Jumaat, 28 Mac 2008
aku nak macam tu. atau paling kurang, pura pura buat macam tu.
haih, mengalah sudah.
setuju tak, walau macam mana rapat pun kita dengan orang yang paling rapat, pasti ada at least satu rahsia yang dia atau kita pendam. yang takkan diluahkan.
"sorry"
"takpe..tak kisa..dah lupe pon"
senyum. jadi sedayus mungkin.
ah benci.
Khamis, 27 Mac 2008
hidup bosan. gara gara assignment yang membukit. kurang drama. hidup tanpa drama tu bosan jugak kan?
minggu depan turn aku ngan nani untuk present SSI. society, the state and the individual. topik lapan, stratifikasi sosial: kasta, kelas, bangsa, etnisiti dan jantina. tujuh soalan yang jawapannya satu pun takde dalm buku. adalah juga, dalam 3 peratus. haih. mungkin haritu nanti, nani pura pura pengsan. aku pulak pura pura sawan babi. dalam perancangan lagi.
terfikir lagi nak tukar blog. dah mula rasa geli dalam usus dengan tulisan tulisan bodoh aku di belakang. rasanya dah puluh kali aku ulang yang sama. tapi masih lagi menghasilkan tulisan yang berupa carut marut. membencikan sapa sapa yang baca. haih. mungkin lagi 2 bulan aku jadi jijik dengan entri ni. mungkin aku tak patut ada blog.
*dushdush* (tumbuk diri sendiri)
takpayah tunggu 2 bulan. sekarang jugak aku dah jijik ngan apa aku tulis atas ni. yekyek.
aku rasa aku patut banyak tutup mulut. sebab 98% kesalahan yang aku buat biasanya sebab mulut aku. atau apa yang aku tulis. mungkin perlu banyak buka mulut untuk makan je. makan? mungkin aku perlu bergantung pada vitamin seumur hidup baru rasa lapar kot.
kena korek lubang kubur untuk w300i. tinggal nyawa ikan je. lepas ni aku nak beli fon lagi canggih. nokia 3310. haaaaa tak sabanye.
ada dua pilihan, tuka blog baru atau delete semua entri di belakang?
bye.
Rabu, 19 Mac 2008
Ahad, 16 Mac 2008
home is where the heart is.
- makan malam di luar dengan mak ayah. 2 kali.
- tengok tv same2. sekali.
- main comp game dengan mak & alip.
- keluar dengan mak.
- borak dengan helmi.
22 jam dari 24 jam sehari aku habiskan untuk online dan tidur. haih. aku dah mula rindu family even belum balik kolej. *double triple sighs*
assignments? jangan tanya. i'm going to bury myself in those assignments starting 3pm tomorow. hopefully.
okelah. signing off.
jangan malas2 & jangan sedih2.
adieu~
ps: dah beli kartrij dakwat printer. laptop dah bebas dari virus. skarang musim orang buat esaimen. bisnes dah boleh mula minggu depan. whipieeeeeee :D. oh erma, kamu baca blog saya eh? wahh malu2. hee. and ouh, ada orang kata aku outspoken. sebenarnya tak pun. siyesly. dun expect too much from me coz im just the plain boring-clueless kinda person. boleh jumpe memane pun. ghehee.
Jumaat, 14 Mac 2008
surat layang untuk aku.
dan sebenarnya.
yuna. indipendent singer-songwriter. im a fan already. thanx to erma. hee.
ini baru talent. bukan setakat masuk rancangan realiti tv sebab rasa kau boleh menyanyi.
haih. megi segera.
ps: dah hilang minat menulis. entri jadi makin lame dari sehari ke sehari. oh esok bangun awl, kononnya mau jogging di pantai belakang rumah. konon.
Selasa, 4 Mac 2008
Ahad, 2 Mac 2008
gathering hari ahad
kau minum air ape ni ha?
syhh, sirap la ni. ha ha.
lalaaa...... ade orang tu kan dia kan minum air gas.
ha???? siapa minum air gas tuuuu? nak kenaa ke....
mana ada. kite minum sirap laa..
jangan nak tipu ye. oh aku dah cakap banyak kali jangan minum air gas kau degil eh. nak kena ni..
ampun.. ampun..
bukkk..
ampun..
bukkk ..
*jatuh katil*
huish nightmare di siang hari. nasib mimpi. kalau tak, entah apa jadi.
pengajaran: lain kali jangan tidur siang. nanti otak lembab.
rasa sesuatu yang tak kena bila orang kata perkataan2 macam 'jangan jadi hipokrit' atau 'aku taksuka hipokrasi! pergi mati semua orang hipokrit'. rasa macam satu perasaan geli berjalan dalam usus. cuba kita tanya diri. selam kasi dalam. betul ke dalam hidup ni kita tak pernah hipokrit? tipu ah. mesti semua pun pernah. aku tak suka hipokrit tapi aku pun hipokrit. kalau aku tak hipokrit, mesti banyak musuh. takpun si babi hutan tu dah mati aku bunuh. terpaksa la hipokrit, biar satu dunia nampak kami salah. tak kisah. si babi tu, biarkan dulu hidup gembira. dia pun tengah hipokrit jugak tu. pura pura baik. kami ni, pura pura jahat je. ha ha. aku tau Tuhan tau siapa yang betul. dan aku tau ramai yang tau kebenaran. tapi nak buat macam mana, its all about hypocrisy aite?
bak kata orang orang hot yang bangga dengan shades besar, hipokrasi tu perlu untuk hidup.
takpe kalau gambar dalam friendster myspace semua pakai seksi, freehair. yang penting kat luar bertudung litup.
'helloow my mom tau taw i letak pic freehair dalam internet . dia tak kesah ponn. yang penting kat luar i pakai tudung. so why bother??'
hah. kesian mak kau. kau pulak dungu, period.
jangan salah faham. i'm not pointing this to those who are not wearing hijab. the day will come for you guys one day, aite? maksud aku, yang memang dah bertudung. jagalah apa yang patut korang jaga sebagai wanita bertudung. i'm not perfect either. seriously aku sendiri pun takut kalau aku cakap dan in the end aku pun sama terjebak. nauzubillah. dalam dunia sekarang ni, kita takboleh point yang tak bertudung tu as jahat dan yang bertudung tu baik. i've seen a lot of the other sides. aku bukan nak keluarkan entri kontroversi. atau menyemak tepi kain orang. perasan bagus dan sarkastik. ini isu sekarang. yang betul betul dah jadi dalam negara. dan Islam sendiri. kita sebenarnya tau mana baik dan buruk bukan? guna akal, bukan nafsu.
kalau kau tak tergolong. jangan terasa. dan kalau kau terasa, baik diam sebab kalau kau bising mungkin terbuka semua pekung di dada kau.
dermalah darah, jangan derma dara.
haih.
nafsu, jangan kau cari neraka.
peluang, ruang atau pilihan?
aku tak cari kolej kolej terkenal untuk nampak kaya. atau ipt awam untuk nampak pandai. aku hanya nak peluang untuk belajar. sebab impian aku 1 je. nak buat mak dan ayah bangga dengan aku. sebab sepanjang hidup aku, tak pernah buat mereka bangga pun.
insyaAllah kalau aku dapat further sana, terus masuk 2nd semester. prioriti pun untuk budak DeCOM dari kpm. degree 2 and a half years je. dan prospek kerja yang luas.
semoga Tuhan beri yang terbaik. amin.
chikkkkk, sini ambek nestum kau nih. ko jangan nak mengada makan megi tiap malam. dah tau perut kau tu salu lapa. belila makanan diner. aku hempuk nanti tau ah.
*haih*
tapi aku bahagia ada kawan kawan macam mereka.
they are my gula gula (: