Rabu, 25 Disember 2013

disember bulan kahwin ;

salam,

pehh lagi berapa hari nak habis dah 2013. lepastu secara tak rasmi masuk angka bundarkan kepada puluh yang terdekat jadi 30 hewhew. k entah betul ke tak matematik aku.

so kelas untuk sem ni dah habis. now tengah study week. tapi aku dah selesai first paper isnin haritu. subjek specialized so decentralized exam. to be honest, and dah banyak kali ulang benda sama kat entri lepas lepas AKU NERVOUSSSS hahahah. and i have solid reason dimana aku merasakan aku tak perform sem ni. walaupun subjek sedikit (ataupun disebabkan subjek sedikit ke entahlah) tetapi aku rasa aku pemalas gila. bayangkan empat subjek, ada yang dapat lecturers busy. ada yang pergi haji dua bulan. apparently bukan salah lecturers i know. aku ni haa. sampai tahap taktau belajar apa. assignments buat ala kadar, ada yang terlebih due date. gua buat rilekk je. pastu menggelabah sendiri. hukhuk. i dunnow, kekadang aku rasa macam sudah kehilangan control on myself. 

harap sangat sangat sangat lah pass everything dan boleh grad. ameen ameen ya allah. walaupun kudrat dah takde dah, tapi dapat lepas suma pun jadi la. tak kisah la susah dapat kerja sebab cgpa camharem aku tak kesah dah. 

ok cukup mengenai itu. nak share pic kenduri pak uda. dan wanie my schoolmate.

nikah. 11.12.13
cik yati, tok ayah, mek and ummi :)
  

kenduri belah perempuan. 12.12.13

belah kitorang hihi. 14.12.13

hello kitty gituh kete mak uda. kelass. rombongan diorang sampai dengan 10 bijik kete viva. siap dengan siren bagai








 
walaupun aku sampai masa hari kenduri belah kitorang , harus tetap share gambar ketiga tiga hari kan. gambar dicurik dari fesbuk pepakcik memakcik dan kekazen. dan dari fon sendirik.

tengok gambar rasa tak caye pulok pokde dah kawen haha. kitorang sebaya kut. ummi cerita masa malam nikah kelakar. pokde aku ni memang jenis panik careless sikit orangnya. dan cengeng yang pastinya. so walaupun aku tak tengok live nikah aku dah dapat bayangkan situasinya. lepas je alhamdulillah selesai nikah apa semua, pokde kononnye pusing nak salam salam la. bila dia tengok je muka tok ayah, mek umi suma, nangesss. bersungguh pulak tu ummi cakap. hahaha sudah ku agakk. yang lawak isteri dia setitik air mata pun tak kuar. tenang habis. fizo omar sangat kau pokde. hahah.

actually belah isteri dia buat kawen serentak dengan adik perempuan. so nikah haritu dua perantin la. and majlis perempuan 12hb, 13 belah suami adik isteri dan 14 belah kitorang. fuhh memula aku pikirkan kawen serentak tu senang menjmatkan apa suma. rupanya boleh tahan letih. kira tiga hari berturut belah perempuan letih. wow.

so belah kitorang 14hb and buat kat rumah ummi kat kok lanas. sebab nenek and tok ayah kan sekarang duduk dengan kami jaga alip. ni kira first experience kitorang la ada kenduri kahwin kat rumah. ummi punya excited siap renovate dapur. last sekali orang merewang masak kat luar jugak. motif sangat tau. tapi takpelah banyak kegunaan dapur ummi yang sudah membesar tu haritu. pak uda memang tak prepare apa sangat dari segi pelamin suma tu. sebab dia busy, and taktau jugak nak prepare apa sangat. untung ada adik beradik ramai, suma leh tolong apa patut. dan jugak anak anak sedara ramai yang membesar bersama pun boleh tolong apa patut jugak. EH. 

kitorang takde pelamin (hamboii nampak tak macam citer pasal kenduri kau) sebab save budget dan yelah kenduri menyambut menantu je. ummi semangat beli katil untuk bilik. memula plan nak hias sendiri, tapi tak sempat dan takde orang sangat boleh tolong ummi so ummi pun mintak pokde tambahkan dalam pakej yang belah pompuan tu untuk bilik pengantin belah kitorang. ummi sponsor katanya. sebab ummi macam kesian kat pokde takde apa sangat kita prepare. yang pokde pulak suma pun tak kesah. haha. nasib buat bilik ada jugak tempat nak bergambar. and cantik pulak tu. 

semua 12 adik beradik ummi balik. yang nun jauh di johor pun balik despite of rintangan banjir apa suma tu kan. kitorang geng bujang yang tak berapa nak jauh dari kl ni pagi kenduri baru sampai. hampeh kan. haha. suma orang busy. syukur dapat jugak balik kejap. sabtu pagi sampai ahad tengah hari dah gerak balik kl. dahler sampai sampai terus kena kerahan tenaga. tapi best la dapat kumpul reramai. and aku rasa kalau abah ada, dia mesti happy gila. dia memang teruja kalau kenduri kenduri family ni. mesti lagi teruja kalau buat kat rumah dia. dulu last ingat kenduri cik wa depa dari kuching balik and ingat abah penah cakap nak wat kenduri kat macam kenduri cikwa hihi :')


 

canteknyaa :)

wanie and zarl

haa ni apa kenamanya guestbook punya booth tu. zarl yang buat. hihi
  

 

 

21.12.13. alhamdulillah sorang lagi kawan sekolah dah selamat kahwin. congrats wanie dan husband! best buat kat taman layang layang (taman metropolitan) kepong. terus dapat shot gambar santek santek hihi. suka style diorang, simple je. takde pun pelamin apa suma. tapi memang wanjonn nae style hahah :p 

and yang untungnya kan kitorang, batch kitorang ada zarl yang jugak seorang perancang perkahwinan and aisyah yang boleh mekapkan santek santek. dah ramai la batch kitorang gunakan khidmat diorang hihi. kenduri wanie pun guestbook and walkaway ke apa tu eh nama dia guna servis butik dia. and mekap pun aisyah. nazira punya wedding pun aisyah mekap. tidak lupa juga masa dil tunang pelammin dari zarl. comel je kan. hihi. kalau ada siapa jadi photographer ke pulak haa cukup lengkap pakej perkahwinan budak batch kitorang. haha.

next bulan januari. izanis pulak lepastu berederet dah aku tak hapal dah.

ada lagi budak batch kitorang yang kawen bulan ni, hafiz segar & amir hakim kot. tahniah yer korang korang. semoga baitul muslim yang dibina dipenuhi sakinah mawaddah rahmah dan bahagia hingga ke jannah. ameen :)

seronok tengok kawan kawan kawen. tapi dalam diam ada jugak insan yang tak berapa seronok rupanya. tak seronok ke terlebih eksaited pun aku tak tau. mak aku yer orangnya. taktau la sebab dia dah rasa handle kenduri, asyik suruh kawen je. aku sampai malas nak cite dah kalau kawan kawen sebab nanti dia buat ayat macam sedih anak dia tak kawen2. mebi kalau umur ai masih 21 tersipu sipu kot kalau mak encourage kawin. sebab masatu akal takde lagi kan. pikir yang suweet2 je kahwin nih. haha. sekarang? nehi omak, nehii. haha. banyak benda yang kena buat lagi. belum layak fikir pasal kawen pun. kerja satuhal. diri sendiri pun tak terurus. aku pun tak caya ummi boleh cakap, takpe tak keje lagi, kalau dah ada calon tu kawen je la cecepat. dengan nada yang serius k. pening kepala aku. kesian pulak aku dengar kekadang. yela anak dia sorang pun takde ropa macam nak kawen hahah. dia jeles la tu tengok kengkawan ada menantu cucu. sorry ye ummi, kalo nak suh kawen jugak, umi je la carik kan. EH.

mintak simpang woi.

Tiada ulasan: