Ds' engagement 301113 |
hello december,
yay another dadah dah menuju ke gerbang perkahwinan. cewah. menuju je baru ye. belum lagi. haha. ramai ingat Ds nikah haritu. congrats Ds!
best sangat dapat kumpul reramai bermalam borak sampai pukul 3 pagi. pastu jaga anak ona beramai ramai. tapi punya la kuanghasam uncle & aunties time lain laju je offer diri nak jaga tapi kalau time makan suma laju bab makan je. haha. sori ona! lepasni taktau bila dah. dapat kumpul camni jarang jarang pun dah kira bersyukur. yelah 2 of us dah kawin. bukan senang nak ajak lepak. mujur husband ona & ain, saiko & habib memang boleh ngam dengan kitorang. lagi saiko dari kitorang even. haha.
dah disember bermaksud tinggal sebulan lebih perjuangan kat sini. ehek tiap tiap post dok countdown boring kan aku ni. tak saba woi.
kerja part time was okay. tapi minggu busy submission haritu memang aku buat hal sikit la asyik ponteng keje. maigodd sanad, kau baru masuk dua minggu kerja berani kan buat hal -_-' nasib part time je. takpe minggu ni janji kena dedikasi.
hidup masih berterabur. macam susun Uno Stacko. kadang kadang dah cantik susun terlanggar terus roboh. harini rasa dah betul bangun di jalan yang betul titiba esok tersasar terjatuh. takpe, i will keep on trying. moving on is hard. walaupun moving on dari segi cinta tu aku tak setuju kalau orang cakap ambik masa lama sangat kan. sebab benda tu antara kita nak dengan tak je. and aku takde pengalaman pun bab itew. tapi aku faham, nak move on bukan senang. nak move on untuk terima kehidupan kita dah tak sama macam dulu bukan senang.
mari habiskan sisa 2013 baik baik, happy happy, maaf memaafkan, senyum senyum, positif positif.
dan bulan ni jugak sedih sebab bencana banjir di kuantan, tganu, johor dan kelantan jugak. especially kuantan la sebab pernah melalui hampir separuh umur aku kat sana. pernah membesar kat sana. buat diploma kat sana. terkesan la jugak kat hati bila teringat kat diorang :(
jom guna masa ni untuk kita tambah amalan pahala. banyak saluran yang kita boleh pergi untuk membantu. bukak je facebook mesti ada. tinggal nak dengan tak je. kalau rasa tak mampu nak jadi volunteer, bagi bantuan kewangan / barangan. untuk orang sengkek macam aku ni, takpe je kalau mampu keluar 10rm je pun. sebab aku percaya, apa je yang kita bagi dengan niat sedeqah tu insyaAllah berganda ganda datang balik kat kita dalam macam macam bentuk. yang pastinya bentuk kebaikan of course :)
ok bye, doakan kita suma mampu harung suma dugaan, jerih perih, benda benda tak happy dalam hidup. jangan sedih sedih. aku doakan korang :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan