Sabtu, 23 Mei 2015

throwback post spm ;

salam'alaykum,


yeayy akhirnya aku bebas hutang ptptn wuhuu. cewah berlagak kemain. 

sebenarnya aku pinjam tak banyak pun. 4k++ je untuk 4 tahun. banyak tu je ptptn sudi bagi aku pinjam. sampai hati. dapat cover yuran hostel je. tuition fees kais pagi makan pagi je. k tipu. yuran belajar bapak aku la yang support opkos. pastu duit belanja pun kena merempat kat abah. aduhai miskin hokeh time kat uni. tapi ada hikmahnya la bila tak banyak tu. boleh la dengan kompiden nak bayar segedebuk kan. kebetulan ptptn buat kempen bayar lump sum dapat diskaun haritu. menggelabah la pegi bayaq. tapi tu pun sebenarnya punjam duit ummi dulu bayar pastu bayar balik kat dia hukhuk. tapi hutang ngan mak takde la kena munga munga centa layu di pusara tuh kann.

kekadang time duduk temenung mengenang nasib diri yang masih keje tanam anggur di usia nak dekat 27 ni dok mai la terfikir. aku ni kira patut bersyukur la. time diploma dulu pun belajar takde loan (buat diploma kt kolej profesional mara, yuran pengajian fully mara tanggung). dapat elaun lagik. RM265 sebulan haha ingat lagi. tapi sekarang dah banyak hokeh budak budak ni dapat. sebab adik aku imah pun belajar kt kpm sekarang. kalau tak berjodoh dengan kpm dulu sudah tentu aku belajar di mana-mana ipt swasta. sebab result spm aku teruk weh. memang takde la ipta nak pandang. 

aku ingat lagi lepas dapat result punya lah down. orang lain habis down pun masih layak dapat matriks. aku? motif sangat nak down kan korang. ish. haha. eh tapi aku tak ingat pulak mintak ke tak matriks dulu. tapi yang pasti kalo mintak pun konpem 200% takkan dapat. pastu UPU pon tak dapat. aduhai sedihnya lahai. rasa hopeless useless apa suma la. kawan kawan lak mostly dapat matriks. suma mei dah start belajar. aku masih terkapai mengenang nasib. pastu rayuan upu ada hati nak pilih uia, ikut kawan punya pasal. mak ayah aku baik gila takde sound ke apa pun. kalo aku la jadi mak aku masatu memang dah tengking dah. 

then satu hari mak aku ajak pergi pejabat MARA. amek borang ipt mara katenye. masatu mindset aku institusi pengajian mara suma course engineering. mestilaa aku takmau. memang bengang je masatu tapi layankan aje. dengan muka cemberut aku pun naikla ke pajabat mara kat batu caves kot beli borang dia. 10 hengget tak silap. nama dia UPIM (unit pusat institusi mara). aku pun tak ingat dah zaman aku dulu isi online ke tak. tapi beli borang bagai, manual la kot eh. tapi yang pasti dia bagi  sebijik buku yang ada institusi2 dia and courses aku boleh pilih la sekali dengan syarat kelayakan. aku pandang sebelah mata je buku tu, bia mak aku tengok sendiri layak ke tak layak anak dia apply.

then malamnya bapak aku pun ajak la isi sama-sama. dia belek-belek buku tu lepastu terselak kat satu kolej ni, Kolej Profesional MARA (KPM). memang tak pernah dengar pun sebelum ni pasal kolej tu. yang tau unikl je, takpon ikm kktm. masa belek buku tu baru tau banyak instituions under mara ni rupanya. gmi and kolej poly-tech mara pun under mara. and apa membuatkan titibe terbitnya sinar harapan untuk aku? (terharu sesorang time tulis ni wakaka tampo kang) ayah aku cakap ada course yang aku nak. aku pun cecepat intai. Diploma in English Communication (DECom). aku memang berangan nak sambung belajar Tesl dulu. or apape course berkaitan English. hari-hari berangan ngan nazira. tapi nazira pandai. opkos dapat ipta kan. 

walaupun takde la terer english tapi itu je la satu-satunya course yang aku rasa ada minat terhadapnya. sains dan sekutunya aku hancor, matematik lagila kenot go. pengsan cikgu samat kalau tau titibe aku amek akaun ke apa kan. takyah tunggu cikgu samat, mak aku pun fengsan jugak. haha. sejarah? masa form 5 kerja aku fail je sampai cekgu sejarah cakap kat aku sendiri, nanti result keluar jumpa cekgu, cekgu nak tahu result awak. dapat 5C weh. nasib baik kalau tak nangis cikgu tu. tapi aku memang tak minat history. baca aku suka nak ingat tu hadui la. tapi bapak aku degree in history tao. mak aku pulak maths & bio. nape la takleh turun sikit pun genetik tu. sian umi abah. mesti malu huhu. soryy abumi :(

ok berbalik pada cerita tadi. bila syarat kelayakan apa sume memang layak la untuk mohon. terus isi dengan semangatnya. kpm masatu ada 4 cawangan & decom ada kat indera mahkota, kuantan je. seronok la parents aku sebab kontan tu ibarat tempat jatuh lagikan dikenang la untuk kitorang (6 tahun bermastautin kat sana), IM plak dekat ngan umah tok sedara (tok hamid & mok romoh --tapi both husb & wife dah meninggal sekarang huhu). lepas dah isi tu tunggu la result dia. result dia keluar online. aku tak ingat pun nak check. masatu harapan dok letak kat rayuan uia lagi. titiba masa abah kat ofis, abah call. aku ingat lagi ayat abah; "tahniah! permohonan anda ke kpm berjaya". abah punya hepi tu macamkan dapat masuk unibesiti. sedih pulak bila ingat. dah la anak sulung kan. mesti kekawan dia dok tanya la dapat mana. huhu. sorry abah. masatu nak hepykan aku punya pasal, beli barang nak masuk sana cakap je nak apa. siap tuka fon lagi. tapi tukar fon sindri punya duit tabung haji la haha.

then 1 Julai 2006, register la kat sana. kebetulan kpmim bukak blok hostel pompuan yang baru. merasa la jadi perasmi dia. both abah umi macam sangat puas hati la. yuran pulak free je, bayar yuran daftar je RM250 kot tiap sem. hostel pun free. dapat elaun. dapat course aku nak. and ada campur sikit dengan course yang abah nak aku amek (abah nak sangat aku amek masscomm). so perjalanan hidup bermula la kat sana. jumpa kekawan yang superbest. lecturers superbest. aku taknak start bab kawan sebab nanti akan berjela. lagipun previous entries aku penuh pasai depa pon. haha. ingat lagi masa, babai2 family abah cakap, kakak kalau dapat rayuan uia tu takyah la pergi. abah rasa sini ok sangat dah. wuu nescaya instinct abah tu tepat. dan aku memang tak dapat pun uia tu. haha. tapi Allah dah tuliskan jodoh aku masih dengan uia cuma 3 tahun selepas itu. hehe. perancangan Allah tu sesuai dengan kemampuan kita. tak pernah salah. suma ada hikmah. bila fikir, kalau aku dapat uia, masuk matriks uia, ingat senang orang macam aku nak survive? silap haribulan terkandas setakat matriks. huhu.

and masa kat sana, ada sorang kawan sekolah, miza, tengah down sebab tak dapat sambung mana-mana. miza ni kire senasib la dengan aku dari segi result. tapi miza hebat maths. aku apa pun tarak. haha. then aku aku promot kpm kat miza. ada course business & account kalau dia minat. apa yang best kpm ni, those yang tak cukup kredit subjects pun boleh masuk, buat course persediaan dulu for 6 months (belajar maths, english & pengajian islam je kot xsilap). kalau result ok nanti boleh sambung diploma. so next sem tu miza pun berjaya la masuk kpmim, amek account. dengan bofren2 dia sekali dia angkut masuk. haha. miza pun macam happy la kat sana. antara yang hebat la dalam batch dia. manjang 4 flet. aku tompang bangga dapat tempias sikit-sikit la besfren ngan budak pandai. titibe ngaku besfren miza kan kat sana. wakaka hampeh tol. pastu dapat grad sama-sama Alhamdulillah. tapi lepastu aku ke uia dan miza ke usm. alhamdulillah still ada peluang sambung ipta. walaupun lambat dari orang lain. orang dah nak sibuk fyp aku masih adik-adik junior. tapi takpelah kan. rezeki yang Allah dah tulis. kena syukur :) aku siap masuk degree sama dengan adik aku mardhiah yg muda lagi 2 taon. dia matriks setahun. pastu dapat ukm. dah la tarih sama regis, tak macam kelam kabut mak ayah aku. sebbaik la area kl2 je jugak. dapat la jugak happykan abah. walopon dia tak sempat tau aku jadi apa sekarang kan. hehe.

haa aku sebenarnya nak cakap pasal dah habis bayaq hutang pt ja nih kenapa titiba promot kpm? hahaha. tapi serious, if ada sesapa yang tengah taktau nak continue study kat mana rasa result so-so je tu try la browse thru website upim kalau nak mintak kpm. kalau nak ke arah kemahiran2 ada ikm kktm suma. pun bagus jugak. jangan risau kalau belajar rerajin, senang nak continue degree kat ipta, kalau lagi terer ada chance mara hantar sambung oversea. batch aku ada 5-6 orang kot dapat sambung NZ. ada yang dah selamat jadi cekgu mrsm pun :) belajar kat memana pun sama je yang penting niat ikhlas nak belajar la kan. hehe. 

tu la bila aku macam down sikit tengok orang lain dah berkerjaya aku macam sedapkan hati, at least aku takde la nak kena fikir bayar hutang lagi. and besides, aku ni takdelah duduk je tak buat apa setahun ni. Allah bagi rezeki lagi kerja part time, berniaga apa suma kan, kenapa ko nak down sangatt *cekik sanad*

tapi untung memang untung belajar mara tanggung, dah habis ni kena selalu ingat la. its time to give back to the society. free free duit rakyat hokeh. doakan aku cecepat dapat kerja ya! hihi.

ps: maafkan entri takde matlamat ini haha.
terobek sikit. hihik.

Rabu, 20 Mei 2015

dedajah ;

huhui cepat cakap banner baru aku comel cepatt

hihihi.

semoga semangat sikit untuk membebel yang nak diceritakan tapi tergendala.

6.14am --didnt sleep a wink.

nak cuba tahan sampai isyak. yosh!

Selasa, 19 Mei 2015

hoi brain, stop talking to yourself ;


aku sedang mengalami masalah ini. bohoohoo.

macam sekarang dok tenung lappy boleh menguap dengan kekerapan sepuluh kali tiga minit. tapi bila aku rasa ok its time, lalu aku menutup lampu dan baring di katil, baca doa ayat kursi tiga kul apa suma, tarik incek selimut hebat dan pejam mata. lepas jee aku pejam mata tu kepala hotak aku macam kanak kanak hyper, bergerak tanpa henti. dari satu benda ke satu benda aku pikir. haduila.

intan cakap cuba jangan tidur siang. ada la jugak try sekali dua. takde hasil. tapi time aku tak try tu memang kalau siang boleh tidur dengan nyenyak. haha. tapi malam harusla takleh tido. pastu pakcik cakap try kosongkan fikiran dan juga otot otot muka. jangan fikir apape. time aku tak fikir tu pun aku boleh terfikir tanpa sedar. hmm... aku dah sampai tahap duduk dalam bilik gelap gelap tak bukak lampu pun tak rasa apa dah. dulu memang takut duduk dalam gelap sesorang. level takut yang tak masuk akal. kalo aku sesorang pastu tutup lak lampu, memang tu taknak bagi aku tido la tu. bergerak pun tak berani. kalo aku dah tidur org gi tutup lampu senyap2 pun aku boleh bangun. tapi skarang rasa bukak lampu macam serabut je la pulak. jadi aku pun turutkan lah kata hati yg mengada ni. haish lempang kang baru hang tao. lelama berani sikit, bukak pintu pastu bukak lampu toilet kat luar bagi ada cahaya masuk. ni dah 2 minggu aku tutup pintu tutup lampu nak amek feel punya pasal. huhu.

walaupun aku tetap rasa ni macam attitude aku je, jauh di sudut hati dah start risau jugak la. haha. kalau keje takleh tido malam pun at least esoknya kerja. aku pun cube la buat keje kekononnya pepagi seperti menyapu memvakuum mengemop menjemur baju dan sebagainya. namun tu suma boleh setel by 9 or 10. lepas tu aku dah tak sabar sabar dah nak tido. ishishish sungguh takda tokoh untuk menjadi surirumah. hahaha. boleh gila aku weh kalo jadi surirumah. mungkin kalau mak aku macam cakap, mak balik nih mesti suma keja dah siap dah masak apa suma kalu tidakkk rotann.. haa mebi aku rajin sikit ah. tapi sepatutnya seorang anak yang penganggur solehah takda apa mau buat kat rumah ringankanlaa sikit tugas mak kan. tak jadi aper. pastu sekarang aku perasan ummi macam malas nak masak, kire kalau aku malas jugak memang dia takkan masak. and kalau aku nak masak pun dia cakap masak je pape. nak taknak reti tak reti kena la jugak masak. 

ok tu je la. nak kompelin ni je. aku rasa macam dah dekat sebulan kot. biasala penyakit orang menganggur. bukan tak biasa sebenarnya.. tapi sebab aku dah berumur sikit aku rasa macam omg i kenot be like thisss

doakan aku boleh tidur.

sebab esok aku takleh ngelat bangun tengah hari sebab mak aku suruh pergi beli tv! kena pi dengan cikwa so kalau dia dah sampai baru bukak mata alamat kena bahanlaa sampai aidilfitri sok (walaupun dah biasa terjadi)

niteeeee~

Jumaat, 15 Mei 2015

SHINee's back back back 2015 ;

wuhuu setelah aku menyimpan jembalang fangirl ku selama hampir dua tahon.. akhirnya mereka kembalii. bayangkan last comeback diorang aku tengah final sem kat perkampungan atap biru (uia la mana lagik) tuh. cewah macam la dah lama sangat kan dah habis stadi..kahh.

mujuq ada lagi sisa sisa fangirl ni tersimpan di lubuk hati hahaha. kalau tak hilang dah feel. ampa lah ni awat lama sangat tah nak comeback. ish ish.

jadi mari menjamu mata dengan gambaq teaser. tapi disebabkan aku tak sempat stadi bebetul lagi apa tajuk single apa suma kita tengok gambaq ja la noh.

ini adalah their 4th album. tajuk diberi odd. konsep aku taktao sebab tak baca sangat . tapi macam biasa shinee punya konsep memang macam teka teki teka tekuk sikit. eh ke SM punya konsep cenggituh? haha. ada vid trailer ke apa tah pasal diorang diculik oleh gegadis. wahhh jangan marah okk fangirls sekalian. belakun ja tuhh..kekeke. tapi aku tak tengok lagi sebab takde sumber internet yang memberansangkan. dengar cite diorang punya title song (dah lama tak berkpop tak ingat dah term2 dia bantai ja lah noh) adalah ditulis oleh inche jonghyun. haruss dia mengembangkan bakat yang ada kann.

ok jom tengok gambar. tapi mintak maaf aku takde individual pics of other members sebab tak save kat fon. opkos la gambaq inchek onew jer aku save.. mihmih


lelagu dalam album nih. aku tepek je ni tak sempat baca pon. haha

ewah ewah oneww.. maen mata nampak. btw aku suke gambar ni. hihi.

ni aku pun taktau. sindrom peterpan barang kali. baju tuh da macam pajama pun ada.wakakak. kalo aku pos gambar lain mesti korang rasa onew punye paling pelik. cam biasa la onew dan pelik tak dapat dipisahkan kan.

yess nantikan.. 18.05.15
*gambar credit to LINE.

Selasa, 12 Mei 2015

aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu ;

*tengah dengar lagu Dealova semasa memikirkan tentang tajuk post. so yeah.

sebenarnya nak pos gambar pd tempoh hari. pastu ingat nak clearkan sikit lappy nih. nak delete bendabenda yang tak berguna termasok apps yang memang takkan bukak dah.

godek punya godek punya godek... menambahkan sakit jiwa dan menenatkan penyakit rindu jerrr. hahahaha geramm tao. mana taknya, nak uninstall skype & ym pergi bukak dulu & went thru old conversations. ya Allah rindu kat masa duludulu. tengok conversations dengan intan rasa berdosa gila sebab selalu takde untuk dia sekarang. masss maafkan akuu..huhu.

bukak folder Gemilang dok rindu uia. bukak folder gambar laaagi lah T_T

akhirnya aku membuat keputusan untuk leave them as they are. bukan suka sangat nak ingat tapi sayang nak delete huhu. rindu zaman belajar tapi kalau aku cakap ada lagi ke orang yang rindu zaman itu? mesti aku sorang jer. haha. rindu zaman mulutku macam longkang wahahaha. tadi sempat terbaca ym dengan si ayol dia cakap aku kalau bahan orang menusuk kalbu. tapi jumpa dedepan muka kemain inesen. haha. rasa macam dah beberapa orang je yang cakap camtu. tapi tu dulu ah. aku baca balik ayat ayat aku pun rase nak bagi pelempang pun ada gak. dulu fefeeling anak jantanz sangat kut. kalau tengok group chat kat skype lagi tepok dahi. merepek manjang. agaknya tu sebab aku tak penah ada bofren dulu. cakap ngan laki pon woi woi je. laki cakap lagi feminin dari aku. haha.

tapi suma tu dulu lah. bukan nak kata sekarang aku dah perempuan melayu terakhir. tapi zaman kekanak (kekanak awl 20-an) sangat fun. cakap kasaq kasaq kutuk mengutuk dedepan takde terasa pun. best best. tapi kalau sume orang sama je sampai sekarang pun payah jugak ye dak. bilanya nak matang seiring usia. cewahhh matang ke sekarang? haa jawab jawab. 

yang kelakar jumpa conversations ngan ilyas dia promot citer korea beria cite sinopsis haa. siap nak supply bagai lagi. yang ni aku kena bookmark dalam otak sebab nak tanya nazirah. korang dua layan citer korea sesama tak sekarang? haha.

scroll conversations ngan intan, rindunyaaa zaman kitorang sentiasa updet pasai memasing. rindu nak dengar intan membebel. sampai dok baca pun tak ingat dah sape watak lelaki yang intan dok kutok kahkah. pastu dudua dok rindu kpm lah, rindu megi telur ona la. rindu kpm tu sejak 6 taon lepas tapi tak perenahnya nak melawat kontan pun kitorang. ceh. rindu nak risau pasal ona samasama. sekarang ona punn da kawen. dulu dok risau ngan masalah cinta ona jer. dulu kalau ym ngan ona lak memang tak pernah benda serius pun. sakit jiwa layan kegedikan dia tuh. haha. yang kelakar dulu if one of us macam dah lain je, macam masalah dunia okk. sekarang ni kalo perasan pun suma anggap ada life memasing.. malas nak kacau & bizibodi. hmm..

conversations ngan kawankawan 3rd batch lak, manjanggg nak reunion. reunionnyer berapa kali je. macam tak caya sekarang ramai dah kawen dan beranak pinak. sekarang ni aku tengah macam tak caya dildil dah nak ada baby next month. homaii.. dulu time kesepian kat uia dia lah yang banyak menyelamatkan aku dengan mengambil dan membawak keluar.

pastu scroll2 lagik jumpa conversations ngan pkck. tahun 2009-10. lawak ok sebab dari dulu sampai sekarang memang keje nak lawan membahan je rupenye. cuma dulu memang gurau kasaq terok ah. cara aku becakap nauzubillahh tak sanggup aku baca. kahkah. ade 1 stetmen pkck, 'ko je la yg aku senang ati nk chat sebab leh kutok tanpa rase besalah'.. hahah ciss. alamak kutok banyak banyak dalam nie dibuatnye dia baca mati aku. haha. sori pak tiri :P

banyak gak la aku dok melayan sorang sorang tadi. conv dengan izanis yang penuh dgn nasihat2. izanis pun dah ada babyy huu. conv dengan nabel yang banyak cakap pasal life. conv dengan jebat yang banyak buat aku berfikir, selain dari memberi solusi masalah dan merepek kan. tapi ramai dah yang lost contact. bukan lost pun sebab zaman sekarang hilang nombor pun as long as ada fb tau je pekembangan memasing. segala macam apps chatting ada di hujung jari jeh, cuma dah tak bertanya khabar. huhu. suma dah dewasaaa dah nak 30. and here i am ranting about missing the old days yang dah 6-7 tahon lamanya. adeh -_-'

tapi kalau whatsapp dah ada time tu apa jadi agaknya kan. hangg memanjang agaknya fon aku bertenet je keje. huish nasib baek laa. dulu pon tak berapa nak belajar dah asek main tenet je. aku sempat rasa fon berwhatsapp2 nih masa final year je.


diorang ni tak payah rindu sebenarnya sebab jumpa selalu. tapi sebab aku tak puas ati takde lansung conversations ym ke skype ke ngan dorang maka hias pos ni dengan gambar nih. grr. this was 2009 during kpm's convo. fiza pun dah feminin masa ni aku still lagi acah acah anak jantan aperlaa..haha. parents aku takleh datang konvo so kakak kecik yang datang dan bawakkan aku. kira pura pura jadi family lah haritukan. kitorang sewa kete kat uia, tido hotel kat melaka. boon pun ikot sekali drivekan ke melaka pergi dan balik. oops tido hotel opkos la boon tak join kann. haha. baju kurong nak gi konvo pon diorang teman carikkan. aku ni rupanya dari konvo diploma sampai la nak keje pun jasa diorang. ish ish. jodoh pon boon pernah cube carikkan cuma mungkin memang takde jodoh, harapan boon tak kesampaian..haha. sian dia. tapi bukan salah boon pon. itu kerana aku adelah seorang yang memboringkan k.

haa sebab tu la kalau kena bebel dengan duorang ni aku redha haha.

ok dah pasni malas dah nak membebel pasal rindu (jangan caya stetmen nih).

eh tapi tak salah pun kalo kita rindu yang best best tau. yang tak best delete jangan ingat lansung. tahun 2009 aku dulu tak best pun sebenarnya walopon ada nomor 2 dan 9 haha. tapi aku tak ingat dah part yang sakit sakit tu sebab yang aku tau tahun tu paling best utk pacik hasdi sebab anak anak dia masuk unibesiti tarikh sama. hepi giler dia masatu.

and now, i feel better :)

Isnin, 11 Mei 2015

hari-hari hari mak ;

salam'alaykum,

so semalam adalah hari dimana ramai yang mengepos gambar mereka bersama ibunda memasing sambil mengucapkan kata-kata penghargaan & sayang dan sebagainya. ada yang mak takde fb pun wish jugak berjela hahaha, ok ok tak kutuk sebab aku pun buat camtu gak.

kitorang pun pakat wish jugak kat group whatsapp. kami adik beradik memang suma stok tak romentik. kat fb nak wish wish memang takdela (mungkin aku je buat kekadang), dalam group pun tak reti la nak tulis berjela bagi umi terharu sket ke kan. dalam hati banyak nak cakap woi terutama sekali terima kasih dan mintak ampun :'( hilmi je la yang romentik sikit kot (sebab kuat mengampu! haha). aku nombo 2 kot (kaki bodek jugak muahaha). eh tak tak nombo 1 opkos si alip mok. lupa pulak. dia juara bodek. ok dah dah. sambung citer. maka sesi mengewish pun berlaku. padahal mak kami bukak whatsapp suka suka ati dia je bila bila dia rasa nak. silap haribulan yang kami wish wish ni the week after baru mak baca.

pastu hilmi sebok la tunjuk gambar gambar jam suruh tanya umi ok ke tak. dah la umi dalam group tu satu hal. suruh jugak aku tunjuk gambaq tu kat umi. tak pehe aku ngn mung ni tau dok! (kecek broken in purpose). maka sesi perbincangan hadiah pun berlaku. ko tengok ko tengok. ada ke bincang nak kasik adiah kat mak dalam group mak kami boleh baca, very the tak surprise. aku pun cubalah hasut diorang kumpul duit beli cincin. sebab aku nak bagi cincin so kalau kumpul duit reramai leh beli yang mahai sikit. haha terer kan tektik aku. hilmi tetap dengan pendirian dia nak bagi jam. ok fine sukati ko ah dik. tapi madi termakan hasutan aku. haha bagos bagos. dia siap belagak lagi, "aku dah kumpoi duit ni ko dah ke?" amboi kau mementang la gaji aku bape ratos jer. cet. tengah hangat hangat berbincang, titiba


umi masokk. haha. suma terus krikk krikk. tak tau krikkrik part umi titiba masuk atau sebab ucapan ummi tu. ye baiklah ummi. insyaAllah kami cuba untuk jadi anak soleh solehah. nak jadi jambatan untuk ummi abah ke syurga dengan senang. huhu. ameen ya robbal'alamin. tapi sebenarnya aku sangatlah jauh dari solehah tu, huhu. kesian ummi dapat anak cam aku :(

the night sebelum tuh aku gigih la buat kek sempena hari ibu katenye. kebetulan mek (nenek aku) ngan tok ayah sampai malam tu. tapi aku boleh tahan jugak bijak, tengah nantok pegi buat kek yang banyak step. jenuh la tongkat kelopak mata. dah la tengah tengah buat tu menerima perkhabaran anak kuceng ditemui mati kat luar. masa nenek aku sampai tu la baru perasan. salah satu kelemahan aku adalah i cant handle death well. tak kire lah orang ke kuceng ke. kucing kat rumah ni pun dah berapa generasi dan dah berapa ekor dah mati pun mesti aku sedih beria. dah la yang mati tu feveret aku :( kesiannya dia. tak tau mati sebab apa. kami syak dia ada salah makan atau sakit, tapi tak perasan pulak dia macam lembik ke apa sebelum tu. huhu. and when it comes to death, mesti akan teringat abah giler punya. hilang mood nak buat kek. tapi dah separuh jalan dah pun. kekadang aku fikir agaknya Allah tak bagi aku tengok masa abah tengah nazak mungkin sebab aku tak mampu nak handle. aku sorang je yang takde masa abah pergi. tak sempat tengok. tapi aku sampai rumah pun tak tengok jugak abah. tak mampu. tak sanggup nak tengok abah dalam keadaan yang tinggal jasad je. tengok masa kiss abah for the last time je. huhu kakak minta maaf abah T_T


bukak moments we chat tengok fiza pos ni. bertambah lah sayu. tapi tersedar la kejap, aku sedih sedih ni ada orang lagi sedih dari aku. sambil baca tu sambil aku terbayang fiza punya phone calls dengan mak dia. sebab tiap kali aku lepak dengan fiza mesti dia akan call mak dia atau mak dia call. without fail. and memang mesti akan ada skrip pasal makan tu. pastu dia akan cakap dia dengan aku. aku sendiri kadang kadang macam rasa mak dia ada je lagi. terbayang kalau pegi rumah mak dia suh masok & kalau singah kedai mak dia, mak dia suruh makan. sebab mak dia sakit tiba tiba & kejap sangat kot. tu yang rasa macam mimpi je. 

aku pulak bila baca ni je baru la nak mesej dia. & 1st word dia cakap dia sangat sangat tak kuat. Allahurobbi. dah la masatu aku dok tengah teringat & rindu kat pacik hasdi. tak macam berjurai air mata pulak kan. aku just mampu cakap normal if rasa tak kuat sekarang. nanti suma akan ok slow slow. mampu cakap bedasarkan pengalaman dulu je la. kak kecik cakap sampai sekarang dia takleh gi kedai mak dia, rasa fobia dengan hospital, jalan yang nak gi ke hospital mak dia dulu pun dia takleh nak lalu. kesiannya. aku pun sama gak sebenarnya. spesis memang tak suke hospital, lagi berganda ganda la perasaan tak best dengan hospital. 6 bulan kot berumah kat hospital. bukan rumah kedua dah. memang berumah teros. aku ni yang balik kekadang. ummi dah memang jadi penghuni kat sana. ummi pun cakap dia nak tengok pintu pagar hosp kb tu pun taknak dah. aku bagitau kat kakak kecik camtu. dia pun cakap.. oo dia ingat dia dah tak betul dah sebab rasa suma tu, rupanya normal la eh. yup..normal kak. things will get better. kena sabar je. tapi aku tau bukan senang. fasa lost aku dulu lama kot. aku bernasib baik sebab ada beberapa kawan kat uia yang sangat caring & tak penah tinggal aku sesorang. kalau tak agaknya tak habis la stadi. hopefully kakak kecik cepat dapat kerja, biar dia busy2 sikit tak sempat nak fikir fikir sangat.

yer, statement ni siapa yang pernah rasa hilang parents je yang setuju & faham. aku pernah borak dengan nabil masa mak dia baru pergi dulu. dia pun cakap camni. takde sakit dan sedih lain dah yang boleh lawan. putus cinta 10 kali pun takleh lawan yang ni. nabil lagi la, dia tinggal berdua je dengan mak dia. sebab tu kekadang macam mana down pun aku rasa, aku kena bersyukur. sebab ramai lagi yang lagi sedih dari aku. huhu. kak kecik lagi emo, dia cakap pasni sape yang putus cinta nangeh2 depan dia, dia nak lempang. haha. ko siap kak, sok sok kalo ko becintaa berani la ko frust frust nangis. eh tak tak, kak kecik pasni dia kawen je takde dah becinta frust frust kan kan :P :P

jadi, pengajarannya hargailah parents kita selagi mereka ada. aku tau, cakap memang senang. memang ada time kita akan rasa steres atau tak sebulu atau tak setuju dengan parents kita. tu suma Allah nak uji kita, mampu tak kita tahan suma tu di usia tua mereka bila mak ayah kita dah tahan dengan kerenah kita dari hari pertama kita lahir? jangan sampai korang menyesal macam aku keyh. kalau boleh diputar masa, aku nak mintak maaf dengan abah hari hari. nak annoy abah call abah hari hari. 

sory entri emo emo je lately. duk rumah lelama camni la jadinya. tapi takpa. aku tengah fix diri nih. nak lari jap dari dunia fb instagram apa segala tuh. 

till then. chiow~

Rabu, 6 Mei 2015


bersepahnya fikiran dan perasaan.

mungkin lepas kemas bilik baru ok kot.

Isnin, 4 Mei 2015

haarapan setinggi gunongg ;


salam'alaykum,

tajuk tu sebab ummi ngan alip dok nyanyi laa lagu tu sepanjang hari harinih. lagu black dog bone. tajuk dia hatiku luka lagi. tapi dorang dok nyanyi part harapan setinggi gunung tu je la takde kuar dah lirik mahupun melodi lain. memang sebijik macam aku tulis kat tajuk tu. sabar jelah. kalau korang tak pernah dengar lagu tu cepat search youtube Black Dog Bone - Hatiku Luka Lagi. haha.

haluuu mayyy :)

bulan may agak eventful  untuk aku sebab bulan ni hari emak, hari cekgu dan harijadi puan emak. so bulan ni basicaaly bulan ummi hahaha.

tapi macam taktau la nak buat apa or bagi apa kat ummi. esok (5th may) beday ummi tao. dah simpan satu resepi caramel cheese cake tapi tadi ummi cakap lama dah tak makan red velvet. ambui tak tercapai lagi kemampuan nak buat tuh hahaha. nak bagi hadiah shawl ke apa mak aku lagi update dari aku weh. baru je nak introduce kat dia orang sekarang pakai instant shawl sarung dan lilit je rupanya umi dah pakai lama stail tu. aku je tak perasan. lupa pulak mak aku tu cekgu haruslah update bab tu. nak bagi handbag pun taste kitorang tak sama. tapi kalo dapat henbeg memang melompat gumbira cik puan aku tu aku tau da. tapi macam dah banyak je hendeg dia. jadi aku adalah buntu.

tapi aku ingat weekend ni nak ajak umi gi kedai mas. wahh habis anak mithali la ni beday mak bawak gi kedai emas?? wahaha. takde la. sebenarnya tempoh hari (dah lama la jugak) aku ade terjatuhkan cincin ummi dalam lubang tandas kat rumah gombak. memang stok jatuh tak jumpa jumpa dah. gila takut nak bagitau, aku dok pospon sampai sekarang. jadi aku plan nak belikan ummi cincin baru dan mengaku perbuatanku itu. haha. eh tapi aku pun taktau harga emas tengah best ke tak best eh sekarang?

duduk rumah tak buat apa ni menguji wei. paling kritikal bab waktu tidur la. selain waktu tidur kerja aku sekarang window shoppinggg je. sampai rase tanak bukak instagram dah. takott. masa keje aritu takda masa dan selera lahhh nak usha usha ig shop. tapi sekarangg. memang best window shopping kalau takde rasa sangat keinginan nak beli tu membuak buak. dia bila mai datang perasaan nak tu yang takleh nak bendung. tapi buat masa sekarang ni masih terkawal lagi napsu bukan-bukan tu. habis terok aku screenshot & tengok tengok before tido je la. haha.

selain instagram, pinterest pun aku suke belek jugak sekarang. sebab tengah bajet bajet nak makeover bilik la nak berkebun bagai ni, memang best search search kat pinterest sebab ada banyak tips yang best best. haritu kak jijah mintak tolong bagikan nama untuk kod quran baru pon aku tanya pinterest je. pkck tanya kaler kaen pun aku tanya pinterest gak. pastu dengan kompiden aku bagi nama. padahal taktau la betul ke tak. wahaha. pastu haritu teringat la jam yang telah tertangkap oleh pandangan aku (ter ok). dengan taktau nama tu aku main search je. boleh pulakk jumpa. adei. haritu tengok tapi ingat jam kanak kanak rupanya bukan. 


ni yang aku jumpa kat kedai auntie tu. santek weh.





 
ni satu lagi pattern. tak perasan ada ke tak kat kedai tu. tapi tak menangkap sangat kat mata aku.

yang ni pun semartt.. tapi takde kat kedai auntie tu haritu



haritu ada offer kot. memang murah sesangat je sebenarnya. orang baya aku tak pandang dah la jam peten gini cam budak sekulahh jer. haha. tapi comel kot. tapi sebab masatu aku dok kekonon aim nak digital punya yang tali gold so tak pandang sangat la. yang digital tu pun ada offer sekali ngan yang ni masetu. nasib baik laa tengah berbelah bahagi kalau tak memang beli dah. takpe, u masuk wishlist i dulu ye bersama sama dengan kamera instax mini 8 tu. i memang suka sangat kat uols tapi belum patut beli lagi. saba tau. jangan offmarket pulak yee. haha.

seronok kan window shoping kat tingkap laptop dan fon? haha. tapi bukan senang dan tak suma orang suka. ye la tengok je takdapat beli kan. tapi bagi aku ok la dapat cuci mata.


ni satu lagi wishlist. walopon orang cakap wane dia tak cantek. tapi aku sukaa *emoji mata lovelove* tapi puan besar kat umah ni dah beli untuk dia dulu. jeles hoi. takpa takpa, lagi beberapa tahun iols beli kat umi pulak. strateginya adalah haritu masa umi tengah pening nak pilih kaler aku hasut amik kaler ni. hihik. padahal memula ummi cakap tak lawa kaler cherry blossom nih. aku pun tak ingat aku cakap cane titiba sekarang nampak je axia kaler ni ummi cakap best jugak kaler rare. rare lah sangat kan. sebab tu ah sekarang nak prektis drive sampai terer.. nanti dia sampai ada la can dapat green lite untuk test drive kan kan. dah la minat, dok satu rumah, buleh tengok je. alangkah sedih. haha.

seronoknya laa berangan kann. kena puasa banyak banyak nih nak tahan napsu. padahal ganti ponn belum habih. haha.

ok nanti sambung bebel.

eh titiba kan cam seronok pulak bebel pasal wishlist. dia macam walaupun kita tak beli pun cam puas cakap pasal benda tu. nanti nak sambung ah. haha.

ok baii

toodles~