Selasa, 10 November 2009

daging aku wangi daging kau ?

dulu masa kecik duk gombak kalau orang tanya aku jawab aku orang kelantan. pastu masa darjah dua pindah kuantan. bila orang tanya orang mana aku jawab gombak plak. bila form 1 pindah gombak balik aku cakap aku orang kuantan plak.

sekarang pindah ganuuu haa nganga kau nak jawab. masa sem 3 kat kpm aku introduce diri kat klas cakap aku orang ganu, pastu sem 4 orang gombak plak. masa sem 5 terus kena sound ngan member sorang

'syanad ni orang mana sebenarnya?'

terus aku jawab

'terengganu darul ehsan'


memang member tu rasa nak luku je aku time tu.

aku tak kesah lah nak jadi orang negeri mana pun. asalkan aku ingat yang aku ni orang islam dah la.

masa kecik time kat kontan taktau lak aku pasal nak semangat negeri negeri ni. smangat perkauman tu ada ah sikit sebab skolah campur cina india. tu pun bukan la perkauman sangat budak india tu kutuk islam kitorang naik shekh la. eceyh kecik kecik dah pandai naik shekh kan.

lepastu dah masuk skolah menengah dah balik gombak balik baru lah aku paham apakah kejadahnya semangat kenegerian bila manusia di stereotaip suma sifat baik dan buruk dan fizikal dan mental mengikut negeri masingmasing. siyes first time aku dengar orang mengutuk negeri orang aku tekejut sebab kat kontan takde lak aku blajar suma tu *smangat kenegerian pahang lak di sini*

ada sorang budak tu dok pum pam pum pam mengutuk negeri pahang kot. cakap orang pahang camtu camni. citer lak kat aku. teman ni dah la baru datang dari pahang. terkelipkelip jap mata orang pandang2 aku masatu. aku layan je, lantak ko la.

ada yang tak menahan dok berborak ngan aku ni. titiba lak 'negeri klantan tu busuk la. jalan dia suma kotor. kita dah pegi dah haritu. dah la orangorang dia pun blablabla..' aku pun 'ohh yeke.. baru tau'. aku dalam hati masatu, wangiii lah pulak engkau yang bau kepam niee. halahaii. lepastu tak suka nak kawan ngan orang kelantan yang kau angkat aku jadi kawan baik dunia akhirat aku ni orang mana baii? newcastle??

aku memang tak paham okay. tapi bila fikir balik kita memang akan sentiasa di klasifikasi kan tak kira lah dalam keadaan camne pun. sebabtu lah wujud semangat batch la semangat kelas la semangat kaum la semangat apa entah lagi.

tak kesah la nak semangat apekejadah pun. bagus la dari takde semangat kan. cumanya takyah la fanatikus sangat macam contohnya kejadian masa piala malaysia haritu. apekebebal lah bakar bakar kerusi bagai. aku satu je, mesti ni dok berfikir bukan guna otak tapi guna pankreas.

lepastu kang orang cakap negeri ko camni camtu tau lak nak marah. dahtuu yang kau buat perangai macam gajah lapar naik minyak apahal. gajah pun tau behave okayy. aku bukan ape pastu nanti orang nak kutuk dok mintak maap dulu ngan aku sebab nak kutuk negeri ni. kutuk jelaa aku tak heran. dia bukan bebal sebab dari negeri mana dia datang. kalau dah bebal tu bebal gak. bawak lah datang dari oman sekalipun.

boring lah. padahal sama je suma. dalam tubuh tu ada daging dengan darah. kau ada aku pun ada. sama sama hanyir. ke kalau aku jadi orang perlis darah aku wangi?

6 ulasan:

mike-L berkata...

saya anak bangsa malaysia

saya suka ini...

yeker darah pelis wangii..jadi ape kalau darah wangi?buat perfume darah ker?

SLY dz berkata...

bebal-ism ade pengikutnye sendri
huhuhu

orang yg minat bola ni emotional.... =p

d i e y L a . berkata...

sekarang sume 1 malaysia.hee ;p

Nodja berkata...

haha! entry kamu x penah nye x boring syanad oii.

sume cite nk bg org tgelak je. yup2. kite sume same je ea.

aku hanyir ko hanyir. ak wangi ko pn wangi ;)

Fatin Fauzi berkata...

same je negeri mane2 pon sbnanye. sifat perkauman ni penyebab kemunduran. nk jalan hala yg same, tak explore jalan lain. orang dah jumpa jalan pendek, die tekedek2 lagi.

isk merepek ape.

1malaysia!!

ajak berkata...

asal aku bce smpi abeh ea..? da la pnjg leba ko ngomel..bleh lak aku abeh kan..hmm..