Rabu, 2 September 2009

kosongDUA kosongSEMBILAN kosongSEMBILAN ;


UMMI dan ABAH,

selamat ulangtahun ke 21 menjadi ibu dan ayah. maaf 21 tahun tak pernah berhenti menyusahkan. maaf masih belum sempat untuk jadi seperti yang diharapkan. maaf selalu jadi yang paling merisaukan. terima kaseh. adanya saya kerna adanya kalian. terima kaseh, nyawa.

Tuhan, tolong jaga mereka. rahmati mereka. sayangi mereka.




** another year older. another day mati mendekati. goodluck syanad. semoga kau capai apa yang kau mahu. buat semua orang happy. jangan malasmalas.

Ahad, 30 Ogos 2009

tak mintak banyak la ;



kalau ade orang nak belanja makan ni pun jadik laa. dah 9 ramadhan dah aku carik ni. tak jumpe. sedih tol. kalau nak belanja doblas ramadhan nanti pun okey gak. :p

kat umah iEe ni. semalam balik ngan dia. teman kakak & bakal abang ipar dia beli barang kawen. iEe cakap tobat taknak teman dah orang nak kawen beli barang. aku lak dah pening camana aku nak kawen nanti. ee lecehnya belibeli barang. aku ni dah la pemalas. hahahaha syanad gatal, lempang sikit nak?

minggu depan banyak presentation dan midterm. aduyai. dah la malas. rasa macam diri ni berterabur je. apa aku buat & fikir pun taktau. -___-'

okey lah. later folks.

toodles!


ps: selamat menyambut 31ogos

Isnin, 24 Ogos 2009

janji itu dah tiba tarikh luputnya, mari melupakan ;



1 : kenapa kamu minta diberikan masa kalau akhirnya masih macam ni?


2 : masa itu adalah masa untuk kita saling melupakan.




kan semuanya dah reda
kan kita semua dah redha
okey la tu kan
bukan ni ke yang kita nak

ada kawan tu cakap, benda dah lepas kita jangan harap boleh diulang lagi. ada benda kita takleh nak patah balik dan purapura macam takde apa yang berlaku.

janji boleh dimungkirkan
sayang boleh dihilangkan


Sabtu, 22 Ogos 2009

ramadhan 2009 ;

another ramadhan dah datang. setahun dah berlalu. masih hidup sampai ramadhan tahun ni. Alhamdulillah.

dalam banyakbanyak bulan puasa yang aku paling rindu adalah:

  • masa 1 pham still tinggal kat kuantan masa kecikkecik dulu. rindu makanan yang banyak waktu buka. rindu 1 pham pegi tarawikh kat masjid besar. rindu air choc fave aku.
  • masa kat hostel smksp. rindu berbuka dan bersahur ramairamai. bulan puasa masa lepas pmr was the best. stay up malam. banyak sangat kenangan.
  • masa kat kpm. since dah 3 tahun berturut2 sambut puasa kat sana, memang bulan puasa kat kpm la yang paling rindu sangatsangat. tahun ni adalah sangat terasa. rindu everything. paling rindu puasa kat hostel jerjak. buka ramairamai. beli makanan pukul 430pm sebab takut habis. pergi bazar on weekends. cafe yang sangat meriah pada waktu malam. malam yang panjang sebab cafe tutup pukul 2am. so pukul 12 masih ramai orang berkeliaran. nak stay up buat assignment pun best. terasa baru je tahun lepas puasa kat kpm. how time flies..

tahun ni ramadhan kat gombak balik. (haha ramadhan aku cam asek kat gombak & kuantan je dari kecik) tengok banyak banners yang digantung rasa cam tak percaya je dah ramadhan. hopefully ramadhan kalini pun best jugak. ada banyak benda baru yang akan dihadapi bulan ni. kena banyak berusaha.

untuk kawankawan,

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERPUASA

mungkin ini ramadhan yang terakhir. jom tarawikh sebanyak yang boleh & buat baik & amal ibadah banyakbanyak. insyaAllah.

bbasya! (:

Isnin, 17 Ogos 2009

terbiasa takbiasa ;

kelmarin takbiasa.
semalam biasabiasa.
harini terbiasa.

kebiasaan menjadikan kita terbiasa dengan ketidakbiasaan.



*buatbuat biasa. you taught me this, remember?

Ahad, 16 Ogos 2009

kita kami hujan dan pelangi ;




cuba teka dalam suma kelas yang aku pergi, siapa budak yang selalu jadi budak first yang kuar lepas kelas habis?

haha.

tibatiba rindu sem 3 kat kpm. semester pening. semester bingung. tak belajar langsung. rasa macam stranger dalam kolej sendiri. tapi syukur sangat, dalam keranapan & kebingungan tu Tuhan temankan aku dengan dua paripari yang baik hati.

& i can still vividly remember the 3 of us duduk belakang sekali dalam kelas. pergi kelas samasama. lunch samasama. groupwork pun samasama. & still ingat lagi kita janji nak dapat 4 flat kan. hehe padahal result sem 3 paling hancur. first week kita dah tak sabar nak tunggu sem habis. dalam kelas asyik tengok jam bila nak habis kelas. bila jumaat seronok je sebab dah nak weekend.

inilah yang aku rasa sekarang. except dah tak ada paripari baik teman pergi kelas, dalam kelas lunch suma tu. dah lama kot tak lunch. weekends je merasa lunch. kalau dulu semangat balik kelas sebab nak jumpa budakbudak bilik, sekarang ni semangat balik kelas sebab nak on lappy.

bila macam ni, rasa lagi sanggup ulang keranapan sem 3 tu banyakbanyak kali.

to kamu berdua, hidup baikbaik ya. nabel, thanks a zillion bro. kau boleh nak sekelas dengan yang lain kan masatu. tapi ko tulis jugak nama sekelas dengan aku. dah la garagara aku yang beratur belakangbelakang. kalau orang tanya antara sacrifice kawankawan yg aku takkan lupa, sure aku akan cakap kau. siyesly. ade hikmah kan? kalau tak masuk kelas tu cane nak kenal mashmelow kan kan. terimakaseh kat aku cepatt. hee. lynn, terimakasih sangatsangat! zaman bingung tu adalah sesuatu kan. sedih keadaan kita masatu tapi compared to sekarang, rasa sangat menghargai waktu tu. ingat lagi kalau berbual dengan awak mesti cakap pasal masa depan. apa yang kita rasa, apa yang kita nak dalam life. kadangkadang terasa macam sesuai je kita bertiga yang samasama tercampak. suma stok jiwajiwa. hee :)

tahu kamu berdua mungkin rasa benda sama sekarang, sorangsorang kat tempat baru kan. kuat ya. kita dah pernah rasa macam tu dulu, jadikan as inspiration untuk survive sekarang okeyh.

goodluck sahabatsahabat! thanks untuk waktuwaktu tu. julai - november 2007.


withlove,
nanad.

Jumaat, 14 Ogos 2009

mimpilah dalam tidurmu bersama bintang ;


weyy kawankawan!

hiatus nguk hang kan. kakaka. ala kasi can la. aku baru lepas test revelation kot semalam. legaa weyhh. kurang satu beban. memang Tuhan sayang aku kot. tak baca langsung chapter 2 sebab takda note. memang tawakal habis. then yang masuk just chapater 1 & 3 je. Alhamdulillah sangat (:

weekenddd! hoyeahs. roomates ramai yang balik & ada yang pergi camping. compartment mate pun pegi camping. bestt buleh aku wat cubicle ni macam aku sorang yang punya. wahaha. study circle diawalkan sehari. so memang sabtu ahad ni takda pape la. jadi, another weekend to be spent ALONE. nice. takpe ada internet a.k.a DADAH. internet tido makann. aduss bila nak belajar bebetol ni sengaaal. okayokay, minggu depan aku puasa tenet bebetol keyh. betol punya.

tengah dengar lagu. suma laguputuschenta dalam playlist. dah lama tak dengar sebenarnya. mulamula ingat dah tak minat dah sebab lately dengar lagu dalam hitz.fm charts je. then 2-3 hari lepas si zaher mintak lagulagu indo. tak dapat dinafikan lagi jiwa aku memang dengan laguputuschenta je. bak kata intan, satu hari tak dengar lagu hati luluh lantak ni tak lengkap. hahaha. rindu seyh zaman shareshare lagu sedih wif intan & tooney :(

random number 4, dah addicted ngan ROTI CANAI TELUR + CHEEEEESE. aduhh dadah lagi. harihari beli. kalau makan nasi pun beli jugak. dahla tadi tengok peanut butter titiba boleh rasa nak makan WAFFLE. waffle peanut butter + strawberi atau peanut butter + choc. pehh. aduh bangang lah apehal la timetime takda duit ni aku suka sangat dengan makanan. sengal buih. -_-"

okey dah la. cukupcukup lah merepek kerepek. jaga diri okeyh suma. jom isyak (:


ex-oh-ex-oh
lttlgjh;

ps: pergi dengar lagu d'masiv - merindukanmu. dedicated untuk kamu semua (: