Sabtu, 23 Mei 2015

throwback post spm ;

salam'alaykum,


yeayy akhirnya aku bebas hutang ptptn wuhuu. cewah berlagak kemain. 

sebenarnya aku pinjam tak banyak pun. 4k++ je untuk 4 tahun. banyak tu je ptptn sudi bagi aku pinjam. sampai hati. dapat cover yuran hostel je. tuition fees kais pagi makan pagi je. k tipu. yuran belajar bapak aku la yang support opkos. pastu duit belanja pun kena merempat kat abah. aduhai miskin hokeh time kat uni. tapi ada hikmahnya la bila tak banyak tu. boleh la dengan kompiden nak bayar segedebuk kan. kebetulan ptptn buat kempen bayar lump sum dapat diskaun haritu. menggelabah la pegi bayaq. tapi tu pun sebenarnya punjam duit ummi dulu bayar pastu bayar balik kat dia hukhuk. tapi hutang ngan mak takde la kena munga munga centa layu di pusara tuh kann.

kekadang time duduk temenung mengenang nasib diri yang masih keje tanam anggur di usia nak dekat 27 ni dok mai la terfikir. aku ni kira patut bersyukur la. time diploma dulu pun belajar takde loan (buat diploma kt kolej profesional mara, yuran pengajian fully mara tanggung). dapat elaun lagik. RM265 sebulan haha ingat lagi. tapi sekarang dah banyak hokeh budak budak ni dapat. sebab adik aku imah pun belajar kt kpm sekarang. kalau tak berjodoh dengan kpm dulu sudah tentu aku belajar di mana-mana ipt swasta. sebab result spm aku teruk weh. memang takde la ipta nak pandang. 

aku ingat lagi lepas dapat result punya lah down. orang lain habis down pun masih layak dapat matriks. aku? motif sangat nak down kan korang. ish. haha. eh tapi aku tak ingat pulak mintak ke tak matriks dulu. tapi yang pasti kalo mintak pun konpem 200% takkan dapat. pastu UPU pon tak dapat. aduhai sedihnya lahai. rasa hopeless useless apa suma la. kawan kawan lak mostly dapat matriks. suma mei dah start belajar. aku masih terkapai mengenang nasib. pastu rayuan upu ada hati nak pilih uia, ikut kawan punya pasal. mak ayah aku baik gila takde sound ke apa pun. kalo aku la jadi mak aku masatu memang dah tengking dah. 

then satu hari mak aku ajak pergi pejabat MARA. amek borang ipt mara katenye. masatu mindset aku institusi pengajian mara suma course engineering. mestilaa aku takmau. memang bengang je masatu tapi layankan aje. dengan muka cemberut aku pun naikla ke pajabat mara kat batu caves kot beli borang dia. 10 hengget tak silap. nama dia UPIM (unit pusat institusi mara). aku pun tak ingat dah zaman aku dulu isi online ke tak. tapi beli borang bagai, manual la kot eh. tapi yang pasti dia bagi  sebijik buku yang ada institusi2 dia and courses aku boleh pilih la sekali dengan syarat kelayakan. aku pandang sebelah mata je buku tu, bia mak aku tengok sendiri layak ke tak layak anak dia apply.

then malamnya bapak aku pun ajak la isi sama-sama. dia belek-belek buku tu lepastu terselak kat satu kolej ni, Kolej Profesional MARA (KPM). memang tak pernah dengar pun sebelum ni pasal kolej tu. yang tau unikl je, takpon ikm kktm. masa belek buku tu baru tau banyak instituions under mara ni rupanya. gmi and kolej poly-tech mara pun under mara. and apa membuatkan titibe terbitnya sinar harapan untuk aku? (terharu sesorang time tulis ni wakaka tampo kang) ayah aku cakap ada course yang aku nak. aku pun cecepat intai. Diploma in English Communication (DECom). aku memang berangan nak sambung belajar Tesl dulu. or apape course berkaitan English. hari-hari berangan ngan nazira. tapi nazira pandai. opkos dapat ipta kan. 

walaupun takde la terer english tapi itu je la satu-satunya course yang aku rasa ada minat terhadapnya. sains dan sekutunya aku hancor, matematik lagila kenot go. pengsan cikgu samat kalau tau titibe aku amek akaun ke apa kan. takyah tunggu cikgu samat, mak aku pun fengsan jugak. haha. sejarah? masa form 5 kerja aku fail je sampai cekgu sejarah cakap kat aku sendiri, nanti result keluar jumpa cekgu, cekgu nak tahu result awak. dapat 5C weh. nasib baik kalau tak nangis cikgu tu. tapi aku memang tak minat history. baca aku suka nak ingat tu hadui la. tapi bapak aku degree in history tao. mak aku pulak maths & bio. nape la takleh turun sikit pun genetik tu. sian umi abah. mesti malu huhu. soryy abumi :(

ok berbalik pada cerita tadi. bila syarat kelayakan apa sume memang layak la untuk mohon. terus isi dengan semangatnya. kpm masatu ada 4 cawangan & decom ada kat indera mahkota, kuantan je. seronok la parents aku sebab kontan tu ibarat tempat jatuh lagikan dikenang la untuk kitorang (6 tahun bermastautin kat sana), IM plak dekat ngan umah tok sedara (tok hamid & mok romoh --tapi both husb & wife dah meninggal sekarang huhu). lepas dah isi tu tunggu la result dia. result dia keluar online. aku tak ingat pun nak check. masatu harapan dok letak kat rayuan uia lagi. titiba masa abah kat ofis, abah call. aku ingat lagi ayat abah; "tahniah! permohonan anda ke kpm berjaya". abah punya hepi tu macamkan dapat masuk unibesiti. sedih pulak bila ingat. dah la anak sulung kan. mesti kekawan dia dok tanya la dapat mana. huhu. sorry abah. masatu nak hepykan aku punya pasal, beli barang nak masuk sana cakap je nak apa. siap tuka fon lagi. tapi tukar fon sindri punya duit tabung haji la haha.

then 1 Julai 2006, register la kat sana. kebetulan kpmim bukak blok hostel pompuan yang baru. merasa la jadi perasmi dia. both abah umi macam sangat puas hati la. yuran pulak free je, bayar yuran daftar je RM250 kot tiap sem. hostel pun free. dapat elaun. dapat course aku nak. and ada campur sikit dengan course yang abah nak aku amek (abah nak sangat aku amek masscomm). so perjalanan hidup bermula la kat sana. jumpa kekawan yang superbest. lecturers superbest. aku taknak start bab kawan sebab nanti akan berjela. lagipun previous entries aku penuh pasai depa pon. haha. ingat lagi masa, babai2 family abah cakap, kakak kalau dapat rayuan uia tu takyah la pergi. abah rasa sini ok sangat dah. wuu nescaya instinct abah tu tepat. dan aku memang tak dapat pun uia tu. haha. tapi Allah dah tuliskan jodoh aku masih dengan uia cuma 3 tahun selepas itu. hehe. perancangan Allah tu sesuai dengan kemampuan kita. tak pernah salah. suma ada hikmah. bila fikir, kalau aku dapat uia, masuk matriks uia, ingat senang orang macam aku nak survive? silap haribulan terkandas setakat matriks. huhu.

and masa kat sana, ada sorang kawan sekolah, miza, tengah down sebab tak dapat sambung mana-mana. miza ni kire senasib la dengan aku dari segi result. tapi miza hebat maths. aku apa pun tarak. haha. then aku aku promot kpm kat miza. ada course business & account kalau dia minat. apa yang best kpm ni, those yang tak cukup kredit subjects pun boleh masuk, buat course persediaan dulu for 6 months (belajar maths, english & pengajian islam je kot xsilap). kalau result ok nanti boleh sambung diploma. so next sem tu miza pun berjaya la masuk kpmim, amek account. dengan bofren2 dia sekali dia angkut masuk. haha. miza pun macam happy la kat sana. antara yang hebat la dalam batch dia. manjang 4 flet. aku tompang bangga dapat tempias sikit-sikit la besfren ngan budak pandai. titibe ngaku besfren miza kan kat sana. wakaka hampeh tol. pastu dapat grad sama-sama Alhamdulillah. tapi lepastu aku ke uia dan miza ke usm. alhamdulillah still ada peluang sambung ipta. walaupun lambat dari orang lain. orang dah nak sibuk fyp aku masih adik-adik junior. tapi takpelah kan. rezeki yang Allah dah tulis. kena syukur :) aku siap masuk degree sama dengan adik aku mardhiah yg muda lagi 2 taon. dia matriks setahun. pastu dapat ukm. dah la tarih sama regis, tak macam kelam kabut mak ayah aku. sebbaik la area kl2 je jugak. dapat la jugak happykan abah. walopon dia tak sempat tau aku jadi apa sekarang kan. hehe.

haa aku sebenarnya nak cakap pasal dah habis bayaq hutang pt ja nih kenapa titiba promot kpm? hahaha. tapi serious, if ada sesapa yang tengah taktau nak continue study kat mana rasa result so-so je tu try la browse thru website upim kalau nak mintak kpm. kalau nak ke arah kemahiran2 ada ikm kktm suma. pun bagus jugak. jangan risau kalau belajar rerajin, senang nak continue degree kat ipta, kalau lagi terer ada chance mara hantar sambung oversea. batch aku ada 5-6 orang kot dapat sambung NZ. ada yang dah selamat jadi cekgu mrsm pun :) belajar kat memana pun sama je yang penting niat ikhlas nak belajar la kan. hehe. 

tu la bila aku macam down sikit tengok orang lain dah berkerjaya aku macam sedapkan hati, at least aku takde la nak kena fikir bayar hutang lagi. and besides, aku ni takdelah duduk je tak buat apa setahun ni. Allah bagi rezeki lagi kerja part time, berniaga apa suma kan, kenapa ko nak down sangatt *cekik sanad*

tapi untung memang untung belajar mara tanggung, dah habis ni kena selalu ingat la. its time to give back to the society. free free duit rakyat hokeh. doakan aku cecepat dapat kerja ya! hihi.

ps: maafkan entri takde matlamat ini haha.
terobek sikit. hihik.

1 ulasan:

Ashchronicles berkata...

serius suke bace nukilan syanad. santai + bittersweet. And dekat every post mesti ingatkan diri sendiri supaya syukur kat Allah.

Tahniah dah langsai hutang! :D Kire hebat la! kite habis belajar & keje lame dah syanad tp first payment tak buat lagi. Asek xmenyempat je nk pg usha kat Ptptn tu nk baya cemane. Kene pg pejabat kat Putrajaya bukak akaun dlu ke cemane?