Isnin, 7 September 2009

#06 ; bila bukan


bila yang terang itu bukan dari cahaya matahari
tapi dari cahaya lampu

bila yang biru itu bukan dari langit
tapi dari dinding

bila yang sepoi sepoi bahasa itu bukan dari angin
tapi dari kipas

bila yang warna warni itu bukan dari pelangi
tapi dari pensel warna

bila yang ketawa itu bukan kerana gembira
tapi kerana sedih

bila yang senyum itu bukan kerana bahagia
tapi kerana derita

bila yang bangun itu bukan kerana kuat
tapi kerana dendam

bila yang tolong itu bukan kerana ikhlas
tapi kerana balasan

bila yang sayang itu bukan kerana cinta
tapi kerana dusta

bila yang dikagumkan itu bukan kerana ilmunya
tapi kerana kejahilannya

bila yang pahlawan itu bukan kerana kebaikan
tapi kerana kejahatan

bila yang jelas adalah kabur
bila yang nyata adalah palsu
bila yang benar adalah tipu
bila yang ada adalah tiada

bila yang aku jadi makin keliru

6 ulasan:

d i e y L a . berkata...

hmm aku suka entry ini.
tentang hidop.
yang selalunya terjadi macam tu.

;)

Fatin Fauzi berkata...

bagus! ini bagus.

mike-L berkata...

ini cool..ini moden..ini sendiri.ini realiti..

bila-bila boleh jadi

nice one koqq

chocolatte berkata...

i like this 1 too...can relate to it...

buat lagi syanad :)

erma berkata...

the most important thing is you gotta have faith dengan diri kamu, especially when you're uncertain with orang yang ada by your side.

hikari berkata...

Alhamdulillah~
Astaghfirullahazim~

nice one!!