Selasa, 29 Disember 2015

2 days left before goodbye ;

salam'alaykum,

dengan ini saya ingin mengumumkan....

jadual belum siappp.. wuuuu menangis tanpa lagu. tadi pi sekolah PK buat few adjustments lagi. bila ada adjustments meaning kena susun balik la baru boleh bawak keluar yang complete. takpa sabar sabar. dengan tak sudah-sudah ada budak baru nak daftar. bila budak mai daftar kena buat ujian kelayakan. menda tu aku la yang kena prepare dan mark. tak paham jugak aku dah dua tiga hari nak bukak sekolah baru nak mai daftar anak. tau la kita sekulah swasta. tapi siapalah aku nak banyak bunyi. hanya seorang staff newbie. kerani pun bukan, mudir apatah lagi. aku sampai taktau dah kerja mana sebenarnya aku punya. bila orang cakap buat, iyakan je ler.

tapi aku ada masalah bila balik sekolah je sibuk nak tidur (minggu ni ABC). pastu bila aku dah tidur, selagi matahari tak tenggelam takkan bangun punya. kekadang cikmot kejut petang petang pun, dah selesai phone conv aku selamat kembali ke alam mimpi balik da. pastu bangun nak terhegeh makan, mandi (kalau mandi) tup tup dah dekat lewat malam. pastu ngadap reja dekat kul 2am ngantuk balik dah. kunci jam kul 5 konon nak bangun. bukan kul 5 je, 5.30, 6.00, 6.30 sampai kul 7.10. last last alarm 7.10am baru bangun. sebabnya bila dalam mimpi titiba aku rasa takpe, esok je la. sempat ni bla bla bla.. tu la bila ada bebanan kerja ni nak lari dengan tidur je. ye la nak lari pi mana lagi dak. 

dan rutin ni dah berulang dari minggu lepas. aku rasa dah naik biol kepala ni tidur petang pastu tidur banyak. haih laa. macam semalam aku bole bangun tengok macam dah nak gelap aku ingat dah besok pagi. aku dah macam oh tidakkk..dengan sepantas kilat bangun. sekalik tengok jam 6.18pm. oh ok.. arini pulak tidur petang, bangun-bangun dah nak kul 9pm (apa nak jadik laa). pastu tengok fon, ada call dari tokmek & mot. dudua aku jawab. dengan nenek aku siap lebih 5 minit borak. padahal kalau tengok time aku tengah dibuai mimpi. apa nak jadi laa. apa yang aku borak pun taktau. tapi aku ingat aku ada mimpi aku borak dengan mek pasal hujan. agaknya dalam tepon latu kot. huhu. mot lagi kesian, kejut suruh bangun aku pi bantai tidoq balik jugak. dan samala aku tak ingat pun borak apa tah, ingat part dia srot2 tu je. sian asik sesema. sory mot. susahkan kamu je. nasib 5 minit, kalau 10 minit potpet takda hasil lagik kesian. dah la kte tak ingat pun pastu. ishish.

ni dah nak kul 2 ni aku dah mengantuk balik la ni. jadual duk tara tu ja jugak. ok ada progres tapi bila stuck tu aku lari jap kat belog macam sekarang ni. tapi terlama. haha. ok dah la kot kan. oh haa nak citer, aku dah beli pensil warna idamannn.. haha. nasib aku snap gambar haritu, baru perasan offer till 2 january only. lalu aku pun korek duit simpanan. haha sedih kan. serius bulan ni paling sesak dalam sejarah hidup 2 tahun ni tapi sebab rasa macam susah nak dapat offer camni lagi dah. harga asal 56.90 jadi rm35++. murah banyak weh. aku siap survey kat popular ngan SMO. memang kat pacific lagi murah. lalu aku pun pejam mata dan bayar je la. huhu. takpa nanti ganti balik duit itu. rindu hokeh kat gaji. dah sebulan tak jumpa, lagi sebulan kena tunggu. nangess haha. tahun ni kalau ada lagi main kutu sekolah aku nak request bulan 12. tapi taktau la taun depan aku dah dikira layak untuk dapat gaji disember secara normal. tahun ni sebab belum sah jawatan, depa postpone gaji bulan ni. maybe around may camtu kot. ok je sebenarnya cuma sesak la. ok taknak citer bab kesesakan ni, boleh nangis mengenangkan. haha. sebulan lagi nih. ok sambung citer, pas dah beli dan test, maka aku pon hepii. yeayy boleh buat abm kaler kaler. haha.

wuhuu. zaman aku sekolah dulu anak orang kaya je pakai kaler 48 batang ni. aku pernah dapat yang 36 masa dajah 3. tapi tu je la sekali seumur hidup. alif cakap, pelik2 je kakak ni, dah tua pun eksaited dapat beli kaler. eh awak budak apa tau. best tao. haha.

akhir kata, encik gaji walopon saya dah rindu banyak kat awak tapi takpala, take your time. walaupun aku tau nak menyampai 24hb tu perit nak tebalkan muka hutang ngan ummi. tapi apakan daya. huhu. sory ummi. 

ok nanti aku sambung bebel, tido bebaik ya suma.

tata~

Tiada ulasan: