antara tempat feveret aku adalah kedai buku. wahh statement tak fikir dua kali dahh. feeling ulat buku sangat kan. tak tak..bukan bukan. aku suka kedai buku sebab boleh beli benda benda ngarut yang comel comel macam stationaries suma tu la. kalau boleh suma kedai buku nak buat member card. gituuu. tapi an, takleh lawan la level keserunukan usha benda benda comel kt Mr DIY, Kaison atau Daiso. tapi Kaison siyes menguji la dia punya comel dan murah tuh. once masuk, teros ko rasa macam nak makeover bilik.
tapi aku suka jugak belek buku kat kedai buku. dan aku ada satu masalah, pantang tau buku tu bestselling ke mestii nak beli. ataupun orang tu fave writer. masalah tak timbul kalau aku beli pastu baca. masalahnya tak baca baca. kalo orang tak suka buku buleh la cakap tak minat membaca. aku suka weh tempat macam library atau bookshop atau rak rak buku. bau kertas lelagi kalau buku yang dah usang tu rasa macam bestt je. macam seronok je. TAPI setakat belek je tak baca pon dapat faedah apa haha.
zaman belajar sempat 3 kali rasa voucher buku. tiga tiga tu aku habiskan beli buku tau, orang lain pakat perabih cari tempat boleh borong stationaries. buku pulak bukan novel melayu zaman sekarang yang tajuk ala ala suamiku sebelah rumah apa suma tu tau. english novels tak pun ilmiah2 atau motivational. taknak kalah la kan. tapi berapa ketul je la baca. tiap kali tengok berazam nak baca tapi hampeh. bahkan aku juga berangan dan banyak kali mengajak umi buat 1 sudut letak kabinet tinggi sampei siling letak buku. kemahenn.
maka terus la menambah koleksi tapi tak baca baca pon. kat atas ni latest tapi yasmin mogahed's reclaim your heart tu kak jijah bagi. macam mana lah kan nak merajinkan diri membaca. dah berapa kali tahun baru la aku letak azam membaca nih. tambah tambah sekarang banyak bahan bacaan kat pesbuk je, dok baca mukabuku jer laa. sedih weh tambah tambah you know how good the contents of the books tapi ko tetap takde masa malas membaca.
kena start nih. or maybe kita paksa diri baca and share kat belog ke kan. mihmihmih *berangann*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan