010

sushowtwo ;




super junior . super show II . malaysia . 200310 .

suma orang dah eksaited ngan supershow2. siap countdown2 kat fb. baru la prasan ramai gak orang yang aku kenal pegi.

tapi aku tak pegi pun. bohohoo. the nearest i can be with dailysupplement adalah 1 hour away. sedih kan. tapi takpe la.

poster adalah ihsan dari my sister mardhiah. gomawo. she's going. & since aku ada tshirt ni dan saiz die pun muat2 la ngan madi. aku bagi la pinjam. tu pun kalo die nak pakai la. mesti la die nak. orang lain purposely beli untuk gi sushow aku je beli sesaje takde purpose. haha.

hope that u guys will have loadsa fun there. snap gambar banyak2 tau. jangan lupa hafal fanchant. pastu takpayah jerit kuat sangat sebab nanti aku nak tengok kat youtube. haha.

jeles? not. *padahal supergreen with envy*

Isnin, 15 Mac 2010

pyongseng gyothe issulge, I do ;



wishing
SELAMAT PENGANTIN BARU

dan
SELAMAT BERBAHAGIA

buat:



dearest friend, lyna yang slamat melansungkan perkahwinan pada 130310.


beloved cousin, kak yana yang melansungkan perkahwinan pada harini 150310.


semoga kekal bahagia dan gembira hingga akhir hayat. Ameen. cantik kan diorang. tema nak silver2. hehe. wedding kak yana tak pegi sebab harini ade kelas. umi abah pun tak pegi. abah takde kat msia & umi lak tak reti drive sorang balik klantan.

wedding lyna dapat pegi, tu pon sumbat2 dalam kete sapik. hehe. best gak la. bak kata awek walopon berhimpit kat blakang slama 2 jam tapi tak terasa pun sebab banyak benda dapat borak. sempat kete rosak lagi kat bentong. siap wat amal jariah beli whiskas bagi makan kucing sementara tunggu kete siap. pastu siap ikut pengantin pegi photoshoot kat lata jarum. it was fun.

sape lak next kawan yang akan kawen. excited dah nak konvoi ni. haha :p



(Doa Nabi Muhammad SAW)


Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-MU, dan cinta kepada orang yang mengasihi-MU, dan apa sahaja membawa daku menghampiri cinta-MU.

Ya Allah, jadikanlah cinta-MU itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Ya Allah sesungguhnya aku memohon cinta-MU, dan cinta orang yang mencintai-MU serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-MU.

Ya Allah, apa sahaja yang engkau anugerahkan kepada-ku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang engkau cintai.

Ya Allah, dan apa sahaja yang engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah cinta-MU sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku,hartaku dan air sejuk yang pada saat kehausan.

Ya Allah jadikanlah aku mencintai-MU, malaikat-MU, rasul-MU, hamba-MU yang soleh.

Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-MU, dan jadikanlah aku bagi-MU seperti yang engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah aku mencintai-MU dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-MU.

(Hadis riwayat At-Tirmizi. nabi muhammad SAW bersabda: inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud A.S)

*haritu fad tunjuk doa ni. taken from iluvislam tabloid & copied from penasiber. macam sedih kan bila baca? semoga cinta kepada Allah adalah cinta kita yang terkuat dan terdalam. Ameen. insyaAllah. (:


ps: photos credit to awek, kakchips & kakyana's friend.

Khamis, 11 Mac 2010

short semester - 예 또는 아니오?

mahalah pre-reg dah berjaya. dapat blog B level 2. number bilik tak ingat. but the thing is bilik yg aku regis tu adalah utk sem 1 2010/2011. sebab aku reserve je subjek utk short sem maka aku tak dikira buat short sem. haih.

titiba cam terfikir malas la plak wat short sem. lagipun nak amek arabic je 1 subjek (1 subjek tp 16jam klas seminggu ok). kalau tak amek jimat duit yuran & hostel & belanja. pastu kalau dok umah manatau leh keje ke sbulan dua. dapat extra belanja utk sem bulan 7 tu.

tapi kalau tak amek short sem tergendala plan nak amek lesen. pastu program gemilang pun banyak terlepas. & program ngan kawan2 pun takdapat join. huhu.

ottokaji?

tapi kalau tak wat short sem i'll have plenty time to be spent with the family. & since xtau akan menetap lagi kat ganu or tak by june nanti, boleh la menikmati udara ganu puas2. haha.

papehal pun kene tengok gak dulu. dapat ke tak subjek yang masih dalam reservation tu. ramai seniors cakap lupekanje laa tapi aku reserve subjek ustaz sem ni & die cakap dia akan consider kami2 yang reserve ni.

hati 70%-ly cakap cuti kat umah je.

hmm.. fenin fenin..

Selasa, 9 Mac 2010

ootneunda ;



HAPPY HAPPIEST BIRTHDAY INTAN! happy 9th march *bekground lagu ost 1 litre of tears sket* hahaha. fyi, this is the only pic of kita dua yg aku berjaya jumpa. ape citer??

anyhoo, buat yang terbaik dalam life ko keyh. aku doakan ko. satu hari nanti mesti akan jumpa ur happiness. aku doakan yang lain jugak. thanks for being there in my time of need. aku happy sangat ada ko & dorang suma dalam life ni. you guys will forever be my 'happydrugs'

(:


Even if things were tough, I couldn't say so
Even if I was sad, I'd always smile
I'm afraid of totally collapsing if I admit I'm having a hard time right now
I'm afraid I'll want to stop what I'm doing if I admit I'm sad right now

I'm smiling now, I'm smiling from the bottom of my heart
I smile, I smile, I smile
(2 a.m - i smile)

Isnin, 8 Mac 2010

sindrom henfon ;



rajin plak aku hapdet blog kan lately. suddenly ade feeling nak spill. bebel je la kan.

tadi tido kul 10pm dengan harapan nak bangun awal study history & wat keje hadith sekalii kul 3am dah bangun.

so here i am. nak youtube-ing internet tak brape mengizinkn so blog hopping je la kan.

buat kesekian kalinya aku kena sindir pasal henfon. dulu dah kena label ngan mas & ona. 'sindrom henfon'. haha. adoi. kadang2 rasa bersalah ngan suma orang tp nak wat camne weyh aku tak berniat pun.

aku pun xtau la nape kan tp aku dengan fon memang takde chemistry. time aku pegang takde la plak call atau text msg nak masuk tapi bila aku dah campak merata mula la call penting la msg penting la nak sampai.

ade orang dorang tak suka msg2 suka calling2 je tapi aku dudua pun aku cam xminat. bukan la xminat as in aku takkan reply text atau jangan harapp aku nak jawab call. takde la camtu. kalo dah bergayut tu tiga empat jam pun jadi je. haha. cumanya kalau msg ngan aku ni, sakit jiwa sket la. orang klau men mesej kan pas 2-3 minit dpt la rply. klau aku, pas stengah jam kdang2 baru org akn dpt reply. sebabnya klau msg yg memerlukn aku jwab banyak mmg aku lembab, lagi2 klau memerlukan aku berfikir. nanti kang aku nak makan2 dulu la minum2 dulu la. kadang2 tu terus lupa nk reply. sebab tu orang salu tensi je mesej ngan aku. tergantung dorang ckp. sorry la kawan2 yg terasa. terutama skali jijah ona intan ds. jeongmal mianhe!

fon aku mmg banyak ringtones tapi sentiasa dalam mode silent. tak pernah tuka ke mode general. sebabnya aku rasa cam leceh la nak tuka2 ni. kang nnti dalam klas nak kene tuka balik silent. kalau telupa tukar pastu fon memekak dalam kelas. tak ke leceh tu. sebab tu la salu orang call tak berjawab. bayangkan ade satu hari tu domino's call aku 2 kali nak amek oder. nak amek oder okayh. bukan hantar oder. haha. masetu pakat ngan rumates nk makan pizza. terus akak rumate sound lenkali jangan wat silent mode je sentiasa.

orang skarang wajib ade dua fon aku pun taknak kalahh. dapat celcom upack trus cari fon terpakai kat umah. konon cambest la aku ada 2 fon kan. tapi number celcom aku harap on je takde sape yg tau number aku. rasanya yang tau pun intan je. fon tu pun jadi mp3 player & kamera je skang. topup pun baru 2 kali je. ade satu fon pun susah nak handle inikan 2 fon. jangan la harap kan. camne la korang boleh ade smpai 3 fon kan. takjub2.

time aku kat umah cari kat fesbuk or skype or ym je. kalau 3 bulan cuti 3 bulan aku takkan topup. bak kata intan, "ko kalo cuti dah macam orang berumah dalam utan je". nak sentap salah sendiri plak kan. telan je la.

tapi satu je la kebolehan aku, masa tengah tido boleh angkat call & reply msg. siyes. siap boleh borak lama pastu tak ngaku tu kalo org tanya tengah tido ke? biase aku jawab, eh takdela tengah lepak2 je. lepak kapla lutut kamu. tapi klau text msg tu merepek sket la aku jwb. penah skali adila msg ajak lepak lagi 30 mins die ambik aku leh cakap takdehal pastu smbung tido. haru.

& aku rase sangat la bersalah ngan kawan2 yang rajin calling2 tanye kabar cam mas ona jijah kaksyu miza zanis iee ayol suma. sebab aku sgtla jarang berbuat demikian. bukan berkira nk abeskan kredit tapi bila nak call tu aku cam tkut call time xsesuai. pastu takut taktau nak borak ape. sorry weyh. korang kalo bosan2 nak aku call cakap je la, aku call keyh. (elehh org call pn xjawab ini kan plak nak call orang lain) tapi kalau bigboss (abah) call reti plak nak jawab tak kira di mana berada kan. mesti la weyh. kalau x aku hidup makan rumput je la kt sini kan.

kesimpulannya, aku sangat harap la leh ubah or lebih ber-chemistry ngan fon. haha. bila orang dah sound2 ni terasa gak la teruk perangai. lagi satu kesian kalau orang nk ckp benda penting tp fon kemana aku kemana. tak bagus ok perangai camni syanad. sila ubah.

Jumaat, 5 Mac 2010

i call you butterfly ;










kyopta!

one of my friend cakap nanti taknak hantar ank die kat tadika aku sebab nanti aku ajar benda bukan2 sperti di atas. bahaha~ ala tapi comel ape kan. dari dorang melompat tak tentu hala. hee.

teringin gak nak pergi klas yang ajar kpop punye dance. tapi suma girls la. mesti syiok. aku memang suka tgk dance walopon diri sendiri adalah sebenarnya kayu. haha.

tengah risau pasal short sem ni. haritu tersilap reserve 1 subjek je. kalau tak dapat pastu dah ter-regis untuk mahalah, takkan nak duduk buat bodoh 3 bulan sambil bayar yuran bilik? pelik tu. lagipun boleh ke duduk bodoh2 camtu. adeyh fenin2. taktau nak refer kat sape. kena tanya opis mahalah kot. & titiba rasa taknak wat short sem lak sbb leh lepak lama ngan family. nanti kalau dorang jadi pindah, haram la nak jumpa slalu lagi. skang ni pun jumpa time cuti panjang je. dahler cuti panjang tak brape nak panjang. huhu.

happy weekend suma! slamat tidur slamat pulun study esaimen suma n sape yg dapat ber weekend ngan family tu, aku jelesss. slamat bersama kuarga anda.

toodles~

Khamis, 4 Mac 2010

life couldn't get better bak kata SuJu ;

got tagged by bob last 2 months. sorry bob baru prasan! dissebabkan tengah boring2 ni, leh la buat.

Are You
Perfect - harusla tak.
Tall - tidak.
In your pajamas - dun really wear pajama. tp seluar tido yang cam comel2 aku sukaa. haha.
Left handed - nope.

Last
Friend you saw - winal & zuzue
Talked to on the phone - intan
Person to text you - my sister mardhiah
Is today better than yesterday - hope so

Favorite
Number - 2 dan 9
Colour - banyak
Food - suma yang sodap.
Place - kat mana ada family aku tempat tu la paling best.


Questions and answers

What was the first thing you did when you got up?
/ tengok pukul bape kat. pastu tengok kalo ade miskol ke mesej ke. kot ade klas kensel. hahaha.

Do you have anything bothering you?
/ beberapa perkara

Justify FullWhat’s the last movie you watched in theaters?
/ harry potter apentah yg latest tu. half blood prince eh? aku kureng minat sket nak spend time kat cinema. lagi2 kalo kuar ngan orang yg dah lama tak jumpa. kalo mmg nak kuar tgk wayang tu lain citer la.

Where is the last place you went?
/ kiosk mahalah maryam. salu pas dinner memang buat lawatan ke kiosk atau koop. takde bende nak beli pun leh jadi ada benda nak beli. tapi lately kurang la. kene jimat okeh.

Do you smile a lot?
/ sedekah paling mudah (:

Do you wish upon stars?
/ tade makne

Are you a friendly person?
/ kalo first time jumpa memang akn rasa awkward ngan aku. kalo dah kenal lama mungkin korang akn berharap agar aku ni bisu. haha.

Where did you sleep last night?
/ maryam F 4.1

Why did you sleep there?
/ cuba kalo aku tido kat mahalah ali ke bilal ke, agak agak ape jadi?

When was the last time you cried?
/ masa rendezvous haritu kot. ade satu scene sedih waktu slot 'recall'.

What do you hear right now?
/ SHINee's replay

Does anything hurt you right now?
/ tiada lah rasanya kot.

What’s your favorite month?
/ bilebile la kalau dah namanya cuti tu mmg aku suka. tak kesah la ape bulan pun.


Emotions

Are you missing someone right now?
/ some friends, family dan kpm. tadi baca blog ayol terus rindu kpm. deimn.

Are you single?
/ belum kawen

Are you parents still married?
/ apo punyo soklan lah


Basics

Real name
/ siti 'aisyah nadiah hasdi

Age
/ kalau korean age, 22 nak masuk 23 dah. wahh bajet korean age plak. suka ke tambah2 umo?

Eye colour
/ coklat la kot. coklat macam mane aku tak pasti.

Zodiac sign
/ virgo

Male or female
/ female

Single?
/ apahal tanya banyak2 kali ni koq? ejen mencari jodoh ke?

Crushing?
/ the way a fangirl always do. haha.

Hair colour
/ hitam

Phone or camera?
/ camera

Health freak?
/ bese kalo dah sakit baru nk gelabah.

Righty or lefty?
/ kanan

Firsts
First best friend
/ my sister.

First award
/ anak sulung kpd incek hasdi dan puan latifah. anugerah tak ternilai tuu. cewah naik lift tekan sendiri la plak. wakaka.

First enemy
/ syaitonirrojim

First vacation
/ takde vacation paling best dari dapat balik kampung. nak2 time nak raya tu kan. happy die semacam je. pastu bile dah besar sket vacation paling best harusla CUTI SEM kan. haha.


Currently
Eating
/ tidak

Drinking
/ tidak

Listening to
/ luluh (samsons). dah lama kot tak dengar lagu luluh lantak ni. tringat sem 3 kat kpm. huhu.

Plans for tomorrow
/ klas history, dobi, donlod hello baby, TIDO, wat keje arabic, klas hadith, iftar gemilang, klas arab, mass gath gemilang.


Which is better with the opposite gender
Lips or eyes? - mata lah kot.
Shorter or taller? - takyah tinggi sangat. aku ni pendek je.
Romantic or spontaneous? - jap. taktau la. xleh nk pk lagi.
Sensitive or loud? - dudua cam tak je. haha.
Hook-up or in a relationship? - ape hook-up hook-up. belasah nak? kakaka.


Have you ever
Lost your glasses/contacts
/ harus pernah. sejak 2001 aku dah tukar lebih dari 5 spek kot. tecicir la tepatah la masuk lobang jamban la.

Ran away from home
/ tak penah.

Broken someone’s heart
/ kalau ada pun mungkin tanpa niat kot. mianhe!


Answer truthfully
Do you like someone
/ RAMAI! nak aku sebut kat sini ke suma oppa2 tu? nanti2 la kan. nanti kene upload gambar lagi bagai. lecehh. haha.

Are you seriously happy with where you are in life
/ Alhamdulillah (: tak best la sedih2 ni.


I am tagging: siapa2 la kalo dah takde bende nak update kat blog tu tapi jari jemari rasa tengah gatal nak menaip, dipersilakan.

Selasa, 2 Mac 2010

bulan kosongtiga ;


dah mac. cepatnye weh. bape hari lagi dah nak final exam. leh gile gak la kan kalo di pikir2 kan. adeh2.

been busy with club activities the past 2 weeks. skang dah abes suma program untuk sem ni. tinggal 13 mac ni je la tp bukan under klab.

oh lupe nak cite. aku masuk 1 kelab ni. BP iium gemilang mentoring club. memule sesaje je isi name. time dorang promote2 kat booth diorang dulu. bile tgk kene gi interview aku dah cam mls dah. konfem susah nk dapat punye la. mase interview pun camharem je la aku wat. tp wat2 konpiden je la. tp ntah camne dapat la plak. haha.

so pas gi induction course die baru la aku tau, the responsibilities adalah no joke. tak kesah la ko mentor baru ke taktau pape ke kalau kene assign job pape utk pape program jangan kata takleh. klau taktau tanya seniors. ni 1st time aku join klab yg agak aktif. banyak la benda yg aku blaja.

ade 4 skolah rendah kt area gombak yang join program gemilang ni. so kitorg akn dapat adik2 untuk jadi mentees & kene jaga dorang dari dorag darjah 4 smpai 6. mentee aku ada dua orang. sorang pompuan sorang laki. ada yg dapat 2 org ada yg dpt 1. cuak gak la sebab kene contact parents n masa fam gath haritu kena jumpa parents dorang introduce diri. rasa cam, boleh ke aku ni? diri sendiri pun tunggang tebalik lagi. huhu.

intake aku ni kira generasi ke 10 kelab ni sebab gemilang club started on 2001 kalau tak silap. & aku pun xtau sape yang start, kitorang pnye batch digelar ben10. haha. memula cam pelik tapi lelama rasa cam special la. sebut ben10 suma tau la kitorang yg dimaksudkan.

siyes banyak la yg aku blaja since join family gemilang ni. responsibilities, komitmen, friendship n banyak lg la. walopon time ada program macam nak rak tak tido balik bilik tgh malam, walaupun aku time fam gath haritu jadi asst head comm yg agak camhampeh, aku harap next time leh wat yg lebih baik. yang best kat sini takde gap, senior mentors ke junior mentors ke suma baik je ngan each other. senang cakap finally aku dah jumpa lah the reason why i shud like life kat sini. tapi aku tau in future banyak lagi benda nak kena tempuh. so am hoping that i'll do good.

ni lah new relationship yang aku cakap haritu (:

bak kata mr president, jangan anggap ni sebagai satu beban, anggap sebagai amanah. dari kat kolej dulu aku dah fikir, nnti kat uni nak join something yg serve the community. tolong masyarakat, tolong orang islam. so dah dapat ni, buat yang terbaik la kan. hehe.

20 mac nanti start exam dah. harap dapat buat better dari last sem. & pre reg untuk sem 1 10/11 went well. pre reg utk short sem je masalah. nak add arab takdapat. ni da reserve, walopon kemungkinan nk dapat tu mustahil, harap dapat la. kalo tak 3 bulan akan dibazirkan di rumah. papehal studies paling penting. mission adalah nak buat umiabah rasa aku ni anak sulung diorang yang diorang boleh depend on. skarang ni baru kena jaga rumah gombak pun dah tekantoi2. jarang gila pegi tengok & cuci rumah. adeh.

lastly, i'm dying to watch shinee hello baby ep 5 & 6. rindu dailysupplement!

sleep well everyone,
toodles ^^