hai oktober.
cepatnya masa.
sedar sedar dah nak habis dah tempoh berkhidmat (cewah) kat mtsna. maybe sebab banyak cuti kot tak terasa tempoh dua bulan tu. raya haji ni cuti lagi seminggu.
walaupun hari hari bangun rasa malass sangat.
walaupun tiap hari pun nervous nak masuk kelas sebab tak tau nak ajar macam mana.
walaupun kalau boleh nak lari dari buat extra class for pt3 students.
rasanya mesti akan sedih jugak kot sikit. nak kata bakal merindui bebudak tu tak la sebab tiap jumaat diorang akan lalu bebetul depan rumah untuk ke mesjid. nampak la sorang sorang punya muka tu. cuma diorang je yang taktau wakaka. but im sure gonna miss all the kakaks yang baik hati. cikgu perempuan memang tak ramai pulak kan.
takpela bukan takleh nak melawat pon. sekangkang kera je dari rumah. masalahnya tau dah sikap diri sendiri. rindu la bagai nak rak pun, nak jumpa je entahkan rajin entahkan tidak. haha.
ada lebih kurang seminggu je lah lagi kat sana. mari kita buat sebaiknya & make lots of good memories hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan