Jumaat, 21 Oktober 2011

random 111021 ;

IIUM Student Carnival and Clients' Day. 19 - 22 Oct 2011.

selama dua tahun kat sini tak pernah ambil tahu pun pasal pape program or events. ye memang takde life kan. kalau takde life tu dihabiskan dengan belajar rajin-rajin takpe jugak. ini tak pun. tahun ni since dah jadi ahli kelab Gemilang which is under IIUM Censerve (Centre for University Social Responsibility), selalulah jalan-jalan kat carnival ni sebab kena jaga booth. banyak jugak rupanya non-credit co-curricular programs sebenarnya. even dalam censerve pun ada 14 kelab. and suma macam best je. ada kelab community service untuk orang asli, ada untuk orphans, ada yang pergi kawasan pedalaman, ada untuk remaja & adik2 sekolah rendah. kalau belum pernah masuk kelab and lalu kat depan booth censerve sure dah isi nama untuk banyak kelab. tapi dah masuk Gemilang ni, dah faham bukan senang nak pegang rensposibility macam ni. walaupun volunteering je. lagi-lagi aku ni yang dari segi akademik pun tercungap-cungap lagi. tapi 1 day kalau ada masa nak jugak volunteer untuk kelab lain dalam censerve.

datang la booth censerve ye. esok hari last. jom join kitorang sekali :)


lepas jaga booth keluar dengan kanak-kanak bertiga ni. konon-konok nak pegi karok je tapi since mall baru kat danau dah bukak semalam kitorang pun singgah la. aku dah la dengan selekehnya pakaian kan. yelah sebab nak jaga booth je kan. jia si ketupat rengit lagi lawok, pakai baju kurung putih berseri lagi. haha nasiblaa kan. oh, mall ni KL Festival City namanye. nama macam event2 je kan. nanti hujung-hujung orang bagi shortforn gak. location kat danau kota. kalau biasa pergi mali's, dia betul-betul kat sebelah tu. mereka yang tinggal berdekatan mesti teruja kan. takyah gi jusco or wangsa walk dah. dah la dekat dengan uptown danau, ada mall pulak sekarang kan. untunglaa (baca dgn nada sesuai). aku tak berapa nak untung sebab taktau public transport apa yang sampai sana. tadi jalan-jalan dalam tu bila tengok outlets kat dalam, banyak yang macam kat wangsa walk. except kat KL Fest (cewah pandai2 je bagi shortform kan) lagi besar dan banyak la. cinema kat sini MBO. pastu restoran2 agak mengujakan. oh dan yang paling teruja ada SEOUL GARDEN uollss. haa pasni orang gombak takyah gi jauh2 sampai kerinchi nak makan seoul garden kann. nak tau apa lagi ada korang pergi lah sendiri ye. tak pun check sini. tapi kalau dalam masa terdekat ni if niat nak gi cinema or karok jangan pergi dulu sebab belum buka lagi.

minggu depan dah start midterm exam.

mari menggigil!

1 ulasan:

hikariee berkata...

mari menggigil XDDDD