Rabu, 11 Mac 2015

senyumsikit (:

salam'alaykum,

tajuk takde kena ngena. tapi kalau nak kene mengenakan pun sesuai jugak kot. ok dah dah cukup. tak berfaedah punya merepek. haha.

wuhuu minggu ujian sudah berakhir. wah gembirakah aku? jawapannya takde jawapan haha. sebab kena menanda kertas dann esok kelas macam biasa tapi mood bercuti sudah sampai. eleyhh padahal tak cuti pun mood kau sentiasa bercuti jerr.

ha nak cite ni. kakak kacik ada kat kelantan seminggu minggu ni. tapi dapat jumpa kejapp jer sian kat dia, huhu. sebab iols penakut nak drive nak gi kb. sedangkan nak pi econjaya yang sekangkang kera ni pun berapa round ayat kursi dok baca. tapi kalini betul betul rasa useless aa. nak je redah tapi kalau berani pun aku taktao jalan kat bandar kb tu. memula macam sedih je, nak ajak ummi tak sampai hati la on weekdays. mesti dia dah penat drive gi keje. saje je cerita kakak kechik ada kat kelantan titiba ummi yang semangat ajak pi jumpa. macam tak caya weii. hepi gila. dan semalam kami pi lah jumpa kak kecik. ambik dia kat hotel dan terus ke tesco, gila hampeh kan jauh jauh orang tu mai kita bawak pi tesco jer. tapi aim utama adalah nak borak, kak kecik kononnya banyak benda nak citer. tapi dia malu ummi ade kononnya. last sekali kami lepak kat fudcourt gossip ngan ummi siap. haha. haa ko layan la mak aku tu kak.pastu ummi ajak ramai-ramai datang jejalan kat sini. tido je la rumah takde sape pun kata ummi. padahal masa aku cakap camtu dulu kak kechik tak habis habis dengan segan dia. lepas ummi ajak dia punya eksaited terlebih.

background haruss tesco. kesian do kak kechik. haha. kak kecik skarang gojess ok kulit flawless tao. nak tau rahsia? mizz beauty facial care uols. tapi dia tanak caya aku cakap kulit dia flawless.

wefie kat depan hotel sebelom say gudbye kat kak kecik. ummi ni aku tengok makin lama makin sepet le pulok. haha


jumaat ni turun kl weee ^_^ cuti sekulah telah tibaaa. haritu lala ajak bercuti kat pd kat apartment mama baba dia. lepas bincang-bincang decide on school hols. memula tu dah happy happy mengira hari dapat berita ada kursus 3 hari masa cuti. terus rasa down malas nak fikir pape dah. padahal aku paling eksaited dalam group. tak sampai ati nak cakap taleh gi. bagitau kat intan and kak kechik je. pastu satu hari tu kak kechik called & cakap ada orang nak cakap ngan aku. aku dah agak da mesti si boncet. teross kena bebel. dia cakap dia dah amek cuti hari jumaat dia tanak dengar pape alasan. terkulat kulat aku nak jawab padahall buat apa nak takot dengan diaaa. cait hampehh. orang tua tu hidup dia memang gembira kalo dapat cakap benda benda yang buat aku rasa besalah. bila aku dengar liza cakap masa dia jadi guru ganti dulu tak kena kursus & kak dah kerani pon cakap gitu, teross beli tiket. takde tanya tanya mudir dah. hahah. nasib baik memang tak naik nama.

tapi esok ada qiamullail kat sekolah. disebabkan cikgu yang dah kawen ada anak ni depa macam susah nak stay kat sekolah apa suma, maka aku pun volunteer la tak balik trus stret je kat sekolah. lagipun rumah jauh macam serba salah je nak balik. kiranya. esok ni tido kat sekolah, pagi jumaat balik terus naik bas ke kl dan sampai TBS naik train ke semban. tak pun kalo aku pandai carik bas mungkin naik bas. aku dapat bayangkan kelam kabut macam mana kehidupan aku. satu je harapan jangan la tertinggal bebenda penting macam charger fon ke solution contact lens ke. bukan leh caya sangat dengan diri sendiri ni.

ok tu je la apdet. jadi saya di sini nak mengucapkan happy weekend in advance mihihi

Tiada ulasan: