Selasa, 29 Mei 2012

the one ;


tengah youtube-ing tadi terasa nak layan lagu lagu zaman minat boybands masa end 90s early 2000s.

normal lah tiap group ada sorang bias kita kan. yang 2-3 orang pun ada jugak. but bila tengok bsb cant seem to remember who was my fave back then eh? nick carter ke? sebab bila sekarang aku rasa macam, eyy ye dop mung?

but kalau bsb masih femes sekarang i think my bias wud be brian kot. kehkeh.

ke memang dia dari dulu eh? entah entah dulu pernah cakap kat belog tapi dah lupa.

apa lah yang kau merepek malam buta ni syanad. sindrom exam ah ni.

this is one of my fave song of bsb. bukanlah antara lagu meletop depa pun tapi i like it because of the lyrics.

oh oh just wanna share some fun facts, alang-alang dah tercerita pasal bsb kan, googled what theyre up to now. 

- theyre coming back with new album tahun ni.
- they debuted in 1993! wow.



random, i know. niat asal nak share lagu ni jehhh (owreally? *angkat kening seblah*)



bbyongg (perluke?)

Sabtu, 26 Mei 2012

baktisiswa kembara uiam '12 (part 2) ;

salaam,

so internet macam laju sikit malam ni nak sambung cerita pasal baksis haritu. next exam paper aku isnin ni so masih dalam mood pemalas. aiceh bila je rajin pun kan.

ok sambung cerita..

so lepas pembahagian anak angkat tu kitorang balik rumah family. masani nervous wehh. apebenda aku nak gebang ni. annur, sister yang sama family angkat dengan aku kan bas lain so aku dulu lah yang balik rumah family.

sampai sampai, mak & ayah angkat introduced kat anak bongsu, panggil adik. lelaki. form 4. and kakak along, anak sulung depa. tak ingat umur berapa. 28 kot. along sangat lah friendly and banyak cakap. siyes duduk 2 minit dia treat macam dah selalu lepak je. family ni ada 4 orang anak. angah, anak perempuan jugak dah kawin & tinggal kat ireland. at first masa dengar ireland aku macam pehhh itu salah satu negara dalam wishlist tu nak pi. tapi aku tak cakap la. tapi angah ada kat malaysia sekarang. cuti until august kot. tapi masatu dia takde kat chegar perah. balik rumah husband. anak dia 2 orang. aku ada tengok pics, alololooo comei gila weh. yang sulung nama safiya, dorang cite cakap english slang british. aku dapat bayangkan. mesti comei je. oh, lagi sorang anak diorang, lelaki, atas yang bongsu, diorang panggil abang. dia sebaya dengan helmi. 21. dia takde kat rumah masa aku sampai tu tapi pastu ada. and after 15 minutes annur pun sampai. aku pun tak kenal jugak annur, kat rumah tu jugak baru nak berkenalan. haha. family pun pelik je.


pastu malam tu ada slot sembang santai dengan masyarakat felda chegar perah. and ada malam kebudayaan sikit. adalah pertunjukan fesyen adik-adik pastu persembahan sikit-sikit and sesi berbalas pantun antara penduduk felda chegar perah and students uia.

emcee




 
kecik kecik dah main sanding2 weyhh. aku pun tak penah main camni. ehh?

that night was fun. yang best nya masa kat chegar perah haritu. tak sempat nak kenyang. after tiap event, tak kesah la besar ke kecik ke mesti ada sesi makan makan. dah la makanan sedap gila wa tak tipu. aku yang tak minat mee goreng pun rasa macam nak curi tray makan sensorang.

then esoknya, 12 Mei 2012, pagi pagi lagi bangun bekumpul kat balai raya. pagi sabtu tu felda tu ada majlis ihtifal sekolah agama daerah lipis. kebetulannya felda chegar perah jadi tuan rumah. majlis ihtifal ni macam ada pertandingan pertandingan macam nasyid, marhaban, syarahan, tulisan khat, azan, taranum & lagilah yang islamic. tapi dalam pagi yang sama, kitorang organized aktiviti motivasi untuk pelajar sekoah rendah. so yang tak involve ihtifal ni diorang gi motivational talk tu. team kitorang pun divided into 3 groups. 1 group tolong kat sekolah agama, 1 group gi motivational talk kat sekolah kebangsaan & 1 group lagi buat mercu tanda kat balai raya kot. aku pergi ihtifal. dengan konfidennya pakai baju kurung mula mula. sampai balai raya sumorang pakai track suit. baru aku tau kat majlis ihtifal tu kitorang tolong masak. kahkah sengal ok. pastu balik la tukar baju. 

tapi at last kat sana orang felda tak bagi tolong sangat pun. team dorang pun dah cukup. so aku tolong basih cawan dua tiga ketul dan enjoy the show. haha. tapi disebabkan dua malam tak cukup tidur (dalam 48 jam tu adalah 3 jam je tidur), memang aku weng je sepanjang pagi. orang semangat tengok budak budak bernasyid aku tersengguk2.

pura pura je suma ni. pakcik pakcik suruh pose kejap je pastu suruh kitorang pergi main. adeh -_-'

sengguk sengguk pun nampak kamera kena bangun kann


team catering



haa ini lah yang sama family angkat dengan aku. annur :)

baju biru tu bos aku. am.

 

 
 
 


ada gambar kat majlis ihtifal je. kat mercu tanda & motivasi takde. tak silap kumpulan nasyid dari sekolah agama felda chegar perah dapat top 3. tapi tak jumpa pulak gambar depa. aku nama je duduk kat tempat nasyid tu dari mula sampai akhir. tapi takde satu pun memori kat situ yang aku ingat sebab tengah weng.

dah tengah hari habis majlis ni tibalah waktu makan. ikan patin wehhh. ko mampu majlis sekolah sekolah makan ikan patin masak asam tempoyak? sodappp.



and then balik rumah, solat zohor mandi tukar baju rehat sat. petang tu kita ada aktiviti rewang kat umah pak hamid. rumah pak hamid ada kenduri kawen ahad nya. so aktiviti tolong tolong kenduri pun masuk skali dalam schedule kitorang. tapi time ni pun kitorang dibahagikan into 2 groups. gila dekat 60 orang suma nak pegi potong bawang. memang tak la kan. ada yang pergi rewang, ada yang pergi jelajah ladang kelapa sawit untuk belajar tanam pokok kelapa sawit. and luckily biro aku terlibat pergi ladang. sebbaikkk. haha :P pemalas kan ko ni syanad.

ok lah sambung cerita ladang kat next entry. penat weh nak upload2. peh first time buat travelog nih. tudiaa sampai part part siap. macam ada orang bacaa je kan :P

TBC.

toodles yaw~

Jumaat, 25 Mei 2012

4yearswithSHInee ;


 

ok sebenarnya 3 tahun je lah untuk aku. didnt know them dari hari depa debut. aku pun tak pasti macam mana aku start jadi fan shinee. dulu first kpop group yang aku start ambik tau gilagila was super junior. sebab masatu minat gilaa dekat hangeng (still minat lagi). lepas tau super junior, tengok variety shows. of course minat akan bertambah bila tengok variety shows sebab kelakar kan. dulu aku tak minat sangat lagu-lagu menari-menari ni. so minat bermula dari variety shows diorang. dah tengok satu show, cari yang lain lagi kat youtube. and then stumbled upon shinee hello baby. sebab suka kanak-kanak aku tengok. masa tu tak kenal lansung shinee siapa. 

lepas tengok hello baby, satu satu lah pasal depa aku ambik tau. tapi dalam masa yang sama super junior masih paling penting kann. nomor satu. after hangeng dah takde, kurang sikit ambil tau pasal suju. tapi tau jugak lah. alah tapi for kpop fans zaman-zaman aku (tahun 2009-2010) normal lah start minat kpop dengan suju. showmanship paling best.

tapi sekarang ni kalau korang tanya update latest, shinee la aku paling tau. suju tau jugak, tapi kadang kadang missed gak. & since aku rasa aku ni setia orangnya (penampar boleh?), walau banyak mana pun kpop groups sekarang, aku mampu follow shinee & suju je la. yang lain ambik tau gitu gitu je.

apa yang best about SHINee? well, kalau nak banding dengan group lain tak best kot sebab dari perspektif seorang peminat of course suma pun best kan. tapi mungkin untuk aku lagu, vokal & tarian diorang kot. orang kata diorang femes dengan nyanyi & menari live best. ala tapi orang boleh cakap jugak banyak je group lain camtu kan. so senang cakap, peminat je yang tau kot. biasa lah orang kata if you have reasons for loving someone, thats not love. aicehh. boleh la kalo nak tampar berkali kali ni.

dah taktau apa nak cakap dah, saya letakkan sekali translated mesej anniversary dari depa sebab nanti bila bila nak tengok balik senang. hehe.

yang penting, tengok onew punya mesej. sooo adorkableasdsfdlkjh!


message 4th anniversary 120525

leaderONEW

It’s our 4th anniversary. ^^
The long yet short time we’ve spent with you all makes me very happy. ^^
We’ve been focusing on our activities in Japan recently~
We’re having a fun time!
I will work hard in order to create even better times. ^^
Let’s all enjoy it together! Woohoo, ha.
You who will continue spend more time with us!
I love you. ^^
Everybody fantastic chicken (lol this chicken maniac)
 ***

JONGHYUN
 Hello.
I am SHINee’s Bling Bling Jonghyun!

It’s been four years.
We’re four years old. Wow, that’s amazing.
Let’s keep doing well for a long long time!!!!!^^

Thank you~

 ***

KEY
It’s our 4th anniversary.. It’s already our 4th anniversary!
I think everybody and we as well have run restlessly and leaned against each other. 
Please continue to take care of us. We will promote from the bottom of our hearts!
I love you. Thank you :-)

***

MINHO

Four years have already passed 
since we introduced ourselves with “Hello, we are the shining SHINee”…
The SHINee members, staff, and our SHINee World 
have always been together in laughter, in tears and in hard times, in happy times.
I am very thankful and thankful again for those times ~
I hope more things can become happy
as much as this time right now is ^^
Thank you for always
creating an awesome movie with me ~~
You know that the day for the ending credits to roll is still far away, right ?^^
I always want to be by your side…
I sincerely thank you and thank you again~
Thank you and I love you. ^^
***
TAEMIN

Hello!! I’m SHINee’s makdoongi Taemin!^^
Everyone, it’s already been 4 years for us.
There were many hiatuses and we were overseas a lot,
but I have always thought about all of SHINee World.
It’s the same for you all, right? haha
And I have finally turned 20 years old
and have become a mature man haha.
Don’t fall for me too much. ^^
Anyway, I really miss you.
Please wait a little longer, everyone. Huhu we will run to you quickly haha.
Anyway, please look forward to SHINee who is growing up quickly.
Continue to give us lots and lots of love~
I love you, SHINee world
This has been SHINee’s Taemin
who has become a cute but cool man.
Bbuing bbuing~~

credit: myshawolsjjang.blogspot.com
Translated by kimchi hana @ shineee.net

Source: SHINee Official Board



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


and kena tengok video ni, this was their debut stage, 25th may 2008. masatu saya tak kenal depa lagi, masih dalam dunia saiko sorangsorang dulu. haish, patut kenal depa lagi awal kan. haha. 

 


see, diorang nyanyi live best kan. ni debut stage ye. bangga :') suma muka nrvous je. haha comel. sekarang taemin takde dah tekebil2 camtu, minho pun tak senyap camtu dah. taemin dalam vid ni umur baru 15. kalau dengan umur aku sekarang nak minat yang umur 15 adalah macam......

memang tak la kan! haha


SHINee yongwonhi!

Rabu, 23 Mei 2012

shaai alyasmeen ;

salah satu benda yang best kat iium adalah kiosks & cafes kebanyakannya ada makanan & minuman & barang-barang yang diimport. but mostly dari timur tengah la. dulu masa mula-mula masuk teruja tengok roti arab suma tu. ada kiosk nama 'souq al-arabie' where they sell barang-barang runcit orang arab, eh runcit ke? runcit la tu kan makanan dalam tin suma tu. dulu selalu try air kotak diorang. ada macam-macam air buah. teh buah-buahan pun banyak. teh buah-buahan sodapp wa cakap lu. dulu pernah bercita-cita untuk try suma perisa air kotak kat kiosk kat centre tapi tak menyempat sebab everytime pergi kiosk adalah masa gap in between classes when caffeine was what i needed the most at that time. so end up beli nescafe je tiap kali pun.

haritu tengah dok tunggu teh ais kat cafe, jumpa tehbotol sosro. teruja jap. dulu kalau nak try kena pergi restoren indo atau jawa atau ayam penyet dan seangkatan. kat kiosk mahalah pun dah ada. dulu tertarik sebab tengok cik erma promot. try sekali time makan ayam penyet kat manentah & immediately jatuh chenta. sebab rasa dia wangi. boleh? haha. taklah. tehbotol ni femes kat indonesia. dia rasa macam green tea tapi lagi manis. nak tau sejarahnya silalah google. kehkeh. katanya dulu dia dalam botol. ye la sebab tu lah namanya teh botol ye dak. kalau dah asal bentuk tetra pak mungkin nama dia teh kotak ke apa.

sedap. kan erma? hehe. mai lah melawat uia dan stret terus ke mahalah halimah kita boleh borak-borak gossip gossip sambil minum teh botol. eh? hehe :p

eh, tengok balik gambar kat atas ni baru perasan kotak tehbotol ni pun ada unsur timur tengah gitu dengan tulisan arab suma tu. bukan ke dari indonesia ke? tak pun diorang import dari indo, malaysia import lak dari sana kot. haha.


ps: tapi hari hari tetapp beli teh ais seringgit tiga puluh sen kat cafe. yang ni wajib. sebab tu aku selalu miskin.

Selasa, 22 Mei 2012

zumazuma ;

salaam,

weh malas gila nak bukak buku macam mana niiiii.

dah jauhkan diri dari running man & all the variety shows titiba ter addicted dengan game: ZUMA.

screw the internet. sebab dua hari sabtu ahad haritu cannot connect.

tapi ceritanye kalau tak main zuma tak berenti bertenet pulak kan.

tadi fb chat dengan miza kejap. dia cakap rindunya zaman kpm stress macam mana pun taklah stress macam sekarang.

true indeed. i cannot agree more. takde zaman yang boleh lawan zaman diploma dulu kot. well, aku taktau lah orang lain rasa benda sama jugak atau kami je syok sendiri kan. 

takpelah, yang indah-indah zaman dulu tu simpan lah as kenangan manis. sebab papehal pun, yang tak best tak best sekarang tu bukannya boleh dibuat2 tak nampak pun. kena lah hadap jugak kann.

sape cakap dia dipinggirkan siapaaa???

kadang-kadang aku takpaham jugak fans ni. tengok shows & discovered orang tu tak cakap banyak & less interactions dengan members terus cakap dia kena pinggir. kesian tau onew. ish. :P

Sabtu, 19 Mei 2012

baktisiswa kembara uiam '12 (part 1);

salaam,

yay kelas dah habis, all assignments submitted, CAM dah keluar. yang tinggal nak exam je lagi tak sampai 5 hari. siyes cepat je rasa sem ni. diam tak diam dah satu sem jugak la tak jumpa umi abah. peh.

ok lah disebabkan tengah free ni nak update pasal baktisiswa last weekend. dah seminggu berlalu tapi rasa macam baru je lagi kat sana. rindu weh. aku ingat au sorang je. rupanya yang lain pun rasa benda sama. that explain why facebook notification penuh dengan posts kat group baksis kembara ni je. 

sebenarnya baktisiswa ni projek Gerak Baktisiswa 1Malaysia. dia ada berapa fasa entah tak ingat. macam yang fasa ni uia dorang pilih. nanti ada uni2 lain jugak kot. so since kat uia censerve adalah pusat khidmat masyarakat, depa amanahkan censerve yang jalankan. tapi yang menaja adalah majis aspirasi pemangkin nasional (mapan). both mapan & gerak baktisiswa ni aku tau kewujudan mereka pun after join program ni. & for venue dapat sokongan dari felda. jadinya kami berbaktisiswa di felda.

so censerve pun tubuhkanlah committees. kitorang ada 14 kelab dalam censerve, dorang plih beberapa kelab untuk jadi main comm & lagi 30 orang subcomms tak kesah sape-sape. aku join ni pun secara tak sengaja. asalnya tak tau pape pun. padahal siap bukak online application bagai kalau nak join. budak kelab, Am, tanya nak tak jadi assistant dia. biro promotion. alasan dia taktau pakai photoshop & dia expect aku tau la pasal aku biro multimedia kelab. padahalnya aku buat poster kelab guna photoscape je.

aku pun setuju sebab taktau camana nak bagi alasan taknak. takkan nak cakap busy sebab dah tentu program ni time dah takde program lain. pada masa yang sama rasa macam nak try la join program selain dari kelab. so aku aku pun join la. terpaksa la explore adobe photoshop untuk buat banner. nasib ada abang jali censerve bagi tutorial sikit. maka terjadilah banner seperti di atas. walaupun ada macam citrawarna dan warna warni aidilfitri lantak lah. yang penting head aku puas hati. orang lain tak puas hati takpe. tapi ada rasa bangga sikit la bila tengok banner ni tergantung dekat balai raya & dewan orang ramai. walaupun orang taktau aku yang buat kan. banggsa sorang-sorang dengan budak-budak biro pun takpe la kann.:P

before program ni cabaran la jugak. desebabkan iium suddenly kuarkan notis study week instead of study weekEND, maka ramailah lecturers yang mempercepatkan tarikh submission assignments & habiskan kuiz segala tu cepat-cepat. yang kebetulannya jatuh pada weekend program. ramai committees yang terpaksa tarik diri. aku pun minggu tu dilemma sebab sabtu 12th may tu evaluation date untuk kelas sewing skill. trainer dah la suke meroyan. menjahit bukan boleh siap kan cepat-cepat kecuali kau ada mesen jahit depan mata. kitorang gerak jumaat tengah hari so basically aku kena siapkan sewing aku pagi jumaat la at least. khamis tu aku baru 50% je siap both blouse & skirt. so secara logiknya hanya akan mampu siap 100% kalau aku pergi kelas sabtu tu. nasib baik madam tu buat kelas ganti khamis malam. masatu aku dah tak peduli dah nak buat step by  step, memang jahit ikut kreativiti sendiri blouse tu. tapi bouse siap. skirt aku tak siap kat pinggang. madam tu dah marah dah sebab ramai yang cakap takleh datang sabtu tu. padahal section lain suma evaluation on 19th may. takpaham aku forener sorang ni (maaf racist titiba)

dan malam tu aku stay up sampai jumaat pagi siapkan suma benda jahit tangan je. plus satu esaimen research methodology yang kena hantar jumaat pagi jugak. Alhamdulillah berjaya. tapi aku taktau lah apa nasib sewing aku sebab diorang cakap terus dapat markah & dapat balik blouse & skirt. aku mintak tolong kawan hantarkan & sampai sekarang aku tak mesej dia lagi tanya. macam takut nak tau. tapi esaimen RM tu Alhamdulillah dalam suma-suma ongoing exercises RM yang tu aku dapat paling tinggi. syukur.

daerah yang kami pilih, kuala lipis, pahang & felda yang kami pilih felda chegar perah. chegar perah ni tak lah alien sangat untuk aku sebab tiap kali aku balik gua musang akan lalu punya. masa kat sana pun aku dok bising ajak gi gua musang bajet macam boleh singgah umah tok ayah la kann. ye la, tak sampai satu jam je lagi nak sampai gua musang dah. tak ke sedih tu.

before bertolak
kitorang bertolak dalam pukul 1230pm macam tu, 11 Mei 2012. sepatutnya 12pm. tapi ada masalah bas sikit. masa ni pun sepatutnya ada dua bas tapi kami gerak asing. satu lagi bas gerak 330pm++. aku naik bas first. sepatutnya ada perasmian pukul 3.30pm. tapi kami sampai lambat gila. but thanks sangat kat parents angkat kat chegar perah. diorang sabar gila menunggu. bayangkan dari kul 3pm tunggu dekat kul 5 kot baru kami sampai.

dah sampai
oh kembang kempis tengok hasil tak tidur malam ku di belakang tu. tp kembang kempis sorang2 je la

sampai-sampai diorang sambut mesra gila. tak padan dengan sampai lambat. 1st thing aku nampak dari dalam bas masa baru sampai adaah banner tentatif yang digantung di pagar balai raya. tengah aku dok menghayati banner tu, yelah hasil kerja sendiri kann (banner lagi satu, bukan yg kat ats ni), titiba brother kat belakang cakap dengan kawan dia, "pehh cantik banner, memang Am tak mengecewakan lah". ciss bos aku jugak dapat nama. tapi takpe, yang penting bagi aku adelah orang puas hati. tu pun dah lega. sebab aku memang sucks bab design2 ni. kalau design untuk diri sendiri takpe la. buruk ke cantik ke kita je nak pakai kan.

after perasmian adalah pembahagian keluarga angkat. nervous gila weyhh. takut gila kalau taktau nak cakap apa dengan family anngkat. masa tu suma dah dup dap dup dap. kitorang diberitahu before tu 1 family dapat sorang je. tapi tak jadi. dia depends kat family tu sendiri nak amik berapa. ada family yang macam busy diorang tak ambik sebab kesian kat anak angkat lagi. felda chegar perah ni weekend memang busy dengan program. kitorang kat sana pun boleh kata banyak program ikut program sana jugak la. ada family yang ambik dua, ada jugak yang tiga. aku masatu doa banyak-banyak biarlah dapat 2 orang. at least tak awkward. tak kesah la kalau anak angkat lagi sorang tu aku tak kenal sangat pun.

my parents there :) sampul tu adalah duit saguhati yang diberi setiap family sebab kitorang kat sana makan & tinggal kat rumah keluarga angkat.

doa aku dimakbulkan masatu. aku dapat 2 orang satu rumah. sister lagi sorang, Nur sampai lambat sikit sebab dia naik bas yang bertolak kemudian. mak angkat bahasakan diri dia umi & ayah angkat, abah. sama la pulak dengan mak & ayah betul kann. tapi takpelah. umi nampak macam affectionate sikit sebab mula-mula announce nama & jumpa first time kat depan dia terus peluk suma. tapi rupanya pendiam jugak macam aku. tapi aku teruk lagi la kan. tapi umi sangat caring la yang pastinya. abah pulak, masa mula-mula jumpa aku macam takut sebab dia macam garang je. masa depa borak dua orang pun macam tengah argue something je expression muka. tapi rupanya tu style depa borak. umi suka buat muka bila abah cakap pape yang mengusik / kelakar. hehe. after that learnt that abah sangat caring jugak ok. nasib baik lah along (anak sulung diorang) & Nur dudua banyak mulut. kejap je enjin aku pun dah start. diorang punya effort untuk anak-anak angkat kadang-kadang buat aku rasa bersalah, kalau la 1 day aku tak berjaya keep in touch selalu seperti yang diorang pesan, kesiannya.

oklah dah dekat 3am dah. nanti aku sambung cerita lagi. banyak lagi. gambar & bebelan. ni baru sampai je ni. hehe.

toodles

TBC...

*credit goes to multimedia baksis kembara uiam 2012 for the photos.

Selasa, 15 Mei 2012

imtihan ;

finals are starting in a week++ time. cepat je rasa semester ni. and exam pun macam kejap je. 2 minggu camtu. tapi okay la gap tak panjang sangat. paling lama pun 2-3 hari camtu. kalau dulu seminggu lebih pun ada.

tapii jadual aku macam biasa ah tak pernahnya nak best. hari pertama & hari terakhir exam gak paper tu nak menyelit. 11 jun pulak dah start praktika so basically my sem hols will be on 10th only. (aku memang sukaaa)

& sem ni buat pertama kali sepanjang aku kat iiu ada study week. before ni study week jugak tapi study weekEND. best tu best la tapii admin bagi short notice to lecturers. dalam minggu lepas kot baru tahu so the result: most lecturers mengajak kami berstudy week bersama-sama mereka sajork. maksudnya kelas ada macam biasa. & ada kuiz yang belum setel lagi suma. terpaksa lupakan je la study week segala tu. tapi ada jugak kawan-kawan yang lecturer diorang habiskan kelas last week. untonglaa. aku satu subjek je. sabo je la.

oh. and Alhamdulillah. finally secured a place for practicum. aku tak pilih-pilih tempat dah. mana yang nak ambik itu yang aku pergi.

kehidupan mungkin akan banyak berubah starting this june. & i hope it'll be a happy change.

all the best iiumians!

Isnin, 14 Mei 2012

GBS ;


aku tak pernah join baktisiswa. ni first time. selama ni aktif program kelab je. baik pun dengan budak2 kelab la mostly. tak kenal sangat budak-budak kelab lain bawah Censerve IIUM. kali ni kerja dengan kelab lain + aktiviti selain dari mentoring.

before program takde terfikir pun nak kenal-kenal sangat dengan suma. join pun sebab am, budak kelab jadi head promotion & dia mintak jadi assistant dia sebab leh tolong buat banner. masatu fikir nak join sebab tak reti nak tolak je. even until final touch pun biasa-biasa je rasa. rasa nak pergi tu ada la tapi tak fikir sangat pasal apa yang akan jadi kat sana. before aku pergi ni, sorang kawan ada join baktisiswa bawah uniform body yg dia join. dia dok cakap best, bonding kuat & everything. masa tu aku fikir, ala biasa la tu kot. mungkin dia dapat keluarga angkat yang best ke apa kan.

tapi bila dah pergi sana, baru rasa betapa diorang excited tunggu kitorang datang. aku mula-mula takut dengan ayah angkat sebab muka nampak garang je. tapi rupanya baik gila. sanggup tunggu sampai habis post moterm sebab taknak aku balik sendiri, dia approach aku sendiri mintak number fon, bagi gula-gula utk makan dalam bas, & pesan banyak benda macam ayah betul. mak angkat pun sama. even pergi sana 3 hari 2 malam je, masa berpisah siap nangis. bukan aku je la, orang lain pun experienced benda sama. ada adik-adik yang jaga gila kakak-kakak, tolong hantar ambik kat tempat aktiviti. 

sepanjang kat sana aku just ikut je aktiviti, tak fikir sangat pun. sebab aktiviti pack. keluar pagi balik malam. tak sempat spend masa dengan family kecuali waktu makan je. titiba bila dah balik baru sedar kenapa diorang cakap sekejap sangat. sedih je bila diorang pesan banyak2 kali jangan lupa keep in touch. dari hari 1st sampai la nak naik bas untuk balik diorang pesan benda sama.

aku taktau la if suma baktisiswa macam ni. tapi kalau betul macam ni, aku rasa suma student uni kena join at least once. tak rugi pun. niat kita memang untuk tolong masyarakat tapi percayalah, akan dapat lebih dari tu. dapat jalinkan ukhwah agi. dapat pahala lagi. macam aku, selain dapat family angkat, dapat kawan2 baru lagi kat uia ni. & sebab program 3 hari, terus rapat suma. & Censerve pun untung jugak sebab ukhuwah antara kelab2 dah rapat.

best gila weyh. siyes 3 hari tak cukup.