Ahad, 18 Oktober 2009

tajuk ni boleh click aku bagi kau lagu best ;


malam ni terasa nak menulis bukan sebab ada yang membaca. but but but i just dont know what to rant about.

aku okay. tak down. tak sedih pun. cuma sedikit perasaan malas nak ambil tahu. sebab tu bila tertahu pasal manusia berperangai yang tidaktidak aku stret maki je biar habis kat situ.

counting days till jumaat dan sabtu depan. lepas tu takda sebab dah untuk berkumpul. melainkan ada yang merancang. sabtu nanti duduk bawah satu bumbung yang terakhir. berkumpul satu batch yang terakhir. selamat tinggal yang terakhir.

sedih ke? entah. yang pasti kalau diberi peluang rasa nak ulang lagi semua yang tiga tahun dulu. jujur la, kpm tak best pun. kalau best dari dulu aku cakap nak ulang semua benda kat sana. banyak yang busuk buruk dan cacat. tapi dalam tiga tahun ni, semua tu lah life aku. hidup dalam keadaan takda kehidupan di kpm is far more better dari sekarang. ya aku macam tak percaya aku tulis ni tapi aku taknak padam balik dah.

kalau 3 tahun tu boleh dibeli, dah lama aku buat.

aku nak bagitahu apa yang aku paling rindu ni tapi taktau nak mula kat mana. pemandangan cafe, bilik, padang, kelas, cc, tangga, koridor, kdb, kct, ksb, dewan, surau, smallville, jerjak, impian, pondok pakgad semua berlegar dalam kepala.

teringat masa borak dengan mas minggu lepas. dia cakap dia rindu bau kpm. aku & ona gelak je sebab tak faham. tapi sekarang dah faham. betul lah, rindu bau sana. bau tanah, rumput suma.

rindu pagi yang kelam kabut untuk ke kelas, makan tengah hari ramai ramai, buat assignment last minute, tidur petang di bilik, lepak cafe sambil minum teh ais sampai nak terkencing, layan cerita ramairamai, skip usrah, outing hujung minggu, mengeteh dengan beskot hap seng sambil borakborak, mee megi campur telur rendam air panas. oh yelah rindu jugak malammalam menangis macam harem dalam selimut. dah lupa camana nak buat camtu haha.

semua tu aku tak buat kat sini. adalah yang buat tapi perasaannya tak sama. kadangkadang syukur jugak everything tak sama sebab nanti tak lah lupa kan macam mana kat sana.

terima kasih semua, sebab buat aku hidup 3 tahun ni.


ps: aku nak tulis benda lain sebenarnya ni pula yang keluar

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rndu bau kpm!!!!

intan jelita :)))
hahahhahahah