Isnin, 11 Mei 2015

hari-hari hari mak ;

salam'alaykum,

so semalam adalah hari dimana ramai yang mengepos gambar mereka bersama ibunda memasing sambil mengucapkan kata-kata penghargaan & sayang dan sebagainya. ada yang mak takde fb pun wish jugak berjela hahaha, ok ok tak kutuk sebab aku pun buat camtu gak.

kitorang pun pakat wish jugak kat group whatsapp. kami adik beradik memang suma stok tak romentik. kat fb nak wish wish memang takdela (mungkin aku je buat kekadang), dalam group pun tak reti la nak tulis berjela bagi umi terharu sket ke kan. dalam hati banyak nak cakap woi terutama sekali terima kasih dan mintak ampun :'( hilmi je la yang romentik sikit kot (sebab kuat mengampu! haha). aku nombo 2 kot (kaki bodek jugak muahaha). eh tak tak nombo 1 opkos si alip mok. lupa pulak. dia juara bodek. ok dah dah. sambung citer. maka sesi mengewish pun berlaku. padahal mak kami bukak whatsapp suka suka ati dia je bila bila dia rasa nak. silap haribulan yang kami wish wish ni the week after baru mak baca.

pastu hilmi sebok la tunjuk gambar gambar jam suruh tanya umi ok ke tak. dah la umi dalam group tu satu hal. suruh jugak aku tunjuk gambaq tu kat umi. tak pehe aku ngn mung ni tau dok! (kecek broken in purpose). maka sesi perbincangan hadiah pun berlaku. ko tengok ko tengok. ada ke bincang nak kasik adiah kat mak dalam group mak kami boleh baca, very the tak surprise. aku pun cubalah hasut diorang kumpul duit beli cincin. sebab aku nak bagi cincin so kalau kumpul duit reramai leh beli yang mahai sikit. haha terer kan tektik aku. hilmi tetap dengan pendirian dia nak bagi jam. ok fine sukati ko ah dik. tapi madi termakan hasutan aku. haha bagos bagos. dia siap belagak lagi, "aku dah kumpoi duit ni ko dah ke?" amboi kau mementang la gaji aku bape ratos jer. cet. tengah hangat hangat berbincang, titiba


umi masokk. haha. suma terus krikk krikk. tak tau krikkrik part umi titiba masuk atau sebab ucapan ummi tu. ye baiklah ummi. insyaAllah kami cuba untuk jadi anak soleh solehah. nak jadi jambatan untuk ummi abah ke syurga dengan senang. huhu. ameen ya robbal'alamin. tapi sebenarnya aku sangatlah jauh dari solehah tu, huhu. kesian ummi dapat anak cam aku :(

the night sebelum tuh aku gigih la buat kek sempena hari ibu katenye. kebetulan mek (nenek aku) ngan tok ayah sampai malam tu. tapi aku boleh tahan jugak bijak, tengah nantok pegi buat kek yang banyak step. jenuh la tongkat kelopak mata. dah la tengah tengah buat tu menerima perkhabaran anak kuceng ditemui mati kat luar. masa nenek aku sampai tu la baru perasan. salah satu kelemahan aku adalah i cant handle death well. tak kire lah orang ke kuceng ke. kucing kat rumah ni pun dah berapa generasi dan dah berapa ekor dah mati pun mesti aku sedih beria. dah la yang mati tu feveret aku :( kesiannya dia. tak tau mati sebab apa. kami syak dia ada salah makan atau sakit, tapi tak perasan pulak dia macam lembik ke apa sebelum tu. huhu. and when it comes to death, mesti akan teringat abah giler punya. hilang mood nak buat kek. tapi dah separuh jalan dah pun. kekadang aku fikir agaknya Allah tak bagi aku tengok masa abah tengah nazak mungkin sebab aku tak mampu nak handle. aku sorang je yang takde masa abah pergi. tak sempat tengok. tapi aku sampai rumah pun tak tengok jugak abah. tak mampu. tak sanggup nak tengok abah dalam keadaan yang tinggal jasad je. tengok masa kiss abah for the last time je. huhu kakak minta maaf abah T_T


bukak moments we chat tengok fiza pos ni. bertambah lah sayu. tapi tersedar la kejap, aku sedih sedih ni ada orang lagi sedih dari aku. sambil baca tu sambil aku terbayang fiza punya phone calls dengan mak dia. sebab tiap kali aku lepak dengan fiza mesti dia akan call mak dia atau mak dia call. without fail. and memang mesti akan ada skrip pasal makan tu. pastu dia akan cakap dia dengan aku. aku sendiri kadang kadang macam rasa mak dia ada je lagi. terbayang kalau pegi rumah mak dia suh masok & kalau singah kedai mak dia, mak dia suruh makan. sebab mak dia sakit tiba tiba & kejap sangat kot. tu yang rasa macam mimpi je. 

aku pulak bila baca ni je baru la nak mesej dia. & 1st word dia cakap dia sangat sangat tak kuat. Allahurobbi. dah la masatu aku dok tengah teringat & rindu kat pacik hasdi. tak macam berjurai air mata pulak kan. aku just mampu cakap normal if rasa tak kuat sekarang. nanti suma akan ok slow slow. mampu cakap bedasarkan pengalaman dulu je la. kak kecik cakap sampai sekarang dia takleh gi kedai mak dia, rasa fobia dengan hospital, jalan yang nak gi ke hospital mak dia dulu pun dia takleh nak lalu. kesiannya. aku pun sama gak sebenarnya. spesis memang tak suke hospital, lagi berganda ganda la perasaan tak best dengan hospital. 6 bulan kot berumah kat hospital. bukan rumah kedua dah. memang berumah teros. aku ni yang balik kekadang. ummi dah memang jadi penghuni kat sana. ummi pun cakap dia nak tengok pintu pagar hosp kb tu pun taknak dah. aku bagitau kat kakak kecik camtu. dia pun cakap.. oo dia ingat dia dah tak betul dah sebab rasa suma tu, rupanya normal la eh. yup..normal kak. things will get better. kena sabar je. tapi aku tau bukan senang. fasa lost aku dulu lama kot. aku bernasib baik sebab ada beberapa kawan kat uia yang sangat caring & tak penah tinggal aku sesorang. kalau tak agaknya tak habis la stadi. hopefully kakak kecik cepat dapat kerja, biar dia busy2 sikit tak sempat nak fikir fikir sangat.

yer, statement ni siapa yang pernah rasa hilang parents je yang setuju & faham. aku pernah borak dengan nabil masa mak dia baru pergi dulu. dia pun cakap camni. takde sakit dan sedih lain dah yang boleh lawan. putus cinta 10 kali pun takleh lawan yang ni. nabil lagi la, dia tinggal berdua je dengan mak dia. sebab tu kekadang macam mana down pun aku rasa, aku kena bersyukur. sebab ramai lagi yang lagi sedih dari aku. huhu. kak kecik lagi emo, dia cakap pasni sape yang putus cinta nangeh2 depan dia, dia nak lempang. haha. ko siap kak, sok sok kalo ko becintaa berani la ko frust frust nangis. eh tak tak, kak kecik pasni dia kawen je takde dah becinta frust frust kan kan :P :P

jadi, pengajarannya hargailah parents kita selagi mereka ada. aku tau, cakap memang senang. memang ada time kita akan rasa steres atau tak sebulu atau tak setuju dengan parents kita. tu suma Allah nak uji kita, mampu tak kita tahan suma tu di usia tua mereka bila mak ayah kita dah tahan dengan kerenah kita dari hari pertama kita lahir? jangan sampai korang menyesal macam aku keyh. kalau boleh diputar masa, aku nak mintak maaf dengan abah hari hari. nak annoy abah call abah hari hari. 

sory entri emo emo je lately. duk rumah lelama camni la jadinya. tapi takpa. aku tengah fix diri nih. nak lari jap dari dunia fb instagram apa segala tuh. 

till then. chiow~

1 ulasan:

Ashchronicles berkata...

T__T sangat la betul. lagi2 kalau mase tua die sakit.. mmg perangai parents kite akan menjadi-jadi tp tu la ujian Allah kot. Kite nk cerita penyesalan ngan ayah kite mmg tak berkesudahan. Hari die meninggal tu pon, pagi tu sempat gaduh lagi.. huhu.. derhaka sangat. T__T Tapi moga boleh membantu die kelak di akhirat sane sebab dah jadi anak yg ntah pape kat dunia. huhu..

Anyway, mmg Allah nk uji sangat la. Bulan 1 hari tu putus cinta (la sangat.. but oh it hurts! yg membuatkan kite bengang dgn lelaki termasuklah ayah sendiri..huhu.. ampuuun abah).. pastu bulan 3 plak kene deal dengan kehilangan abah.

Sakit die lain. Dan effect die lain. Hilang bf buat kite down dan rase mcm hampeh semacam. Rase cam bodoh pon ade gak. And marah, don't forget that. Hilang mak ayah xrase sakit. Rase kebas. Xtaw nk rase ape. Mcm xpercaye ade jugak. Menyesal lah yang feeling yang paling ketara. Tp instead of rase nk guling2 kat lantai nanges seminggu, rase mcm nk bangkit, make the best of my life and make them proud. Either in this world or hereafter. Susah jugak kan.. dah biasa hidup dalam kelaghaan..

By the way, kelakar la korang discuss hadiah in group tuh.. hehe.. femili kitrg mother's day xde mende. Pos pon sebab syarikat punye effort je. Any celebrations is an opportunity for sales kan? hihi.. opportunistic btol