Isnin, 16 November 2009

entri untuk intan hizzany ;

takda ape nak update sebenarnya tapi disebabkan hizzany dok bising penat baca notes aku nak tolong segar bugarkan mata dia. dia cakap nak post pasal lelaki hensem hahaha.

ni aku upload suma ex boifren aku okey kalo ko tak taste ape aku kesah. kakaka. so here goes


macaulay culkin. aku minat dia zaman darjah2 dulu la. cite ape yang ada dia kuar kat tv haruss aku tengok. home alone tu takyah cakap la memang adk beradik aku hafal skrip siap. pastu citer richie rich. tapi yang aku paling rasa nak tengok balik is my girl. dah lupa macam mana citer tu yang aku ingat aku nangis masa tengok cite tu. dia mati tak silap dalam tu. sekarang ni aku taktau la ape citer mamat ni. yang aku tau dia kawen muda umur belas belas.



aaron charles carter. adik si nick carter backstreet boys. dia ni adik aku mardhiah tu yang minat dulu. siap beli kaset suma. pastu aku pun turut terjebak. album dia yang aaron's party (come get it) tu memang aku hafal suma lagu tak tinggal. memang ahli keluarga dia suma pun aku dah kenal. cam bajet leh jadi menantu la masetu kan. tak tahann okay. dia ni ada kembar nama angel. pastu lama lama aku dah taktau dah pasal dia. aku suka waktu kecik je dah besar tak hensem ah.




westlife. yang ni aku tak mampu nak pilih sorang je. memang semuaaa pun pakwe aku. wakaka. memang minat diorang tahap termimpi2 lah dulu. masa tu darjah 5 dan 6 kot. siap ada gang lagi pastu bahagi2 kan ko suka sape aku suka sape. aku di 'bini' kan untuk shane masetu. ade bini pertama kedua lak kan. wahaha. dulu kalau ade gambar diorang sekecik mana kat dalam paper haruss gunting okay. esok nak bawak gi sekolah tunjuk member. kat rumah lak kene bersaing ngan si mardhiah. siap gaduh gaduh berebut. kalau kuar paper then aku tak sempat chop sanggup aku gi kedai mamak dekat ngan rumah beli paper lain. time ni majalah hiburan aku layan smash hits, tv hits suma yang import2 je okay. 10 hengget satu naskhah. kalau yang murah sket pun galaxie ngan lime. beli pastu sorok bawah katil. takut mak marah. masa barubaru belajar layan internet pun 1st website yang aku hooked was westlifeweb.com. wujud lagi kot tapi mesti dah lama tak update. nama penuh diorang nama family adik beradik suma aku tau. lagu dorang dari 1st album sampai no 3 memang aku hafal cakap je tajuk apa. tapi lepas tu aku taktau dah ape citer. yang aku tau bryan dah keluar. nicky & shane pun dah kawen ada anak. mark dah jadi gay. oh nicky tu abang ipar kepada cecilia ahern yang tulis citer ps: i love you tu. sebab diorang aku jumpa 9 orang kawan baik. dulu aku pernah berhasrat nanti besar nak pergi melancong kat ireland & sampai sekarang aku still simpan hasrat tu.

sorry intan. terlebih dah. ni bekas bf(s) yang aku paling sayang doo. haha.



toro guo wei yun. yang ni masa sekolah menengah aku minat. zaman tengah gila tengok citer taiwan. dia ni penyanyi taiwan. aku minat dia time belakon citer snow angel. sedih cite tu. lepas tu memang aku donlod suma lagu yang dia nyanyi asal ada sora dia tak paham pun takdehal. nak ber youtuban masa tu takde lagi kot & kalau ada pun orang tak reti nak layan lagi. kalau kat 8tv time tengah hari tunjuk video clip lagu taiwan memang aku tunggu nak tengok dia ni. cam ape lak perangai aku ni. haha. lagu citer snow angel tajuk wang le ai memang aku hafal. lagu taiwan paling ter feveret aku la. sedih je lagu tu. tapi aku taktau pun maksud dia haha. kejap je aku minat mamat ni. skarang ni ape citer dia taktau lah hambe.




jo in-sung. ni memang aku saja letak extra extra sebab aku tau ko tunggu gambar ni je kan intan. comelll kan boifren kite ni. hahaha. aku minat mamat ni pas tengok cerita spring day. lepastu cerita memories in bali. kalo korang kata oppa gonchan dalam cerita my girl tu paling ter hensem aku tetap pilih dia ni. suka do tengok dia nangis. kan intan kan. dulu kat kpm si intan beli dvd memories in bali tengok ramai ramai. part dia ni nangis je excited. haha. masa aku minat mamat ni masa tu form 5 kot. masa spm plak citer memories in bali tu. esok paper biologi aku tetapp pergi bilik rehat hostel tengok. takdehal. pastu siap hasut kawan kawan yang tak minat bio tengok sekali. tu yang bio aku kantoi masa spm kot. haha.



sam wang shao wei. penyanyi taiwan dari group 5566. banyak gak citer mamat ni berlakon tapi aku minat dia dalam satu citer je. the magicians of love. aku kalo tengok citer tu memang skip la part part lain tengok part dia je. pastu kalau die belakon citer lain lantak la best pun aku tak taste dah. dalam cite ni je aku suka. dia jadi gangster yang baik. tak ke gagah bunyi nye tu. kan intan. wakakaka sila muntah darah sekarang. tapi dulu aku penah la berangan nak bf muka cam dia ni. wahahahaha.




han geng atau hankyung. member of super junior. korean punya group. yang ni special sikit sebab aku baru suka kat dia semalam je sebab tengok video clip lagu timeless. dalam tu je aku suka dia. jadi polis pastu kena tembak. gagah okay. wakakakakka. masa tengok tu taktau lak dia member of suju ni. tengok komen komen kat bawah baru tau. tapi aku minat dia dalam MV tu je sebab kat tempat lain cam ke-jambu-an pula.


sebenarnya ramai lagi tapi intan suruh publish cepat lak. takpe lain kali boleh sambung. puas ati tak hizzany?


*update*

joo ji hoon. boleh pulak aku lupa mamat ni. goongja mama dalam citer princess hours atau goong. best gila okay citer ni. sampai sekarang pun kalau bukak utube taktau nak tengok apa aku akan tengok citer ni dan macam biase part lain skip part dia ni je la banyak aku layan. intan, ko suka ke tak dia eh aku lupa la. tapi kite tengok citer ni sama sama kan time sem 4 dengan ona sume. muka nak sepesen ngan shao wei kan. aku rasa memang taste aku lelaki muka camni. hahaha. okay dah rasa nak tengok goong plak. ish.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maswanhizzany aka intan jelita like,like,like,like,like this damn much punya..

p/s: opaa sarange..wakakakakakk..

nyah..rakus ko ek banyak laki!

Fitri Fothermucker berkata...

OMG! byk nye!
=_=
jeles
sedih
keciwa
T___T
*sobsob*

Tanpa Nama berkata...

kahkahkahkahkahkah

they are so damn tempting!!! kecuali westlife nagn adik nik tu..wa x layan~gay sungguh,,

intan canttik~
;D

Fitri Fothermucker berkata...

haha! gay ke?
xD

LOL

l t t l g j h ; berkata...

hoi westlife tak gay okay. yang gay tu mark sorang je. elok je kawen beranak pinak diorang tu. yg adik nick tu aku pn xpaham nape aku minat wakakakaka.

aku nak shao weiiiii dalam magicians of loveeee. hahahaha

d i e y L a . berkata...

wah mas mesti terus segar bugar mata dan akan terus baca notes sampai muntah.haha.

erma berkata...

aish
macam mana boleh minat hankyung ni?
hehe. but he's very nice. siap belikan parents kedai with the money that he earned

l t t l g j h ; berkata...

awek - hahaha gudlakkk last paper korang weyhh

erma - baru tgk yg die ckp tu tadi. tidakkkksss sudah jatuh senta makin dalam terhadap hankyungg