kadang kadang apa yang kita nampak zahirnya pada seseorang tu tak sama dengan apa yang dia sedang lalu. kita nampak mereka gembira, ketawa dengan yang mereka sayang. tapi nyatanya tak seperti yang kita nampak.
kadang kadang aku tau apa yang kau fikir, kau tau apa yang aku fikir. tapi kita tak luahkan. ego, malu, jaga hati. dan semuanya kita biar termendap dan terlarut.
hidup ni semuanya berkaitan dengan karma. apa yang kau buat keatas yang lain, walau sedikit secebis habuk. akan ada habuannya untuk kau kelak.
betul. aku dah rasa. tapi aku masih buat.
manusia, selalu seronok dengan apa yang mereka baru peroleh sampai lupa apa yang mereka masih ada. lalu mereka tinggal di belakang. kemudian cari bila dah hilang. dan manusia juga akan lebihkan yang lebih menggembirakan mereka. aku, kau, kita, semua pun macam tu. jangan tipu diri.
dah adat, kita akan mula hargai sesuatu bila ianya sudah hilang dari pandangan mata.
aku mengelak dan lari dari yang aku tak mahu, dan kejarkan yang tak mahukan aku. aku tak dapat apa apa.
hidup aku tak seseronok yang kau sangka. aku hanya ambil apa yang mereka beri.
dan satu hari nanti, mereka akan bosan dan pergi dari aku.
apa yang kau rasa aku buat keatas kau, segala macam kekurangan aku yang kau nampak. macam tu lah yang mereka rasa sebenarnya.
sebab aku masih aku, loser macam dulu. masih bodoh sombong, masih ego, masih diamkan segala cerita aku. jangan risau, bukan kau sorang yang bosan dan terasa hati dengan aku sekarang. ramai. termasuk mereka mereka yang kau lihat gembira bercanda ria dengan aku tu.
dengan kau, aku bercerita tentang yang lain. dengan mereka pun aku masih begitu. paling kurangnya aku bisu. tanya mereka sendiri, tak perlu rasa sakit dengan apa yang kita boleh nampak dengan mata kasar.
jangan risau, bukan kau sorang.
semuanya aku dah sakitkan.
ps: gambar? kalau bukan mereka yang hulurkan kamera, takkan wujud gambar gambar aku bersama mereka. (:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan