Jumaat, 26 September 2014

'94 ;


tadi keluarkan scanner ummi nak scan matric card sebab nak mintak tolong nadja ambikkan jubah konvo. lepastu datangla idea nak scan gambar gambar dulu kala. hihi.

cari punya cari macam tak jumpa pulak gambar best. best tu best. tapi muka orang lain je la best. aku memang comot dan selebet in almost all photos haha. dah la dengan baju seluar suma pesen kaler block. saba je la tengok diri sendiri.

so disebabkan mood konvo dah acah acah nak mai (lah konon), scan gambar time majlis ihtifal zaman taski la (konvo taski). dulu ummi abah hantar belajar kat taski abim km 11. dekat jer dengan smk sungai pusu. memang aku ni kalo tak pindah randah, boleh kata dok habiskan jaman belajar kat area tu je la. sebab degree pun kat kat situ jugak haha.

ada sesuatu yang kelakar time ni. dulu diorang nak buat persembahan murid murid la kengkononnya. pastu dalam kelas (beberapa lama sebelum hari kejadian) ustazah tanya, siapa nak berlakon jadik ustazah? aku pon angkat tangan dengan penuh konpiden. "sayerrr". maka jadilah aku watak seorang ustazah untuk haritu. rajin betul ko sanad. jadi murid punyala senang bediri je ikut ustazah suruh buat apa kat belakang tu. nak jugakk dia jadik ustazah. berlakon senang je, lakonkan balik ayat ustazah sebelum start belajar. macam bagi salam, ajak baca doa apa suma kot tak ingat dah. 

masa prektis konfiden baq hang. sora lantang habis. dan tibalah hari kejadian. baru kutahu ada audience kat depan. mak bapak kakak abang suma suma. nebes terus. tak ingat skrip dah. dan akhirnya diri depan pegang mic terdiam. nasib ustazah ada kat depan bagitau nak cakap apa. baik ustazah je yang berlakon sendirik..hahaha. sampai sekarang aku terfikir macam mana la dulu boleh sekonpiden tu sebab sekarang aku rasa kalau orang tak perasaan kewujudan aku lagi best.

gambar time aku jadi ustajah tu ada tapi malas nak scan. kesian beno tengok muka sendiri. nasib la aku tak buat hal gi nangis ke kat depan tu. kalau tak free free acik tipah pacik hasdi dapat malu. hehe.

this photo was exactly 20 years ago. tahun 94. oktober jugak, kebetulan sama dengan bulan konvo nanti. sebbaik tak sama tarikh haha. haa lokasi pun kat uia tau. except that yang tadika punya ni kat uia lama. kat jalan bentong lama kot tak silap.

yang kelakar aku masuk smksp after 6 years camtu kot we left gombak. so tak kenal dah la mereka mereka yang mungkin pernah jadi classmate masa darjah 1 kt sk gombak utara. tapi bila tengok gambaq tadika ni balik ada beberapa kawan sebatch kat smksp rupanya kawan tadika aku. tapi budak hostel takde la kot. yang tau zulhilmi yang putih putih tu. sebab umi abah kawan ngan parents dia and dalam gambar pun obvious sangat dia which one. pastu another zulhilmi. and then ilyas somi nazirah. tak dapat dikenalpasti yang mana dalam gambar tapi dia taski kat situ jugak. yang pompuan tak sure sebab yang aku still ingat nama & muka takde pulak kat sg pusu dulu.

bila ingat zaman tadika memang lawak la gak. dulu naik bas je pastu bas tak masuk kawasan rumah. berenti tepi jalan kunci air (dekat masjid simpang 3 tu). tunggu la ummi kat situ. kekadang ummi lambat sampai. sebab busy kat rumah nak redykan helmi madiah hantar pengasuh pastu nak siap2 gi ngajar. tunggu lelama sampai pakcik kat kedai depan tu ingat aku hilang mak. haha. aku je gi tadika kene bedikari sendiri. zaman madiah sampai alif berhantar berambik depan pintu. huntong larr. masuk darjah 1 pun naik bas ngan van sesorang jugak. sampai tertukar bas la terlupa naik van la. agak kartun la kehidupan masa kecik dulu. sekarang pun kartun gak sikit sikit. tapi rasa nak ketuk kepala sendiri.

Tiada ulasan: