Selasa, 29 Disember 2009

wang le ai ;









credits to hana for the photos
********


already found my cure for sadness & sickness
my once-a-day multivitamin
my laughing therapy
walaupun tak puas jumpa sekali je sehari
tapi takboleh overdose
glad that you came into my life
gomapta
(:

2 more days before 2010.
im turning 22 next week.

everyone, hwaiting! ^^



*what i'm sad about is, forgetting to inform you that what is gone cannot be repeated

Isnin, 21 Disember 2009

wo nan guo :'(

ahhh
heartbroken
so sad to the point of giving it all up
i just started & its going to the end already?
eotteohke?
siyes sedih

T_T


don't love. goodbye will always come.

Jumaat, 18 Disember 2009

bogoshipoyo ;


takpayah pergi department punye office pun untuk tanya soklan bodos camni. tanya kat fb je. & the feedback was also fast. cool. tapi aku pun sebenanya tak tau apa aku nak tanya. dengan english yang bersepah tu kan, entah orang boleh faham ke tak. nasib la dia jawab gak. haha.

haih, entahlah. buat yang terbaik je lah sem ni. then we'll see what we can do nanti.

SALAM TAHUN BARU 1431hijrah. aku doakan semoga semua yang baik jadi milik korang (:

Selasa, 15 Disember 2009

semduatahunsatu ;


ini je dapat add sem ni. dapat ustaz arabic sem lepas. nasib baik. kena bahan pun kena bahan la. one of the them reminds me of sir ahmad. hehe. belum major lagi. kelas takpayah la bersepah lak venue kan. dari law pergi hs pastu pegi law balik pastu irk lak. nasib tak sapu skali bangunan kaed ngan engin. jumaat takde kelas okk. jeles tak jeles tak? hahaha. dengarnye memang sem ni jumaat kat sini takde kelas sebab lecturer meeting. tapi aku add tilawah haritu so ade lah sejam kelas mengaji di hari jumaat. hee. ok ah, taktau nak cakap apa as i'm still in my 'lost' mode.

selamat menempuh sem baru everyone.
hwaiting!

Isnin, 14 Disember 2009

to be a happy fool ;


last week was a bit frustrating. dah kecewakan parents. dah buat diorang risau. i was hell worried about everything. don't know where to turn to. no one can ever help me. i felt like giving up hope.

tapi aku positif. dan berharap yang terbaik. walaupun diri sendiri dah tak pasti where i'm leading myself to.

dah lama tak dengar fave laguputuschenta. sekarang kalau emotionally unstable pergi tidur atau layan suju. call me a fangirl. at least whenever aku rasa down they know how to cheer me up. i love them. but i love my happydrugs moree ((:

Sabtu, 12 Disember 2009

senyum untuk awak yang kuat (:

lega sangat finally u called me. & sangat lega that i can still see your smiling face. saya tau awak taknak dengar word macam 'be strong' atau 'sabar'. sebab kalau saya jadi awak, saya pun taknak dengar orang cakap macam tu kat saya. sebab tu saya tak cakap suma tu. lagipun awak memang kuat. Tuhan bagi dugaan ni sebab awak kuat kan. jujur apa yang awak lalui sekarang memang tak terbayang dalam fikiran kalau saya kat tempat awak. sorry sebab in the end awak jugak yang cari saya sedangkan saya yang patut ada dengan awak. i dont know how to confront u coz i'm not used to see the sad you. maaf sangat2. mianhae.

thanks untuk tadi. happy kan dapat jumpa even kejap. bila last kita lepak camni? almost 10 years ago kan.

awak kuat. jadi saya harap awak akan terus stay kuat. i'm not good at consoling people & am not good with words tapi 1 thing for sure saya ada kat sini untuk awak. sentiasa ada. saya doakan awak kuat tiap hari, senyum tiap hari, happy tiap hari. i'm sure mama taknak tengok awak sedih. jangan lupa doakan dia hari hari keyh.

jaga diri & kesihatan ok. don't ever change.
love you.




Selasa, 8 Disember 2009

튼튼하고 작은 코끼리가 될

apa yang kamu perlu sekarang adalah kekuatan untuk hari esok bukan menutup mata dalam keadaan takutkan esok.

things will gradually get better.
sabar.

Sabtu, 5 Disember 2009

nasik goreng beijing ;

so the cutisem has finally come to its end.

masih taktau what to expect untuk sem baru ni.

jujur ah, sebenarnya malas gile kot nak balik. aku tak rasa macam kat sana tempat aku. tapi tak tau la kalau sem lepas je kot rasa macam tu.

aku tak suka sebab life aku sangat bodoh dan boring. i dont even have friends. ada tu ada lah tapi just classmates yang aku jumpa time kelas je & also my roomies je. roomies je la kalau nak kata kawan paling rapat tu. tu pun diorang actually dah ada their own clicks so kadangkadang bila diorang cakap pasal pape aku takfaham pun. haih.

aku sangat antisosial kat sana. a pathetic antisocial who only socializes in her room in front of her lappy & makan her lunch sorang sambil facebooks & skype & pergi everywhere around the uni sorang.

tu pun nasib baik weekend banyak keluar.

& since aku dah plan this becoming sem taknak keluar sangat dan taknak bawak broadband so tatau la ape akan jadi. isk.

ok sebenarnya taknak mengeluh tadi tapi dah terpanjang plak taip. haha. sem depan takkan jadi sebangang sem lepas hopefully. nerd pun nerd ah janji tak main main cam last sem.

bbasya!

mereka je lah harapan untuk bergumbira sem depan. tsktsk.

Khamis, 3 Disember 2009

the road to haengbok ;

result exam dah keluar. Alhamdulillah passed. but i have to say goodbye to communication. sedih jugak tapi nak buat camana kan. pointer memang sangat jauh dari time kat kolej dulu tapi i think i deserve it. mungkin aku patut menangis untuk meraikan rasa frust dah sedih tapi entah kenapa aku rasa macam tak perlu buat semua tu. walaupun sekarang ni jalan tu dah sedikit tersimpang & kalau ikutkan perasaan down ni sikit pun perasaan positif aku takkan benarkan masuk dalam kepala tapi entah kenapa aku rasa i should smile instead. sebab aku tau kalau aku down i'm going to ruin my 2nd sem which is the only harapan yang aku ada untuk terus stay atas jalan ni.

i'm not going to do major in communication. tapi taknak major in psych. so plihan yang ada sekarang political science, history & civilization dan sociology & antrhopology. maybe going for Soca tapi haritu masa pre-reg sempat reserve je. harap sangat ada orang drop & dapat mencelah. i have to declare my major by next semester.

umiabah taktau tapi i told abah earlier yang aku mungkin tak major in comm. aku tau abah takkan marah ke ape tapi mestilah dia frust sikit kan.

the road will going to be a bit tough tapi aku tau kau boleh.
yosh! gambatte!

Isnin, 30 November 2009

yeah kita akan pindah KL tahun depann ;

KL = kok lanas, kelantan. haha.

sebenarnya aku pun tak tau bila akan pindah gombak balik & bila plak nak pindah kelantan. tapi tak kesah pun sebabnya papehal pun i won't be living with the pham untuk 4 tahun ni. 3 weeks will be the longest i guess. so tak kesah la mana mana nak pindah pun. i love the feeling of merindui diorang more than nak tinggal sama sama. haha kijam kan. tapi betol la. duduk jauh jauh kurang sikit nak gaduh ke ape.


ni rumah idaman ummi. konon konon cam rumah kecil tepi sawah la tapi takde sawah pun. kebun banyak la kat tepi tepi tu. taktau la bila siap. tahun depan la kot.

tepi dan depan rumah penuh dengan kebun. kebun orang lah tapi.

tempat mandi mayat dalam bilik which adikadik aku cakap scary. tapi aku rasa sedih je. ofkoss bukan bilik aku. hoho. tapi dengar citer rumah skarang banyak ada macam ni kan.

hamiz. adorable anak sepupu. bulat & tak kesah ngan sapasapa. karakter yang aku suka pada sorang budak.

macam biasa mamat ni slalu jadi model untuk bergambar ngan budak kecik.

boyfriend yang paling annoying tapi paling disayangi.






ummi dah pergi penang. 3 minggu. glad that aku hanya akan suffer for a week. phew. tapi sedih pun ada. tak sempat nak borakborak sangat ngan ummie.

isnin selasa rabu khamis jumaat. 5 hari untuk kumpul happiness banyak banyak dan buat orang lain happy.

bbasya!

Khamis, 26 November 2009

love is a disease ;


the disease where my love is slowly dying
it hurts a little, but i don't want to get better
every single memory is erasing
going back to the times when we were strangers,
i want to rest now




Sarangee Joognun Byeong

Rabu, 25 November 2009

you are the one (:

aku rasa aku dah oficially a fan of Super Junior. yayy hahaha.

siyesly, until the day before aku tengok suju fullhouse aku siap borak kat skype dengan erma cakap kagum gile orang siap leh hafal the whole 13 group members not to mention lagulagu diorang yang dalam bahasa korea tuh.

dulu iee pernah try ajak layan dia punya fave band, arashi. siap tengok samasama lagi. sempat layan jap pastu bila dah tak sempat nak layan terus lupa. dbsk pun sempat layan tapi tu pun out of 5 orang members diorang aku betolbetol kenal junsu, yunho ngan mickey kot. so aku consider diri aku belum betol betol nak addict kot ngan diorang2 ni.

tapi since aku ter-googled about hankyung & turned out he's one of suju aku tengok la banyak video diorang. so aku ingat aku layan suju sebab nak tengok hankyung je. tapi dalam masa 3 hari aku dah kenal semua 13 of them. & slowly dah tersuka diorang suma. sangat kelakar ok.

kalau dulu takfaham macam mana orang boleh layan skarang aku dah faham. kelakar sampai boleh gelak sorangsorang kuat2 depan lappy & u dont even perasan pun dah tergelak kuatkuat. haha.

& sebab tu jugak lah aku malas nak update blog sebab aku tau aku akan merepek benda sama je. biar nanti reda jap demam ke-suju-an ni. sekarang ni pun dah tak kesah sangat kalau internet teruk dan tak dapat facebook. kalau rasa nak mencarut sekalipun adalah sebab tak dapat mendonlod. hoho.

hankyung kibum heechul donghae eunhyuk kyuhyun ryewook kangin leeteuk yesung shindong sungmin siwon, HWAITING! (see, aku dah terhafal kott. hehe)



thanks to hankyung (hee) dan juga erma :p

ps: hangeng i still love u more :)

Selasa, 24 November 2009

the long december rain is falling now ;

hey ho!

aku dah balik ganu weee. dan aku ada 11 hari lagi kat sini before the new sem starts. kalau bukan sebab aku dah cakap awal awal aku redha memang aku dah menyumpah. for the first time dalam hidup sejak jadi student aku tak cuti bulan disember. bohohoo.

i have plans iaitu menghabiskan membaca 5 novel, melawat matrade, lepak dengan kekamak & tooney, buat roti telur cheese, tengok 3 dads & 1 mom, layan hankyung (SUJU). tapi paling harap dapat balik kampung raya haji ni. hujan camni besar kemungkinan jalan tutup je. harap2 tak lah. rindu kampung.

internet camharem. walaupun bagus gak sebab dah layak dah aku mengurangkan diri dari menjadi netizen yang aktif. tapi aku ada banyak vids nak di-download untuk bekalan sem depan. jadi tolong behave untuk sekejap ye wahai tenet.

oh dengar cite result exam kuar on 2nd december. tidakkkkkkk. doakan aku please please. :S

happy hols. enjoy whatever activities youre doing.

be safe.

ps: hankyung saranghae

Rabu, 18 November 2009

saya baek (:






tolonggggggg
hahahahaaha


dia lahir 9 haribulan 2. wee lagi kukuh sebab untuk suka nombor 2 dan 9 hahaha.


Isnin, 16 November 2009

entri untuk intan hizzany ;

takda ape nak update sebenarnya tapi disebabkan hizzany dok bising penat baca notes aku nak tolong segar bugarkan mata dia. dia cakap nak post pasal lelaki hensem hahaha.

ni aku upload suma ex boifren aku okey kalo ko tak taste ape aku kesah. kakaka. so here goes


macaulay culkin. aku minat dia zaman darjah2 dulu la. cite ape yang ada dia kuar kat tv haruss aku tengok. home alone tu takyah cakap la memang adk beradik aku hafal skrip siap. pastu citer richie rich. tapi yang aku paling rasa nak tengok balik is my girl. dah lupa macam mana citer tu yang aku ingat aku nangis masa tengok cite tu. dia mati tak silap dalam tu. sekarang ni aku taktau la ape citer mamat ni. yang aku tau dia kawen muda umur belas belas.



aaron charles carter. adik si nick carter backstreet boys. dia ni adik aku mardhiah tu yang minat dulu. siap beli kaset suma. pastu aku pun turut terjebak. album dia yang aaron's party (come get it) tu memang aku hafal suma lagu tak tinggal. memang ahli keluarga dia suma pun aku dah kenal. cam bajet leh jadi menantu la masetu kan. tak tahann okay. dia ni ada kembar nama angel. pastu lama lama aku dah taktau dah pasal dia. aku suka waktu kecik je dah besar tak hensem ah.




westlife. yang ni aku tak mampu nak pilih sorang je. memang semuaaa pun pakwe aku. wakaka. memang minat diorang tahap termimpi2 lah dulu. masa tu darjah 5 dan 6 kot. siap ada gang lagi pastu bahagi2 kan ko suka sape aku suka sape. aku di 'bini' kan untuk shane masetu. ade bini pertama kedua lak kan. wahaha. dulu kalau ade gambar diorang sekecik mana kat dalam paper haruss gunting okay. esok nak bawak gi sekolah tunjuk member. kat rumah lak kene bersaing ngan si mardhiah. siap gaduh gaduh berebut. kalau kuar paper then aku tak sempat chop sanggup aku gi kedai mamak dekat ngan rumah beli paper lain. time ni majalah hiburan aku layan smash hits, tv hits suma yang import2 je okay. 10 hengget satu naskhah. kalau yang murah sket pun galaxie ngan lime. beli pastu sorok bawah katil. takut mak marah. masa barubaru belajar layan internet pun 1st website yang aku hooked was westlifeweb.com. wujud lagi kot tapi mesti dah lama tak update. nama penuh diorang nama family adik beradik suma aku tau. lagu dorang dari 1st album sampai no 3 memang aku hafal cakap je tajuk apa. tapi lepas tu aku taktau dah ape citer. yang aku tau bryan dah keluar. nicky & shane pun dah kawen ada anak. mark dah jadi gay. oh nicky tu abang ipar kepada cecilia ahern yang tulis citer ps: i love you tu. sebab diorang aku jumpa 9 orang kawan baik. dulu aku pernah berhasrat nanti besar nak pergi melancong kat ireland & sampai sekarang aku still simpan hasrat tu.

sorry intan. terlebih dah. ni bekas bf(s) yang aku paling sayang doo. haha.



toro guo wei yun. yang ni masa sekolah menengah aku minat. zaman tengah gila tengok citer taiwan. dia ni penyanyi taiwan. aku minat dia time belakon citer snow angel. sedih cite tu. lepas tu memang aku donlod suma lagu yang dia nyanyi asal ada sora dia tak paham pun takdehal. nak ber youtuban masa tu takde lagi kot & kalau ada pun orang tak reti nak layan lagi. kalau kat 8tv time tengah hari tunjuk video clip lagu taiwan memang aku tunggu nak tengok dia ni. cam ape lak perangai aku ni. haha. lagu citer snow angel tajuk wang le ai memang aku hafal. lagu taiwan paling ter feveret aku la. sedih je lagu tu. tapi aku taktau pun maksud dia haha. kejap je aku minat mamat ni. skarang ni ape citer dia taktau lah hambe.




jo in-sung. ni memang aku saja letak extra extra sebab aku tau ko tunggu gambar ni je kan intan. comelll kan boifren kite ni. hahaha. aku minat mamat ni pas tengok cerita spring day. lepastu cerita memories in bali. kalo korang kata oppa gonchan dalam cerita my girl tu paling ter hensem aku tetap pilih dia ni. suka do tengok dia nangis. kan intan kan. dulu kat kpm si intan beli dvd memories in bali tengok ramai ramai. part dia ni nangis je excited. haha. masa aku minat mamat ni masa tu form 5 kot. masa spm plak citer memories in bali tu. esok paper biologi aku tetapp pergi bilik rehat hostel tengok. takdehal. pastu siap hasut kawan kawan yang tak minat bio tengok sekali. tu yang bio aku kantoi masa spm kot. haha.



sam wang shao wei. penyanyi taiwan dari group 5566. banyak gak citer mamat ni berlakon tapi aku minat dia dalam satu citer je. the magicians of love. aku kalo tengok citer tu memang skip la part part lain tengok part dia je. pastu kalau die belakon citer lain lantak la best pun aku tak taste dah. dalam cite ni je aku suka. dia jadi gangster yang baik. tak ke gagah bunyi nye tu. kan intan. wakakaka sila muntah darah sekarang. tapi dulu aku penah la berangan nak bf muka cam dia ni. wahahahaha.




han geng atau hankyung. member of super junior. korean punya group. yang ni special sikit sebab aku baru suka kat dia semalam je sebab tengok video clip lagu timeless. dalam tu je aku suka dia. jadi polis pastu kena tembak. gagah okay. wakakakakka. masa tengok tu taktau lak dia member of suju ni. tengok komen komen kat bawah baru tau. tapi aku minat dia dalam MV tu je sebab kat tempat lain cam ke-jambu-an pula.


sebenarnya ramai lagi tapi intan suruh publish cepat lak. takpe lain kali boleh sambung. puas ati tak hizzany?


*update*

joo ji hoon. boleh pulak aku lupa mamat ni. goongja mama dalam citer princess hours atau goong. best gila okay citer ni. sampai sekarang pun kalau bukak utube taktau nak tengok apa aku akan tengok citer ni dan macam biase part lain skip part dia ni je la banyak aku layan. intan, ko suka ke tak dia eh aku lupa la. tapi kite tengok citer ni sama sama kan time sem 4 dengan ona sume. muka nak sepesen ngan shao wei kan. aku rasa memang taste aku lelaki muka camni. hahaha. okay dah rasa nak tengok goong plak. ish.

Jumaat, 13 November 2009

semester 1, 20009/2010 selesai ;

hey ho friends and foes. eceyh foes tuu taknak kalah hahaha.

weeee selesai sudah satu semester di sini. berapa semester lagi yang tinggal aku tak pasti lah pula. dah final year final sem nanti aku konpomkan balik.

tapiii tak dapat balik lagi kena tunggu next jumaat apak aku datang satu keluarga baru boleh balik. sedih. T__T nasib ada madi. aku seludup ke sini. itupun dia dah lupa jalan balik gombak. baru duduk ganu 2 tahun dah lupa. berlagak okay. nasib dia tak suruh ambik kat bangi nun. kalau takk, nabil chah and the gang korang jangan tanya kenapa stesen ktm ukm dah La mawjud ye sem depan. muahahaha dasar pendengki.

paper terakhir tadi intro to psych. macam biasa konsep redha yang dah diamalkan kat kpm masih aku aplikasikan kat sini. cuma macam tak berapa praktikal je. yang part psychological disorders atau mental illness konpidenn okay. sebab apa? masa baca tu aku relate suma ngan diri sendiri. hohoho macam harem lak relate ngan diri sendiri. sakit mental ke? ok dah tak sanggup nak teruskan pasal exam lagi.

tadi pakcik hasdi yang bertanggungjawab mempostpone tarikh balik aku tu called:

"hello, kakak"

"ye, nape?"


"kakak boleh duduk sana sampai hari ape? duk sampai jumaat depan la ye. kalau tak boleh pegi tido rumah gombak. nak beli tiket dah ke tu?"


"dah tadi abah kate balik je ingat nak pi beli"


"ha ape?"


"yela orang tinggal smpai jumaat"


"ha? tak dengar laa. takpe lah lah kitorang kat KFC batu burok ni nanti lah call balik"



aku tau sangat motif sebenar tepon nak highlight kat KFC tu je. chissssss. aku ni punyala mencemar duli jawab call dalam bas yee. suma dah pandang aku jawab call macam cakap ngan walkie talkie. suara tak payah la kuat kan. lepasni siapa berani call aku pastu cakap tak dengarr memang aku hempas je tepon kat atas TILAM biar bersepai bateri suma.

harini agak sedih sedikit. sedikit je ye tak payah banyak sangat. hehe. pastu dapat novel PELANGI. kalau tau nak bagi adiah tadi memang awal awal pilih sendiri buku apa nak. haha takdelah. terimakasehhhh daun limau purut sangatsangat. sukaaa ((:


SELAMAT BERCUTI kepada suma yang dah bercuti sedang bercuti dan bakal bercuti. enjoy your hols. jangan wish ni kat aku doakan aku lulusss suma paper je ye. aku taknak benda lain. sumpah takut woi. bukan takut-tapi-konpom-nanti-lulus. ni memang takut-memang-aku-layak-sangat-kena-takut. *sambil gigit jari*

cik athirah kamarudin, kita doakan awak berjaya ke singapura untuk the killers (:

toodles & Salam.

Selasa, 10 November 2009

daging aku wangi daging kau ?

dulu masa kecik duk gombak kalau orang tanya aku jawab aku orang kelantan. pastu masa darjah dua pindah kuantan. bila orang tanya orang mana aku jawab gombak plak. bila form 1 pindah gombak balik aku cakap aku orang kuantan plak.

sekarang pindah ganuuu haa nganga kau nak jawab. masa sem 3 kat kpm aku introduce diri kat klas cakap aku orang ganu, pastu sem 4 orang gombak plak. masa sem 5 terus kena sound ngan member sorang

'syanad ni orang mana sebenarnya?'

terus aku jawab

'terengganu darul ehsan'


memang member tu rasa nak luku je aku time tu.

aku tak kesah lah nak jadi orang negeri mana pun. asalkan aku ingat yang aku ni orang islam dah la.

masa kecik time kat kontan taktau lak aku pasal nak semangat negeri negeri ni. smangat perkauman tu ada ah sikit sebab skolah campur cina india. tu pun bukan la perkauman sangat budak india tu kutuk islam kitorang naik shekh la. eceyh kecik kecik dah pandai naik shekh kan.

lepastu dah masuk skolah menengah dah balik gombak balik baru lah aku paham apakah kejadahnya semangat kenegerian bila manusia di stereotaip suma sifat baik dan buruk dan fizikal dan mental mengikut negeri masingmasing. siyes first time aku dengar orang mengutuk negeri orang aku tekejut sebab kat kontan takde lak aku blajar suma tu *smangat kenegerian pahang lak di sini*

ada sorang budak tu dok pum pam pum pam mengutuk negeri pahang kot. cakap orang pahang camtu camni. citer lak kat aku. teman ni dah la baru datang dari pahang. terkelipkelip jap mata orang pandang2 aku masatu. aku layan je, lantak ko la.

ada yang tak menahan dok berborak ngan aku ni. titiba lak 'negeri klantan tu busuk la. jalan dia suma kotor. kita dah pegi dah haritu. dah la orangorang dia pun blablabla..' aku pun 'ohh yeke.. baru tau'. aku dalam hati masatu, wangiii lah pulak engkau yang bau kepam niee. halahaii. lepastu tak suka nak kawan ngan orang kelantan yang kau angkat aku jadi kawan baik dunia akhirat aku ni orang mana baii? newcastle??

aku memang tak paham okay. tapi bila fikir balik kita memang akan sentiasa di klasifikasi kan tak kira lah dalam keadaan camne pun. sebabtu lah wujud semangat batch la semangat kelas la semangat kaum la semangat apa entah lagi.

tak kesah la nak semangat apekejadah pun. bagus la dari takde semangat kan. cumanya takyah la fanatikus sangat macam contohnya kejadian masa piala malaysia haritu. apekebebal lah bakar bakar kerusi bagai. aku satu je, mesti ni dok berfikir bukan guna otak tapi guna pankreas.

lepastu kang orang cakap negeri ko camni camtu tau lak nak marah. dahtuu yang kau buat perangai macam gajah lapar naik minyak apahal. gajah pun tau behave okayy. aku bukan ape pastu nanti orang nak kutuk dok mintak maap dulu ngan aku sebab nak kutuk negeri ni. kutuk jelaa aku tak heran. dia bukan bebal sebab dari negeri mana dia datang. kalau dah bebal tu bebal gak. bawak lah datang dari oman sekalipun.

boring lah. padahal sama je suma. dalam tubuh tu ada daging dengan darah. kau ada aku pun ada. sama sama hanyir. ke kalau aku jadi orang perlis darah aku wangi?

Isnin, 9 November 2009

we're jumping off cliffs like lemmings ;


harini dah masuk hari keempat aku membawa watak kevin mcCallister dalam citer home alone. siapasiapa yang cakap hidup sorangsorang tu best sila packing barang dan tinggal di gua sekarang. jangan bawak laptop dan broadband.

bersyukur gila ada internet. 4 hari ni aku bercakap ngan intan je sekali. itupun on the fon. the rest aku cakap time aku study, (sampai 1 tahap tepaksa baca notes kuatkuat sbb ilmu dah taknak masuk kalo aku baca senyap2. bayangkan kalo time tu baru pas makan pastu aku kena baca gak notes yang panjang tu kuat2. mengah baii tak macam tersemput jap kan) pastu time gelak bila tengok video atau baca apaapa yang kelakar kat internet. tak best okay. tapi takde lah kesian sangat pun.

bab tidur memang haiwan nocturnal pun kalah la kan dengan aku. hari takde paper matahari dah memancarkan sinar (eceyh) baru aku terhegeh nak tidur. ni taktau la jam berapa baru aku nak membuta ni. sebabnya aku dah terketagih nescafe. lapar sikit je wat nescafe cicah beskot. kalau boleh dengan serbuk2 3 in 1 tu aku nak togok.

so tadi aku dah buat penapisan secara besaran terhadap previous posts. yang mana aku rasa mata aku dah taknak baca tu aku delete takpun save as draft je. kalau ikutkan suma post pun layak je ha nak kena delete. haha. aku nak delete satu part lama dalam life ni. ada kawan pernah kata "good memories are meant to be kept locked inside your heart" tapi aku rasa ada baiknya aku padam je semua terus. bunyi macam kejam tapi good memories tu bila kita ingat balik, kita akan rasa rindu dan bahagia bukan bila kita ingat kita rasa marah sedih menyampah dan semua2 yang tak best tu. jadi rasa yang tinggal tu biarlah terbang semuanya. dah tak kisah. cerita lama. nak suruh aku ingat pun aku dah lupa.

tadi aku tibatiba terfikir dalam 21 tahun aku hidup ni apa aim aku? apa yang aku kejar dan apa yang patut aku kejar?

aku memang kalau tulis random gila kan. perenggan 1st citer benda lain masuk 2nd benda lain pulak. kalau cikgu bagi topik buat karangan memang konfem dapat palang besar pastu 5 markah je.

satu benda je boleh buat aku gila seronok sekarang. rollerblade.

lastly, sorry random.

You're gonna drown in the mess you make
Your self-inflicted hate
You turn your back on the friends you lose
When they don't follow all your rules

But people are what they wanna be
They're not lemmings to the sea
Maybe it's time you looked at yourself
And stop blaming life on someone else
(blink 182 - lemmings)

Jumaat, 6 November 2009

aku nadi kamu ;

semoga aku kan terus gagah
semoga aku takkan pernah lelah
semoga walau di saat aku hampir tersungkur rebah

aku tetap akan ikhlas sebagai nadi mereka

semoga bukan untuk kelmarin saja
semoga bukan untuk harini saja
semoga bukan untuk esok saja

sentiasa menjadi nadi kalian
walau terhenti masa
sentiasa menjadi nadi kalian
walau tercerai jasad nyawa


*untuk semua yang digelar sahabat, aku sentiasa ada untuk kalian. ikhlas. maswanhizzany, terima kasih. tak layak rasanya untuk digelar nadi tapi aku cuba. selama ni pun kita sentiasa berkongsi nyawa kan. may Allah bless our friendship. Ameen (:

Rabu, 4 November 2009

mana jual pelempang saya mahu beli ;







masalah aku bila perlu study adalah aku akan tibatiba rajin buat benda lain. tibatiba je TERlayan nur kasih. tibatiba je aku sedar aku dah TERmarathon-ed separuh dari citer tu.

lepastu bila dah rasa takda apa nak di hapdet kat belog boleh pula aku TERblog-hopping dan TERasa the urge untuk menghapdet padahal apa nak cakap pun gua taktau.

disebabkan rajin buat benda lain di waktu aku sepatutnya study ni aku dah buat financial plan aku untuk sem depan siap. yelah sebab wangyuran/wangsaku/wangenjoy/wangsarahidup aku bergantung sepenuhnya kat mak apak so kena cari alternatif lain supaya aku tak rasa cam sangat tak berguna macam sem ni.

pagi nanti aku kunci lappy ni dalam locker stor jangan risau.

lastly, rindu boifren gua camharem. tu kat atas tu gambar dia waktu kecil. comel kan.


(dialog adam dengan sorang ustaz time dia kat aussie)

: i have left Islam for a very long time

: but Islam will never leave you


Selasa, 3 November 2009

yaumul tsulasa ;


Jantungku kekeringan alasan untuk berdegup
Dan jiwaku terkorban di medan perjuangan, penantian, impian
Harapan itu senjata yang paling merbahaya buat sekalian umat manusia
Seperti jarum beracun yang membunuh senyap
Seperti segudang dadah yang merosak

Sembunyi darah ini di balik seribu perisai besi
Apa yang dipandang tinggi bila jarum yang mengakhiri

Aku mayat askar yang berpura-pura seolah ia berjalan tegap
Tak ku benar jasad rompongnya berehat satu saat pun
Untuk mengingatkan bahawa ia telah mati

Tolong jangan diujar lagi, aku tak mahu mati berkali

Esok aku kan tiba di lapangan terbang dan menghilang
Harapan itu senjata yang paling merbahaya buat sekalian umat manusia

Seperti jarum beracun yang membunuh senyap
Seperti segudang dadah yang merosak

Sembunyi luka ini di balik seribu perisai besi
Apa yang hendak dipuji bila jarum yang mengakhiri

Aku mayat askar yang berpura-pura seolah ia bernafas lancar
Tak ku benar jasad rompongnya berehat satu saat pun
Untuk mengingatkan bahawa ia telah mati



entah kenapa tak boleh stop dengar lagu ni since the first time i listened to it. macam tiada sebab tapi tak berhenti dengar. lirik sangat sedap.

exam arab & tilawah were fine. takde lain yang diharap selain lepas ke next level. ameen. tak kesah la A ke tak A ke yang penting lepas.

dah applied for tukar bilik. pilih blok sama tapi aras 4 -_-" terpaksa sebab dah tak banyak kosong. itupun kalau ada yang nak fight untuk bilik tu jugak dan lebih berkelayakan dari gua terpaksa la stay kat bilik ni BERLAPAN next sem. urf. mintakmintak dapat. result keluar on 16th & for that reason aku kena up lagi dari 13 ke 17 mungkin. stay sorangsorang. damn cool gila lahai. adeyh.

tahu tak apa aku rasa sekarang? rasa nak main rollerblade do. rindu nak roller blading macam zaman kecil kecil dulu. rindu perasaan bebas berlari dengan kasut tayar tu. takpe, nanti gua cari juga macam mana caranya.

next paper will be on yaumul jumaah. gua perlu campak lappy dan kunci dalam locker stor roomie.

happy november koqq. enjoy your days to bits.
(:


Jumaat, 30 Oktober 2009

will be missing you dayangmayang ;

suma tengah study tak boleh kacauu tapi skype boleh hahaha. jarak antara satu sama lain guling guling pun boleh sampai. tapi okey lah bilik je sama. compartment lain. kira tak nampak ah muka pun. kalau nampak muka pun nak skype jugak mungkin aku akan di baling dengan buku mereka. kahkahkah. tapi still boleh cakap guna mulut je sebenarnya tapi biasalah maless bergerak.

semester depan split. mija dan fatin pindah mahalah khas untuk suksis. saya dan winal menunggu dicampakkan ke mana mana bilik kosong tingkat atas. minta minta dapat ah sebab tak mahu bilik 8 orang. kalau dapat dengan winal pun best jugak.

walaupun aku yang paling tak rapat dengan dorang tapi adalah rasa sedih sikit sikit. sikit je la. tapi rasa la. 1 sem ni kalau cakap pun dengan diorang je. minggu ni last sama sama.

best of luck mate. semester depan kita jumpa selalu kat kuliyah. tak sabar nak kelas sama dengan korang.

Rabu, 28 Oktober 2009

pe pe nyik sa an akh ir ;




baru je nak sedih terus tak jadi. buat lawak lak ummi ni.

tapi haritu tak sedih pun sebab sibuk menyumpah jubah saiz L tu. memang dari pagi mood dah distracted sebab jubah hampehh tu. tapi tu lah hikmahnya kot.

goodluck yang besarr untuk semua semua yang exam minggu ni dan minggu depan dan bila bila lah yang terdekat. study rajinrajin, jawab baikbaik, doa banyakbanyak.

roomies semua habis exam 4 november. aku 13. seminggu hidup sorang sorang. cool habis -_-'

update: baru tengok carrymarks. teruk. urf. sedih. carrymark psych paling tinggi. adakah ini bermaksud saya perlu melupakan comm? haih.

oh foyer dan banquet. which is which? main hall tau ah.

homaigod. sedih la pulak. nyesal pergi tengok carrymarks tadi. ishh.

Selasa, 27 Oktober 2009

akhernya sempurna ;


















tahniah di atas graduasi kita kawan kawan
tiga tahun penuh makna

simpan semua kenangan kita sebab tak akan ada kenangan lain yang sama macam yang kita pernah lalui.
terima kasih untuk persahabatan ini
goodluck untuk semuanya

(:


ps: kredit untuk intan mashmelo kickapoo koi ds dan suma album gambar kawan di facebook.