Jumaat, 30 Oktober 2009

will be missing you dayangmayang ;

suma tengah study tak boleh kacauu tapi skype boleh hahaha. jarak antara satu sama lain guling guling pun boleh sampai. tapi okey lah bilik je sama. compartment lain. kira tak nampak ah muka pun. kalau nampak muka pun nak skype jugak mungkin aku akan di baling dengan buku mereka. kahkahkah. tapi still boleh cakap guna mulut je sebenarnya tapi biasalah maless bergerak.

semester depan split. mija dan fatin pindah mahalah khas untuk suksis. saya dan winal menunggu dicampakkan ke mana mana bilik kosong tingkat atas. minta minta dapat ah sebab tak mahu bilik 8 orang. kalau dapat dengan winal pun best jugak.

walaupun aku yang paling tak rapat dengan dorang tapi adalah rasa sedih sikit sikit. sikit je la. tapi rasa la. 1 sem ni kalau cakap pun dengan diorang je. minggu ni last sama sama.

best of luck mate. semester depan kita jumpa selalu kat kuliyah. tak sabar nak kelas sama dengan korang.

Rabu, 28 Oktober 2009

pe pe nyik sa an akh ir ;




baru je nak sedih terus tak jadi. buat lawak lak ummi ni.

tapi haritu tak sedih pun sebab sibuk menyumpah jubah saiz L tu. memang dari pagi mood dah distracted sebab jubah hampehh tu. tapi tu lah hikmahnya kot.

goodluck yang besarr untuk semua semua yang exam minggu ni dan minggu depan dan bila bila lah yang terdekat. study rajinrajin, jawab baikbaik, doa banyakbanyak.

roomies semua habis exam 4 november. aku 13. seminggu hidup sorang sorang. cool habis -_-'

update: baru tengok carrymarks. teruk. urf. sedih. carrymark psych paling tinggi. adakah ini bermaksud saya perlu melupakan comm? haih.

oh foyer dan banquet. which is which? main hall tau ah.

homaigod. sedih la pulak. nyesal pergi tengok carrymarks tadi. ishh.

Selasa, 27 Oktober 2009

akhernya sempurna ;


















tahniah di atas graduasi kita kawan kawan
tiga tahun penuh makna

simpan semua kenangan kita sebab tak akan ada kenangan lain yang sama macam yang kita pernah lalui.
terima kasih untuk persahabatan ini
goodluck untuk semuanya

(:


ps: kredit untuk intan mashmelo kickapoo koi ds dan suma album gambar kawan di facebook.

Sabtu, 24 Oktober 2009

mentera gembira ;

bacakan aku mentera gembira
so that aku bisa kuat di saat ranap
so that aku bisa senang di saat sukar
so that aku bisa senyum di saat sedih
so that aku bisa ketawa di saat marah
so that aku bisa rasional di saat gila

bacakan aku mentera gembira
so that aku bisa pegang
dan bacakan untuk mereka

bacakan aku mentera gembira
kerna aku dah slowly lupa
tentang banyak perkara

bacakan aku mentera gembira
kerna aku dah slowly lupa
bagaimana rasanya mempunyai rasa



jika memori kita disimpan di dalam cakera, kan ku mainkan sampai bila bila

Rabu, 21 Oktober 2009

cha cha t ;


oi ulat
apa kau fikir kau hebat
cakap tak payah lah nak lebat
ayat entah mana kau sebat
banyak pula hati kau siat
konon orang ramai peminat
mana orang tak kata kau jahat

wei ulat
jangan berani kau rapat
sebelum kami bersilat macam jebat
sebelum kami jadi gajah dan kau jadi pijat
sebelum kau cedera berat
pasang kaki kau cepat
lari lah kau kuat kuat

hoi ulat
nasib je kami tak gelar kau lahanat
dah tak tau dah apa nak ayat
yang pasti kau bodoh tak hengat


*hari ni hari terakhir aku marah. betul.

Selasa, 20 Oktober 2009

taman langit, taman mimpi ;

hello

hey ho yourself

im pelangi. ive many stripes and colors. whats your name?

gajah

what a name. youre smaller.

im big enough to fit it. you are longer than your name. i bet your stripes are many foots longer



ps: syawal dah habis. masih rindu ramadhan.
pps: i need a haircut. need to chop my hair off. tapi mereka kata nanti berat turun 2 kilo. haih. siot.

Ahad, 18 Oktober 2009

tajuk ni boleh click aku bagi kau lagu best ;


malam ni terasa nak menulis bukan sebab ada yang membaca. but but but i just dont know what to rant about.

aku okay. tak down. tak sedih pun. cuma sedikit perasaan malas nak ambil tahu. sebab tu bila tertahu pasal manusia berperangai yang tidaktidak aku stret maki je biar habis kat situ.

counting days till jumaat dan sabtu depan. lepas tu takda sebab dah untuk berkumpul. melainkan ada yang merancang. sabtu nanti duduk bawah satu bumbung yang terakhir. berkumpul satu batch yang terakhir. selamat tinggal yang terakhir.

sedih ke? entah. yang pasti kalau diberi peluang rasa nak ulang lagi semua yang tiga tahun dulu. jujur la, kpm tak best pun. kalau best dari dulu aku cakap nak ulang semua benda kat sana. banyak yang busuk buruk dan cacat. tapi dalam tiga tahun ni, semua tu lah life aku. hidup dalam keadaan takda kehidupan di kpm is far more better dari sekarang. ya aku macam tak percaya aku tulis ni tapi aku taknak padam balik dah.

kalau 3 tahun tu boleh dibeli, dah lama aku buat.

aku nak bagitahu apa yang aku paling rindu ni tapi taktau nak mula kat mana. pemandangan cafe, bilik, padang, kelas, cc, tangga, koridor, kdb, kct, ksb, dewan, surau, smallville, jerjak, impian, pondok pakgad semua berlegar dalam kepala.

teringat masa borak dengan mas minggu lepas. dia cakap dia rindu bau kpm. aku & ona gelak je sebab tak faham. tapi sekarang dah faham. betul lah, rindu bau sana. bau tanah, rumput suma.

rindu pagi yang kelam kabut untuk ke kelas, makan tengah hari ramai ramai, buat assignment last minute, tidur petang di bilik, lepak cafe sambil minum teh ais sampai nak terkencing, layan cerita ramairamai, skip usrah, outing hujung minggu, mengeteh dengan beskot hap seng sambil borakborak, mee megi campur telur rendam air panas. oh yelah rindu jugak malammalam menangis macam harem dalam selimut. dah lupa camana nak buat camtu haha.

semua tu aku tak buat kat sini. adalah yang buat tapi perasaannya tak sama. kadangkadang syukur jugak everything tak sama sebab nanti tak lah lupa kan macam mana kat sana.

terima kasih semua, sebab buat aku hidup 3 tahun ni.


ps: aku nak tulis benda lain sebenarnya ni pula yang keluar

Jumaat, 16 Oktober 2009

dah la cukup ;



adui letih ah camni.

oi sayang tu kan boleh tukartukar. semalam sayang esok benci lusa sayang balik minggu depan benci lagi bulan depan sayang balik. dahtu apedehal?


ps: banyak sangat komedi bulan ni. penggunaan word celaka dah mencapai tahap membimbangkan. mungkin patut tukar gaya dan irama ketika menyebut atau ejaan. cilaker, shelaka, cilakaks, celaqa, schilaka.

Khamis, 15 Oktober 2009

kau hitam aku kelabu kita kekurangan warna ;


satu hari a person dari masa lalu kau tibatiba contact, dan cakap yang dia masih sayang dan takdapat lupakan kau walaupun dah lama sangat cerita antara kalian berakhir. kau terdiam. dan esoknya, the next thing yang kau dapat tahu ialah that person dah tak ada lagi. tak ada lagi di dunia ni.

sedih kan?





ps: perkataan untuk harini, memaafkan.

Isnin, 12 Oktober 2009

baik lah mak ;



ada banyak benda nak cakap ni tapi nanti ah cerita sebab baruu balik mendadah dan rasa macam mengantuk. eh tapi roomate ajak pergi convest pula. cafe tutup lagi harini. diorang ajak masuk rumah hantu. risau ni. takut nanti bergaduh dengan hantu dalam tu. haih. uish dua tiga hari ni konvo kat iiu. tengok orang pakai jubah tu rasa tak sabar minggu depan tapi bila tengok ramai ahli keluarga diorang, bohohoo. takpelah, nasib ramai yang nak menyamar jadi adik beradik dan sepupu aku 24 oktober nanti. fuhh. intan ngan boon jadi atok dan nenek. sapa nak jadi mak dan ayah?


Khamis, 8 Oktober 2009

i hope youre doing fine out there without me ;




.. coz im not doin so good without you T_T

paper tadi macam kecelakaan je aku buat. arrkkk pusing la kepala camnih. sheesh. frust sebab rasa cam suma jawapan bertukartukar je. dahla before tu dapat tau ada kuiz arab 2 hours before kuiz. tu pun sebab terserempak clasmate kar mesjid tadi. tapi nasib ah dapat jawab la gak. syukur.

sangat pening pusing serabut keliru pening lagi dan semualah yang merujuk kepada banyak tanda soal terbang terbang atas kapla.

takpe esok jumaat and then comes weekend. paling ditunggu sebab nak mendadah bersama dadah gumbira saya. whepee ((: ♥♥♥

ps: to you, if you need someone to talk to, im still here. macam dulu, cuma mungkin sedikit berbeza.

Rabu, 7 Oktober 2009

esok midterm paper 530pm ;





one thing i hate bout the new lappy is the fact that i am missing my old lappy kekura. bohohoo :( gambar sejak tahun 2005 suma dalam tu. entah berapa gig hilang macam tu je.

p.pain sux. rasa nak makan dadahh je kasi sakit hilang. sakit sejuk dan kebas. nak tidur. tapi kena study. oh crap.

Ahad, 4 Oktober 2009

sayang kamu banyak lah boifren ;



SELAMAT HARI JADI YANG KE ENAM
belajar pandaipandai
jangan nakalnakal
semoga cepat besar walaupun rindu time awak masih kecik dan bulat dulu
jangan buli & pow abah selalu sangat

Sabtu, 3 Oktober 2009

jin rajin sampok lah aku ;



harini makan KFC laggi! wee. sarapan pagi pada pukul 5 petang. haha. just now makan SATAY pulak. best wey. makann je kan kerjanye.

dah buat course pre-reg untuk next sem. ni je yang mampu add setakat ni. soca terpaksa reserve dulu. harap ada orang drop la. belum declare major so tak leh nak add subjek major lagi. masa course regis sem depan baru leh add. doakan aku dapat bagus intro to comm dan pointer sem ni ye kawan kawan (: nanti boleh la major in comm. harap sangat ni. yang ada ni pun mesti nanti ada yang drop dan add gak ni. nak setelkan yang sampingan ni nanti leh concentrate kat major courses.

yosh!

siang nanti punya plan kena tukar sebab ada prob sikit. buat perangai anak terbiar lagi aku weekend ni. haha. tapi takpe. satisfaction penting.

aku perlu sedikit banyak rajin mulai minggu depan.

aku kena major comm. kena kena kena. *cuak tahap mengelintin aka shuffle skype*

selamat ber-hujung minggu, ber-study. ber-pulun assignment, ber-open house dan semua semua ber lah yang ada.

toodles koqq~

Khamis, 1 Oktober 2009

tengah fikir nak letak apa tajuk




first time dengar masa raya pertama kat kampung. aku kalau dengan lagu memang ada photographic memory sikit. nanti aku ingat la zaman bila aku selalu dengar lagu tu. apa yang jadi waktu aku selalu dengar lagu tu. especially kalau lagu fave. nanti mulalah rindu masa masa tu.

ha kan dah rindu kampung.