salam'alaykum,
another working weekdays dah berakhir. tapi sabtu ni iol kerja ada program. tinggai lagi semingguu je bekerja tanpa memurid. sekolah dah nak bukak hoi nebes sungguh. apa pun tak prepare lagi.
minggu ni cikgu-cikgu baru lapor diri. diorang pi dengar taklimat mudir pastu macam ada checklist kena mintak tandatangan dengan penolong2 kanan. pastu depa mai kat aku, "akak free ke? nak mintak tolong sign." aku macam, sign apa pulak. pastu tengok dalam kertas diorang, aku kena sign kat part penolong kanan kurikulum. lepas dah sign2 tu termenung aku kejap. ohh aku PK kuri. beratnyaa tugas. kenapa aku kena pegang benda ni? takde orang lain nak ambik ke? tak mampuuu T_T. lagi setahun kena pegang. huhu.
aku ni jobscope sendiri pun tak berapa aware sangat. selalu akak PK HEM yang bagitau apa aku kena buat. sekarang ni boleh la consider yang aku baru lagi so tak tau banyak benda. nanti nanti? aku kalau boleh nak fokus kat anak murid je. bab development budak pun tunggang langgang lagi. hari hari gi sekolah the moment sampai tak sempat duduk dah macam-macam datang. kekadang tu tak perasan pun kerja tu bertimbun sebab jawatan ni. tapi bila semalam syuhada cakap kat mudir, banyak tu atas bahu kak aisyah. aku macam..agaklah sebenarnya. tengok budak rasa seronokk nak ngajar tapi bila datang kerja kerja yang melebihi tugas hakiki (mengajar) tu, dah tau dah.. tak dapat spend masa sangat pun observe anak murid, melainkan waktu mengajar.
sebenarnya kerja-kerja leader ni bukan untuk aku. aku kalau jadi orang bawahan yang menerima arahan boleh la. kalau nak decide & fikir kerja apa nak buat dan bagi arahan tugasan kat orang memang aku tak reti. nanti jadi macam time gemilang dulu. jadi head multimedia dua tenure, anak-anak buah taktau kerja apa kena buat sebab aku buat semua. wuwu. takut sangat benda sama jadik. and this is not a club or persatuan. sekolah weh. sesungguhnya saya takut. aku ni bukan organized sangat orangnya.
lupa nak cerita, camana aku boleh baru-baru masuk sekolah titiba jadi ketua jabatan kurikulum? sebab akak yang aku ganti tu dia PK kurikulum. so bila dia letak jawatan & aku ganti, memang suma jawatan dia la kena angkat. ni pun nasib baik next year tak pegang kelas dah.
ada la tu hikmah di sebaliknya. Allah dah cakap kan, Dia tak uji benda di luar kemampuan kita. kekadang bila rasa tak mampu tu teringat kat abah. he was a leader kat tempat kerja. dulu tak pernah tau pun abah leader yang macam mana. ye lah kat rumah & tempat kerja tak sama kan. dulu pernah prektikal kat ofis depan ofis abah. so kenal suma orang-orang kat ofis abah. ingat lagi bila abah pindah sarawak, chatting ngan sorang akak tu dia cakap abah bos paling bes dia penah jumpa. bayangkan satu opis tu cakap abah macam ayah diorang. padahal umur diorang muda sikit je dari abah. then pernah juga jumpa time gugel nama abah (perangai bila rindu gugel nama abah), jumpa blog post orang kat ofis abah kat sarawak, diorang buat farewell masa abah nak pencen. dia pun cakap benda sama. i never knew what kind of leader abah was. but i know, he was loved by many. bila rasa down dengan kerja bertimbun ni, nak bagi semangat kat diri, nak jadi macam abah. abah was an organized person. mesti ada jugak sikit-sikit tercalit kat memana genetik tu. kahkah. sedapkan hati.
takpe, tak dapat buat hebat sangat pun at least buat yang terbaik diri sendiri boleh bagi kan. fikir positif, who knows nanti satu hari nanti boleh bukak tadika sendirik ke. wahhh verangan. tapi tu memang angan angan mat jenin satu ketika dulu pun. sekarang ni.. dapat jadik cikgu tadika pun dah best dah rasa. tapi kena belajar cara nak ajar budak sampai terer literasi membaca menulis dulu baru berangan jadik cikgu tadika hokeh. tu la, angan-angan nak jadi cikgu tadika. cemana lah leh end up jadi Pk kurikulum. bertingkat tingkat responsibilitites wuwuwu. takpe syanad, this is for your future. kita tak tahu masa depan macam mana, so kutip sebanyak mana ilmu dan pengalaman keyh. malas tu kena buang kat tempat pelupusan sampah. huhu.
ok sekilan saja bebelan untuk hari ini.
harini- 24 disember, anniversary abah & ummi yang ke 29. they got married on 1986. PJJ setahun kot, sebab tu lambat aku lahir. hihi. dulu ummi ngajar kat kelantan, abah kat kl. happy anniversary abumi. nanti kita celebrate sama-sama kat syurga ya. ameen! :)
1 ulasan:
Yup, apapun mentor pertama kita mest mak, abah kita kan. Dan yang penting, kita yang terlebih excited bile anniversary diaorang. Tapi memories remain forever.
Haa... mak, abah saya pun PJJ, tapi tak sampai setahun pun. Mak kat Kuantan. Abah kat Kelantan. Tahun 1987 kahwin. Tapi saya lahir cepat gak sebab nak sambut first anniversary tu sesama kot. Hehe
Catat Ulasan