Sabtu, 21 November 2015

cuti sekolah datang lagi ;

salam'alaykum,

cuti sekolah dah mulaaaa. selamat bercuti kanak kanak sekolah sekalian.

tapi aku tak cuti sangat pun. dah give up nak berharap pasal cuti. cuti guru from 28th sampai 12 disember je. itupun ada ura-ura mengatakan aku kena buat kelas intensif untuk bakal murid tahun 1 tahun depan. those yang tak berapa boleh lagi membaca tu. ye la sebab aku cikgu bm kan. jadi sape lagi yang paling selayaknya buat kelas tu. sebenarnya memang perlu la kelas tu supaya tak penat masa sesi persekolahan nanti kan. tapi sedikit sedih la. i have lots of plans cuti ni. which includes catching up with kesayangan kesayangan di kl. tapi nampaknya terkubur je la suma tu.

ni pun nak pergi penang trip ni sebenarnya belum start cuti guru lagi. tapi sebab aku taktau selamba je aku dah book tiket apa suma. pastu bila tahu haritu meroyanz la kejap. nasib mudir baik. dia cakap apply je la cuti. buat surat sikit. tapi sebab busy sangat haritu aku hantar borang cuti je. tak buat surat. fikir-fikir balik, asal nak buat surat lak? aku nak guna cuti rehat tahunan kot bukan kecemasan ke apa. so aku buat bodoh je dan mintak cuti 4 hari. puas hati. alang-alang tak dapat cuti tu kan.

kepanasan dan kepedihan di hati bertambah pulak dengan kesengkekan dan kekeringan dalam acc bank. haha. mujur la gi penang tak pakai duit sendiri pun. just keluar untuk pergi balik kb-kl je la. bulan 12 pulak takde gaji huhu. sebab belum confirm, dia akan bagi bulan 5 nanti. memang agak sakit la. tapi itupun mujur aku duduk kat rumah. sesak-sesak leh merempat ngan umi. 

i guess this is reality of life kan. takkan selamanya kita boleh jumpa kawan-kawan or share stories macam dulu. semua pun ada komitmen memasing kan. just sedikit sedih sebab dah janji nak jumpa nazira & zu. nak jumpa akak, mas, ds, lala fiza suma. banyak benda diorang nak share & cite. mesej & phone conv tak cukup sebenarnya. rasa bersalah coz i cant be there for them. diorang selalu ada untuk aku dulu. bila diorang macam sedih ke apa rasa macam kawan yang teruk. wuu sorry korang :( sedih bila duduk jauh ni. tapi nak buat macam mana kan. 

ok cukup la tu bebel. sebenarnya bersyukur sangat for what i have today. cuma kadang-kadang sisi selfish dalam diri ni rasa rindu nak macam yang dulu-dulu. padahal benda yang mustahil kita akan dapat balik dah kan.

ok nak sambung kemas barang, nak masak paprik, buat corn in cup dannn bersiap untuk naik bas ini malam.

happy weekend semuaaaa. till next update. banyak cerita dan gambar nak share ni haha. dasar janji dicapati kan sanad ni. ish ish.

toodles!~

yess everything will get better with coffee. teehehe

1 ulasan:

Hartini Hatta berkata...

Selamat cuti sekolah.

Jelez sangat pulak rasa. Hehe