Jumaat, 30 Disember 2011

111226 renew lesen friendship ;

salaam dan heyho,

esok first paper woih. nervous gilooo tapi setakat nervous je laa kan. study belum khatam lagi nih.

last isnin keluar dengan my girls from smksp. orang mesir (ein) balik malaysia so dil ajak lepak. tu pun tak plan. titiba dil call tengah hari tu cakap nak join tak dia amik after zuhur.

sara, miza & una pun ada tapi diorang gerak dengan kereta lain. kami plan nak jumpa kat pavi sebab dil nak tengok teddy bear kayu ke apo ntah. tapi disebabkan haritu hari cuti umum maka pavi adalah sangat jammed. kitorang sempat je sampai tapi takde parking & dah nampak je teddy kayu tu dari dalam kereta. tukar plan jumpa kat curve pulak.

adila: tengok teddybear kayu dalam kereta je laa..


tak sampai 10 saat jumpa dah start menjoyah. haha.


after jumpa terus fikir nak makan apa. memang tradisi dah kalau keluar dgn kawan2 sekolah tang nak makan memang dilema. kadang-kadang nak decide makan apa tu pun dah ambik masa sejam. aku pun tak paham kenapa. lagi lah aku ni bukannya kesah nak makan apa pun. cuma kalau suruh aku decide memang kfc je la tempat aku pandai suggest kan.

last last makan sini. waroeng penyet.



lepas makan masatu dah lewat petang. solat asar then macam taktau nak buat apa. diorang suggest main bowl tapi ada yang ajak karok tapi kat curve ada redbox je. rasa cam tak berbaloi sebab harga ikut kepala + mesti 3 jam camtu. kitorang nak karok kejap je. so decide gi karok kat gombak je.

aku dalam hati dah menyanyi2 kecil. yayy karokk. until titiba diorang cakap pasal dusun sara & titiba je tanya aku on ke tak. aku macam, on apo ntah? sara ajak overnight kat rumah dusun dia kat rawang. i was hesitating at first sebab takut lah kononnya tak study kann. padahall blahh, macam la kat bilik kau study punn. pastu aku pun on je lah since suma orang pun on. dil je tak join sebab esoknya dia kerja.

cakap pasal dusun, aku biasa je mula mula tu. tak la excited mana sebab aku bukan bangsa yang suka gila makan buah. aku ni pemalas. yang kat depan mata je aku baham. kalau kat rumah, buah anggur dalam peti yang takde biji pun aku malas nak basuh & makan. gila pemalas tahap boleh lempang kan. tapi teruja sikit bila diorang cakap pasal durian. sebab dah lama tak makan durian.

perjalanan nak pi sana agak drama. aku dalam hati macam, mana sara nak bawak kitorang ni?? kiri kanan gelap takde lampu. jalan batu batu lopak lopak. tapi muka sara rileks je aku pun rileks je la. ein ngan una dalam kereta lagi satu lagi drama. siap pasang ayat quran dalam kereta sebab cuak. dah lah masa sara cakap ok dah sampai tu depan mata aku nampak signboard tulis 'kawasan rancangan pembinaan surau dan tanah perkuburan...' something like that. aku dah 0_0

rumah sara atas bukit sikit. so kena naik tangga sikit. sampai rumah parents sara dah ada tunggu tapi diorang dah nak balik dah la. so lepastu tinggal kitorang je. mak sara dah kopekkan durian satu tupperware besar. gila heaven wa cakap lu. dah la rumah dia complete suma. tv pun ada astro lagi. kalau aku wikend je lari gi sana dah. sara pun cakap parents dia pun sekarang asal wikend je laju gi sana.

then malam tu kitorang borak-borak, makan durian, masak & makan maggi. cewah aku ngan miza macam tak sedar diri je nak exam kan. boleh bersuka ria lagi.

esoknya bangun-bangun je semua dah excited nak tengok dusun. sara cakap tak la besar sangat tapi bagi aku besar tak besar pun kalau ada 3-4 jenis buah-buahan & tambah2 lagi musim buah memang dah heaven je. pagi tu kitorang petik sikit-sikit je sebab tak pandai sangat nak kait rambutan suma. makan yang memang dah petik je. pastu lepak kat depan rumah sambil makan. weh, heaven do makan durian sesuka suki macam makan kuaci. sebab dia tak luak. aku pun risau dengan diri sendiri. sebab aku tak boleh kalau tengah duduk lepak pastu ada makanan depan muka aku. aku takkan berhenti makan. tengah lepak-lepak bunyi durian jatuh. banyak gak la.

then dah tengah hari sikit sara ajak kutip buah durian. masatulah bermulanya sesi petik buah macam pro. haha. titiba je masing-masing naik sheikh. dah la pakai pajama je suma. kait buah rambutan la, buah manggis la. nampak sangat suma macam tak pernah. memang tak pernah pun. aku rambutan masa kecik pernah la kat kampung. tu pun pokok renek je. lompat2 dah leh dapat rambutan. rumah nenek aku dikelilingi pokok getah. so biji getah je yang aku familiar.

last skali baru kutip buah durian. aku cuak gak sebab macam mana kalau tengah kutip buah jatuh. uish scary. dah la takde protection kat kepala. mula-mula tu jalan takut-takut gak la sekali bila sara cakap biasanya buah durian ni luruh pagi ngan petang je. pastu barulah rileks je.

rumah. sara cakap asalnya ayah dia nak buat pondok biasa je untuk menunggu. tapi ada pakcik yang duduk area situ suruh buat rumah je. tapi memang berbaloi aku rasa buat rumah. best kott.

rambutan. merah dia, tempting. tapi dorang cakap pokook rambutan yang kaler kuning tu lagi sedap sebab isi dia tebal. aku semua je sedap.


durian. takleh petik ye kawan kawan. kena tunggu dia jatuh gedebuk sendiri.

langsat.

dot dot dot. sebab aku tak sure ni nangka ke cempedak. haha.

hasil tangkapan. walaupun tak banyak tapi still bangga sebab kait sendiri woi. manggis tu ingat senang ke nak kait sebiji2. kalau pokok rendah boleh je panjat. ni tinggi. suma kena pakai galah. galah dah la berat. 2-3 orang pegang pun berat lagi. aku kagum dengan orang yang kerja kait kait buah ni. siries. ok cili pun ada. cili tu una punya. haha

durian yang kami kutip. ni sebahagian je baru ni.

dah habis tu masuk rumah tengok dah lewa tengah hari. diorang dah la suma janji dengan parents nak balik pagi. pagi lah sangat kann. tapi masing-masing takpekan je sebab balik nanti boleh sogok dengan durian. miza yang tak makan durian pun sanggupkan aje bawak balik durian naik train. aku je tak bawak balik sebab kat hostel. nak kopek camne. plus bau lagi. aku bawak yang dah ada dalam tupperware kat rumah sara je.

overall it was a nice experience walaupun tak dirancang. rindu pulak rasa nak pi sana lagi. sara cakap nanti next time leh je kalau nak buat reunion kat sana. best weh. lagi-lagi kalau buat bbq kan.
bye bye. next time aku datang lagi.


aku bawak balik sikit untuk rumet & dah habis pun. hehe.

seronok. pagi pagi bangun dengar bunyi alam. bunyi burung. cengkerik. kampung kan aku tapi aku suka. tak sabar bilalah parents aku nak pindah tinggal kat kampung. aku nak duduk sana sekali. tapi tu lah. rumah kat kelantan tu takdelah kampung sangat dah pun. makin membangun dah area situ. boleh ke pun nak dengar bunyi alam pagi pagi nanti kan. silap silap bunyi alarm je. haha.

ok dah. pulun study pulak. doakan aku!

toodles & salam~

Isnin, 26 Disember 2011

스물네 ;

lima hari lagi dan umur akan bertukar angka. honestly aku tak pernah heran sangat dengan umur. tiap tiap tahun aku anggap macam baru masuk 20. eh? *tampo*

tapiiii

tadi tengah tengok-tengok kalendar and suddenly it hits me. aku dah nak masuk angka ni?? sumpah??

sterressss *nada gary dalam Running Man*

for the first time aku rasa nak sorok tahun lahir kat facebook.

aku takdelah sedih mana kalau umur tu dikaitkan dengan topik kahwin ke jodoh ke. at least buat masa ni tu bukan topik yang aku rasa aku patut stress pon. untuk aku lah kan. korang yang dah kerja aku taktau. dah boleh la tu kot nak risau :P :P walaupun ummi dok cerita pasal bestfren dia zaman sekolah dah ada cucu lah, dia & abah dok kira biras dah ada berapa orang cucu lah. ko mampu ajak kira cucu2 ipar duai biras dengan aku? aku ni kalau anak bongsu ke boleh la mengira sekali dengan senyuman kan. ni aku anak sulung. very the awkward okk. tapi macam aku cakap tadi, tak kesah sangat pasal suma tu sebab isu paling besar dalam hidup aku sekarang adalah untuk habis kan degree.

which i'm still nowhere near to that.

kalau dah nak habis tu takdelah rasa sangat kot kan.

nanti tak lama lagi ko redha je lah bila suma orang kat sekeliling meng-'kak'-kan ko aisyahnadiah oi.

and tak lama lagi bila kawan-kawan tanya aku buat apa, bila aku cakap still belajar, mesti soalan akan keluar, "oo ko buat master eh?". penat do nak explain. 1st pasal kos 4 tahun. lepas explain yang tu kena explain jugak yang aku before ni buat diploma 3 tahun.

lagi satu kat iiu ni selalu malaysian students dari matrikulasi iiu kan. ni pun kelakar. bila dah terkantoi umur selalu je berhadapan dengan situasi orang tanya,

"ko dulu matric pj or nilai?"

sebab zaman budak-budak umur aku masuk matric iiu, matric nilai belum ada lagi.

untuk soalan macam ni aku kena explain pulak aku direct intake bla bla bla.

lagi dua tahun nak hadap benda benda ni. ohmaii.

tapi takpelah, bak kata sorang senior kpm yang juga kat iiu sekarang, jom je lah kita tua dan bahagia kat iiu.

bahagianyelah kannnn

haha.

kepada yang berhadapan dengan situasi yang sama, jangan sedih. bukan ko sorang & bukan aku ngan ko je yang sedang berhadapan benda sama. ramai lagi okk. jangan hanya sebab orang sekeliling ko suma dah berjaya, habis belajar or kerja ko rasa down pulak. masa kita akan sampai juga satu hari nanti.

rilek je lah kan. belajar kasi habis dulu. heheh.


alahhh nampak macam sebaya je kan aku dengan diorang? kadang-kadang nampak cam aku lagi muda pun ada je kan kan? *pangg*

Sabtu, 24 Disember 2011

bunda saya comel bukan? kemain lagi ajak tengok running man sesama.

lately asal hantar text message je tanya, dah study belum? buat elok2 biar dapat straight A. asyik stressed the word straight A je. boleh kata hampir semua mesej la ada pesanan camtu.

padahal sejak masuk uni ni, lulus semua subjek pun dah boleh buat aku senyum sepanjang hari.

tapi sebab ummi dah pesan banyak2 kali macam tu rasa macam, kena jugak dapat at least 1 A. sebab honestly, sejak buat degree ni aku tak pernah sekali pun dapat A core courses. dapat B+ pun dah rasa genius habis dah. gila sedih.

tapi watpe entah nak sedih. usaha pun belum lagi.

i can you can we all can!

hehe
fightinggg!


Isnin, 19 Disember 2011

imtihan ;



last paper aku adalah pada hari terkahir exam. nice. aku pun tak ingat dah bila kali terakhir dapat habis exam awal. tiap sem pun mesti hari last paper jugak. sabojela.

harini presentation terakhir. so dah setel suma assignments & presentation. takde alasan lagi untuk tak fokus exam nanti. dah la gap banyak. pastu ada hati lagi nak main main. kau nak apa lagi aisyah nadiah?? *emo titiba*

all the best suma untuk final exam nanti. kepada yang graduating, aku jelessss. buat betol betol ok. at least kalau bukan untuk diri sendiri, buat untuk mak ayah korang :)

toodles yaw!~

Rabu, 14 Disember 2011

생일축하해 오뉴!

cownchicken:        First up, happy birthday leader onew! Its the 3rd time im saying this and im really proud to say that! It’s been like 3 freaking years you have been on my bias list! sobs ily       Secondly, thank you for being such a role model to me. You were my motive for sustaining my results as i deeply and CLEARLY remember you studied so hard to get second in the whole school.       You have thought me that NO MATTER WHAT, we must bear it down and hang a smile up to the world even if its killing you inside or outside. Perseverance, yes. That’s the word. Well, what i deeply and always remember in you was that even though you are always sick, you would still get your feet up and perform all your best! Proud and standing tall for such wonderful talent, you are indeed one leader onew!     You also showed me that to believe in your dreams and never to give up on them, even if there are objections, mockeries, ups and downs, turn offs and bad results. Being a singer is your ambition when you were young, and look where are you right now? Singing right in the spot light with millions of spectators cheering for you with pearlscent skyblue lightsticks!  Im always proud of you whenever you are serious and singing your heart out. This GIF best describes it, even though its only the back view of you, but its the singing side of you and this has always been my favorite part of you. Other than that, you are funny and lovable. The whole world is hunting you to squish you do you know that? XD Perfect husband, would best describe you in my dictionary.  Best man, would be the best word to complete my life. Eye-smiler, would make me smile for my whole life. Lastly, i would like to wish you the happiest birthday you would celebrate today and for the rest of your life. Stay healthy and strong! Never fail to continue smiling and i wish life is always fullest to you!    ♥               HAPPY BIRTHDAY LEE JINKI!!!

~♡~

credit : cowchicken@tumblr



and HAPPY HAPPIEST BIRTHDAY also tooooooo

mianhe ini je gambar yang sempat cari hee. have a blast ee!!

macam biasa ayat,

seronoknyaaaa birthday sama dengan onewww!! :p :p

Isnin, 12 Disember 2011

crayzee seesawwww ;





baru ganti contact lens selepas 3 bulan. hina kan? aku adalah manusia yang sangat kedekut nak beli lens sekotak. selalunya akan tanya jugak kedai tu ada tak jual lens sepasang2? tapi beli jugak semalam sebab dah taktau kat mana celah lagi ada jual lens sepasang & risau jugak karang kena infection ke apa mata. sebenarnya beli sekotak terus lagi untung dari beli sepasang2. jimat 10rm. sepasang 20rm sekotak ada 3 pasang 50rm. tapi tulah, aku ni manusia yang tak pandai kalau bab2 nak melabur untuk jangka masa panjang nih. hehe.

family dah balik kuching dah tapi abah turun KL lagi last thursday sebab kerja. he stayed at berjaya times square hotel. last sabtu aku & helmi jumpa abah & had lunch sama-sama. abah offer tidur kat bilik dia. kitorang macam malas sebab abah dah nak keluar kerja pagi-pagi ahad & kitorang pun fikir nanti malam tidur lambat bising kesian abah. so bagi abah alasan busy. sekali naik bilik untuk solat sabtu tu, bilik suite rupanya. ada 2 bilik sumore dalam tu. bising la sampai lebam pun abah takkan terjaga. alahaiii rugiiii. bila lagi nak rasa berjalan sampai lebam kat times square pastu balik tidur kat bangunan sama je kan? rugi do. tapi takleh ubah balik fikiran sebab dah cakap ada kerja kan. haish rugi2. kalau tak boleh layan midnight movie ke apa.

tabung gajah tu boleh beli kalau shopping kat cold storage. RM100 ke RM150 in single receipt if i'm not mistaken. ada lagi 2 design. harimau dengan apo entah. lupa. nama aku nak shopping ratus2 kat cold storage. harapann. dah la elok je lepas aku bayar foreigner yang bayar lepas aku beli 3-4 barang je dengan lepak dapat tabung tu sebijik. aku memandang dengan wajah sayu je.

hup seng untuk aku = tea time bersama dadah2 gembira di KPM :)

exam lagi dua minggu.

and i have mixed feelings. about many things.

hopefully i can pull myself together & boleh jadi manusia waras & berfikir apa yang perlu saja.

aku taknak buat benda yang aku penah kutuk orang lain buat.



ps: tajuk post adalah lirik dari lagu SHINee, Seesaw. dalam japanese album depa, THE FIRST.

Jumaat, 9 Disember 2011

게미랑 ;




aku sayang kelab ni. kalau bukan masuk Gemilang, kehidupan aku mungkin hanyalah kelas dan kat mahallah dengan zue je. masuk Gemilang baru boleh rasa ada kawan course lain, jantina lain, kenal senior suma.

tapi aku taknak sampai orang cakap study aku bermasalah sebab kelab. kalau result teruk, aku taknak umi abah rasa tu sebab aku busy kelab. sebab aku tahu bukan. kalau jadi macam tu pun sebab diri aku sendiri. taksuka bila orang cakap budak2 aktif persatuan selalu exam kantoi.

jadi sebab aku sayang Gemilang jugak, kena belajar bersungguh-sungguh, kena naikkan pointer. taknak malukan Gemilang & juga Censerve.

sebab aku sayang community service.

mari berusaha lebih keras.

yosh!


oh ya,

selamat hari jadi untuk brader di bawah ni

tak sabar tunggu 14 haribulan sebab nak wish onew. berdebar pulak rasa nak tunggu. kenapa ni? dah betul-betul jatuh cinta ke? ishh parah ni.



ps: komited dan taksub itu dua perkara yang berbeza. jangan taksub sangat, bahaya.
sebab bila dah taksub kadang-kadang kita tak berapa nak rasa dah if benda tu salah or betul. peace ^^v

Khamis, 1 Disember 2011


ummi's still here in semenanjung but i miss her already. diorang balik gua musang selasa haritu & dah kat gombak harini. tapi aku busy takleh balik until esok petang. diorang pun busy jugak since abang besar aka helmi's going to regis at unisel this saturday. dan sabtu ni aku ada kokurikulum & program. dan ahad diorang dah nak balik kuching.

bummer. what a bummer. dekat dengan family seminggu pun tak dapat spend time sesama.

arghh sedihh. plan nak tengok wgm teukso dengan ummi pun tak jadi.

cepatlah januari. nak balik cuti sem.

Rabu, 23 November 2011

abang kecil dan abang besar ;



cant wait for this weekend to come. because i get to see these 2 boyfriends of mine playing together.

i feel bad for hilmi. sebab aku je lah yang paling dekat dengan dia tapi jarang gilaaaa balik rumah gombak. mesti sunyi duduk sorang-sorang. even dia kerja & susah nak jumpa pun, at least bila balik rumah tau ada orang takde lah rasa kosong sangat kan. tapi aku tak mampu nak balik rumah tiap-tiap minggu sebab kadang-kadang susah nak curi masa untuk balik. even dekat pun sebenarnya.

kalau ikutkan jarak antara rumah gombak & iiu adalah tak sampai 15 minit pun tapi sebab kena naik public transport (tunggu bas 2 kali, lrt sekali), aku malas. paham-paham je lah kalau bas tu kan. walopon tempoh masa perjalanan tu 5-10 mins je tapi nak tunggu tu, kadang-kadang sampai sejam pun belum tentu ada. sebab tu malas. ada juga orang tanya, kenapa tak suruh hilmi ambik atau hantar je? boleh je tapi aku malas nak susahkan. dia kerja. balik pun malam. takkan pastu nak suruh ambik aku lagi kan. dah la dia kerja jadi rider mcdonalds. hari-hari pusing uia.. kalau aku jadi dia pun tak nak aih pusing uia banyak2 kali. dah la jalan 1 way. bulatan besarr pulak tuh. jadi aku prefer susahkan diri sendiri ataupun takyah balik terus kalau dah malas.

tapi bila aku buat alasan macam tu kat umi abah bila diorang tanya kenapa tak balik rumah gombak, jawapannya adalah:

"tuh kereta ada je duduk menunggu orang bawak. guna je lah."

-_________-

dah layak dah ni aku prektis driving ni. tapi masalahnya kereta tu wira. kalau kancil boleh la hamba gagahkan.


jap, apentah tujuan asal post ni?

entah, tapi yang penting, minggu depan rumah gombak fullhouse seminggu. yippieeeeee :)

aku nak balik hari-hari & mintak abah hantar & ambil dari kelas.

ha, ingat kau sorang je boleh boleh balik selalu & ayah hantar ambik??

haha takdelah. kadang-kadang aku takfaham dengan orang yang tiap masa je nak balik rumah. aku taulah rumah kau dekat je. tapi agak-agak lah tengah busy pun nak balik gak kan. kalau balik tu sendiri takpe jugak, ini ayah jugak nak kena hantar ambik. pastu kalau kau tu jenis yang pergi kelas, buat esaimen & study je takpe. ini nak aktif jugak society bagai. pastu bila busy, mengeluh. tapi nak jugak balik. pastu bila balik, kerja-kerja kau suma orang lain buat. kalau tak siap kerja tu sendiri punya risiko takpe lah jugak. pastu orang nak ganti kelas atau discussion hari jumaat muka kau dah macam kena sembelit. padahal jumaat orang paling free. alasan busy banyak kerja. dahtu orang lain duduk uni ni main & tidur je ke??

apa kata kau bawak je rumah kau tu kat uni ni? senang sikit kan. nak discussion ke apa buat kat rumah kau je.

annoying okk annoying.

i think you should quit societies & other things yang akan menyusahkan kau untuk balik. sebab you'll eventually menyusahkan orang lain. nanti kita sama-sama berdosa. aku berdosa menyumpah kau. kau berdosa menyusahkan orang.

kan?

hadoi, padahal tadi nak post pasal family je kott. kan dahh. silap lah buat entry time tengah panas hati ni.

anyhoo, 26 november 2011,

taksabarrrrr ((:

Selasa, 22 November 2011

high kick through the roof ;

finally my 3-months-journey with High Kick Through The Roof (high kick 2) ended.

habis tengok the final eps betul2 masa final bola malaysia vs indonesia habis. orang bersorak melompat2 sebab menang aku sorang je kat bilik "mata masuk habuk". elehhhh masuk habuk kerrr? haha :p

tapiii, takleh terima kenyataan ending dia. i'm aware yang citer ni sad ending because my sister told me so. tapi tak bagitau ending macam mana. high kick ni adalah sitcom so faham2 je lah sitcom kan. ada sound effect org gelak2 suma, jatuh bangunan tak mati, langgar dinding tak pecah kepala. suma benda2 yg tak serius je lah kan.

tapi kenapa ending diaaa????

arghhh takleh terima. dalam hati, aku tengok 1 litre of tears ke ni?

tapi taknak bagitau jugak sebab takut ada yang nak tengok atau tengah tengok baca ni. kalau 26 episod takpe lagi orang bagi spoiler kan. tapi ni 126 episod. kang ada yang tengah baca ni tengah tengok episod 99 ke, tak ke menangis bila tahu ending dia. sebab aku rasa kalo tau ending dulu mesti perasaan untuk tengok citer ni macam lain sikit.

sedih. tapi best. worth watching.

jangan risau 126 episod tapi bukan macam drama. 1 episod dia dalam 20-30mins je.

siapa berlakon?

aku tengok sebab shin sekyung. kalau yang suka tengok running man, ada kwangsoo. yang lain tu google je la. malas nak taip.

ohhh peminat B2ST, Gikwang ada okk. hehe.

kalau nak tengok, pi lah kat dramacrazy.net.

bye bye high kick 2! thanks for accompanying me during lunch for the past 3 months :)


ps: congratulations pasukan harimau muda! yayy to malaysia.

Isnin, 21 November 2011

yeahhhhss. one of those things yang aku tunggu dari shining SHINee.

antara yang lain:

- datang malaysia
- onew berlakon drama/movie/sitcom
- onew in we got married
- onew... ehh kau ni tunggu shinee ke tunggu onew?? *tampo*

Selasa, 15 November 2011

Jumaat, 4 November 2011

random 111104 ;

akhirnya stret seminggu jugak berjaga malam. demm bila kamu nak berubah ni aisyah nadiah??

semua orang dah start balik cuti midterm. iiu dah makin sunyi. takde ah sedih pun tak dapat balik sebab still akan balik kampung. tapi nak rasa happy sangat pun takde lah jugak.

yang penting minggu depan seminggu takpayah pegi kelas kann.

aku balik sabtu kot. kalau balik umah gombak awal sangat pun takde benda nak buat. harini (jumaat) kena pergi dengar talk. lecturer wajibkan kitorang pergi as replacement class. lagi satu sebab nak balik sabtu adalah nak teman roomate sebab dia balik sabtu malam.

sabtu petang balik umah tok ayah. yeahh rayaa.

haritu saja usha-usha traffic kat blog and i found this. kesiannya sapa yang sampai kat blog aku dengan harapan nak download running man tapi apa yang ada hanyalah merapu pasal running man. haha. sorryy!

oklah ni saya bagi kat awak (kalau awak end up kat blog ni lagi la after searching kan) sites yang boleh tengok & download running man with english subs.

1) isubs
2) kshownow

nak subbed episodes yang cepat pergi kat kshownow. aku suka isubs sebab gambar cantik tapi lambat sikit ah depa sub.

i realised that lately aku banyak post entri bergambar tapi gambar captured dari videos. salahkan tumblr. ni suma pengaruh tumblr.

okbai.

happy holiday dan selamat hari raya.

Rabu, 2 November 2011


*heartstrings. final episode


i cant help but wondering why.
but at the same time i don't really wanna know why.
coz i'm not sure whether the truth will hurt me or not.

Selasa, 1 November 2011

nasik oh nasik ;







*snapshots from smtown concert paris backstage

indeed. rice is the best to asians.

aku ingat aku je yang kalau makan banyak mana pun dalam sehari tapi kalau takde nasi in at least one meal rasa macam takkan kenyang.

kita sama ah taemin. sepp skett.