Rabu, 2 Disember 2015

cikdi kawenn ;

salam'alaykum,

okay ni sebenarnya backdated post yang dah terlepas jauh punya tarikh. haha. memula nak anggap macam aku takde janji nak update je post cikdi kawen ni tapi bila ingat dalam belog ni pepakcik yang lain semua aku tepek story dan gambar, tak adil bagi cikdi kalau aku buat-buat lupa kihkih.

cik di nikah 12 september baru ni. setelah bertahun dia berteka teki akan jodohnya. waa giteww. bukan dia berteka-teki ngan kitorang tau, dia yang dalam teka teki. tak silap dalam 3 ke 2 bulan before kahwin ni baru dia jumpa and decide nak tunang. tu pun plan tahun depan tapi memang Allah dah tetapkan jodoh diorang tahun ni kan. Alhamdulillah.

majlis belah perempuan 25 september kat pengkalan kubur. aku ada citer dah kan rumah dia sebelahh je ngan kawasan bebas cukai tu. syok hokeh. ok ada cite kelakar pada hari berarak tu. kelantan panggil hari berarak atau belarok dalam slang kelantan kalau kenduri belah pompuan. ke kat tempat lain pun sama? haha. 

so haritu konvoi la family dari kok lanas ke sana. ada berapa bijik kete tah lupa. adik beradik kami 2 kete sebab nanti time balik nak bawak tok mek ngan tok ayah dan dulang-dulang hantaran. ikut kete depan sebab dah banyak kali gi pengkalan kubor pun tak pernahnya nak ingat jalan. nak dijadikan cite, sebab kete depan laju sangat telepas la pulak. ye la musim raya kat kelantan memang jem jalan. tak kira la raya apa. lepastu ummi dengan kompiden lead the way. aku ngan helmi bersama dedulang pun follow. titiba rupanya ummi salah jalan. konpius dengan jalan nak ke pasir mas. aku ngan abang kekonon nak selamatkan keadaan bukak waze dan waze tunjuk  satu jalan yang kami takyah patah balik. disebabkan kalau patah balik nak kena tempuh jem, decided untuk percayakan je la waze itu. masatu dah kul 12 tak silap. majlis lepas solat jumaat. kalau boleh nak sampai masjid sana befor zohor la ada anak jantan 2 orang tu kan.

kitorang memang folow je waze. tapi jalan dia bawak bapak scary. rupanya bebetul sebelah sungai golok punya jalan. ya Allah masatu aku dah cuak tapi cuba bertenang. taktau la berapa round ayat kursi dan zikir aku baca. line celcom pun takde weh. nasib baik incek waze tak menglostkan dirinya, tunjuk jugak jalan even offline. kalau bukak gugel map mau meroyan suma agaknya titibe gps lost tetengah alam tu. kete pun jarang-jarang lalu. kiri kanan semak samun. pastu kena tempuh pondok askar bape bijik tah. scary weh. tapi aku tak cuak sangat  sebab dalam waze dah nampak kat sebelah kiri tu sg golok and depan memang pengkalan kubur. ummi and the gang dalam kete aku taktau la apa perasaan depa. punya la gelabah langgar segala lopak. tepelanting2 dulang kat belakang. haha. tapi hujung jalan dia memang terus kawasan bebas cukai tu. peh bepeluh kitorang. hilmi ngan alip nyaris telepas jumaat. tapi Alhamdulillah selamat la kitorang dan dulang sampai on time.

al quran sponsored by suratchenta. cewahh. takdela. cikdi nak bayaq tapi aku cakap takyahla sebab aku macam malas nak fikir hadiah kawen apa nak bagi so anggap quran ni as hadiah :)

hantaran digubah oleh cikyana kami yang kretip itu. aku suka gila wehh color combination dia. padahal aku tak suka kaler purple dan oren pun tapi bila dia combine dudua tu macam wow cantik.

ok letih dah bebel, jom layan gambar je la ek.

berkumpul kat mesjid dulu. tak cukup dulang, besen sekali kitorang bawak. haha

tediaa ketua dulang girls. nenek vogue hokeh. dah 2 orang cucu mantain muda. ni cikyati makcik aku. dia tepaksa bawak pulut tu sebab dalam mangkuk kaca dan dengan telur apa suma. orang lain suma tak berani. aku awal awal rembat benda paling ringan. kihkih
penanten lelaki aka cikdi
tinggi kaan makcik aku ni. sebaya ngan aku weh. ye ye aku tau sebaya tak semestinya sama tinggi *nangis tepi bucu*

rombongan kami sampai je penuh khemah diorang. yang beratur pepanjang ni suma rombongan kitorang je. haha
sampai kena makan kat dalam setengahnya. hehe

tinggai yang kanan sekali tu je anak mek yang belum kawen. pokcu. yang purple sekuarga tu kazen aku shida bersama somi dan anaknya rafa yang comel mulut becok.


ummi orang ajak selfie dia sibuk nak tengok orang depan. redhoo.

mekngohh. ni kazen aku jugak, izzati.
pokde dan wife bersama penantin.

katiknya rasa diri ini. lupa nak jengket sikit. ke dah jengket sebenarnya  -_-'

iskandar & rafa darwish. anak sepupu. ni cicit first and second tok ayah & mek. diorang ni cousins. walopon boy tak pernah bergaduh okeh. comel gila baik je main sesama. pegang tangan tu pun takde sape suruh tao. heii geram.
photoshoot tapi sampin pengantin lelaki dah hilang. sabarje la kan. ni nasib kitorang takde kalo tak kena bebel dah cikdi.


ok tu je gambar yang ada. banyak copy dari whatsapp. majlis belah family kami 27hb. kat gua musang. tak dapat pergi wuuuu T_T. sebab ahad tu ummi sekolah. aku tak ikut sebab sian pulak kat umi. aku tak sekolah pun ahad tu. sedih sebab acik-acik dari joho balik. cik muni bawak baby iman. bapak sedih takleh jumpa. dah la da lama gila tak jumpa achik. punyala aku sedih, teperuk je dalam bilik sehari. tapi umi ajak kuar laju je. haha.


pehh yang jeles bukan sebab takdpat pi kenduri weh. jeless tak dapat join kumpul ramai-ramai. suma adik beradik umi dan family ada except kitorang. anta wakil abang ngan alip je.


cikwa muka gumbira reunite dengan gitar dia

cik edi. somi cikyani. aku paling suka balik kampung kalo cik edi ada sebab dia akan masak menu jawa. peberet wehh
 
otai masih berbisa

aminnnnnn! kazen peberet sebab kitorang dah lama takde baby dalam family. tapi pastu pepakcik yang single ramai yang kawen so dah ramai babies. amin pun dah beso. becok ni.


abang hilmi kena kerah bekerja. muahaha

imannnnnnn. huu bilala baru leh jumpa. anak achik kesayangan.


tengok dulang je pun dah teliur

gambar pengantin takde haha. semoga cikdi & cik marini bahagia hingga akhir hayat, sentiasa murah rezeki dan dikurniakan zuriat soleh solehah. tak sabaq nak tengok cikdi junior. hehe.

next taktau kenduri siapa, tapi aritu kecoh dah mekna & afieq tahun depan. afieq anak cikyani. baya timah kot. aku lupa dia baya imah sebab muka matured. tapi dudua nak buat time cuti sekolah bulan 5. apelagi berebut tarikh laa mak memasing dalam whatsapp grup. haha. ye la cuti bulan 5 ada 2 minggu. seken week dah puasa. jangan betembung tarikh dah la weh. satu batu pahat satu gua musang weh. tapi kitorang suma dah eksaited sebab tak penah gi jalan umah cikyani lagi. 

12 hb ni hilmi betunang. tapi dengar-dengar abang cakap nak wat majlisnya setahun dua lagi kot, nak kumpul duit dulu. alolo cian je bunyi. padahal kalau dia nak kawen asap pun bonda kesayangan sanggup offer personal loan kalau tak cukup duit. kalau taun depan jugak memang slot tengah taun tu dah takde dah. haha.

ok da habis cite kawen. nanti sambung bebel lagi ye.

toodles~

thank you for reading!

Tiada ulasan: