Khamis, 25 September 2014

kekerjaan kesementaraan ;


assalamu'alaykum,

haa sebelum terlupa dan tertangguh lagi lama nak citer apa yang aku tengah buat sekarang. hihi. im currently teaching kat maahad tahfiz dekat dengan rumah ni. mengajar english. tapi guru ganti je la. kebetulan sepupu mengajar kat sana, & bagitau ada cikgu nak cuti bersalin. rezeki agaknya, of all subjects, cikgu tu ajar english. walaupun level budak sekolah je jugak english aku tapi ini kira the only subjek la aku minat so boleh nak pupuk la konfiden tu hahah. dah la sekolah menengah. dibuatnya ganti sejarah ke, menangis weh. BM pun aku tak konfiden.

harini genap sebulan dah. kejap je. budak2 & cikgu2 pun dah start tanya sampai bila. dah rasa macam lama lettew. ajar menengah rendah. form 1 until form 3. disebabkan lower form ada 2-3 kelas je tiap tingkatan dan cikgu english ada 2 orang je kat sekolah tu, jadinya aku ngajar semua kelas la lower form. memula datang dulu ajar kelas form 4 sekali. tak ajar form 1. mak aii steres. ni kira ok la sikit. 

cikgu perempuan ada 11 orang je. yang lain dalam 50 lebih adalah cikgu2 lelaki dan ustaz2. students pun all boys. before lapor diri memang memacam la dalam fikiran. since sekolah maahad kan. bakal bakal hafiz di situ. how do i interact with them? mesti baik baik inesen inesen je semua. bila dah datang, satu je kesimpulan boleh dibuat; boys will be boys. hahaha.

banyak lagi nak cerita ni tapi mataku dah rabak. nanti la continue kalau rajin (cakap siap2 sebab dah banyak janji palsu ditabur kat belog). bila fikir2 balik, nama je sociology & anthropology major. tulis la ala ala anthropological study kan. patut dari first day dah citer kat belog. dah la pegi sana jadi cikgu tapi sebok menengok dorang in soca point of view. feeling sociologist sangat kan. padahal time belajo kemain pemalas.

okeh continue later. kena bangun awal japgi nih. walaupun kelantan cuti, ada majlis solat hajat pelajar2 peperiksaan beso (PT3, SMU & SPM). dah la mak bapak datang. adudui.

toodles~


padang sekolah beso baq hang. boleh buat stadium. budak sikit je. heaven diorang guling guling kat padang kan

Tiada ulasan: