Khamis, 28 Mei 2009

aishiteruze baby ;


kat matrade ni. harini hari last the other practical student (kak izan) so datang ah melawat. kak pika bagi baca online manga yang dia dah print. aishiteruze baby. waaa best gile. for the first time, macam addicted baca. cewah padahal tak sampai bape jam pun baca. baru abes vol 1. hehe. tadi jumpa aisheteruze baby kat youtube. tak tau la kalo manga punya version lagi best sebab tengok feedback kat bawah tu ramai cakap manga lagi best dari anime. cite die pasal this guy, seorang playboy. titiba dapat tanggungjawab jaga anak makcik dia yang berumur 5 tahun. wahhh asal aku rasa macam iEe je aku ni cakap pasal manga. wahaha. tapi memang best la. comel je.


kalau rasa nak bace, pegi la sini.

oh oh, barca menang. wowee. kan aku dah cakap. haha.

toodles~

Rabu, 27 Mei 2009

duduk separuh! ;






















i dont feel really good lately. loadsa things bugging my mind. tapi ape ape pun tak boleh sedih ok! here goes some sweet memories of mine during my years at kpmim. saje je tak edit incase korang belum ade these pics and might wanna save em. klik je & save keyh. bila tengok balik suma gambar ni baru aku sedar banyak yang dah kite lalui sama sama kat sana. goodluck for whatever you guys are doing! :)

takde ape nak cakap dah.

toodles!



Ahad, 24 Mei 2009

run baby run ;

rasa tak best.
bersalah dengan beberapa orang.
kecewa dengan beberapa orang.
heartless dengan beberapa orang.
putus asa dengan beberapa orang.
haih serabut.

susah betul nak buat something yang boleh buat semua orang puas hati, semua orang happy. kadangkadang walaupun dah gadaikan happiness sendiri pun still tak dapat puaskan hati diorang.

aku dah mula keliru dengan erti sebenar kawan sejati.

harap sangat simpul simpul yang tengah berselirat ni dapat dirungkaikan.

amin Ya Allah.

Jumaat, 22 Mei 2009

mau nyanyi lagu apa sih?


hoiiii aku dah ade skypeeee. hahahha bodo. bak kata pali, baru kuar dari kepompong amish. padahal die pun same. hahaha. pali ayol naim ngn awek je yg ade dalam contact list aku. haha. chat ngn mereka bertiga. kelakar gile conference ni. eh conference gk eh skype panggil? haha pape lah. thanks la kawankawan yang sengal. hehe. GAT bersidang. aku pun taktau GAT tu pe.

bile chat ramairamai camni teringat time pas spm dulu. konferen kat ym. kenynite name konferen tu. dengan dil, leyla, fafa, cik T, iEe.. ramai lagi, da lupe tp best gile. keny sebab kat dalam conference ym ade template ckp lets kill kenny. haha. main teka teki, bahanbahan sape yang salah eja. tiaptiap malam lak tu sampai pagi. kadangkadang sambil tengok bola pastu gado gado. selalu sangat sampai jadi rutin sampai bile suma nak split sebab nak sambung study leh conference sambil nangis mase last conference. skarang ni suma dah jauh. leyl da kat mesir, fa kat uk. nak jumpa kat ym pun susa. ceh sedey la plak. haha. tu sume kenangan tahun 2006. aih rindu rindu.

pape pun konferen tadi pun best gak. da lame tak gelak sambil chatting. hahaha. thanks la laskar jambu dan pali yg nerd. made my day. day ke? hahaha.

nite and toodles~

Elephant


ps: happy birthday sir humam! hope u'll be showered with happiness always :)

Khamis, 21 Mei 2009

sihir kau ;

pagi tadi...err smalam, kecoh jap ada apebende tah kot motor adik aku helmi hilang. kat bahagian belakang motor dia. sah ada orang panjat gate masuk. tensyen je mamat tu. aku pulak sebenarnya memang ada dengar bunyi orang batuk kat luar malam tu. aku kan berjaga malam skarang ni.

selalunye bile aku jage malam kalo ade bunyi pape kat luar memang aku alert la. sepantas kilat bukak suma lampu luar dan dalam rumah. gile drama kan. ni pengaruh citer home alone sebenanye. haha. tapi malam smalam tak tau kenape bile dengar, aku boleh ingat tu suara batuk diorang2 dalam bilik. so aku buat bodoh je.

dengan konfiden aku cakap la pasal denga bunyi tu. freefree je kena marah ngan sumaorang sebab membuat bodoh. damn. membebel habis seolah olah aku seorang jaga yang telah memboloskan pencuri masuk umah. cit sejak bile aku jadik jaga kuarga pacik hasdi ni. harem punye pencurik. aku sihir nanti tau ah ko.

tapi penah gak ada orang nak masuk tapi aku cecepat bukak suma lampu. diorang nak masuk umah sebelah. aku taktau la btol ke tak sebab aku ni denga bunyi ape pun aku main bukak je lampu. sebab aku fikir 2 benda. perompak & makhluk paranormal. wahaha. tapi btol la kot sebab lepas tu denga bunyi orang start enjen motor kat hujung jalan. sape yang titibe nak stat moto tengah2 jalan kul 3 pagi kan.

masa kat gombak dulu orang nak curi basikal kitorang. sempat perasan tapi tak sempat kejar. sempat woi beramai ramai je. haha. ngan pakcik depan umah pun woi skali. babi betol pencurik2 ni. then masa hari first prektikal, phone kak pika kene curi. tu lagi best, dah siap suruh mangkuk tu sign guest book ofis lagi. siap borak gakplaktu. last skali dia cakap nak tengok2 opis pastu bile dah blah baru perasan. nak kejar pun da tak gune. kadang kadang kalo dah takde rezeki ni alert camne pun tak gune gak.

hai pencuri..pencuri. kalo malaysia wat hukuman mencuri potong tangan kan bagus. takde sape berani nak mencuri. nak sumpah biar diorang mati pecah perut macam takut plak kalo termakbul ke. sian mak bapak nye plak.

sory random gile. nak membebel tapi taktau nak tulis ape.

bye for now! [:

Isnin, 18 Mei 2009

haikal daniel ;

haritu si kenik larilari dari luar umah straight ke dapur dengan pantasnye. aku pun tanye la apahal ngan ko ni, nak kencing ke? then die jawab:


" nak minum air, tekak hangus dah ni! "


aku matimati ingat dia pegi main api kat celah mane ke sampai tesedut api ke ape ke kan. rupanya 'tekak haus'. salah perkataan. eish setan kecik ni. aku plak gelabah kejap.

nasib skarang ni tak cipta nama lain dah. tu pun sebab dia dah start rasa nama alif tu cool habis. sebabnye jiran sebelah rumah kitorang nama alif dah jadi idola dia.

on a completely unrelated note, adik aku lagi seko nama helmi bakal masuk kpm im bulan 7 ni. wahahaha tensen je. betambah lagi keturunanku kat sane. chehh titibe. haha. dia dpt poli gak tp sebab dekat sangat tanak pegi. ngade. tapi mak aku cakap elok gak la sebab bia dia rasa jauhjauh baru reti nak appreciate family. harapharap begitu lah. japgi tunggu result mard dapat mane plak. aku? tak tau ah lagi. sian pula nanti tinggal mak ayah ngan alip je. haha kenape tah nak sedih. maybe sebab dah nak dekat setengah tahun kat umah kot. mane penah duk lame2 kat umah do. dari form 1 aku dah duduk hostel walopon homesick sentiasa. haha. adui mintakmintak la ada rezeki aku dpt upu kalini. aminnn. Prayer


later folks!


Elephant


Sabtu, 16 Mei 2009

happy 16mei, cikgu ;


bulan 5 boleh dikatakan bulan untuk mak aku la jugak. sebab birthday dia 5th may. hari ibu pun bulan mei & hari guru pun 16mei. tapi bulan ni jugak lah aku dah menghabiskan suma simpanan aku dalam cimb garagara meronggeng selama seminggu kat kL. jahatnye, tak beli pape plak tu kat mak. sempat beli kad birthday je. tu pun belum bagi sebab lupa. cam hampeh je. pastu semalam mak tanya aku mana hadiah nye. dem dem rase nak tembak diri sendiri. huhu. sorry ummi!

kat sini kakak wanna wish u a HAPPY BIRTHDAY, HAPPY MOTHERS' DAY and HAPPY TEACHERS' DAY. jasa umi kat kami berlima takkan dapat kami balas. love u so much!

dan untuk semua cikgucikgu yang pernah mengajar saye kat taski abim gombak, sk gombak utara, sk assunta convent kuantan, smk abdul rahman talib kuantan & smk sungai pusu, lecturers kat kolej profesional mara indera mahkota kuantan, SELAMAT HARI GURU. jasa & bakti kalian takkan saya lupa. Allah je yang dapat balas. terima kasih.


ps: cikgu, sorry tak tegur cikgu kat jj haritu. bukan tak hormat tp sy rase sy bukan student yg cikgu nk jumpe pn. sorry & slamat hari guru.

Jumaat, 15 Mei 2009

mocca - happy ;

aku rindu nak tulis blog macam dulu dulu. macam zaman skola dulu. skarang macam dah taktau ape nak tulis. kadangkadang bila baca balik macam takde makna je entri entri aku skarang. kenape eh? tambahtambah timetime skarang ni lagi la, memang takde ape boleh ditulis. life kat umah je. boring.

nak kumpul duit! nak pegi gombak lagi. nak lepak lame. tapi mane nak cari duit. argh!

to kawankawan kpm, agak agak melampau tak untuk tanye soklan ni: bila nak reunion?? hee. miss u guys olredi. sobs.

0504 a.m. off to bed.

toodles koq! haha :p

Elephant

Khamis, 14 Mei 2009

tigtagtoe ;

dah lama tak buat tag. this one is dari one of my addin clan, anis addin. hee.


Arahan:

1)[printscreen] *current* wallpaper -- jz a simple press of fn+prt sc
2)REASONS why do u like/adore/cherish d dindingkertas ???
3)tag 10 people
4)titik




sebab aku suka wallpaper ni adalah kerana aku suka gajah. buat sendiri je kat photoshop guna brush. gajah ngan broken heart tu brushes photoshop aku tempektempek je. hee.

aku nak tag:

1) una najihah (sebab baru link blog. hee)
2) ayol mike (buat kalo tak aku sihir ko)
3) azie zira
4) azri shahirah
5) izzati najlaa
6) izzanis
7) niza
8) norazizi
9) bob fitri
10) nurul ain abu bakar


habis.

Elephant

Selasa, 12 Mei 2009

lupe tak ?

wehwehweh dah doblas mei ke. baru perasan. wahaha. aku baru balik. 4 hari kat kpm 4 hari kat shah alam 4 hari kat gombak. funfunfun. harini baru perasan lepasni dah takde balik kpm lagi dah. tapi taknak sedih sebab that phase of life dah berakhir. happy dapat peluang kenal mereka2. lepasni tinggal nak kekalkan friendship ni je. hopefully kekal sampai bilabila. aminn.

paper final haritu cam harem je. tapi salah diri sendiri gak la. tak bace buku hijau tu. titiba je kena buat essay 800 words dalam masa sejam. cakap pasal comm channel plak. dah sah aku tak ingat langsung. tu la paper exam yang paling aku jawab dengan begitu bodoh sekali sepanjang kt kpm. adoi. mintakmintak ah lulus.

lepasni taktau ape nak buat. tapi yang pasti taknak sedihsedih dah la sebab sumasuma yang semalam tu aku dah buang jaohjaoh & tinggalkan. harapharap kali ni aku maksudkan ni betulbetul.

bak kata t.i dalam lagu dead and gone:


That part of me left yesterday
the heart of me is strong today
No regrets im blessed to say
the old me dead and gone away


jia you aisyah nadiah!

Elephant

Isnin, 4 Mei 2009

i want nobody nobody but you ;

takda apa nak update sebenanye. aku kat kuantan or kt kolej terchenta to be exact. and i am currently having one of my best times in life untuk 2009. cewahh hiperbola siak. kahkah.


1) i love cardigans and i love wardrobe rehab. (:


2) having good time with my happy drugs



3) layan koq ramairamai. gile best gelakgelak. tengok woi, tengah nangis pun leh guling guling gelak.



tima kasey banyak laa cik erma sebab introduce vids diorang nih. hee koqqq :D



japgi ada paper pukul 2pm. tak bace pun. tak tau nak bace ape. pastu pagi ni rase cam nak bakar fon sendiri. rasa cam nak baling kat dinding. rasa dah taknak pakai fon. brengset.

okey bye. jumpe minggu depan.