Jumaat, 20 Mac 2015

salam'alaykum,

malam last di rumah gombak. huhu sedih pulak. padahal macam laa taknak datang sini lagi dah kann. bajet je tau sanad nih. tapi tulaa, sini je buat aku rasa macam truly balik rumah.

walaupun dah tak tinggal kat sini mesti kalau dah lama tak datang rasa rinduu sgt nak datang sini. sebab rumah ni je la paling banyak kenangan dengan abah. abah yang tengah lepak kat sofa, abah yang tengah tengok tv, abah yang tengah makan kt meja makan, tengah cuci kete kat luar.. kat tempat lain takleh nak tgk and bayangkan.

bila baring kat sofa, boleh tengok lama lama lampu kat ruang tamu yang abah beli. last before abah terus jatuh sakit. ingat lagi abah beli lampu tu, masatu aku dengan abah je kat gombak.. umi still kat sarawak. abah datang gombak sebab nak lapor diri last day bekerja b4 pencen and nak teman aku yang tengah prektikal & dok sesorang kat umah gombak masatu. sebab eksaited nak makeover rumah, dia beli sendiri suma lelampu tu. masatu belakang abah dah sakit dah tapi dia gagahkan jugak diri pegi.

ok dah terleleh la plak.

tu la masalah bila kat umah ni rindu 200% pulak kat pacik hasdi nih. ish.

tapi bila fikir fikir. abah sempat buat banyak jugak benda yang dia nak buat after pencen. abah nak hantar ambik umi n alif kat sekolah, nak hantar aku gi tempat keje. duduk rumah rileks2 tengok tv. cuma repair rumah tak sempat buat suma mcm dia nak. tak sempat aku nak belanja makan sedap sedap kat luar. and paling ingat abah nak belanja kami jam tangan, memule abah suruh survey dulu nanti gi beli sesama. pilih yang cantek n mahal dia cakap. tapi taklama pastu abah tak larat nak jalan sangat dah abah nak bg duit suruh beli sendiri. tapi kami nak tunggu juga sampai abah sehat. tapi rupenye abah bukan sakit biase. sampai skarang aku hilang rase nak pakai jam walopon dulu takleh idop kalo takpakai jam.

most baju raya mesti ada kenangan pasal abah sebab beli baju raya mesti ada abah sekali takpun mesti tunjuk kat dia mintak komen. masa abah ada dulu tak perasan pun sume ni, sekarang baru nampak. paling takleh lupa 2012 punye baju. our last raya with pakcik hasdi.. masatu puasa kat rumah ni without ummi sbb ummi kat swak. sakit belakang abah dah makin teruk tapi abah belum nak pergi hosp. kami pegi shopping baju sendiri. aku beli baju murah gile. balik tu abah bising. tapi bila tunjuk dia cakap cantek. then on 1st raya kat hosp, went to the hosp wearing that baju kurung. abah puji lagi sekali baju tu cantek. bangga kemaen aku dapat beli baju murah tp cantek kononnye. sampai sekarang tgk baju tu aku rase mmg dia paling cantek. padahal 50 hengget je aku beli.

and i still remember masa prektikal tiap petang lepak mamak thaqwa belakang rumah dengan abah makan roti canai (:

kekadang rasa takut bile hari tak jumpe abah dah makin banyak, takut memori yang ada makin hari makin lupe. tapi bile tulis dalam belog, bukan sanggup nak baca pun.

abah, kakak tak sabar sgt untuk hari dimana umi takyah risau masa depan kakak. semalam umi cakap kat whatsapp family kite dia dok runsing masa depan anak2. terasa la jugak sebab anak yang ni je belum kerja dalam ertikata sebenar. huhu. agaknya anak anak kekawan dia suma dah berjaye kot. kesian ummi. hope by this year dapatla kerja bebetol kan. sory abah, dulu asyik harap abah buatkan suma benda, nak cari kerja pun kekadang harap abah ada untuk consult. tak indipenden betul.

but im glad that makin hari i have more reasons to be proud for having u as my abah. and my love for you will go stronger every day insyaAllah ((: alfatihah.

Tiada ulasan: