Sabtu, 28 Mac 2015

habesss ;

i finally understood how pinterest works and suddenly got addicted.

masak laaa cani

berejamm dok scroll scroll pin.

padahal eso kerejaa *nanges jurai jurai ayaq mata*


tido la woiii

Jumaat, 27 Mac 2015

Rabu, 25 Mac 2015

bukz ;


antara tempat feveret aku adalah kedai buku. wahh statement tak fikir dua kali dahh. feeling ulat buku sangat kan. tak tak..bukan bukan. aku suka kedai buku sebab boleh beli benda benda ngarut yang comel comel macam stationaries suma tu la. kalau boleh suma kedai buku nak buat member card. gituuu. tapi an, takleh lawan la level keserunukan usha benda benda comel kt Mr DIY, Kaison atau Daiso. tapi Kaison siyes menguji la dia punya comel dan murah tuh. once masuk, teros ko rasa macam nak makeover bilik.

tapi aku suka jugak belek buku kat kedai buku. dan aku ada satu masalah, pantang tau buku tu bestselling ke mestii nak beli. ataupun orang tu fave writer. masalah tak timbul kalau aku beli pastu baca. masalahnya tak baca baca. kalo orang tak suka buku buleh la cakap tak minat membaca. aku suka weh tempat macam library atau bookshop atau rak rak buku. bau kertas lelagi kalau buku yang dah usang tu rasa macam bestt je. macam seronok je. TAPI setakat belek je tak baca pon dapat faedah apa haha.

zaman belajar sempat 3 kali rasa voucher buku. tiga tiga tu aku habiskan beli buku tau, orang lain pakat perabih cari tempat boleh borong stationaries. buku pulak bukan novel melayu zaman sekarang yang tajuk ala ala suamiku sebelah rumah apa suma tu tau. english novels tak pun ilmiah2 atau motivational. taknak kalah la kan. tapi berapa ketul je la baca. tiap kali tengok berazam nak baca tapi hampeh. bahkan aku juga berangan dan banyak kali mengajak umi buat 1 sudut letak kabinet tinggi sampei siling letak buku. kemahenn.

maka terus la menambah koleksi tapi tak baca baca pon. kat atas ni latest tapi yasmin mogahed's reclaim your heart tu kak jijah bagi. macam mana lah kan nak merajinkan diri membaca. dah berapa kali tahun baru la aku letak azam membaca nih. tambah tambah sekarang banyak bahan bacaan kat pesbuk je, dok baca mukabuku jer laa. sedih weh tambah tambah you know how good the contents of the books tapi ko tetap takde masa malas membaca.

kena start nih. or maybe kita paksa diri baca and share kat belog ke kan. mihmihmih *berangann*

Sabtu, 21 Mac 2015

have courage and be kind (cinderella) ;

home :)

terima kasih Allah, untuk nikmat hidup yang tak terhitung sampai hari ini.

untuk perjalanan yang sebenarnya tak pernah begitu sukar; semuanya masih mampu diharung. belum pernah terduduk atau tersungkur.

for the people around me yang sangat sangat baik. yang sentiasa ada dengan sukarela dan tanpa syarat. ya Allah, sometimes i feel like i dont deserve all these kindness and attention. takde apa kebaikan pun aku buat untuk mereka. balaslah mereka dengan sebaik baik balasan ya Allah, selimutkanlah mereka dengan kebahagiaan, aku mohon.

untuk rezeki yang tak pernah putus walau usaha tidak seberapa, walau bergunung dosa.

subahanallah alhamdulillah Allahuakbar.

terima kasih Allah (:

semoga aku tak pernah lupa untuk bersyukur, di saat susah atau senang.

Jumaat, 20 Mac 2015

salam'alaykum,

malam last di rumah gombak. huhu sedih pulak. padahal macam laa taknak datang sini lagi dah kann. bajet je tau sanad nih. tapi tulaa, sini je buat aku rasa macam truly balik rumah.

walaupun dah tak tinggal kat sini mesti kalau dah lama tak datang rasa rinduu sgt nak datang sini. sebab rumah ni je la paling banyak kenangan dengan abah. abah yang tengah lepak kat sofa, abah yang tengah tengok tv, abah yang tengah makan kt meja makan, tengah cuci kete kat luar.. kat tempat lain takleh nak tgk and bayangkan.

bila baring kat sofa, boleh tengok lama lama lampu kat ruang tamu yang abah beli. last before abah terus jatuh sakit. ingat lagi abah beli lampu tu, masatu aku dengan abah je kat gombak.. umi still kat sarawak. abah datang gombak sebab nak lapor diri last day bekerja b4 pencen and nak teman aku yang tengah prektikal & dok sesorang kat umah gombak masatu. sebab eksaited nak makeover rumah, dia beli sendiri suma lelampu tu. masatu belakang abah dah sakit dah tapi dia gagahkan jugak diri pegi.

ok dah terleleh la plak.

tu la masalah bila kat umah ni rindu 200% pulak kat pacik hasdi nih. ish.

tapi bila fikir fikir. abah sempat buat banyak jugak benda yang dia nak buat after pencen. abah nak hantar ambik umi n alif kat sekolah, nak hantar aku gi tempat keje. duduk rumah rileks2 tengok tv. cuma repair rumah tak sempat buat suma mcm dia nak. tak sempat aku nak belanja makan sedap sedap kat luar. and paling ingat abah nak belanja kami jam tangan, memule abah suruh survey dulu nanti gi beli sesama. pilih yang cantek n mahal dia cakap. tapi taklama pastu abah tak larat nak jalan sangat dah abah nak bg duit suruh beli sendiri. tapi kami nak tunggu juga sampai abah sehat. tapi rupenye abah bukan sakit biase. sampai skarang aku hilang rase nak pakai jam walopon dulu takleh idop kalo takpakai jam.

most baju raya mesti ada kenangan pasal abah sebab beli baju raya mesti ada abah sekali takpun mesti tunjuk kat dia mintak komen. masa abah ada dulu tak perasan pun sume ni, sekarang baru nampak. paling takleh lupa 2012 punye baju. our last raya with pakcik hasdi.. masatu puasa kat rumah ni without ummi sbb ummi kat swak. sakit belakang abah dah makin teruk tapi abah belum nak pergi hosp. kami pegi shopping baju sendiri. aku beli baju murah gile. balik tu abah bising. tapi bila tunjuk dia cakap cantek. then on 1st raya kat hosp, went to the hosp wearing that baju kurung. abah puji lagi sekali baju tu cantek. bangga kemaen aku dapat beli baju murah tp cantek kononnye. sampai sekarang tgk baju tu aku rase mmg dia paling cantek. padahal 50 hengget je aku beli.

and i still remember masa prektikal tiap petang lepak mamak thaqwa belakang rumah dengan abah makan roti canai (:

kekadang rasa takut bile hari tak jumpe abah dah makin banyak, takut memori yang ada makin hari makin lupe. tapi bile tulis dalam belog, bukan sanggup nak baca pun.

abah, kakak tak sabar sgt untuk hari dimana umi takyah risau masa depan kakak. semalam umi cakap kat whatsapp family kite dia dok runsing masa depan anak2. terasa la jugak sebab anak yang ni je belum kerja dalam ertikata sebenar. huhu. agaknya anak anak kekawan dia suma dah berjaye kot. kesian ummi. hope by this year dapatla kerja bebetol kan. sory abah, dulu asyik harap abah buatkan suma benda, nak cari kerja pun kekadang harap abah ada untuk consult. tak indipenden betul.

but im glad that makin hari i have more reasons to be proud for having u as my abah. and my love for you will go stronger every day insyaAllah ((: alfatihah.

Selasa, 17 Mac 2015

#dadahgumbira

aku rasa aku ada ramai kawan yang aku consider as my bestfriends. aku tak reti nak pilih sorang atau dua sebagai yang paling rapat ke apa. each and everyone have a special place in my heart. each and everyone of them pernah borak berdua heart to heart pasal life apa suma. tak kesah la kalo aku tak masuk dalam list bff dorang ke kan. haa kalau korang pernah borak tentang hidup dengan aku, jagajaga, you are considered as my bestfriend. haha :p

okay thats not my point actually.

nak share gambar last weekend. tapi teaser je aa. tapi teaser ni mungkin akan ada cerita aku bebel dalam belog ini dan mungkin juga jadi teaser sampai bilabila muahaha. bergantung pada kerajinan gwe.

tak complete sebenarnya. takpe, next time keyh.

mendadah dengan dadah dadah gumbira wuhuu.. belom boleh move on lagi. the reason why this post is written.

walopon aku cakap aku ada ramai bestfren, kenapa balik balik dadah dadah ini yang dipetik? 

mungkin sebab diorang ada dalam timeline hidup aku diwaktu aku paling saiko camharem. its not that they were the ones who kept me sane. sebab masatu semua pun hidup dalam masalah masing masing. tapi diorang ni la yang ajar aku mcm mana untuk fikir pasal orang lain sebelum diri sendiri. 

lagi satu yg buat aku rasa diorang ni best adalah walopon masing2 ada circle of friends yg lain, ada bestfriends lain, semua respect kawan2 each other. kekadang siap introduce n lepak sama. aku jenis yang jarang cerita pasal life yang lain, tapi diorang slalu amek tau siapa kawan2 aku. and tak pernah timbul la isu macam sejak dia ni baik dengan orang tu dah sombong dgn kite. sume jenis sukati la korang nak ada berape byk geng ke nak lebihkan sape ke yang penting ure one of my dadah gumbira. contoh macam sapik, dia tu bapak aa ramai kekawan n suma stok mcm sayang kat dia (euw memintak boncet tak baca) tapi tak penah la rasa jauh. kekadang besfren fiza atau besfren Ds jadi besften kitorang gak. sangat la tak memilih sampai aku pun heran. aku kekadang segan nak ajak lepak sekali ngan kekawan aku sbb takut memasing tak selesa tapi diorang ni konsep the more the merrier. tu yang best. lansung tak memilih.

lagi satu yang best adalah diorang boleh tahan kawan ngan aku yang super memboringkan nih. aku ni sangat memboringkan orangnyer. atau mungkin mereka adalah spisis mudah tehibur so walopon aku tak klakar ke apa terimalah seadanya kan.

peh kelangit uols memuji padahal baru lepas kena buli. diorang ni paling suke bahan aku tatau la pasepa. 

i hope we'll stay like this sampai bila bila takkan pernah rasa awkward mahupon lost contact. dan aku harap sangat3 untuk kita continue jadi bestfrends di Jannah. ameen😊

ps: jangan fikir sgt bebenda yang belum tentu akan jadi. fokus utk buat bendabenda happy dan jadi happy (:

Ahad, 15 Mac 2015

if you want ;

self reminder.

there are questions in my head.
which i'm curious about the answers.
but at the same time i dont really wanna listen to the answers.
so i just let go.
and let things stay as it is.

Rabu, 11 Mac 2015

senyumsikit (:

salam'alaykum,

tajuk takde kena ngena. tapi kalau nak kene mengenakan pun sesuai jugak kot. ok dah dah cukup. tak berfaedah punya merepek. haha.

wuhuu minggu ujian sudah berakhir. wah gembirakah aku? jawapannya takde jawapan haha. sebab kena menanda kertas dann esok kelas macam biasa tapi mood bercuti sudah sampai. eleyhh padahal tak cuti pun mood kau sentiasa bercuti jerr.

ha nak cite ni. kakak kacik ada kat kelantan seminggu minggu ni. tapi dapat jumpa kejapp jer sian kat dia, huhu. sebab iols penakut nak drive nak gi kb. sedangkan nak pi econjaya yang sekangkang kera ni pun berapa round ayat kursi dok baca. tapi kalini betul betul rasa useless aa. nak je redah tapi kalau berani pun aku taktao jalan kat bandar kb tu. memula macam sedih je, nak ajak ummi tak sampai hati la on weekdays. mesti dia dah penat drive gi keje. saje je cerita kakak kechik ada kat kelantan titiba ummi yang semangat ajak pi jumpa. macam tak caya weii. hepi gila. dan semalam kami pi lah jumpa kak kecik. ambik dia kat hotel dan terus ke tesco, gila hampeh kan jauh jauh orang tu mai kita bawak pi tesco jer. tapi aim utama adalah nak borak, kak kecik kononnya banyak benda nak citer. tapi dia malu ummi ade kononnya. last sekali kami lepak kat fudcourt gossip ngan ummi siap. haha. haa ko layan la mak aku tu kak.pastu ummi ajak ramai-ramai datang jejalan kat sini. tido je la rumah takde sape pun kata ummi. padahal masa aku cakap camtu dulu kak kechik tak habis habis dengan segan dia. lepas ummi ajak dia punya eksaited terlebih.

background haruss tesco. kesian do kak kechik. haha. kak kecik skarang gojess ok kulit flawless tao. nak tau rahsia? mizz beauty facial care uols. tapi dia tanak caya aku cakap kulit dia flawless.

wefie kat depan hotel sebelom say gudbye kat kak kecik. ummi ni aku tengok makin lama makin sepet le pulok. haha


jumaat ni turun kl weee ^_^ cuti sekulah telah tibaaa. haritu lala ajak bercuti kat pd kat apartment mama baba dia. lepas bincang-bincang decide on school hols. memula tu dah happy happy mengira hari dapat berita ada kursus 3 hari masa cuti. terus rasa down malas nak fikir pape dah. padahal aku paling eksaited dalam group. tak sampai ati nak cakap taleh gi. bagitau kat intan and kak kechik je. pastu satu hari tu kak kechik called & cakap ada orang nak cakap ngan aku. aku dah agak da mesti si boncet. teross kena bebel. dia cakap dia dah amek cuti hari jumaat dia tanak dengar pape alasan. terkulat kulat aku nak jawab padahall buat apa nak takot dengan diaaa. cait hampehh. orang tua tu hidup dia memang gembira kalo dapat cakap benda benda yang buat aku rasa besalah. bila aku dengar liza cakap masa dia jadi guru ganti dulu tak kena kursus & kak dah kerani pon cakap gitu, teross beli tiket. takde tanya tanya mudir dah. hahah. nasib baik memang tak naik nama.

tapi esok ada qiamullail kat sekolah. disebabkan cikgu yang dah kawen ada anak ni depa macam susah nak stay kat sekolah apa suma, maka aku pun volunteer la tak balik trus stret je kat sekolah. lagipun rumah jauh macam serba salah je nak balik. kiranya. esok ni tido kat sekolah, pagi jumaat balik terus naik bas ke kl dan sampai TBS naik train ke semban. tak pun kalo aku pandai carik bas mungkin naik bas. aku dapat bayangkan kelam kabut macam mana kehidupan aku. satu je harapan jangan la tertinggal bebenda penting macam charger fon ke solution contact lens ke. bukan leh caya sangat dengan diri sendiri ni.

ok tu je la apdet. jadi saya di sini nak mengucapkan happy weekend in advance mihihi

Isnin, 9 Mac 2015

sorry buat kali ke berapa tahun ;

kadang kadang, tak bagitau kat public doesnt mean that i dont miss you, you and you. nampak aku asyik kekecoh rindu kawan yang lain tak bermakna tak rindu awak dan awak yang lain.

aku malas sebenarnya nak bother benda kecik sebegini. kekadang nampak je ayat itu ditujukan kepadaku tapi buat macam tak terasa, tapi kekadang rasa macam hmm.. dah lama kita kenal you shouldve known me better.

tapi aku tau, salah aku. jadi maafkan aku sebab tak pandai menjaga perasaan kamu atau kamu. mungkin takpayah kecohkan siapa yang kita rindu kat public kan. semua aku rindu woi. gila tak rindu. tapi nak tulis semua kekadang tak tertulis.

yang mana aku kecoh-kecoh cakap tu sebenarnya sebab diorang yang cakap dulu. you know me, aku rindu macam nak mati pun mana akan cakap unless orang tu cakap dulu. 

sebenarnya useless explain kat sini. dan useless jugak emo sebab isu "yelaaa ko rindu dia lebih dari aku siapalah aku" ni paling aku malas nak layan. dari umur belas sampai nak 30 layan benda macam ni letih jugak kan.

i love each & everyone of you equally. betul tak tipu. kat mana lagi nak cari kat dunia ni orang yang baik macam korang. ada dengan aku, cari aku tanya kabar walaupun aku selalu terlupa keep in touch. walaupun tiap kalipun tak pernah aku start contact, tetap tak pernah buang aku. 

i'm so sorry kalau perangai huduh aku ni buat kamu rasa aku tak menghargai  ur existence in my life. if you read this, sila tahu yang aku sangat lah menghargai friendship kita, and i always love you guys, lillahita'ala.

maafkan aku sebab mempunyai perasaan seperti kayu.

*ok aa tanak pos pape kat wechat dah. sentap.

Jumaat, 6 Mac 2015

salam'alaykum

yesss dah setel membanting tulang patkerat buat soalan exam. gila aa desktop lappy penohh dengan gambaq clipart. ada keju ada hidung ada mata ada rokok ada gambaq budak melompat dan bermacam lagi. dah layak didelete dah suma itu.

berapa hari entah tido macam tak tido. seksa tau jadi procrastinator tegar ni. bukan taknak buat awal, tapi lambat-lambat baru otak terhegeh nak function dengan betul. bila la ko nak berubah ni sanad. 

tido pun dah topup. tapi ni mengantok lagi nih. kononnya nak siapkan menanda lah harini sebab nak bagi balik kerja2 PKS budak budak diorang nak study. tapi ni dari tadi dok menguap tak berenti. saiko tau. ada yang japgi turunkan langsir bilik bagi gelap pastu tido balik nih. tapi bukak laptop ni senarnya nak layan superman returns atau RM yg baru didonlod tempoh hari. konon nak selebret lah setel keje. gituhh. setahun lebih da tak donlod donlod nih. zaman belajar dulu donlod konon nak tengok bila setel buat esaimen. hujung hujung belom buat esaimen lagi dah setel layan suma. haha. sekarang nih dah boleh selebret pun takde feel nak tengok sangat lagi *taip sambil nguap*

oh haa semalam usrah gabung dengan muallims (cekgu2 laki), panggil penceramah jemputan bagi talk sikit. tajuknya Muallim Murobbi, maksud dia macam guru bukan sekadar memberi ilmu tapi juga beri pendidikan (tarbiyyah). ingat nak share kat sini sebab aku salin semua woi slides ustaz tu sebab taknak bagi tertido.bayangkan nantok dah tahap maksimas pergi dengar talk. tapi pengisian dia sangat lah aku rasa terkesan di hati aku. dia pasal guru la. memang buat aku rasa macam, ya Allah aku tanak kerja lain nak jadi cikgu plis. nanti aku share ye insyaAllah sebab kak jijah pun suruh share.

ok ah nak layan superman returns pastu nak sambung buat kerja.

dunia kan tempat berpenat penat, akhirat nanti tempat untuk berehat. bagusnya laa kalau boleh remind diri sendiri macam tu. huhu

Rabu, 4 Mac 2015

don't stop can't stop ;

now playing: don't stop can't stop by 2PM

saje je letak now playing tu sebab tengah bergelumang dengan soklan periksa sambil layan playlist lelagu korea di laptop. tengah dengar lagu ni.

memang seswaii sangat tajuk lagu tu pasai aku memang takboleh berenti ini malammm kena siapkan cemana cemana pon. baru kutahu perit jugak buat soalan exam ni walaupun sekadar ujian bulanan. sebab 50 soalan jugak wei. pastu kalau paper kanak-kanak tahun 1 ni kena banyak gambar. jenuhh menggugel gambar sebab aku malas nak scan dari buku. aku kena buat satu paper english tahun satu dan pendidikan kesihatan tahun 1-4. yang pendidikan kesihatan pulak memang wajib la banyak kena gambar. kira ada 5 lah. orang lain lagi seksa weii terutama cikgu subjek diniah. 7-8 paper. kalo aku ajar diniah memang demam ketar lah menyudahkan.

ni tengah take five (five la sangat).

sikitt lagi. fighting!!

semoga next post aku boleh tulis yeayy besar besar. haha.

kbai.
nak jugak letak gambar sebagai hiasan tiap pos. memandangkan aku tengah buat soalan Pendidikan Kesihatan, ini yang ada kat desktop. maka, nahlah.

Isnin, 2 Mac 2015

chapter 3, the book of 2015 ;


diam tak diam dah masuk third month. kejap je. tengah bergelumang dalam soalan ujian ni titiba tercuak pulak fikir performance murid-murid. kalau tak ok maknanya aku la yang tak ok mengajar tuh. huu takot. 

dan bila dah nak habis ni titiba rasa macam sayang nak tinggalkan kerja ni (ye aku tau lambat lagi. dah drama nak countdown). walaupun kekadang aku rasa i'm not suited for teaching. aku tak boleh nak cope kerja yang lepas habis kerja kena balik fikir & buat kerja lagi. lagi lagi jenis-jenis multitask ni. sebelum masuk kelas kena prepare nak ajar apa. lagi-lagi sekolah rendah kena banyak pakai alat bantu mengajar & activity based teaching. bukan boleh main masuk bebel-bebel kan. kekadang tu unprepared jugak lelagi musim-musim busy dengan kerja lain. sebab tu kekadang aku rasa macam boleh masuk dengan kerja yang takyah fikir banyak macam data entry je hahaha. dah nak habis ni kena la start job hunting balik. dan bila tengok jawatan yang macam seronok, rasa sayangnya nak apply kerja selain guru. sebab bila dah biasa rasa dah mula dekat dengan jiwa. paling sayang nak tinggalkan dunia yang berisi dengan kekanak ni. seronok dapat kenal perangai & karakter diorang sebenarnya. & bila dapat bagi diorang faham apa yang kita ajar tu lagi la seronok. yang tak seronok nak kena buat rph je. hahaha.

ada sebulan setengah je lagi lebih kurang. harap dapat cuba sedaya upaya, & harap dapat bagi at least 1 ilmu yang anak-anak tu boleh ingat sampai besar. insyaAllah.

dan semoga ada rezeki lagi kat sini ataupun di mana saja untuk jadi cekgu kekanak sekulah rendah ameen :)

Ahad, 1 Mac 2015

tariknapasdalamdalam ;

sebenarnya aku dah buat satu post panjang dengan tajuk seperti di atas dah siap publish titiba taktau pasepa post ni kembali jadi draft dan tinggal tajuk.

tensi okeh. blogger ni main gila apa pulak titiba macamni.

lenkali je la aku bebel lagik.

aku kena buat soklan peksa ni woi. 5 set patut due date esok tapi last week dok busy dengan hari penyampaian hadiah (huph) satu apa pun belum sentuh. malam ni dok pulun buat rph sebab rph minggu lepas tak sempat siap dok busy dengan huph. sambil layan batuk yang dah 3 minggu belum baik dalan ulser yang sangat nais pegi tumbuh kat area yang membolehkan dia kena cucok ngan gigi.

ok ok cukup. lainkali nak bebel konon.

tapi geramnyaaa dah post siap gambar-gambar lagi tadi. haduiii

mari survive minggu baru ini dengan jayanya. ameen!