Jumaat, 6 Mac 2015

salam'alaykum

yesss dah setel membanting tulang patkerat buat soalan exam. gila aa desktop lappy penohh dengan gambaq clipart. ada keju ada hidung ada mata ada rokok ada gambaq budak melompat dan bermacam lagi. dah layak didelete dah suma itu.

berapa hari entah tido macam tak tido. seksa tau jadi procrastinator tegar ni. bukan taknak buat awal, tapi lambat-lambat baru otak terhegeh nak function dengan betul. bila la ko nak berubah ni sanad. 

tido pun dah topup. tapi ni mengantok lagi nih. kononnya nak siapkan menanda lah harini sebab nak bagi balik kerja2 PKS budak budak diorang nak study. tapi ni dari tadi dok menguap tak berenti. saiko tau. ada yang japgi turunkan langsir bilik bagi gelap pastu tido balik nih. tapi bukak laptop ni senarnya nak layan superman returns atau RM yg baru didonlod tempoh hari. konon nak selebret lah setel keje. gituhh. setahun lebih da tak donlod donlod nih. zaman belajar dulu donlod konon nak tengok bila setel buat esaimen. hujung hujung belom buat esaimen lagi dah setel layan suma. haha. sekarang nih dah boleh selebret pun takde feel nak tengok sangat lagi *taip sambil nguap*

oh haa semalam usrah gabung dengan muallims (cekgu2 laki), panggil penceramah jemputan bagi talk sikit. tajuknya Muallim Murobbi, maksud dia macam guru bukan sekadar memberi ilmu tapi juga beri pendidikan (tarbiyyah). ingat nak share kat sini sebab aku salin semua woi slides ustaz tu sebab taknak bagi tertido.bayangkan nantok dah tahap maksimas pergi dengar talk. tapi pengisian dia sangat lah aku rasa terkesan di hati aku. dia pasal guru la. memang buat aku rasa macam, ya Allah aku tanak kerja lain nak jadi cikgu plis. nanti aku share ye insyaAllah sebab kak jijah pun suruh share.

ok ah nak layan superman returns pastu nak sambung buat kerja.

dunia kan tempat berpenat penat, akhirat nanti tempat untuk berehat. bagusnya laa kalau boleh remind diri sendiri macam tu. huhu

Tiada ulasan: