Jumaat, 14 Disember 2012


i miss these two babies. dah empat bulan ummi & abah tinggal kat hospital. abah sakit, ummi jaga abah. diorang berdua tinggal kat rumah ayah ngah kat kota bharu. nasib baik lah dua-dua jenis tak berkerenah. imah duduk asrama on school days. alif je la yang tinggal dengan ayah ngah. kesian alif. i remember when i was 9 years old hampir semua benda masih bergantung kat umi abah. dia dah kena tinggal asing dengan parents.

rasa bersalah sangat. sepatutnya after umi abah, i am the one who is supposed to look after them. tapi aku sendiri tak dapat buat apa-apa. nak balik kota bharu pun kena fikir siap nak ambik hantar kat bus station.

dulu alif pergi mana-mana pun akan beli mainan. walaupun dah janji taknak beli tetap umi abah belikan jugak. tapi sejak abah sakit, dapat ikut pergi pasaraya pun dah heaven dah untuk dia. and dia tak mintak beli pun. tengok je pun takpe. tapi Alhamdulillah ayah ngah n mak ha takde complain pasal dia. senang nak jaga. lega jugak la dengar. pernah sekali alif kena keracunan makanan, muntah muntah teruk. pucat kuning muka dia. masatu kakak sedara cakap nak bagitau umi pun serba salah. abah memang takkan lah kitorang bagitau berita sedih-sedih ni. imah call umi bagitau. masatu alif marah dia sebab bagitau. dia taknak umi tau. taknak umi risau kot. and awal-awal cuti sekolah tu, mak ha ada cakap kat alif, nanti dia nak pergi KL cuti sekolah jaga cucu-cucu. dia gurau cakap nanti alif kena tinggal dengan tok ayah kat gua musang la kejap. dia cakap, tak boleh nanti susah dia nak pergi tengok abah. rasa nak menitik je air mata dengar masatu.

aku taktau bila semua ni akan berakhir. i hope things will get better. tak cepat lambat pun takpe lah.

i'm sorry adik-adik kakak. tunggu ye kakak habis belajar, nanti kita tinggal sama-sama kat rumah kok lanas. belajar rajin-rajin. jangan susahkan ayah ngah & mok ha.

berikanlah kami kekuatan ya Allah. ameen.


1 ulasan:

zairy berkata...

semoga dtabahkn hati anda dan keluarga.... smoga ayah cepat sembuh...