Khamis, 27 Ogos 2015

bukan pos berkaitan pms ;

dulu intan pernah cakap,

ni kalau bagi maknyah rasa camane sakit dia senggugut sekali, konfem takde sape nak jadi maknyah.

sejak haritu tiap kali kak got ni mengamuk teruk aku otomatik rasa bengang dengan nyah nyah. entah kenapa. geramm je. korang sesenangg je nak tuko tuko jadi pompuan kann. nak sangat amek la sekali pakej yang sakit sakit tu. mohon kak nyah kak nyah jangan muncul depan aku time tengah dilawat kak got ni ye kalau tak sia-sia je kena pandang slek ngan aku. haha.


huu haraplaa esok dah ok. banyak keje ni. ada program sekulah kena overnite kat sekolah. adodoi. dah la kalau kak got datang dia bawak pakej malas nak makan, malas, mengantok dan sejuuuuk manjang. dia nak datang bawak pakej-pakej percutian cani patut time cuti ler bukan time bizi. pehe ke dok makcik gugottt

T_T

Rabu, 26 Ogos 2015

time why u run so fast i cannot kejar ;

kenapalaaaa rasa macam baru je ngadap kerja kejap sedar-sedar dah pukul 1am?? huuuu.

syioknya kalau dapat update belog dengan ayat camni:

wuhuuuu aku dah setel ketas peksaaa rph update latest selatest2nyaa daaan suma kerja dah siapppp

seronoknya hoii
tapi macam biasalah realiti tidak seindah mimpi. bahkan dalam mimpi ponn aku masih dalam keadaan tak siap kilija. haha. gila pathetic mimpi pun tak sudi nak bagi can feeling feeling siap kerja.

dah tau tak siap keje lagi mau update belog. saje sebab aku dah siap 10 soalan UB2 bm tahun 1 dan aku mauuuu


Ahad, 23 Ogos 2015

O.0

minggu ni kena siapkan soalan exam pulak.

huuu matapanda lagi.


lambat lagi ka nohh nak bercuti cutian. tiga minggu lagiiiiiiii harap bersabar lah panda oi. 

eh aku gajah bukan panda.


tengah carik gambar cik ajah ngantok jumpa gambaq cik apah tidoq pulak. alolo nantoknya dia


ok dah cukup. sekadar menghilangkan tensen. sebenarnya minggu ni orang dari musleh pulak nak mai tengok sekolah. last week ur school's hq yang datang audit. minggu ni musleh pulak. musleh ni yang buat kurikulum pendidikan sekolah2 bawah ikram. so depa nak mai tengok sekolah dan camana guru ngajar jugak. boleh tak iols nak mengelak sebab last week 3 orang je yang kena dan aku antara insan bertuah huhuhu. tanak la bertuah lagi disweek.

dan berharap agar kak gee yang selalu membuat lawatan berkala tiap bulan itu tidak mengamuk teruk-teruk minggu ni. huu.

k bai.

thanks for reading!
-lttlgjh-

Sabtu, 22 Ogos 2015

promosi MERDEKA! #sayajualquran ;

Salam'alaykum,


aku pernah bagitau kot kan aku dengan kak jijah (my bestie since 2001) sekarang jual al qur'an. dah setahun lebih sebenarnya tapi tak pernah promot kat sini. Alhamdulillah walaupun bisnes kami ni kecil-kecilan je, rasa happy dapat ajak more people to love & read qur'an. walaupun aku rasa bersalah jugak sebab yang lebih banyak fikir dan usahan untuk majukan @suratchenta (nama kedai kami hehe) adalah kak jijah herself. sian dia. nak citer pasal jatuh bangun rasanya masih awal lagi kot. kitorang pun masih bertatih2 lagi dalam dunia bisnes ni. doakan kami ya :)

haa ni nak habaq mai, kami buat sale sempena merdeka wuhuu. diskaun 10% untuk semua produk quran yang kami juai. nak tau quran apa? jom tengok di bawah.

Quran Pelangi Tasnim. Saiz A6. Harga selepas diskaun: RM 54. termasuk postage utk semenanjung

Quran Pelangi Najwa. Saiz A6. Harga selepas diskaun: RM 54. termasuk postage utk semenanjung


Quran Pelangi Burhan. Saiz A5. Harga selepas diskaun: RM 72. termasuk postage utk semenanjung

Quran Pelangi Raihan. Saiz A6. Harga selepas diskaun: RM 54. termasuk postage utk semenanjung
Quran Pelangi Al-Fateh. Saiz A5. Harga selepas diskaun: RM 90. termasuk postage utk semenanjung


bahagian dalam semua jenis quran pelangi tajwid




haa ni pulak Quran Digital MyQalam. sama macam yang dijual dalam astro goshop (kalau biasa tengok channel tu..hehe. Harga untuk satu set selepas diskaun RM189

Quran Terjemahan Perkata Al-Hadi. sesuai untuk yang sedang belajar quran dan tajwid. Harga selepas diskaun: Saiz A4 (RM99) Saiz B5 (RM72)

ni lah dia antara quran yang kami jual. kalau nak request quran jenis lain pun kami boleh tolong tengokkan kalau ada supplier/publisher kami keluarkan. sebab kami kekadang tak promot suma produk.

anything nak tanya atau nak order boleh contact:
013 3558329 (me)
017 2493927 (izzah)

thanks for reading!
-lttlgjh-

Jumaat, 21 Ogos 2015

eid 2015 ;

salam'alaykum,

amboii dah habis syawal baru nak update cite raya kaan. ok sebenarnya takde cerita sangat pun. nak update gambar yang tak seberapa.

haritu dah citer kot, tahun ni kami raya kat rumah je. hilmi & fatimah khamis pagi baru sampai dari kl. mardhiah pulak malam raya baru balik. nak senang maka berpagi raya di kok lanas saja lah kite.

tahun ni ummi berkobar nak buat ketupat. layankan aje. first time buat hokeh. ummi cakap tukang bungkus aku sebab aku tiap tahun mengadap tok mek tiap kali orang tua tu buat ketupat. ye bener bukk tapi saya sampai kini gak pandeii. haha

haa nindiaa. kita panggil ketupat daun palas. sebenarnya seumur hidup ni je la ketupat yang aku pernah makan. walopon tak gemar sangat sebab kureng sikit dengan pulut. aku bungkus sikit je. sebab daun palas tak molek sangat. asyik terkoyak je. ummi tak puas hati sebab dia cakap kurang garam. takpe mi, next time kita try lagi hokeh.

tahun ni juga  first time aku membagi duit raya. ye la tahun lepas belum kerja lagi kan. excited hokeh. dapat pulak sampul duit raya eksklusif from suratchenta. pree op cass..kiki

seronot dapat bagi duit raya. tapi duit aku bukan fresh from bank. sebab aku tuka duit kat koperasi sekolah je. haha. rupanya sampul banyak lagi kak jijah cakap. kalau tau mintak dia pos banyak banyak. aku mintak sikit je la sebab takut habis nak bagi kat customer. kalau tak boleh bagi sampul kat sesape. ni kat rumah pun ada banyak lagi kak jijah baru pos. siapa rasa macam nak tu bagitau la yer. manatau raya haji nak guna ke kan. hehe.


malam raya kami pi ambik madi kat airport. sesat barat padahal kat pengkalan chepa je. driver taknak caya signboard, nak waze je pastu dia taip salah, waze bawak gi jalan lapangan terbang bukan lapangan terbang. masa waze cakap "we're here!" kitorang berada dia area kawasan perindustrian. kilang je sume. dengan gelapnya. dengan dia guna suara budak kecik. very the creepy hokeh. sabau je le. sebab dia hilmi, aku redhakan je. tapi masatu boleh gelak jela kan sambil membebel. tapi akhirnya selamat sampai. dah ambik madi singgah umah ayah ngah di taman guru, ummi kirim ketupat dan kuih muih sikit. ummi tak ikut haritu. macik aku (mok ha) ni jenis sentimental sikit. tengok kami 5 beradik  datang rumah dia boleh sedih pulak. ye la biasanya datang dengan ummi abah kan. agaknya dia rasa macam dah besar kot. takpon macam sedih tengok bebudak ni takde parents. hehe. dalam both family ummi abah kitorang je la rasanya yang ayah dah takde. kira macam 1st anak2 yatim la. so suma nampak kitorang macam simpati la kot agaknya. tapi kitorang ok je sebenarnya. biasa la tu kan. papepon life must go on. huhu.

dah gerak balik tu disebabkan umah ayah ngah mok ha ni dekat area wakaf che yeh, ada la yang nak singgah uptown kan. dia punya jammed kat situ takyah cakap laa. malam raya tak malam raya peduli hape. padaaat sangat. tapi sebab driver dah sanggup kan maka kita redah. parking jauh baq hang. nasib suma jenis tak kesah bab jalan jalan ni. hilmi nak beli baju melayu katenye. tema dengan family sendiri tu yang lain. harus kena beli tema family bakal mertua jugak khenn. aku tak beli pape pun. belanja alip baju melayu satu untuk dia pakai gi solat jumaat. pastu beli kopi. nikmatt dapat minum kopi. titiba aku rasa wakaf che yeh banyak barang lelaki dari pompuan. pukul 2am ++ atas jalan lagi. tak senonoh betul kan. kalau kat umah tok ayah mesti best kumpul reramai malam raya. tapi nak buat cane kan takde rezeki.

then esoknya, pagi 1 syawal. suma liat nak bangun. mana taknya. balik bukan reti terus tido, beborak begurau apa suma. pastu pagi liat nak bangun. but Alhamdulillah we managed to go for solat sunat aidilfitri. biasa kalau kat kampung tak dapat pergi pun. sebab kereta penuh, kena jaga budak, rumah dan sebagainya. adik beradik ummi ramai. kalau suma anak cucu balik, toilet ada satu memang kaum hawa kena bagi yang lelaki mandi dulu ler nak taknak kan.

lepas solat raya, salam mintak maaf dengan ummi. yang ni pun first time kami buat. before ni memang tak pernah. raya kat kampung balik solat terus serbu makanan kan. kekadang je ada salam-salam ni. tu pun dengan mek & tok ayah. tak pun salam untuk dapat duit raya. takde la mintak-mintak maaf ni. kesian abah, tak sempat rasa. harusss very the awkward kan, mintak maaf depan orang lain. nak cakap apa pun tak terkuar. cakap ayat paling simple pastu gelak kuat2 sebab awkward. haha.

tapi yang lelaki harus paling drama.


ummi: hah, bila nak nikah?
hilmi: umi, abang nak tunang hujung taun ni, siyes ni.


-_-' saba je lah kan dua beranak ni.


yang ni hari hari memang drama dah. drama dia start tiap petang dekat maghrib bila budak ni balik dari main.


terlebih skema plak taktao awat


the girls


no 5, no 4, no 2
lepas salam-salam, terus ke makam ayahanda. huhu. lamanya tak melawat abah. bersalah rasanya. Al Fatihah.. Alhamdulillah dapat juga pergi kubur on 1st syawal. last 2 years tak dapat pun. kawasan perkuburan dah tak semak macam dulu. lapang je. nanti nak pi tanam pokok bunga 10am la.

balik dari kubur tu baru fikir nak makan apa. kami tak masak pun pagi raya sebab plan nak balik gua musang straight after solat raya & pergi kubur la. tapi umi cakap, lepak la dulu kemas-kemas rumah kemas barang apa suma. esoknya (2 syawal) depa yang kt gua musang suma nak mai tido kok lanas. sebab nak pergi meminang untuk cik di. ingat nak goreng mihun je. pastu titiba alip bersuara, "jom makan kepsi alif belanja". dia baru dapat duit raya dari aku terus nak belanja suma orang. bagus bagus. andd to kepsi we went. haha. tapi drive thru je. maka itulah juadah pagi raya kami. malu aku masa usrah haritu kak huda tanya apa juadah pagi raya. takkan nak tipu. tepakse cakap. haha.

dah makan makan kenyang kenyang agak-agak apa jadi kat kitorang yang semamangnya semalam dekat subuh baru tido? haruss mengantuk kan. ummi cakap ok kita gerak lepas zohor je la. yess boleh rehatkan mata kejap. tido tak sedar apa bangun-bangun rumah sunyi je. tengok ummi je tengah kat dapur. yang lain tengok tv n tido. then ummi cakap, ishh malas kan nak redah jem 2 jam pastu esok nak gerak sini balik. last sekali decided tak payahla balik GM. lagipun diorang nak datang sini jugak. esok je jumpa. maka begitulah akhirnya 1st raya kami. hihihi.

esoknya baru masak sedap-sedap makan sedap-sedap.

3rd syawal, pergi meminang untuk pakcikku, cikdi. yang ni memang dah lama sangat la duk bising pasal kawin. last sekali jumpa jugak Alhamdulillah. orang pengkalan kubur. bawah ni gambar yang sempat snap. (dah malas nak taip ni sebenarnya. haha)


singgah solat kat masjid. ye ye berkumpul tunggu nak gerak. rupanya rumah tunang cikdi bebetul depan mesjid. cantek ah. makcik2 cakap senang la nak berarak bawak dulang hantaran time kawen nanti. kita buat port kat mesjid je. hihi.


yang baju biru nebes. sampai takleh drive. takleh blah tao. haha.

masa merisik tu kelakar jugak. since diorang ni takde la bercinta sangat pun. baru je kenal (bakal makcik kawan dengan kazen aku, mija. kira mija la kenenkan). cikdi ni jenis organized sikit, dia nak buat pape esp melibatkan duit pikir lama hokeh. so kalau ikut plan dia, nak kawen bulan 6 next year. tapi dia cakap family perempuan nak raya cina. tapi pada hari pertunangan family belah permpuan nak mintak time raya haji. muahaha.

harus kitorang suka. tapi dia boleh menjawab pulak kat situ, "ish raya haji awal sangat tu nak prepare". memakcik suma bengang je. pastu family kitorang bukan nak backup cikdi, titiba pakcik nyampuk, tu la lagi awal lagi bagus. diam terus membe.

ni lah dia bakal makcik ku. cik mar. sebaya je dengan aku. masuk ni dah 3 orang dah makcik sebaya. memang pakcik2 suka kawen ngan 88-line kot noh.

alhamdulilllah selesai. tapi family perempuan bagus la. makcik dia cakap tak kisah la pasal belanja (kat sini hantaran, mas kawen suma dia panggil belanja), buat setakat mampu je. dorang just kalau boleh taknak tunang lelama je la. kenduri simple simple sudah. bagusnya. susah nak jumpa sekarang kan. aku ngan intan selalu berangan nanti kalau kawen nak simple je. tapi intan macam tak kesampaian kot sebab cik ani nak grand grand la anak tunggal perempuan. sabaq ye intan. haha.

so akhirnya decided untuk nikah raya haji ni insyaAllah. aku telah ditugaskan untuk mencari quran, telekung dan sejadah. biasalah dah ada cop kat dahi saudagar quran kan. so orang expect aku tau la kat mana nak cari. haha. padahal takk punn.. nangis nak cari katne nak beli telekung cantik tapi tak mahai sangat ni. kang tekezut pulak pacik aku kalau beli telekung 2-3ratus kan.

cikdi ni antara pakcik yang rapat jugak la ngan kitorang. so him getting married adalah sangat menghepikan kami juga. walopon kekadang dia cam annoying jugak kan. hakhak. tapi ok lah, aku dari kecik kerja nak annoy dia je. dulu dia la yang ajar aku nak basikal roda dua. umur 5 ke 6 tahun masetu. zaman kita dulu tadika pun dah pandai naik mountain bike yang saiz dua kali ganda dari badan. budak sekarang darjah 2 pun belum tentu mak ayah bagi main beskal jejauh. bahayaa ok.

ok disebabkan rumah family belah perempuan sekangkang keraa je dengan kawasan bebas cukai pengkalan kubur tu, tak best la kalu tak singgah kan. buat lawatan ke dalam tu pulak kejap. tapi harga tak muirah sangat pun sekarang. ade certain baramg yang kat luar lagi murah. kalau nak beli coklat daim tu boleh le.

sempadan Tak Bai


dah tak nebes
timohh

zhafran nufaillll. hyperrr tapi bukan jenis teraburkan barang la. kaki je tak lekat kat satu-satu tempat. bejalann je. kemain susah nak jumpa sikenit ni. managed ajak dia selfie. ni pun nampak tak dia dah tak sabar nak melepaskan diri.

dan aku telah tershopping cadar dan comforter. haha. ummi hasut. aku memang. kalau pergi satu-satu tempat tanpa niat nak beli pape tu alamatnya belum tentu la keluar dengan tangan kosong. tapi murah je wei. rm65 cadar, sarung bantal & comforter. rasa bijak sangat dapat beli barang murah kan. kain pun ok la. tapi sebenarnya takde function pun kalau beli comforter. sebab aku mesti akan nak tido dengan selimot hikmat jugakk. haha. musim musim panas ni ko ingat best nak beselubung dengan comforter tebal2 tu. mestilah tak. tunggu kita kaya nanti kita install aircon sebijik.

cacat pemandangan ada bantal busuk, kain batik busuk, simot busuk. but who cares. haha

dah habis cerita raya. nanti raya haji pulak.

thanks for reading!
-lttlgjh-

Ahad, 16 Ogos 2015

a caffeinated week ;


yes this week gonna be a really caffeinated one. sorry air masak.

semoga dapat melaluinya dengan tabah. huu T_T

dan semoga semuanya bakal berjalan dengan lancar. ameen.

i should quit procrastinating. serius la da dekat 10 tahun azam yang sama tapi hampeh. pastu bila dah last minit mula la sakit jiwa nak siapkan kerja. haih.

ok bye

Rabu, 12 Ogos 2015

nak jadi supercekgu tapi... ;


lupakan sebentar stres kerja. tengok vid bebudak comel ni. 

aku dah lama dah tak update korean variety shows atau drama atau kpop ni. tapi ni je la the only show yang aku update sikit-sikit. 

comel sangat perangai depa ni. kekadang tu boleh guna pakai juga sikit-sikit cara diorang didik anak tu kat sekolah. eversince aku kerja kat environment kanak-kanak ribena ni makin minat jugak la dengan bab bab psikologi kekanak ni. 

nak tekel perangai kanak-kanak ni memang la kena sabo sesangat. aku ni kekadang aku dengan budak-budak pun sama naik. hadoi. lately pulak banyak kes la bebudak ni. bukan lah tahap masalah sosial remaja. kira kalau dengar pun korang akan rasa alaa bebudak benda kecik je ni. tapi benda yang kita rasa kecik ni la kalau biar nanti akan jadi masalah besar bila depa dah meningkat remaja.

minggu ni je kes ambik barang orang dan macam-macam la. yang ambik barang orang ni bukan sebab dia takde barang tu. saja ambik, sorok pastu petik nama orang lain jadi mangsa kena tuduh. dah dua tiga kali aku perasan. baru ni dia keluarkan barang dari pencil case sorang budak ni, letak bawah meja kawan sorang lagi. pastu dia bagitau la budak tu kawan ni yang buat. budak lain suma percaya. tapi kantoi sebab kawan tu haritu tak mai sekolah pun bila pulak dia nak buat kerja tu. ha menangis kau kena soal siasat ngan aku. tapi tetapp tanak mengaku. ni 2nd time dia kantoi ngan aku. bahaya takut jadi habit sampai besar. & kena tau juga kenapa dia jadi camtu, mungkin biasa main prank2 camtu ke ngan siblings kan. dan yang penting kena tegur dan bagi nasihat yang buat dia serik nak ulang la. baru darjah satu hokeh.

yang 2nd pulak kes mistik dan misteri. haa seram kan. budak ni dari awal tahun memang keja sampai sekolah menangis. balik sekolah tak sempat kelas fardhu ain mintak call mama dia suh ambik. memula aku malas layan. aku anggap budak ni manja je. takleh layan sangat sebab ini bukan tadika. nanti naik lemak la tiap kali nangis dia terlepas dari perhimpunan ke apa kan. pastu dah masuk pertengahan tahun dia buat lagi. cikgu kelas dia tanya la kenapa. luckily syuhada ni graduate psych dia memang terer sikit la saiko budak. tanya punya tanya dia cakap ada orang ikut & kacau dia. bila tanya dia macam taknak bagitau. then dia cakap la orang warna hitam ke baju hitam entah dok ikut dia. ok meremang bulu roma kejap. then syuhada bagitau mama dia & suggest la bawak jumpa ustaz ke cane. pastu lama budak tu tak datang sekolah. syuhada cakap mak dia dah bawak & ustaz cakap takde pape. dah siap pergi hospital apa suma dah. tapi dia datang sekolah still menangis macam biasa & cakap benda sama. baru ni titiba je sakit kaki takleh jalan. padahal pegi sekolah elok je. beria dia menangis macam suffer gila je. aku ni kekadang kijam jugak, tak layan sangat. suruh jugak dia try jalan. sebenarnya nak tengok betui ke atau drama. memang takleh gerak. dah tak pasal satu hari kawan sebelah tolong hantarkan kerja dia, bawakkan pinggan makan dalam kelas. still taktau kenapa sebenarnya. 

ada yang anak orang kaya bawak ratus ratus gi sekolah. agak agak berkenan barang member bagi je duit. dahla baru tahun satu, suma stok tak kenal duit. beli belon sekeping 2 hengget la. sharpener 20sen bayor 5 hengget la. pening kepala. tu belum yang jenis memang aku tak tau la ada saka ke apa, takleh marah nanti dia mengamuk. cikgu pun sampai biar je dia nak buat apa pun dalam kelas. aku pun malas layan jugak jenis camni tapi kalau dia kacau orang lain nak belajar, dengan saka saka aku la nak mengamuk kan. hari tu terlepas tengking dia sambil cakap, "jangan nak buat perangai orang sakit jiwa boleh tak kat sini?" haa diam terus satu kelas. masatu dah redha jugak habisla budak ni ngamuk baling kerusi ke apa. aku buat tak nampak je dia pastu titiba dia tanya baik-baik nak salin dalam buku ke yang aku tulis kat depan tu. haihhh jawab je la baik-baik. gi tempat dia tunjuk ajar balik satu-satu. yang ni kira dah besar jugak dah ni darjah 4.

1 thing aku belajaq bila jadi cikgu ni adalah jangan ambik personally sangat perangai budak-budak ni. time dia buathal kita marah cane pun tapi nanti dia dah behave takleh la sambung dah merajuk kita tu. ego memang kena korbankan la. budak bukan reti apa pun kekadang. dia tak faham pun consequences kepada perbuatan dia tu. kalau aku jerit bergegar sekolah pun hanya berjaya buat dia senyap beberapa ketika jer. kena explain kenapa dia takleh buat camtu. tapiiii, cakap memang sonang. dengan kelas yang bising, cuaca yang panas, perut yang lapar, kaki yang lenguh sebab berjalan ke depan ke belakang kelas, tekak yang sakit ulang benda sama 10 kali memang terkeluar jugak suara jantanku. huhu. pastu cam biasa malam sebelum tido dok nyesal pastu esok buat lagi haha.

lagi satu aku kena banyak belajaq mengawal mulut dari kuarkan bahasa yang tak sepatutnya. susah okk sebab kat rumah pun kalau alip buat hal kuar jugak ayat-ayat tak sepatutnya tu. pastu kita ni bukan jenis mulut yang berakhlak sangat kann.

haih rasa macam nak sambung belajaq ambik childhood education pun ada tao.

comel kan kembaq 3 orang tu. minguk tu comel je tolong lapkan cucikan suma. kalau jadik parents depa mesti sejuuuuk je hati rasa. aku yang tengok ni je pun terharu. baru 3 tahun hokeh. memang respek cara song il kook didik anak2 dia. 

akhir kata nak share sikit kata-kata:

"happiness & bahagia tu akan datang bila kita gembirakan orang lain tanpa mengharapkan apa-apa balasan."

kalau kita rasa kita dah banyak dah berkorban untuk orang tapi rasa macam tak happy & tak puas hati tu means kena check balik la niat kita kan. huhu

teringat pulak mudir selalu pesan. dalam setiap perbuatan, pekerjaan & aktiviti kita seharian, kena sentiasa tajdid niat (perbetulkan/perbaharui niat). kena niat kerana Allah. niat nak dapat redha Allah. memang kekadang susah bila kita dah penat tu kan. aku pun still lagi mencuba ni. huhu

ps: maafkan pos yang asyik berkisar tentang keluhan kat tempat kerja je. bukan nak mengeluh sebenarnya. dan bukan tak suka sebenarnya. saje nak bebel kasik hilang steres. hehe 

Ahad, 9 Ogos 2015

hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik baik saja ;

salam'alaykum,

sila baca tajuk tu sambil nyanyi lagu Dewa - Hadapi Dengan Senyuman ye :)

bulan stres sudah bermula. tapi aku tak buat preparation pun prior menghadapi bulan stres ini malahan telah menangguh rph berminggu lamanya. huuuu *nangis sambil gigit simut*

lagi berapa minggu ada ujian bulanan 2. so harus kena buat ketas peksa. pastu bos kb nak mai audit ni dalam masa tedekat tatau bila iols very the nebes. pastu nanti ada sambutan hari kekanak peringkat negeri kena cari sajak untuk budak punya persembahan adui. ada yang cipta sajak sendiri nanti kang. tu pun nasib baik mudir pergi meeting & they decided to tukar persembahan kepada sajak. asalnya sekolah kami kena buat persembahan nyanyian dan aku yang kena handle. alasan mudir aku nampak macam minat je benda nyanyi nyanyi nih. amboi2 kemain lagi dia serkap jarang. tapi memang masa sekolah rendah dulu aku gigih join nasyid ngan koir sekulah pun *gelak tutup mulut*

banyak benda tangguh nak cite kan. adeh maafin guwe wahai belog (malu nak ngaku ada reader buat-buat macam cite kat belog, belog yang baca)

stres buat kerja main game kekononnya. makin sakit kepala aku main game sebab asyik kalah =_= pastu musim durian yang tidak membantu. sekarang ni bau durian pun dah bikin kepala pusing. padahal aku ni makan je durian. dulu-dulu takde limit la orang kata boleh makan tu. cuma tak tahap gila sangat lagi la. sekarang ni makan dua ulas pun dah pening. kekadang bau pun dah sakit kepala. tatau la kalau sebab aku ada consume pape vitamin yang mendatangkan alergi kepada durian ke kan. adoi saba je la. dah titiba cakap pasal durian pulak kan. gua tengah pening ni woi rumah semerbak bau durian mak aku gi amek kat umah makcik tadi.

ok itu sajalah bebelan untuk kali ini. harapan aku masih sama semoga by this week rph aku akan updated dengan jayanya. aja aja fighting! *jerit sesorang*


sangatlah akuu.. haha

 love,
procrastinator teacher
 

gambar penghilang stres hari ni jatuh kepada... sikenit ammar. anak cikwa. dia dah boleh jalann wuhuu. tapi very the jual mahal. takleh berenggang langsung dengan abah dia. menambahkan geram aku saje. cepat sikit besa dan boleh masuk dengan orang ye. kakak nak culik awak bawak balik umah selalu. pastu kite tusyen sama-sama. haha. meraung terus la nak balik jawabnye

Selasa, 4 Ogos 2015

bye instax ;

Dulu mereka-mereka ni terdapat dalam wishlist ku..

ni paling berzaman la dok berangan nak beli.

yang ni paling latest berangan. rega dekat 6rat oi. tapi gambar cantik lagi dari mini 8.

tapi sejak akhir-akhir ni, benda lain pula yang sering bertamu di dalam mimpi ku.. haha ayat cam mintak pelempang.

apakah itu? jeng jeng jenggg

laminator!

haa betapa jauhnya dari segi rupa dan fungsi kalau nak dibanding dengan instax kan.

sebab bila fikir-fikir balik, beli mahai-mahai kamera tu bila je entah nak guna. sebab aku nak sangat mesin laminator ni adalah nak buat bahan bantu mengajar. flash cards ke apa-apa lah untuk bebudak. buat hias kelas ke cecantik. gunting kad manila dengan kertas kaler-kaler je kekadang takut tak tahan lama. pi laminate kat kedai, kos lagi. dah lama dok usha plastik laminate tu kat kedai buku. nak beli kang takde laminator. ada yang buat dengan seterika je nanti kang.

harga pun murah la dari instax camera tuh. cuma nak beli bulan ni belum lagi kot. huu lari bajet. tapi lambat-lambat nanti lambat pulak ada bahan. online banyak jual tapi nak try cari kat kat sini dulu. tapi dah tak sabo nak buat stok ABM nih.

ok sekian sahaja bebelan untuk hari ini.

masih tenggelam dalam timbunan rph T_T

married to the music ;

dapat khabar yang my sainiboys ada buat comeback. new single & repackaged album. tajuk lagunya 'Married to the Music'. gituhaa tajuk lagu dia kan. kemahen.

since tadi dapat line internet best sikit, download la the MV nak layan pas balik sekolah kononnye. so lepas dah tengok, overall MV concept menarik la jugak. lagu, ok laa. macam biasa shinee style. tapi mula-mula start mv nak tahu apa yang keluar?


haha. hampeh betol. SMent ni pun lah kan. but i checked the lyrics, takde unsur-unsur anti marriage ke apa pun la. pastu yang kelakar dalam mv ni ada part di mana diorang hilang organ-organ badan. haa scary ke idok. key memula sekali dah kene tebas kepala. onew hilang hidung, taemin mata tekuar, jonghyun mulut hilang. minho iols tak ingat. haih memacam laa. biasa la shinee & their pepelik punya mv concept khenn. layan jer la.

macam biasa muka takde perasaan.

titiba hidung takde haha

Sabtu, 1 Ogos 2015

only time ;

salam'alaykum,

tengah baca post sorang kawan, tini. dah lama dah aku rasa tiap kali baca post dia especially about future rasa boleh relate sangat dan rasa nak komen dan dan tu jugak cakap ya Allah Tiniii sama dengan yang saya tengah fikirr.

dan tadi baca post ini. terus rasa nak drop komen malangnya dah tak jumpa kat mana nak komen haha, hence i'm writing this post sebab rasanya mungkin dia baca belog ni. tiniee mana pergi comment box awakk. hehe. baca pulak sambil dengar lagu Enya - Only Time. perghh.. agaknya semua orang bila dah cecah umur macam aku ni fikir benda sama kot kan. perbualan dengan kawan kawan sebaya pun lebih kurang berkisar pada topik sama. 

future. pasal kerja untuk yang belum kerja bebetul atau yang belum cukup happy dengan kerja mereka. dan jodoh untuk yang belum bertemu jodoh. dan segala yang berkaitan dengan dua ni lah kot. dua benda ni memang taktau la aku nak komen. kekadang kita fikir tapi tak fikir sangat. tapi kekadang bila dah start ada orang fikirkan untuk kita mulalah stres kan.

dan perempuan, once umur dah start 25 ke atas antara masalah dunia lah kalau bab jodoh ni. honestly aku tak fikir sangat pun. dia akan jadi fikir bila ummi start berbunyi. tapi ummi jarang la sebut. lagi-lagi bila ada adik aku yang dah memulakan langkah dulu. so her mind kind of occupied kat adik aku la instead of aku. 

orang kata umur cam aku ni dah start la ada makcik makcik sekeliling tanya soalan femes iaitu "bila lagi?" banyak la kat fb orang duk prepare untuk tensyen dengan that kind of question nak dekat raya haritu kan. aku kalau setakat tanya tu tak heran sangat sebenarnya. sambil senyum sambil gelak jawab je la pape kan. aku tak pernah terfikir benda-benda yang macam mungkin ada makcik-makcik nak kenenkan aku dengan sesape. dan ianya terjadi haritu hokehh. dan bukan sekali. and i was not prepared. antara soalan bila lagi dengan soalan dah ada sesape ke aku rasa the latter lagi bikin steres. siyes menggelupur okay.

first, ada sorang cousin ummi nak cuba kenenkan dengan anak angkat dia kot. siap tunjuk gambar. cerita memacam la pasal dia. ofkos cerita yang baik-baik yang menunjukkan ciri-ciri calon suami kan. masatu aku tekejut sangat main cakap je dah ada. dah la depan ummi. acik tu siap tanya orang mana. boleh dia ngan suami dia dok pandang-pandang aku. siap tanya saiz baju. aduii apenihh. mujuq saiz baju kalau saiz cincin? pengsann. ok tak lawak. down aku satu hari. pastu second time lagi la macam drama. aku pergi open house jiran. dan beberapa hari kemudian jiran tu datang rumah cakap one of her relative berkenan kat aku untuk anak dia. tanya dah ada ke belum kalau takda nak mintak. nak cecepat kalau boleh. ko mampu? aku tak mampu wehh. yang mak aku dok berwhatsapp2 dengan anak jiran tu forward2 gambar kat aku pastu tanya nak jawab apa nih. steres hakak. 

aku ada sebab juga kenapa aku mengelak benda-benda ni. first, sebab hati. dan sebab-sebab lain adalah aku tak rasa aku layak lagi kot. kenen-kenen ni kalau aku ni dah wife material sesangat takpe la. ni dah la apa yang dia berkenan masa tengok aku pun aku taktau. japgi tak seperti yang diharapkan tak pasal je. mungkin matching matchingkan ni tak sesuai untuk diapply pada aku kot. dan aku ada pengalaman yang tak berapa nak indah pasal kenen-kenen ni so agak troma di situ. tapi tu sebab kawan yang kenenkan so takpe la lagi. tapi still dah melibatkan orang tua. benda-benda camni bila melibatkan orang tua memang susah tau. sebab bila dah melibatkan mak ayah especially, bagi aku benda tu dah serius la. tapi aku tak la against jodoh yang dicari parents ni, okay je kalau both ok dengan pilihan orang tua kan. tapi bukan aku kot. huhu.

biar la masa yang menentukan. aku tak rushing pun. dan aku masih sangat banyakk benda yang aku lacking. macam mana orang nak terima kekurangan yang banyak ni kalau dia tak cukup kenal aku kan. dan aku percaya sangat-sangat Allah akan bagi kat kita pada masa yang sesuai dengan kita. ada orang kawen awal sebab Allah tau dia dah ready untuk pikul tanggungjawab tu. ada orang lambat sebab Allah nak bagi rezeki lain dulu. kita kena sentiasa rasa thankful kat Dia. kita fikir teruk teruk pun kalau tak improve diri apa suma, dapat stres je jugak kan. selalunya bila tak fikir sangat tu, bila datang waktunya Allah mudahkan je kan. just try our best dan doa mintak Allah guide kita on the right path. aku ni tengok orang sekeliling suma dah kawen takde la sentap sangat, cuma bila tengok diorang ada anak ada rasa sedikit jeles. haha. maybe sebab suka baby kot.

anyways, buat masa sekarang ni dah tak payah stres dah pasal memakcik yang titibe tanya-tanya ni :) tapi apa pun serahkan everything kat Allah. taknak aku sorang je lega tapi orang lain terbeban pulak. just try our best. ingat, whatever pun yang jadi in future, apa yang Allah bagi tu adalah yang terbaik untuk kita. berat macam mana pun ujian, ingat yang Allah bagi sebab Dia tahu kita mampu hadapinya. dan kalau tak jadi macam yang kita harapkan pun, ingat yang perancangan Allah lebih baik. i hope kita kita akan end up being happy, all of us. including awak yang sedang baca post ni :) 

Who can say where the road goes?
Where the day flows?
Only time
And who can say if your love grows
As your heart chose?
Only time

Who can say why your heart sighs
As your love flies?
Only time
And who can say why your heart cries
When your love lies?
Only time

Who can say when the roads meet
That love might be in your heart?
And who can say when the day sleeps
If the night keeps all your heart,
Night keeps all your heart?

Who can say if your love grows
As your heart chose?
Only time
And who can say where the road goes?
Where the day flows?
Only time

Who knows? Only time
--Only Time (Enya)

and thank you for your post tini. an eye opener for me :)