salam'alaykum,
hello jun!!
sorryy lama tak updatee. sorry kekunun ramai readers la kann. kasik can ah aku syok sendiri sebab aku sedang happy wuhuu *insert emoticon sengih nampak gigi*. haa nak tahu tak kenapa?
1) aku sudah dapat kilijaa yeayy. akhirnya. kat sriam, sekolah yang aku jadi guru ganti haritu. kebetulan few days before aku nak habis haritu ada ura ura sorang cikgu nak benti. diorang suruh aku apply bila dah kuar iklan vacancy aritu. dipanggil interview dan Alhamdulillah passed and insyaAllah ni jawatan tetap la though sekarang aku still under contract ((:
taktau nak cakap macam mana bersyukurnya rasa. bertuahnya aku diberi rezeki ni. sebab rasa macam tak layak je. kekadang rasa ni mungkin doa ummi kot. dulu ummi pernah cakap teringin sorang anak dia jadi cekgu cam dia. tapi aku selalu cakap tanak. haha. and aku doa tiap2 hari supaya dapat kerja yang dapat dekatkan aku dengan Dia & dpt buat ummi happy. Allah makbulkan. berkhidmat kat tempat yang penuh dengan dakwah sentiasa buat diri rasa ditarbiyah dan dapat tunaikan cita cita ummi. walaupun bukan cikgu kementerian kan. gaji pun kecik je. tapi takpelah tak fikir sangat pun pasal gaji. dah kerja ni pun bersyukur sesangat.
and aku ingat lagi, masa baru2 habis belajar kalau pergi rumah pakcik makcik kat sini semua sinis je bila aku cakap nak cari kerja kat kelantan. diorang suruh cari kat KL ataupun mintak tolong sorang pakcik yang ada nama sikit la bab kabel kabel ni. tapi aku macam tak minat nak mintak tolong cara camtu. rasa tak baik macam sailang rezeki orang satu, satu lagi rasa kalau aku tak perform dia malu aku malu. memula aku sendiri pun rasa susah jugak sebab vacancies mostly jenis keje engineering takpon clerical yang kena ada basic account. bila jumpa vacancy sri aman tu aku isi and hantar je. & diorang tak panggil2 pun. hujung tahun baru panggil interview tp passed untuk guru sementara je. kecewa tapi rupa rupanya memang Allah nak bagi rezeki lagi kat sini. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah (':
so cuti tinggal 3 hari je lagi omg sempat ke nak prepare nak ngadap kekanak ribena ituu
raya nanti jumpa pakcik makcik tanya gaji mesti dorang sinis lagi. but who cares kan. kalau ikhlas gaji kecik pun cukup and apa yang lagi best kalau istiqamah ikhlas boleh buat saham untuk alam kekal nanti insyaAllah.. doakan aku ye. hehe
2) sekenly, sijambu dah adaaa wuhuu. siapa sijambu? axia pinkie yang aku citer haritu lerr..hehe. patutnya lama lagi nak tunggu tapi titiba ada. namun dia belum milik aku. nombor plet je aku punya. haha. tapi takpe, sekarang dah boleh pasang angan angan la kan since dah kerja. ummi pun layan je aku mengajahkan kan sijambu. setakat ni seat dah dialas dengan motif gajah. ummi beli tao, bkn aku. aku suggest je. muehehe.
3) aku dah tak lemas duduk dalam gelap sesorangg. haha. writing this sebab aku tengah update blog dalam bilik tutup pintu tutup lampu. dulu memang tak la nak wat keje camni. aku siap kagum tabik spring kat adik adik aku boleh tido mati dalam bilik tutup pintu tutup lampu sesorang. kalo aku memang tak dapat tido la, siap rasa lemas lagi. tapi ni boleh apply kat bilik sendiri kot. try kat gombak aritu belum berjaye. haha.
ok sebenarnya nombo 3 tu takyah cite kot. 2 sebab tu je la yang buat aku happy sekarang. now aku nak buat yang terbaik untuk didik anak2 islam kat sriam tu (baru balik kursus 3 hari berkobarr) & aku nak buat ummi happy. banyak benda lagi yang belum accomplished dalam life tapi kalau tak sempat buat semua dapat buat ummi happy pun jadi la. insyaAllah.
ok tu je nanti aku sambung bebel. givap dengan berukben dan juga internet celcom ni. 2gb 10 hari dah habis quota. 4gb setengah bulan je. aku tak tengok video pun oi. dimanakah silapnyer huhu.
take care suma!
spot inche jambu. yer jambu jantina muzakkar ye. why? coz i said so. hahaha. aku tengah pk shud i name him bidin? |
toodles~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan