Jumaat, 9 Disember 2011

게미랑 ;




aku sayang kelab ni. kalau bukan masuk Gemilang, kehidupan aku mungkin hanyalah kelas dan kat mahallah dengan zue je. masuk Gemilang baru boleh rasa ada kawan course lain, jantina lain, kenal senior suma.

tapi aku taknak sampai orang cakap study aku bermasalah sebab kelab. kalau result teruk, aku taknak umi abah rasa tu sebab aku busy kelab. sebab aku tahu bukan. kalau jadi macam tu pun sebab diri aku sendiri. taksuka bila orang cakap budak2 aktif persatuan selalu exam kantoi.

jadi sebab aku sayang Gemilang jugak, kena belajar bersungguh-sungguh, kena naikkan pointer. taknak malukan Gemilang & juga Censerve.

sebab aku sayang community service.

mari berusaha lebih keras.

yosh!


oh ya,

selamat hari jadi untuk brader di bawah ni

tak sabar tunggu 14 haribulan sebab nak wish onew. berdebar pulak rasa nak tunggu. kenapa ni? dah betul-betul jatuh cinta ke? ishh parah ni.



ps: komited dan taksub itu dua perkara yang berbeza. jangan taksub sangat, bahaya.
sebab bila dah taksub kadang-kadang kita tak berapa nak rasa dah if benda tu salah or betul. peace ^^v

Tiada ulasan: