Khamis, 27 Mac 2008


apa khabar semua? aku masih baik. belum ada perasaan untuk mati.

hidup bosan. gara gara assignment yang membukit. kurang drama. hidup tanpa drama tu bosan jugak kan?

minggu depan turn aku ngan nani untuk present SSI. society, the state and the individual. topik lapan, stratifikasi sosial: kasta, kelas, bangsa, etnisiti dan jantina. tujuh soalan yang jawapannya satu pun takde dalm buku. adalah juga, dalam 3 peratus. haih. mungkin haritu nanti, nani pura pura pengsan. aku pulak pura pura sawan babi. dalam perancangan lagi.

terfikir lagi nak tukar blog. dah mula rasa geli dalam usus dengan tulisan tulisan bodoh aku di belakang. rasanya dah puluh kali aku ulang yang sama. tapi masih lagi menghasilkan tulisan yang berupa carut marut. membencikan sapa sapa yang baca. haih. mungkin lagi 2 bulan aku jadi jijik dengan entri ni. mungkin aku tak patut ada blog.

*dushdush* (tumbuk diri sendiri)

takpayah tunggu 2 bulan. sekarang jugak aku dah jijik ngan apa aku tulis atas ni. yekyek.

aku rasa aku patut banyak tutup mulut. sebab 98% kesalahan yang aku buat biasanya sebab mulut aku. atau apa yang aku tulis. mungkin perlu banyak buka mulut untuk makan je. makan? mungkin aku perlu bergantung pada vitamin seumur hidup baru rasa lapar kot.

kena korek lubang kubur untuk w300i. tinggal nyawa ikan je. lepas ni aku nak beli fon lagi canggih. nokia 3310. haaaaa tak sabanye.

ada dua pilihan, tuka blog baru atau delete semua entri di belakang?

bye.

p/s: tadi si gemok ckp SSI kami 1st task grup kami dapat highest. kalau betul. Alhamdulillah (:

Tiada ulasan: