Isnin, 29 Jun 2015

batuk tapi kena membebel ;


salam'alaykum,

haa marah kann tengah puasa puasa ni tunjuk gambaq cani. muehehe. ni pun atas dasar ni bulan puasa je ni letak gambar air kosong. ikut hati nak up kan air sirap ke, teh ais ke, fresh oren ke. baru betul suffer.

aku tengah batuk ni. aritu ye ye selsema. kemudian aku tidur beberapa ketika, dan bangun-bangun terus macam ni sampai harini. suara pun takde.

bayangkan tengah bulan puasa ni korang kena batuk yang macam geli tekak tu. nak minum air takboleh. seksa woi. nak jaga percakapan (tak cakap kuat-kuat) pun takboleh sebab aku cekgu sekulah rendah. nak bercakap wajib melaung. kalo aku cekgu sekulah menengah memang aku pura-pura takde suara terus je.

tapi takpe, dah habis kelas dah ni. so dah boleh simpan suara. masalah dia sekarang batuk geli tekak ni taknak berenti pulak. adei.

Jumaat, 26 Jun 2015

seelamat pagi chekgu (baca nada upin ipin) ;

salam'alaykum,

haiii hows your ramadhan so far? puasa ke takk harini?? haha tanya orang je lebih. ish. kejap je kan diam tak diam dah 9 ramadhan. dah nak habis fasa pertama ramadhan. masuk fasa kedua sepatutnya semangat untuk beribadah tu lebih banyak la kan. huhu.

so harini hari jumaat dengan kata lain hari melepak di rumah. haha. padahal banyak je kerja nak kena siapkan nih. sekarang ni since ive started to teach again, hari hari mimpi berkisarkan sekolah je. gila sedih. bukan aku tak suka sekolah, tapi kasik la can iols nak mimpi indah indah sket. ni tidur kejap pun mimpi sekolah, tidur lelama pun mimpi sekolah jugak. adoi.

kalini aku ajar bahasa malaysia pulak. tahun 1 dan 2. frankly, aku rasa macam agak susah jugak sebenarnya nak aja bm. nampak macam senang. dalam buku teks tiap-tiap topik memang banyak bahan & aktiviti compared to english textbook year 1 tapi susah wei. masa first class aku masuk 1 abu bakar, kelas tahun 1 yang pandai sikit. disebabkan masatu belum tengok RPH cikgu sebelum ni ajar sampai mana, so i asked them instead. diorang bagitau la dah kat tajuk pasal kebun-kebun. aku tak study lagi topik tu just ajar sikit-sikit & suruh buat latihan dalam buku aktiviti. titiba depa mai tanya gambar sejenis sayur, "ni sayur apa muallimah?" terdiam kauu. ye le gambaq kartun mana nak tau. nasib kelas pandai.

masa ajar english dulu aku tak risau sangat pun dengan those yang belum boleh mengeja membaca ni. risau tu risau tapi masatu fikir, their cekgu bm is working on this. haa sekarangg amekau. siap kena jadi ketua jabatan kurikulum, jangan kata problem tak pandai baca la. sume masalah akademik budak kena fikir. sebab rulenya adalah, kena galas semua tanggungjawab yang ditinggalkan oleh previous teacher. next year punya school session baru boleh bubar jawatan. nangiss. sekolah tu 10 orang cikgu je so bayangkanlah orang lain pun dah bongkok bahu dengan tanggungjawab memasing. huhu. masa aku start balik diorang tengah dok kalut isi markah budak dalam sistem sps. titiba mudir mai jumpa bagitau dia tak dapat nak isi lagi markah. aku blurr terus tanya, markah apa ustaz? rupanya baru la tau nanti jabatan kurikulum la yang kena kuarkan analisisnya. akak yang aku ganti tu pulak tak dapat2 nak datang lagi serah tugas sebabtu la blurr. ni pun aku taktau la kalau ada lagi jawatan dia dalam sekolah tu yang aku taktau. rasa macam kaunseling pun dia. tapi malas nak tanya nak buat-buat taktau je..haha.

dan aku jugak kena ajar subjek teknologi maklumat dan subjek rekabentuk & teknologi. subjek TMK pasal komputer-komputer. boleh la nak harung, kena stadi sikit je nama perkakas komputer ni dalam bm. tapi sian gak bebudak ni. kalau sekolah lain ada makmal komputer, diorang takde pun. so teori je lah suma. subjek RBT pulak macam kemahiran hidup tapi yang bab bertukang2 tu je. yang ni mencabar lah jugak. walopon masa sekolah aku suka bila bab bertukang ni, tapi malasnya laa nak stadi balik jenis-jenis paku pemutar skru apa segala tuh. bukannya aku reti sangat pun. & then again, kesian bebudak ni sebab subjek ni banyak projek sepatutnya. tapi sana bengkel pun tadek. aku plan minggu depan nak bawak perkakas perkakas tu dari rumah nak tunjuk. aku ingat lagi masa darjah 4 dulu ada buat penyangkut baju kot. nak usha buku modul tengok apa yang mungkin diorang boleh kerjakan. benda yang simple je la.

itulah serba sedikit sekembalinya aku ke alam cekgu cekgi. tapi adalah malu sikit. wasnt expecting to go back there this early. aku bajet kalau ada rezeki pun tahun depan la next school session sebab diorang akan ada pertambahan cikgu sebab dah ada budak darjah 5. tapi Alhamdulillah, rezeki. malu sebab apa? sebab masa last day haritu siap ada majlis perpisahan bagai lagik. and tau-tau je la budak sekola rendah kan, tau cikgu nak pindah pakat bagi hadiah. sangat feeling hepi besday haritu hokeh. takjadi nak sedih.. haha. titiba je aku datang balik kan. ramai jugak la tanya, "bukan muallimah dah pindah ke? nape datang balik?" -_-" ish ish uols ni banyak tanya la...haritu suruh muallimah jangan pindah ni tanya pulak. haha cover malu.

tudiaaaa.... seumur hidup tak pernah rasanya dapat hadiah banyak sebegini rupa. haha.
mudir pun bagi jugak
 
tapi sebenarnya yang lebih precious adalah the kids' handwritten letter. terharu wei baca. bayangkan bebudak tahun 1 tahun 2 tulis something untuk kita. biaq la kalau mak ayah dorang yang ajar tulis pun tetap terharu.


and last week when i returned to school dapat lagi hadiah. haha. ni masa hari guru haritu bebudak bagi, tapi aku dah takde la masatu so minggu lepas baru claim. syafiq syafiqah bagi handmade pencil case ummi depa buat. terus guna buat isi segala mak nenek pen.

hadiah diorang kalau yang boleh pakai pergi sekolah semua aku guna. sebab aku rasa kalau diorang nampak & perasan aku guna barang yang diorang bagi mesti diorang happy. hehe.

teringat pulak masa sekolah rendah dulu hari guru kalut dok fikir nak bagi apa kat cekgu. kekawan bagi bunga aku pun sama nak bagi. tapi ummi cakap bunga mahal. bagi pen je dah la. tapi aku tak setuju, rasa macam tak grand je hadiah pen. dan sekarang baru faham, paling best wey dapat hadiah pen especially PEN MERAH! haha. pen yang paling senang habis dakwat if you're a teacher.

doakan aku berjaya mengharungi segala cabaran yang menanti. nanti aku try share jugak my journey as a muallimah (kat sana cikgu dipanggil muallim/muallimah) there. aku taktau sampai bila rezeki aku kat sana but i'll try my best.

byee nanti bebel lagik.

ps: kalau tengah mencari quran bolehla follow instagram @suratchenta ye. tak pernah lagi promot dalam belog ni hihi. nanti ada masa aku upkan produk sekali.

Khamis, 25 Jun 2015

Cerpen : Pesan Ibu kepada Anak Laki-Lakinya tentang Cinta

Nak, besok kalau kamu menyukai seorang perempuan. Tidak apa-apa bila ibu tidak tahu, karena mungkin kamu malu mengatakannya. Ibu hanya berpesan agar kamu jangan sembarangan mengutarakan perasaanmu itu kepadanya. Kalau kamu mau mengutarakannya, maka kamu wajib mengabarkannya dahulu kepada ayah dan ibu. Karena perkara itu bukan main-main.

Bila kamu merasa belum cukup kuasa mengatakannya. Maka, jagalah dia dengan kamu menjaga perasaanmu sendiri. Jangan sekali-kali menyebut namanya sembarangan. Itu bisa menjatuhkan kehormatannya. Itu bisa menjatuhkan perasaannya dan berasumsi tentang kamu.

Kalau mau. Kamu diam, tapi tetaplah bergerak. Karena cinta itu energi yang luar biasa untuk melakukan banyak hal baik. Mudahkanlah urusannya diam-diam. Buatlah dia bahagia diam-diam. Kamu tidak usah tampil bak pahlawan yang seolah-olah selalu ada ketika dia butuhkan. Sembunyilah di tempat yang aman, tapi kamu selalu terjaga untuk membuatnya tetap aman. 

Mudahkanlah urusannya, bantulah dia menyelesaikan masalahnya diam-diam. Buatlah dia bahagia diam-diam. Doakan dia dengan cara-cara yang ahsan. Kamu akan menjadi orang pertama yang bahagia karena dia bahagia. Karena, satu kesalahan besar laki-laki yang ibu tahu adalah mengatakan perasaannya tapi tidak siap untuk mengikatnya. Kamu anak laki-laki ibu, ibu akan marah jika kamu melakukannya diam-diam tanpa sepengetahuan ibu.

Rumah, 12 Mei 2015 | ©kurniawangunadi

(Source: kurniawangunadi)

Rabu, 24 Jun 2015

rempeyek tempeyek ;


semalam hantar imah naik bas balik melaka. singgah tesco beli makanan bebuke pastu nampak booth jual kuih raya. aku ni ketegori bukan peminat kuih raya sangat so biasanya tak tertarik sangatla. kecuali kalau choc cip kukis. teman ummi usha usha lalu ternampak rempeyek seperti gambaq di atas. waaaa tergudaa. teroih beli hahaha. balang besar okeh. ada 100 keping lebih acik tu cakap. tapi beli 1 utk tester dulu. kalau sedap beli lagi. memang sedap sebab da tinggal separuh balang tak sampai doplohpat jam. tapi bukan aku makan sorang la. ini adelah kerepek paling feveret aku. kunyah sampai lenguh mulut pun nak lagi. sedaaap. jadi nanti nak pi beli lagi. tapi ni baru 7 ramadhan. beli awal sangat buat stok raya sempat ke sampai raya masalahnyer. haha. susah ni. ok tu je nak bebel nak gi jaga bdk solat dhuha. aku mengantuk gilaaa sebab tu membebel kat sini. haha. pemerengganan pon takde sebab update kat fon hahah. yang kat kota bharu or yang nak pi cari kuih raya kat kb boleh la ke tesco dekat dengan food court tu ye. booth dia memang jual bermaciam kueh raya cakap je nak apa. harga pun ok la takde la bila dengar rasa peh bapak mahai. rempeyek ni aku beli sebalang besar ni RM 18. rasa ok je harga dia. taktahu la kalau mahal sebab aku ni tau makan je jarang beli. yang aku tau kedai serbaneka pumo stations jual mahai gila.

ok byeee

Sabtu, 20 Jun 2015

Ramadhan ;

Salam'alaykum,

Ramadhan kareem everyone! :)

haa kalau orang ucapkan Ramadhan kareem kita jawab Allahu Akram tau. 

kenapa ye?

Ramadhan Kareem maksudnya Ramadhan yang mulia. so bila orang ucapkan pada kita, kita jawab Allahu Akram, maksudnya ALLAH LEBIH MULIA.

hee aku pun sebenarnya baru tahu jugak tahun ni. huhu. before ni taktahu pun. tau cakap ramadhan kareem je.

so, hows your Ramadhan? (macam biasa bercakap dengan imaginary readers muahaha). puasa penuh tak? kikiki.

aku sebab this year Ramadhan ummi ada kat rumah so rasa sangatt la best. tahun lepas aku puasa berdua je dengan alip hokeh. sedih tao. this year dapat la tarawih kat masjid. siap planning dengan ummi nak pergi different masjids & surau kat area sini kalau dapat. hehe. dan ummi ajak kitorang buke sesederhana yang boleh. try tak pergi bazar & bazir dengan makanan. Alhamdulillah 2 hari ni kitorang buke simple2 je. masak apa ada kat rumah. 1 menu je, minum pun air yang ada kat rumah. semalam air masak je tapi sejuk dari fridge. alip pun tak komplen. harap boleh la kekal sampai hujung ramadhan.

and this is our 3rd ramadhan without pacik hasdi. macam tak percaya. aku percaya nanti ramadhan ke 5 atau ke 10 pun tetap akan rasa baru je tahun lepas berbuka sama sama. huhu. AlFatihah untuk abah...

& nak tau aku tak pernah bahasakan abah as arwah sampai sekarang. rasa macam bila sebut nama je without arwah kat depan rasa macam dia ada je lagi. hihi

thats how my Ramadhan goes so far. baru masuk hari ketiga hokeh. 

semalam pergi daurah. pasal Ramadhan. malangnya aku dihinggapi penyakit menantok yang amat hujung-hujung baru fokus. nanti aku sharing sharing tau kalau sempat (kalau tak sempat amponn). nak share sekarang ummi suruh siap-siap ajak gi kb pulak. -_-'

tapi nak share this one from kak huda masa usrah haritu:

"Ramadhan ni macam madrasah / sekolah untuk kita baiki diri jadi better. kalau kita berjaya berubah jadi better after Ramadhan, Alhamdulillah kita dah berjaya dalam Madrasah Ramadhan. macam mana nak tau kita berjaya? kita tengok macam mana kita sebelum Ramadhan. kalau sama lagi atau lebih teruk, maknanya kita tak berjaya lah berubah jadi lebih baik"

jom sama-sama try ye. insyaAllah kita suma boleh. doa banyak-banyak kat Allah, "ya Allah, aku nak jadi lebih baik dari aku yang sebelum ni, bantulah aku, tunjukkanlah aku jalannya, sinarilah hatiku dengan hidayahMu. ameen"

ok dah kena out. nanti saye bebel lagi. nak cerita pasal sekulah. hihi.

Selasa, 16 Jun 2015

sungguh tak berfaedah jangan baca ;

i need motivation.

terlalu awal untuk hilang motivasi i know.

tapi tu la, bahu sudah rasa berat memikul tanggungjawab. makin pendek aku camnih. haha.

aku kat sekolah ni.

bawak laptop sebab kena buat surat minta peruntukan untuk kelas intensif.

apparently orang yang aku ganti ni cekgu unit kurikulum.

huhu.

berat.

dia guru kelas tahun 2 umar jugak.

kelas paling susah nak kontrol dalam sekulah ni.

dan sekarang aku la jadi guru kelas depa.

camane ah nak buat muka paling singa biaq budak takot kan.

haih.

kekadang jeles dengan cecikgu yang masuk kelas dorang buleh buat diorang senyap tak begerak. 

kekadang rindu kat kekanak ribena 1 abu bakar. sebab diorang dengaq cakap.

tapi takleh membezakan anak anak murid.


tapi takpe kena cuba.

yosh! gambatte!

sok nak bawak rotan dari rumah. muahaha.

lapa ah.

bye.

Rabu, 10 Jun 2015

Alhamdulillah ;

salam'alaykum,

hello jun!!

sorryy lama tak updatee. sorry kekunun ramai readers la kann. kasik can ah aku syok sendiri sebab aku sedang happy wuhuu *insert emoticon sengih nampak gigi*. haa nak tahu tak kenapa?

1) aku sudah dapat kilijaa yeayy. akhirnya. kat sriam, sekolah yang aku jadi guru ganti haritu. kebetulan few days before aku nak habis haritu ada ura ura sorang cikgu nak benti. diorang suruh aku apply bila dah kuar iklan vacancy aritu. dipanggil interview dan Alhamdulillah passed and insyaAllah ni jawatan tetap la though sekarang aku still under contract ((:

taktau nak cakap macam mana bersyukurnya rasa. bertuahnya aku diberi rezeki ni. sebab rasa macam tak layak je. kekadang rasa ni mungkin doa ummi kot. dulu ummi pernah cakap teringin sorang anak dia jadi cekgu cam dia. tapi aku selalu cakap tanak. haha. and aku doa tiap2 hari supaya dapat kerja yang dapat dekatkan aku dengan Dia & dpt buat ummi happy. Allah makbulkan. berkhidmat kat tempat yang penuh dengan dakwah sentiasa buat diri rasa ditarbiyah dan dapat tunaikan cita cita ummi. walaupun bukan cikgu kementerian kan. gaji pun kecik je. tapi takpelah tak fikir sangat pun pasal gaji. dah kerja ni pun bersyukur sesangat.

and aku ingat lagi, masa baru2 habis belajar kalau pergi rumah pakcik makcik kat sini semua sinis je bila aku cakap nak cari kerja kat kelantan. diorang suruh cari kat KL ataupun mintak tolong sorang pakcik yang ada nama sikit la bab kabel kabel ni. tapi aku macam tak minat nak mintak tolong cara camtu. rasa tak baik macam sailang rezeki orang satu, satu lagi rasa kalau aku tak perform dia malu aku malu. memula aku sendiri pun rasa susah jugak sebab vacancies mostly jenis keje engineering takpon clerical yang kena ada basic account. bila jumpa vacancy sri aman tu aku isi and hantar je. & diorang tak panggil2 pun. hujung tahun baru panggil interview tp passed untuk guru sementara je. kecewa tapi rupa rupanya memang Allah nak bagi rezeki lagi kat sini. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah (':

so cuti tinggal 3 hari je lagi omg sempat ke nak prepare nak ngadap kekanak ribena ituu

raya nanti jumpa pakcik makcik tanya gaji mesti dorang sinis lagi. but who cares kan. kalau ikhlas gaji kecik pun cukup and apa yang lagi best kalau istiqamah ikhlas boleh buat saham untuk alam kekal nanti insyaAllah.. doakan aku ye. hehe

2) sekenly, sijambu dah adaaa wuhuu. siapa sijambu? axia pinkie yang aku citer haritu lerr..hehe. patutnya lama lagi nak tunggu tapi titiba ada. namun dia belum milik aku. nombor plet je aku punya. haha. tapi takpe, sekarang dah boleh pasang angan angan la kan since dah kerja. ummi pun layan je aku mengajahkan kan sijambu. setakat ni seat dah dialas dengan motif gajah. ummi beli tao, bkn aku. aku suggest je. muehehe.

3) aku dah tak lemas duduk dalam gelap sesorangg. haha. writing this sebab aku tengah update blog dalam bilik tutup pintu tutup lampu. dulu memang tak la nak wat keje camni. aku siap kagum tabik spring kat adik adik aku boleh tido mati dalam bilik tutup pintu tutup lampu sesorang. kalo aku memang tak dapat tido la, siap rasa lemas lagi. tapi ni boleh apply kat bilik sendiri kot. try kat gombak aritu belum berjaye. haha.

ok sebenarnya nombo 3 tu takyah cite kot. 2 sebab tu je la yang buat aku happy sekarang. now aku nak buat yang terbaik untuk didik anak2 islam kat sriam tu (baru balik kursus 3 hari berkobarr) & aku nak buat ummi happy. banyak benda lagi yang belum accomplished dalam life tapi kalau tak sempat buat semua dapat buat ummi happy pun jadi la. insyaAllah.

ok tu je nanti aku sambung bebel. givap dengan berukben dan juga internet celcom ni. 2gb 10 hari dah habis quota. 4gb setengah bulan je. aku tak tengok video pun oi. dimanakah silapnyer huhu.

take care suma! 

keychain dari krabi sampai terus letak dlm handbag. dapat je kunci sijambu teross pasang keychain. mesti korang kompius kete sape entah..haha. tq for the keychain n totebag bell! cute gilaa. untungg suke gajah, sume orang gi thailand ingat kite biaq la diri sendiri tak penah sampai pon. muahaha perasann.

spot inche jambu. yer jambu jantina muzakkar ye. why? coz i said so. hahaha. aku tengah pk shud i name him bidin?

toodles~