Sabtu, 26 Mei 2012

baktisiswa kembara uiam '12 (part 2) ;

salaam,

so internet macam laju sikit malam ni nak sambung cerita pasal baksis haritu. next exam paper aku isnin ni so masih dalam mood pemalas. aiceh bila je rajin pun kan.

ok sambung cerita..

so lepas pembahagian anak angkat tu kitorang balik rumah family. masani nervous wehh. apebenda aku nak gebang ni. annur, sister yang sama family angkat dengan aku kan bas lain so aku dulu lah yang balik rumah family.

sampai sampai, mak & ayah angkat introduced kat anak bongsu, panggil adik. lelaki. form 4. and kakak along, anak sulung depa. tak ingat umur berapa. 28 kot. along sangat lah friendly and banyak cakap. siyes duduk 2 minit dia treat macam dah selalu lepak je. family ni ada 4 orang anak. angah, anak perempuan jugak dah kawin & tinggal kat ireland. at first masa dengar ireland aku macam pehhh itu salah satu negara dalam wishlist tu nak pi. tapi aku tak cakap la. tapi angah ada kat malaysia sekarang. cuti until august kot. tapi masatu dia takde kat chegar perah. balik rumah husband. anak dia 2 orang. aku ada tengok pics, alololooo comei gila weh. yang sulung nama safiya, dorang cite cakap english slang british. aku dapat bayangkan. mesti comei je. oh, lagi sorang anak diorang, lelaki, atas yang bongsu, diorang panggil abang. dia sebaya dengan helmi. 21. dia takde kat rumah masa aku sampai tu tapi pastu ada. and after 15 minutes annur pun sampai. aku pun tak kenal jugak annur, kat rumah tu jugak baru nak berkenalan. haha. family pun pelik je.


pastu malam tu ada slot sembang santai dengan masyarakat felda chegar perah. and ada malam kebudayaan sikit. adalah pertunjukan fesyen adik-adik pastu persembahan sikit-sikit and sesi berbalas pantun antara penduduk felda chegar perah and students uia.

emcee




 
kecik kecik dah main sanding2 weyhh. aku pun tak penah main camni. ehh?

that night was fun. yang best nya masa kat chegar perah haritu. tak sempat nak kenyang. after tiap event, tak kesah la besar ke kecik ke mesti ada sesi makan makan. dah la makanan sedap gila wa tak tipu. aku yang tak minat mee goreng pun rasa macam nak curi tray makan sensorang.

then esoknya, 12 Mei 2012, pagi pagi lagi bangun bekumpul kat balai raya. pagi sabtu tu felda tu ada majlis ihtifal sekolah agama daerah lipis. kebetulannya felda chegar perah jadi tuan rumah. majlis ihtifal ni macam ada pertandingan pertandingan macam nasyid, marhaban, syarahan, tulisan khat, azan, taranum & lagilah yang islamic. tapi dalam pagi yang sama, kitorang organized aktiviti motivasi untuk pelajar sekoah rendah. so yang tak involve ihtifal ni diorang gi motivational talk tu. team kitorang pun divided into 3 groups. 1 group tolong kat sekolah agama, 1 group gi motivational talk kat sekolah kebangsaan & 1 group lagi buat mercu tanda kat balai raya kot. aku pergi ihtifal. dengan konfidennya pakai baju kurung mula mula. sampai balai raya sumorang pakai track suit. baru aku tau kat majlis ihtifal tu kitorang tolong masak. kahkah sengal ok. pastu balik la tukar baju. 

tapi at last kat sana orang felda tak bagi tolong sangat pun. team dorang pun dah cukup. so aku tolong basih cawan dua tiga ketul dan enjoy the show. haha. tapi disebabkan dua malam tak cukup tidur (dalam 48 jam tu adalah 3 jam je tidur), memang aku weng je sepanjang pagi. orang semangat tengok budak budak bernasyid aku tersengguk2.

pura pura je suma ni. pakcik pakcik suruh pose kejap je pastu suruh kitorang pergi main. adeh -_-'

sengguk sengguk pun nampak kamera kena bangun kann


team catering



haa ini lah yang sama family angkat dengan aku. annur :)

baju biru tu bos aku. am.

 

 
 
 


ada gambar kat majlis ihtifal je. kat mercu tanda & motivasi takde. tak silap kumpulan nasyid dari sekolah agama felda chegar perah dapat top 3. tapi tak jumpa pulak gambar depa. aku nama je duduk kat tempat nasyid tu dari mula sampai akhir. tapi takde satu pun memori kat situ yang aku ingat sebab tengah weng.

dah tengah hari habis majlis ni tibalah waktu makan. ikan patin wehhh. ko mampu majlis sekolah sekolah makan ikan patin masak asam tempoyak? sodappp.



and then balik rumah, solat zohor mandi tukar baju rehat sat. petang tu kita ada aktiviti rewang kat umah pak hamid. rumah pak hamid ada kenduri kawen ahad nya. so aktiviti tolong tolong kenduri pun masuk skali dalam schedule kitorang. tapi time ni pun kitorang dibahagikan into 2 groups. gila dekat 60 orang suma nak pegi potong bawang. memang tak la kan. ada yang pergi rewang, ada yang pergi jelajah ladang kelapa sawit untuk belajar tanam pokok kelapa sawit. and luckily biro aku terlibat pergi ladang. sebbaikkk. haha :P pemalas kan ko ni syanad.

ok lah sambung cerita ladang kat next entry. penat weh nak upload2. peh first time buat travelog nih. tudiaa sampai part part siap. macam ada orang bacaa je kan :P

TBC.

toodles yaw~

Tiada ulasan: