Khamis, 5 November 2015

yeayy ;

2 umar ni time ni je la nak tengok diorang serius pun. time lain dia punya happy-go-lucky level tu agak diabetis sikit.

peksa akhir tahun dah habiss wuhuu.

tapi kekanak ribena je la yang hooray cecikgu dia sotong nak setelkan suma benda before cuti. bukan lembik macam sotong ye, banyak tangan cam sotong.

since aku mengajar di sek ren islam, tak dapat tidak akan ada paper yang dijaga dari subjek diniyah dan juga bahasa arab. haruslah takleh jaga paper sendiri kann. most cikgu yang bukan dari sekolah agama macam den ni very the nebes kalau tengok2 jadual kena jaga subjek b.arab. budak2 besar takpa papehal memang dorang kena faham sendiri cemana nak buat. kekanak ribena ni kekadang kena bagitau cemana nak buat soalan tu kalau tak temenung la di situ (note to self: jangan lupa letak contoh before soalan pertama lain kali). dann cuba ampa imagine kalau subjek b.arab. kita tolong baca arahan pun kita yang tak paham maksud dia. 

tadi jaga paper arab 2 umar baru laa rasa memang Allah jadikan takdir kita ni ada hikmah dan sebab. takde yang tak bersebab. kita je yang kena pandai cari dan fikir akan hikmahnya. syukur masuk uia kulliyyah human sciences yang kena belajar 6 level bahasa arab. dulu aku selalu question, kenapa banyak sangat padahal kite course HS je. budak2 engin, econs suma tak banyak level pun kena. tapi, agaknya kalaula aku takde basic mau ternganga tak pun kelam kabut carik ustaz dia. macam tadi, still ingat jugak la sikit2 maksud perkataan. boleh la faham apa arahan tu nak. ada soklan suruh warna merah untuk jawapan betul, kalo tak paham memang tekelip2 la aku nengok. tapi tu pun sebab dah lama tinggal dan belajar 6 level pun aci survive je, tekelip la jugak sikit2. but at least takde la kena turun naik tangga carik ustaz dia. hehe. Alhamdulillah. titiba rasa nak belek balik buku b.arab kan.

kalau subjek diniyah pulak dalam jawi. nasib sempat pandai baca time sekolah rendah dulu. i was in convent school dan tak pergi sekolah agama petang. memang subjek diniyah aku lemah. membawak ke sekola menengah lemah dia. orang lain dengan tenang dapat A. aku manjang B. tu pun nasib baik B. kalau tak bernasib baik C lah jawab dia. kalau kena tulis jawi memang aku merapu. sebbaik boleh baca so bila bacakan arahan untuk budak boleh bajet2 terer. tapi kalau ada yang budak betulkan tu perkara biase lar tu. haha. who said we cant learn from kids right? 

sabtu ni ujian kelayakan tahun 1. tak sabar pulak nak tengok muka muka si comel yang mungkin bakal jadi kekanak ribena sriam tahun depan. hehe. okbai nak tido dah.

thanks for reading!

toodles

Tiada ulasan: