semangat nak promote nih. update blog semata mata untuk ni jer. haha. hari khamis lepas aku keluar sebab ada intebiu. aku memasang niat untuk keje part time. berangan la kalau la dapat keje ni macam kena beli touch n go card je sebab kad rapid aku dah hilang tercicir kat mano entah. tapi yang lawak titiba je macam taktau kat mana boleh beli. kat kaunter monorel cakap tak jual.
jenjalan kat tsquare. masuk etude house dengan niat nak beli eyeliner je tapi keluar dari situ spending a fortune. nangeh tersedu sedu aku dalam hati. tapi apakan daya menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna. baru dapat kerja part time je tak start pun lagi dah habis harta. pebenda la ko ni sanad. lepastu masuk watsons, kalini memang nekad nak beli apa yang kena beli je (sebab masuk watsons ke guardian ke lagi camharem dugaan kan). dah ambik apa yang patut sampai kaunter keluarkan kad watsons cashier tu tanya nak renew kad tak. aku dah ready nak cakap tak sekali dia kabo dapat kad baru ada touch n go tambah 6rm sajork. aku terus, BOLEH! sebab dia kata kalau non member 18rm.
akhirnya, penyesalan di etude house dapat lah dikaver kat watsons (walaupun fulus yang terbang tak dapek diganti). ok lah kan, kebetulan tengah cari kad touch n go. dapat watsons punya comel pulak tu.
comel kan |
siap dapat voucher weh semua valid until march 2014. memang best. kfc ada, zalora pun ada, sen heng, holiday villa dan bermacam macam lagi. korang korang yang dah ada membership watsons tu pegi lah renew. senang je bagi 6rm dia ambik kad lama terus dapat kad baru. haa best kan.
etude house pun macam nak sedapkan hati aku bagi hair brush comel free. walaupun aku bukanlah seorang yang suka sikat rambut. pengajarannya adalah jangan masuk tempat camni time rushing sebab bila promoter promote je aku jadi pening. last skali hangkut suma walaupun niat asal nak beli eyeliner je T_T tobatt
Tiada ulasan:
Catat Ulasan