Isnin, 17 Disember 2012


gambar ni bebetul setahun lepas. masatu abah lagi 6 bulan nak pencen. dia ada kursus kat KL and stayed at berjaya hotel. sebab bilik abah besar, ada dua bilik lagi kat dalam, abah ajak aku & hilmi lepak sana on d weekend. mestilah seronok kan spend the night kat tengah-tengah kl. boleh jalan-jalan kt times square suma. but i remember we didnt spend the night there dengan alasan busy & ada kerja. just datang lunch dengan abah & jalan-jalan je. bila ingat balik, macam menyesal sangat. sebab lepasni mungkin dah takde dah nak spend masa dengan abah kat luar.

masatu excited & tak sabar nak tunggu abah pencen. manalah nak tau kan abah jatuh sakit as soon as he retired. tapi takpe, ni suma kehendak Allah. kenelah redha.

ingat lagi masatu sebab tengah excited nak pencen, banyak la borak pasal apa nak buat lepas pencen, nak tinggal kat mana apa suma. nak pergi situ sini beli itu ini. kira-kira harta benda (walaupun tak berapa minat benda-benda camni). ingat lagi satu ayat abah, 

"abah punya duit suma ni nanti bukan untuk sapa-sapa jugak, untuk awak suma. bukan untuk abah pun."

masatu i rembember bergenang air mata.

sekarang ummi pun mungkin kena pencen awal. rayuan pertukaran lulus, tapi ke terengganu. macam mana nak ulang alik dari trengganu ke kb kan. susah. in fact, even if ummi dapat tukar ke kelantan pun belum tentu dapat mengajar balik macam biasa. aku rasa pence je lah is the best option.

lepasni, economically mungkin kami akan susah sikit. pencen umi tak banyak sangat pun, nak bayar rumah lagi. tapi aku rasa ada duit, tapi hati susah pun buat apa kan. rezeki Allah ada kat mana-mana. aku cakap kat umi, takpe, anak-anak pun dah besar. lepasni kami kerja kami boleh support kite suma (walaupun aku macam jauh lagi je kan nak ke penghujung jalan dunia belajar ni :p)

well, things happened. and they happen for a reason. 

mengeluh, bersedih tak boleh nak membantu pun. kena pandang ke depan, & cari solutions untuk suma masalah. fikir benda-benda best. walaupun situation macam takde harapan je.

things will get better.

believe in Allah and His plans. He knows better (:


ps: dari haritu nak cerita macam mana abah boleh titiba sakit. since aku ada dengan abah from the start, nak tulis macam sedikit memeritkan sebab kena ingat balik those painful memories. but i'll try to cerita later. 




Jumaat, 14 Disember 2012


i miss these two babies. dah empat bulan ummi & abah tinggal kat hospital. abah sakit, ummi jaga abah. diorang berdua tinggal kat rumah ayah ngah kat kota bharu. nasib baik lah dua-dua jenis tak berkerenah. imah duduk asrama on school days. alif je la yang tinggal dengan ayah ngah. kesian alif. i remember when i was 9 years old hampir semua benda masih bergantung kat umi abah. dia dah kena tinggal asing dengan parents.

rasa bersalah sangat. sepatutnya after umi abah, i am the one who is supposed to look after them. tapi aku sendiri tak dapat buat apa-apa. nak balik kota bharu pun kena fikir siap nak ambik hantar kat bus station.

dulu alif pergi mana-mana pun akan beli mainan. walaupun dah janji taknak beli tetap umi abah belikan jugak. tapi sejak abah sakit, dapat ikut pergi pasaraya pun dah heaven dah untuk dia. and dia tak mintak beli pun. tengok je pun takpe. tapi Alhamdulillah ayah ngah n mak ha takde complain pasal dia. senang nak jaga. lega jugak la dengar. pernah sekali alif kena keracunan makanan, muntah muntah teruk. pucat kuning muka dia. masatu kakak sedara cakap nak bagitau umi pun serba salah. abah memang takkan lah kitorang bagitau berita sedih-sedih ni. imah call umi bagitau. masatu alif marah dia sebab bagitau. dia taknak umi tau. taknak umi risau kot. and awal-awal cuti sekolah tu, mak ha ada cakap kat alif, nanti dia nak pergi KL cuti sekolah jaga cucu-cucu. dia gurau cakap nanti alif kena tinggal dengan tok ayah kat gua musang la kejap. dia cakap, tak boleh nanti susah dia nak pergi tengok abah. rasa nak menitik je air mata dengar masatu.

aku taktau bila semua ni akan berakhir. i hope things will get better. tak cepat lambat pun takpe lah.

i'm sorry adik-adik kakak. tunggu ye kakak habis belajar, nanti kita tinggal sama-sama kat rumah kok lanas. belajar rajin-rajin. jangan susahkan ayah ngah & mok ha.

berikanlah kami kekuatan ya Allah. ameen.


Sabtu, 8 Disember 2012

lepas pre-reg haritu baru perasan tak banyak dah subjek yang tinggal. menandakan perjalanan hidup di iiu ni dah tak lama.

kejap je rasa masa. walaupun sebenarnya dah lama dah kat sini.

im still torn between minoring in islamic revealed knowledge or just go with single major. nak minor irk, just tambah dua subjek but i have to extend my studies to another long sem. & konvo in 2014. lambat lagi. if tak minor boleh lah dapat final semester sem depan. & dapat konvo tahun depan.

nak habis lambat lambat, teringat abah. ikutkan hati nak habis cecepat balik kelantan duduk dengan abah umi. 

tapi sayang pulak tinggal intro to fiqh & usul fiqh je yg belum ambik. & most of friends are graduating in 2014. kalau habis sem depan, possibility konvo sorang sorang sangat besar.

hmm, marilah mentuakan diri di iiu.

Sabtu, 1 Disember 2012

For 1000 Years, Always Be By My Side ;


suka lagu ni. macam sedih.

 miracle. thats what i'm waiting for right now.

there will be a limited version of this PV which will be released only for 3 days from 7-9 disember kat shinee japan fansite http://shinee.jp.





source: 

Isnin, 26 November 2012

AGM, iflah camp & appreciation night have ended. dah nak masuk tahun keempat dalam gemilang. after two years contributing in the management board, now dah kembali menjadi ahli biasa balik.

lega sebab lepasni dah tak payah terikat dengan tanggungjawab but somehow rasa bersalah, especially kat new head of multimedia. sebab tahun ni tak dapat buat sebaiknya, n i didnt do a good job as her head, tak ajar apa apa sangat. harap harap lepasni tak jadi head pun, masih boleh tolong baiki apa kekurangan multimedia the last two tenures. 

borak borak dengan budak batch kami, tak sangka it has been 3 years. lepasni taktau la akan jumpa selalu lagi ke tak. semua course beza-beza, jumpa selalu sebelum ni pun sebab kelab. kadang-kadang rasa syukur jugak masuk gemilang. sebab kalau tak, mungkin the only friends i have kat uia ni zue, cah and nadja je. hehe. sayang diorang semua. walaupun tak pernah cakap. masa program bila stress2 kadang kadang bergaduh, kadang kadang terasa, kadang kadang tarik muka. tapi sayang kat diorang sebenarnya :)

ok dah takde idea nak cakap apa. macam biasa update blog masa tengah gelabah siapkan esaimen. hadeh.

all the best new tenure! 

Ahad, 11 November 2012

ahhh rindunya nak membebel kat sini. banyak sangat benda nak share tapi susah nak dapat feel nak menaip. dah takde internet kat bilik so online bila ada peluang or bila pergi student lounge je. tu pun kalau dapat feel.

macam harini almost 6 hours kat student lounge pun tak dapat nak update blog pun. huhu.

nak cerita pasal abah, pasal life. kadang-kadang walaupun ada ramai kawan & family boleh kita luahkan, dekat diorang rasa macam taknak bagitau apa yang kita rasa & risaukan sangatkan?

i need more strength especially in my studies. sometimes i feel like i'm falling off track walaupun hari-hari diingatkan dan disedarkan. Astaghfirullah.

takleh membebel banyak lagi. ada assignment ethnic 10 pages & presentation islamic ideology. all baru 10% gerak padahal submission isnin ni. *istighfar lagi*

fighting syanad!

Sabtu, 27 Oktober 2012

congratulations on your graduation ;


Majlis Konvokesyen UKM ke-40
sidang 8 | 231012

kesian madi convo dia ada aku & kak noni je family yang datang. kak ja cant make it tibatiba. abah & ummi tak dapat datang.

masa kitorang sampai ukm abah baru balik dari radioterapi session kat husm. umi cerita, nangis-nangis abah bagitau kat nurse yang anak dia konvo haritu dia tak dapat datang. 

takpela nak buat macam mana kan. 

sejak akhir-akhir ni airmata kami murah. bila abah mula nangis suma dok nangis sekali. takyah tunggu abah nangis. dok teringat dia pun dah banjir. 

things will get better.

insyaAllah.

all the best sister. minta maaf sebab terpaksa jadi harapan family awal dari aku,

Rabu, 24 Oktober 2012

RM ;

GEMILANG Running Mentor '12 
13 Oktober 2012


Running Mentor dah jadi official program Gemilang sejak tahun lepas. adaptasi dari SBS Running Man gitu. last year i was one of the committee so tak dapat join main. tahun ni dapat join. best gila.

tapi memang aku tau bab mengejar menangkap menembak ke suma tu den lomah. kalo setakat mission2 tu boleh la.

kitorang haritu game ada dua part. first part yg mission2 segala tu. suma missions amek dari RM episodes. lompat getah, sifir2 ape suma tu la. second part perang pistol ayaq. ramai yang suka & eksaited. aku pun eksaited gak memule tapi pas game start je terus menikus cari tempat menyorok. haha.

dah la team kitorang jadi mangsa sebab orang macam tak suka sebab kitorang over eksaited tang dressing. sebabnya committee cakap ada hadiah best dress. kitorang pun siap dengan telinga kucing, lukis misai bagai la. memang tak fikir pun sangat pasal mission ke apa. 

sekali rupanya the other 3 teams tag team kalahkan group kitorang dulu. kuanghasam! haha. bayangkan tengah semangat2 nak tembak orang titiba tengok suma team lain aim team ko je dulu. tak macam kecut perut lak kan. dah la buat kat tasik sri gombak yang banyak tangga. nak nyorok punya pasal, sampai puncak paling tinggi aku naik. sebab aku tau dorang takkan larat nak naik. haha.

kesimpulannya jangan nampak sangat over eksaited konon2 macam banyak gila strategi tapi rupanya tak. haha. tapi okayla. overal kitorang dapat 3rd place kot. ke 2nd ntah. dapat voucher kfc. walopon last race tu semua teruk kena lanyak. sampai tebaring2 suma.

harini balik kampung. tak sabar nak tengok abah :)

Sabtu, 29 September 2012


get well soon,
abah..








kadang-kadang takut nak berdoa supaya diri diberi ketabahan. sebab bila aku rasa aku makin tabah, aku macam dah redha je dengan segala kemungkinan.

aku belum boleh hidup tanpa abah. banyak sangat jasa yang belum aku balas.

sembuhkanlah dia ya Allah.

Ahad, 9 September 2012

assalamualaikum

*fuhh fuhh tiup habuk*

lamanya tak update blog.

esok new sem starts, kejap je kan. dah la praktikal baru habis jumaat haritu. memang terkial kial aku nak switch back to study mode.

tapi nak buek macam mano kan.

so, selamat menjalani semester baru semua pelajar ipt! semoga sem ni lebih semangat lagi dari yang sebelum-sebelumnya :)

update conteng-conteng je ni. nanti next time aku bebel bebel. hihi

bye bye sip handbook! you'll forever reminds me of jakoa gombak petaling :)

Khamis, 26 Julai 2012

ramadhan kareem ;

cr: brotherhood arts @ facebook

dah hari keenam.

lamanyaa tak update blog ni kan. 

practicum setakat ni okay. madam dah datang visit and it went well. tinggal nak buat final report and submit the draft kat english writing lab. masalahnya adalah kena hantar on 30th this month sampai 3rd aug. and aku tak start buat bersungguh lagi. macam blank je.

risau.

procrastinating ni memang penyakit susah nak ubat kan.

tak sabar tunggu ummi balik semenanjung. sekarang ni tinggal kat rumah gombak dengan abah, helmi & mardhiah. mardhiah dah grad. best kan. 

selamat beribadah & melipatgandakan ibadah semua! :)

Khamis, 28 Jun 2012



i cant be any prouder.

walaupun tau je other groups mungkin akan buat benda sama jugak kan untuk peminat yang sakit macam ni.

taemin siap bagi bracelet yang dia pakai all the time. and bila dia tahu donica suka dia, he really made the efforts. terharu gilaa tengok.

donica, fighting! 

Isnin, 25 Jun 2012

salaam,

dah masuk minggu ketiga prektikal. kejap je kan masa. and da masuk minggu ketiga jugak aku takde life seko seko kat rumah.

keputusan rayuan ummi tu katanya minggu ni pulak keluar.

tolonglah. tolonglah dapat. jeballl *praying*

abah balik rabu ni sebab kena masuk office kames jumaat n next isnin. 

tak sabar nak tunggu semua orang ada kat rumah. seriously, home doesnt feel like home when you dont have your loved ones around.

minggu lepas gate baru siap. aku tak tau pun. ingat depa nak buat bila abah dah ada gombak. then 1 day aku balik kerja tiba tiba dah siap gate tu. boleh pulakk aku tak reti nak bukak! boleh? vengong kan? nasibbaik lahh masatu orang tak balik kerja lagi. terkial-kial lah jap kan. ada jugak la orang yang lalu lalang pandang pelik. agaknya dorang ingat aku nak pecah masuk tak pun sales girl ke apa. last sekali masuk ikut emergency door. memang elok la pakcik tu buat pintu tu kalau tak ada yang panjat pagar time tu. ulu sangat gate rumah sendiri pun taktau bukak.

then semalam, bersungguh ni di pagi ahad ingat nak start kereta. abah ada pesan lagi pun. aku takut sikit nak start wira tu sebab kadang-kadang lama tak start bateri kering nanti alarm dia bunyi. tapi dah try rabu macam ok je so aku pun fikir ok kot. tak pulak tanya hilmi incase alarm bunyi kat mana nak senyap kan dia. dengan konfiden aku start dann dia menjerit. tak jumpa pulak tu button hitam yang dikatakan boleh membisukan dia. tak jumpa. habis suma button kaler hitam aku tekan. pastu call hilmi. agaknya Allah nak tolong, selalunya budak tu pagi-pagi mimpi lah dia nak jawab call titiba dia angkat. so jumpa lah button hitam tu. dapat lah senyapkan kereta tu sebelum jiran jiran tetangga bagi bantuan. kalau tak, semalam jugak aku lari balik uia tidur bilik zu sebab malu. bayangkan pukul 7 pagi pulak tu.. adalah dekat 5 minit.

sedih ok. takleh weh hidup gini.

tapi takdelah sedih sampai nangis hari hari. tak ye. sedih adalah 40% camtu. selebihnya layankan je lah. bukan takleh hidup sampai kebuluran atau boleh sawan sebab takde kasih sayang.

ni pun  tengah kurang kasih sayang gak ni kat ofis. kak nizie kursus sampai esok. kak farah meeting kat shalam. bos turun kampung.

 

tapi chill je lahh. its not that miserable pon kann

((:

Isnin, 18 Jun 2012

captured from: shinhwa broadcast ep 8

firsy week of practicum ended.

second week, aja aja fighting!

Khamis, 14 Jun 2012

family dah balik kuching.

minggu ni sepatutnya keputusan rayuan tukar ummi keluar tapi takde khabar berita lagi.

seminggu duduk rumah gombak. alone. tak suka bila pagi tadi ada ramai orang kat rumah. bising bising suasana. titiba balik petang, sunyi. ada satu perasaan yang tak best kat hati tiap kali camtu.

tapi, sebbaik tengah prektikal so tak terasa sangat.

and i have Rooftop Prince as company.

tengok wehh. best!

ada celcom broadband je sekarang. downloading activities not possible. suma tengok streaming je.

save shinhwa broadcast eps 13 dulu untuk weekend. suma gara-gara Putera Bumbung.

practicum okay. bos baik. orang ofis baik. new experience. tapi kadang-kadang banyak benda buat teringat time praktikum kat matrade. banyak sangat sebenarnya tapi malas nak compare.

i'll just enjoy and learn everything and do my best. insyaAllah.

ok tu je.

doakan family dapat balik gombak. kesian umi abah. if tak dapat tukar abah kena ulang alik kch - kl. itu sangat tak cool.

okbyee~

Rabu, 6 Jun 2012

what color do you think of when you smell lilac?

family dah ada kat semenanjung seminggu.exam tinggal lagi satu paper, sabtu ni. 

umi belum dapat tukar lagi so they're flying back to kch this weekend. 

abah pencen on july but he's taking the whole june off  work. which means, nomore working abah.

and aku baru perasan tinggal tak sampai seminggu until practicum starts. 

TAK READY LANSUNG!

decided to stay off campus the whole short semester.

tapi baru perasan family takde kat semenanjung pon.

nasibbb prektikal kat gombak je.

dan masih belum pernah drive di mana mana jalan raya after dapat lesen satu setengah tahun yang lalu.

i got my head of department as my practicum supervisor.

and beliau cakap saya adalah jiran beliau belakang rumah.

maksudnya, raya nanti saya kena pi rumah madam lah eh? hihi.

i'm looking forward to it. tapi dia cakap dia style komando sikit.

maksudnya, pemalas macam aku ni kalau tak reti lagi nak rajin tak tau la nak kata apa dah.



 

loser! bila nak start drive sendiri bilaaa?

Isnin, 4 Jun 2012

@skehehdanfdldi ;

heeeeeeeeeeeeeeeeeeee

tekalah who's on twitter.

didnt expect him to be the second one after jjong since brader ni tak berjiwa social network sangat rasanya. even kat me2day site diorang pun dia yang paling tak post sangat.

username dia tak silap aku membawa maksud 'i'm animal too' if typed with the qwerty keyboard when it's in the korean mode.

sebenarnya before ni dia dah buat acc lain. username merapu camni gak tapi maksud dia 'I AM EATING' hahaha. tapi dia dah delete. tapi username yang tu lagi comel kot kan. tadi baca translation tweets dia. first tweet tu dia cakap dia takkan tekan 'delete account' lagi time tuka pasword. haha ingatkan sebab apalah delete first account tu. rupanya terdelete by mistake. eh tapi teringat pulak dulu aku pun pernah buat acc twitter tapi delete sebab dah tukar setting dia otomatik update kat fb pastu taktau nak tukar balik camana. kita sama noob lah jinki. eh? *tampar*

ok sebenarnya aku rasa tulis post ni macam tengah bercerita dengan ee je sebab rasanya dia je yang minat nak tau. hee :P


kira syukurlah dia tak buat usernama dia everybody's fantastic chicken ke apa kan.









bila kamu nak berlakon drama ke pulak?




Selasa, 29 Mei 2012

the one ;


tengah youtube-ing tadi terasa nak layan lagu lagu zaman minat boybands masa end 90s early 2000s.

normal lah tiap group ada sorang bias kita kan. yang 2-3 orang pun ada jugak. but bila tengok bsb cant seem to remember who was my fave back then eh? nick carter ke? sebab bila sekarang aku rasa macam, eyy ye dop mung?

but kalau bsb masih femes sekarang i think my bias wud be brian kot. kehkeh.

ke memang dia dari dulu eh? entah entah dulu pernah cakap kat belog tapi dah lupa.

apa lah yang kau merepek malam buta ni syanad. sindrom exam ah ni.

this is one of my fave song of bsb. bukanlah antara lagu meletop depa pun tapi i like it because of the lyrics.

oh oh just wanna share some fun facts, alang-alang dah tercerita pasal bsb kan, googled what theyre up to now. 

- theyre coming back with new album tahun ni.
- they debuted in 1993! wow.



random, i know. niat asal nak share lagu ni jehhh (owreally? *angkat kening seblah*)



bbyongg (perluke?)

Sabtu, 26 Mei 2012

baktisiswa kembara uiam '12 (part 2) ;

salaam,

so internet macam laju sikit malam ni nak sambung cerita pasal baksis haritu. next exam paper aku isnin ni so masih dalam mood pemalas. aiceh bila je rajin pun kan.

ok sambung cerita..

so lepas pembahagian anak angkat tu kitorang balik rumah family. masani nervous wehh. apebenda aku nak gebang ni. annur, sister yang sama family angkat dengan aku kan bas lain so aku dulu lah yang balik rumah family.

sampai sampai, mak & ayah angkat introduced kat anak bongsu, panggil adik. lelaki. form 4. and kakak along, anak sulung depa. tak ingat umur berapa. 28 kot. along sangat lah friendly and banyak cakap. siyes duduk 2 minit dia treat macam dah selalu lepak je. family ni ada 4 orang anak. angah, anak perempuan jugak dah kawin & tinggal kat ireland. at first masa dengar ireland aku macam pehhh itu salah satu negara dalam wishlist tu nak pi. tapi aku tak cakap la. tapi angah ada kat malaysia sekarang. cuti until august kot. tapi masatu dia takde kat chegar perah. balik rumah husband. anak dia 2 orang. aku ada tengok pics, alololooo comei gila weh. yang sulung nama safiya, dorang cite cakap english slang british. aku dapat bayangkan. mesti comei je. oh, lagi sorang anak diorang, lelaki, atas yang bongsu, diorang panggil abang. dia sebaya dengan helmi. 21. dia takde kat rumah masa aku sampai tu tapi pastu ada. and after 15 minutes annur pun sampai. aku pun tak kenal jugak annur, kat rumah tu jugak baru nak berkenalan. haha. family pun pelik je.


pastu malam tu ada slot sembang santai dengan masyarakat felda chegar perah. and ada malam kebudayaan sikit. adalah pertunjukan fesyen adik-adik pastu persembahan sikit-sikit and sesi berbalas pantun antara penduduk felda chegar perah and students uia.

emcee




 
kecik kecik dah main sanding2 weyhh. aku pun tak penah main camni. ehh?

that night was fun. yang best nya masa kat chegar perah haritu. tak sempat nak kenyang. after tiap event, tak kesah la besar ke kecik ke mesti ada sesi makan makan. dah la makanan sedap gila wa tak tipu. aku yang tak minat mee goreng pun rasa macam nak curi tray makan sensorang.

then esoknya, 12 Mei 2012, pagi pagi lagi bangun bekumpul kat balai raya. pagi sabtu tu felda tu ada majlis ihtifal sekolah agama daerah lipis. kebetulannya felda chegar perah jadi tuan rumah. majlis ihtifal ni macam ada pertandingan pertandingan macam nasyid, marhaban, syarahan, tulisan khat, azan, taranum & lagilah yang islamic. tapi dalam pagi yang sama, kitorang organized aktiviti motivasi untuk pelajar sekoah rendah. so yang tak involve ihtifal ni diorang gi motivational talk tu. team kitorang pun divided into 3 groups. 1 group tolong kat sekolah agama, 1 group gi motivational talk kat sekolah kebangsaan & 1 group lagi buat mercu tanda kat balai raya kot. aku pergi ihtifal. dengan konfidennya pakai baju kurung mula mula. sampai balai raya sumorang pakai track suit. baru aku tau kat majlis ihtifal tu kitorang tolong masak. kahkah sengal ok. pastu balik la tukar baju. 

tapi at last kat sana orang felda tak bagi tolong sangat pun. team dorang pun dah cukup. so aku tolong basih cawan dua tiga ketul dan enjoy the show. haha. tapi disebabkan dua malam tak cukup tidur (dalam 48 jam tu adalah 3 jam je tidur), memang aku weng je sepanjang pagi. orang semangat tengok budak budak bernasyid aku tersengguk2.

pura pura je suma ni. pakcik pakcik suruh pose kejap je pastu suruh kitorang pergi main. adeh -_-'

sengguk sengguk pun nampak kamera kena bangun kann


team catering



haa ini lah yang sama family angkat dengan aku. annur :)

baju biru tu bos aku. am.

 

 
 
 


ada gambar kat majlis ihtifal je. kat mercu tanda & motivasi takde. tak silap kumpulan nasyid dari sekolah agama felda chegar perah dapat top 3. tapi tak jumpa pulak gambar depa. aku nama je duduk kat tempat nasyid tu dari mula sampai akhir. tapi takde satu pun memori kat situ yang aku ingat sebab tengah weng.

dah tengah hari habis majlis ni tibalah waktu makan. ikan patin wehhh. ko mampu majlis sekolah sekolah makan ikan patin masak asam tempoyak? sodappp.



and then balik rumah, solat zohor mandi tukar baju rehat sat. petang tu kita ada aktiviti rewang kat umah pak hamid. rumah pak hamid ada kenduri kawen ahad nya. so aktiviti tolong tolong kenduri pun masuk skali dalam schedule kitorang. tapi time ni pun kitorang dibahagikan into 2 groups. gila dekat 60 orang suma nak pegi potong bawang. memang tak la kan. ada yang pergi rewang, ada yang pergi jelajah ladang kelapa sawit untuk belajar tanam pokok kelapa sawit. and luckily biro aku terlibat pergi ladang. sebbaikkk. haha :P pemalas kan ko ni syanad.

ok lah sambung cerita ladang kat next entry. penat weh nak upload2. peh first time buat travelog nih. tudiaa sampai part part siap. macam ada orang bacaa je kan :P

TBC.

toodles yaw~

Jumaat, 25 Mei 2012

4yearswithSHInee ;


 

ok sebenarnya 3 tahun je lah untuk aku. didnt know them dari hari depa debut. aku pun tak pasti macam mana aku start jadi fan shinee. dulu first kpop group yang aku start ambik tau gilagila was super junior. sebab masatu minat gilaa dekat hangeng (still minat lagi). lepas tau super junior, tengok variety shows. of course minat akan bertambah bila tengok variety shows sebab kelakar kan. dulu aku tak minat sangat lagu-lagu menari-menari ni. so minat bermula dari variety shows diorang. dah tengok satu show, cari yang lain lagi kat youtube. and then stumbled upon shinee hello baby. sebab suka kanak-kanak aku tengok. masa tu tak kenal lansung shinee siapa. 

lepas tengok hello baby, satu satu lah pasal depa aku ambik tau. tapi dalam masa yang sama super junior masih paling penting kann. nomor satu. after hangeng dah takde, kurang sikit ambil tau pasal suju. tapi tau jugak lah. alah tapi for kpop fans zaman-zaman aku (tahun 2009-2010) normal lah start minat kpop dengan suju. showmanship paling best.

tapi sekarang ni kalau korang tanya update latest, shinee la aku paling tau. suju tau jugak, tapi kadang kadang missed gak. & since aku rasa aku ni setia orangnya (penampar boleh?), walau banyak mana pun kpop groups sekarang, aku mampu follow shinee & suju je la. yang lain ambik tau gitu gitu je.

apa yang best about SHINee? well, kalau nak banding dengan group lain tak best kot sebab dari perspektif seorang peminat of course suma pun best kan. tapi mungkin untuk aku lagu, vokal & tarian diorang kot. orang kata diorang femes dengan nyanyi & menari live best. ala tapi orang boleh cakap jugak banyak je group lain camtu kan. so senang cakap, peminat je yang tau kot. biasa lah orang kata if you have reasons for loving someone, thats not love. aicehh. boleh la kalo nak tampar berkali kali ni.

dah taktau apa nak cakap dah, saya letakkan sekali translated mesej anniversary dari depa sebab nanti bila bila nak tengok balik senang. hehe.

yang penting, tengok onew punya mesej. sooo adorkableasdsfdlkjh!


message 4th anniversary 120525

leaderONEW

It’s our 4th anniversary. ^^
The long yet short time we’ve spent with you all makes me very happy. ^^
We’ve been focusing on our activities in Japan recently~
We’re having a fun time!
I will work hard in order to create even better times. ^^
Let’s all enjoy it together! Woohoo, ha.
You who will continue spend more time with us!
I love you. ^^
Everybody fantastic chicken (lol this chicken maniac)
 ***

JONGHYUN
 Hello.
I am SHINee’s Bling Bling Jonghyun!

It’s been four years.
We’re four years old. Wow, that’s amazing.
Let’s keep doing well for a long long time!!!!!^^

Thank you~

 ***

KEY
It’s our 4th anniversary.. It’s already our 4th anniversary!
I think everybody and we as well have run restlessly and leaned against each other. 
Please continue to take care of us. We will promote from the bottom of our hearts!
I love you. Thank you :-)

***

MINHO

Four years have already passed 
since we introduced ourselves with “Hello, we are the shining SHINee”…
The SHINee members, staff, and our SHINee World 
have always been together in laughter, in tears and in hard times, in happy times.
I am very thankful and thankful again for those times ~
I hope more things can become happy
as much as this time right now is ^^
Thank you for always
creating an awesome movie with me ~~
You know that the day for the ending credits to roll is still far away, right ?^^
I always want to be by your side…
I sincerely thank you and thank you again~
Thank you and I love you. ^^
***
TAEMIN

Hello!! I’m SHINee’s makdoongi Taemin!^^
Everyone, it’s already been 4 years for us.
There were many hiatuses and we were overseas a lot,
but I have always thought about all of SHINee World.
It’s the same for you all, right? haha
And I have finally turned 20 years old
and have become a mature man haha.
Don’t fall for me too much. ^^
Anyway, I really miss you.
Please wait a little longer, everyone. Huhu we will run to you quickly haha.
Anyway, please look forward to SHINee who is growing up quickly.
Continue to give us lots and lots of love~
I love you, SHINee world
This has been SHINee’s Taemin
who has become a cute but cool man.
Bbuing bbuing~~

credit: myshawolsjjang.blogspot.com
Translated by kimchi hana @ shineee.net

Source: SHINee Official Board



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


and kena tengok video ni, this was their debut stage, 25th may 2008. masatu saya tak kenal depa lagi, masih dalam dunia saiko sorangsorang dulu. haish, patut kenal depa lagi awal kan. haha. 

 


see, diorang nyanyi live best kan. ni debut stage ye. bangga :') suma muka nrvous je. haha comel. sekarang taemin takde dah tekebil2 camtu, minho pun tak senyap camtu dah. taemin dalam vid ni umur baru 15. kalau dengan umur aku sekarang nak minat yang umur 15 adalah macam......

memang tak la kan! haha


SHINee yongwonhi!