Rabu, 23 November 2011

abang kecil dan abang besar ;



cant wait for this weekend to come. because i get to see these 2 boyfriends of mine playing together.

i feel bad for hilmi. sebab aku je lah yang paling dekat dengan dia tapi jarang gilaaaa balik rumah gombak. mesti sunyi duduk sorang-sorang. even dia kerja & susah nak jumpa pun, at least bila balik rumah tau ada orang takde lah rasa kosong sangat kan. tapi aku tak mampu nak balik rumah tiap-tiap minggu sebab kadang-kadang susah nak curi masa untuk balik. even dekat pun sebenarnya.

kalau ikutkan jarak antara rumah gombak & iiu adalah tak sampai 15 minit pun tapi sebab kena naik public transport (tunggu bas 2 kali, lrt sekali), aku malas. paham-paham je lah kalau bas tu kan. walopon tempoh masa perjalanan tu 5-10 mins je tapi nak tunggu tu, kadang-kadang sampai sejam pun belum tentu ada. sebab tu malas. ada juga orang tanya, kenapa tak suruh hilmi ambik atau hantar je? boleh je tapi aku malas nak susahkan. dia kerja. balik pun malam. takkan pastu nak suruh ambik aku lagi kan. dah la dia kerja jadi rider mcdonalds. hari-hari pusing uia.. kalau aku jadi dia pun tak nak aih pusing uia banyak2 kali. dah la jalan 1 way. bulatan besarr pulak tuh. jadi aku prefer susahkan diri sendiri ataupun takyah balik terus kalau dah malas.

tapi bila aku buat alasan macam tu kat umi abah bila diorang tanya kenapa tak balik rumah gombak, jawapannya adalah:

"tuh kereta ada je duduk menunggu orang bawak. guna je lah."

-_________-

dah layak dah ni aku prektis driving ni. tapi masalahnya kereta tu wira. kalau kancil boleh la hamba gagahkan.


jap, apentah tujuan asal post ni?

entah, tapi yang penting, minggu depan rumah gombak fullhouse seminggu. yippieeeeee :)

aku nak balik hari-hari & mintak abah hantar & ambil dari kelas.

ha, ingat kau sorang je boleh boleh balik selalu & ayah hantar ambik??

haha takdelah. kadang-kadang aku takfaham dengan orang yang tiap masa je nak balik rumah. aku taulah rumah kau dekat je. tapi agak-agak lah tengah busy pun nak balik gak kan. kalau balik tu sendiri takpe jugak, ini ayah jugak nak kena hantar ambik. pastu kalau kau tu jenis yang pergi kelas, buat esaimen & study je takpe. ini nak aktif jugak society bagai. pastu bila busy, mengeluh. tapi nak jugak balik. pastu bila balik, kerja-kerja kau suma orang lain buat. kalau tak siap kerja tu sendiri punya risiko takpe lah jugak. pastu orang nak ganti kelas atau discussion hari jumaat muka kau dah macam kena sembelit. padahal jumaat orang paling free. alasan busy banyak kerja. dahtu orang lain duduk uni ni main & tidur je ke??

apa kata kau bawak je rumah kau tu kat uni ni? senang sikit kan. nak discussion ke apa buat kat rumah kau je.

annoying okk annoying.

i think you should quit societies & other things yang akan menyusahkan kau untuk balik. sebab you'll eventually menyusahkan orang lain. nanti kita sama-sama berdosa. aku berdosa menyumpah kau. kau berdosa menyusahkan orang.

kan?

hadoi, padahal tadi nak post pasal family je kott. kan dahh. silap lah buat entry time tengah panas hati ni.

anyhoo, 26 november 2011,

taksabarrrrr ((:

Selasa, 22 November 2011

high kick through the roof ;

finally my 3-months-journey with High Kick Through The Roof (high kick 2) ended.

habis tengok the final eps betul2 masa final bola malaysia vs indonesia habis. orang bersorak melompat2 sebab menang aku sorang je kat bilik "mata masuk habuk". elehhhh masuk habuk kerrr? haha :p

tapiii, takleh terima kenyataan ending dia. i'm aware yang citer ni sad ending because my sister told me so. tapi tak bagitau ending macam mana. high kick ni adalah sitcom so faham2 je lah sitcom kan. ada sound effect org gelak2 suma, jatuh bangunan tak mati, langgar dinding tak pecah kepala. suma benda2 yg tak serius je lah kan.

tapi kenapa ending diaaa????

arghhh takleh terima. dalam hati, aku tengok 1 litre of tears ke ni?

tapi taknak bagitau jugak sebab takut ada yang nak tengok atau tengah tengok baca ni. kalau 26 episod takpe lagi orang bagi spoiler kan. tapi ni 126 episod. kang ada yang tengah baca ni tengah tengok episod 99 ke, tak ke menangis bila tahu ending dia. sebab aku rasa kalo tau ending dulu mesti perasaan untuk tengok citer ni macam lain sikit.

sedih. tapi best. worth watching.

jangan risau 126 episod tapi bukan macam drama. 1 episod dia dalam 20-30mins je.

siapa berlakon?

aku tengok sebab shin sekyung. kalau yang suka tengok running man, ada kwangsoo. yang lain tu google je la. malas nak taip.

ohhh peminat B2ST, Gikwang ada okk. hehe.

kalau nak tengok, pi lah kat dramacrazy.net.

bye bye high kick 2! thanks for accompanying me during lunch for the past 3 months :)


ps: congratulations pasukan harimau muda! yayy to malaysia.

Isnin, 21 November 2011

yeahhhhss. one of those things yang aku tunggu dari shining SHINee.

antara yang lain:

- datang malaysia
- onew berlakon drama/movie/sitcom
- onew in we got married
- onew... ehh kau ni tunggu shinee ke tunggu onew?? *tampo*

Jumaat, 4 November 2011

random 111104 ;

akhirnya stret seminggu jugak berjaga malam. demm bila kamu nak berubah ni aisyah nadiah??

semua orang dah start balik cuti midterm. iiu dah makin sunyi. takde ah sedih pun tak dapat balik sebab still akan balik kampung. tapi nak rasa happy sangat pun takde lah jugak.

yang penting minggu depan seminggu takpayah pegi kelas kann.

aku balik sabtu kot. kalau balik umah gombak awal sangat pun takde benda nak buat. harini (jumaat) kena pergi dengar talk. lecturer wajibkan kitorang pergi as replacement class. lagi satu sebab nak balik sabtu adalah nak teman roomate sebab dia balik sabtu malam.

sabtu petang balik umah tok ayah. yeahh rayaa.

haritu saja usha-usha traffic kat blog and i found this. kesiannya sapa yang sampai kat blog aku dengan harapan nak download running man tapi apa yang ada hanyalah merapu pasal running man. haha. sorryy!

oklah ni saya bagi kat awak (kalau awak end up kat blog ni lagi la after searching kan) sites yang boleh tengok & download running man with english subs.

1) isubs
2) kshownow

nak subbed episodes yang cepat pergi kat kshownow. aku suka isubs sebab gambar cantik tapi lambat sikit ah depa sub.

i realised that lately aku banyak post entri bergambar tapi gambar captured dari videos. salahkan tumblr. ni suma pengaruh tumblr.

okbai.

happy holiday dan selamat hari raya.

Rabu, 2 November 2011


*heartstrings. final episode


i cant help but wondering why.
but at the same time i don't really wanna know why.
coz i'm not sure whether the truth will hurt me or not.

Selasa, 1 November 2011

nasik oh nasik ;







*snapshots from smtown concert paris backstage

indeed. rice is the best to asians.

aku ingat aku je yang kalau makan banyak mana pun dalam sehari tapi kalau takde nasi in at least one meal rasa macam takkan kenyang.

kita sama ah taemin. sepp skett.