Isnin, 2 Mac 2015

chapter 3, the book of 2015 ;


diam tak diam dah masuk third month. kejap je. tengah bergelumang dalam soalan ujian ni titiba tercuak pulak fikir performance murid-murid. kalau tak ok maknanya aku la yang tak ok mengajar tuh. huu takot. 

dan bila dah nak habis ni titiba rasa macam sayang nak tinggalkan kerja ni (ye aku tau lambat lagi. dah drama nak countdown). walaupun kekadang aku rasa i'm not suited for teaching. aku tak boleh nak cope kerja yang lepas habis kerja kena balik fikir & buat kerja lagi. lagi lagi jenis-jenis multitask ni. sebelum masuk kelas kena prepare nak ajar apa. lagi-lagi sekolah rendah kena banyak pakai alat bantu mengajar & activity based teaching. bukan boleh main masuk bebel-bebel kan. kekadang tu unprepared jugak lelagi musim-musim busy dengan kerja lain. sebab tu kekadang aku rasa macam boleh masuk dengan kerja yang takyah fikir banyak macam data entry je hahaha. dah nak habis ni kena la start job hunting balik. dan bila tengok jawatan yang macam seronok, rasa sayangnya nak apply kerja selain guru. sebab bila dah biasa rasa dah mula dekat dengan jiwa. paling sayang nak tinggalkan dunia yang berisi dengan kekanak ni. seronok dapat kenal perangai & karakter diorang sebenarnya. & bila dapat bagi diorang faham apa yang kita ajar tu lagi la seronok. yang tak seronok nak kena buat rph je. hahaha.

ada sebulan setengah je lagi lebih kurang. harap dapat cuba sedaya upaya, & harap dapat bagi at least 1 ilmu yang anak-anak tu boleh ingat sampai besar. insyaAllah.

dan semoga ada rezeki lagi kat sini ataupun di mana saja untuk jadi cekgu kekanak sekulah rendah ameen :)

Tiada ulasan: