Jumaat, 28 Mac 2008
aku nak macam tu. atau paling kurang, pura pura buat macam tu.
haih, mengalah sudah.
setuju tak, walau macam mana rapat pun kita dengan orang yang paling rapat, pasti ada at least satu rahsia yang dia atau kita pendam. yang takkan diluahkan.
"sorry"
"takpe..tak kisa..dah lupe pon"
senyum. jadi sedayus mungkin.
ah benci.
Khamis, 27 Mac 2008

hidup bosan. gara gara assignment yang membukit. kurang drama. hidup tanpa drama tu bosan jugak kan?
minggu depan turn aku ngan nani untuk present SSI. society, the state and the individual. topik lapan, stratifikasi sosial: kasta, kelas, bangsa, etnisiti dan jantina. tujuh soalan yang jawapannya satu pun takde dalm buku. adalah juga, dalam 3 peratus. haih. mungkin haritu nanti, nani pura pura pengsan. aku pulak pura pura sawan babi. dalam perancangan lagi.
terfikir lagi nak tukar blog. dah mula rasa geli dalam usus dengan tulisan tulisan bodoh aku di belakang. rasanya dah puluh kali aku ulang yang sama. tapi masih lagi menghasilkan tulisan yang berupa carut marut. membencikan sapa sapa yang baca. haih. mungkin lagi 2 bulan aku jadi jijik dengan entri ni. mungkin aku tak patut ada blog.
*dushdush* (tumbuk diri sendiri)
takpayah tunggu 2 bulan. sekarang jugak aku dah jijik ngan apa aku tulis atas ni. yekyek.
aku rasa aku patut banyak tutup mulut. sebab 98% kesalahan yang aku buat biasanya sebab mulut aku. atau apa yang aku tulis. mungkin perlu banyak buka mulut untuk makan je. makan? mungkin aku perlu bergantung pada vitamin seumur hidup baru rasa lapar kot.
kena korek lubang kubur untuk w300i. tinggal nyawa ikan je. lepas ni aku nak beli fon lagi canggih. nokia 3310. haaaaa tak sabanye.
ada dua pilihan, tuka blog baru atau delete semua entri di belakang?
bye.
Rabu, 19 Mac 2008
Ahad, 16 Mac 2008
home is where the heart is.
- makan malam di luar dengan mak ayah. 2 kali.
- tengok tv same2. sekali.
- main comp game dengan mak & alip.
- keluar dengan mak.
- borak dengan helmi.
22 jam dari 24 jam sehari aku habiskan untuk online dan tidur. haih. aku dah mula rindu family even belum balik kolej. *double triple sighs*
assignments? jangan tanya. i'm going to bury myself in those assignments starting 3pm tomorow. hopefully.
okelah. signing off.
jangan malas2 & jangan sedih2.
adieu~
ps: dah beli kartrij dakwat printer. laptop dah bebas dari virus. skarang musim orang buat esaimen. bisnes dah boleh mula minggu depan. whipieeeeeee :D. oh erma, kamu baca blog saya eh? wahh malu2. hee. and ouh, ada orang kata aku outspoken. sebenarnya tak pun. siyesly. dun expect too much from me coz im just the plain boring-clueless kinda person. boleh jumpe memane pun. ghehee.
Jumaat, 14 Mac 2008
surat layang untuk aku.
dan sebenarnya.
yuna. indipendent singer-songwriter. im a fan already. thanx to erma. hee.
ini baru talent. bukan setakat masuk rancangan realiti tv sebab rasa kau boleh menyanyi.
haih. megi segera.
ps: dah hilang minat menulis. entri jadi makin lame dari sehari ke sehari. oh esok bangun awl, kononnya mau jogging di pantai belakang rumah. konon.
