Isnin, 31 Oktober 2011


























*snapshots from high kich 2


bengangnyaa bila tengok sitcom semata mata sebab tengah tensi & nak gelak-gelak and you ended up crying sebab episod tu sedih.

demmm.

Khamis, 27 Oktober 2011

para-para-paradise ;




*Coldplay - Paradise

ya, aku banyak salah dengan suma orang. i forgot to keep in touch. i dont reply texts. i dont answer calls. i'm always busy.

i'm at fault.

tapi bila orang cakap aku selalu je sibuk tapi tengok macam banyak je masa untuk seronok-seronok dengan orang lain tipu la kalau tak sentap.

sebab sem ni sem yang aku paling elak untuk keluar. aku banyak guna alasan busy kelab tapi padahal tak sangat pun. sebab sem ni aku financially not stable. sepatutnya aku tak payah cerita pun benda-benda macam ni kat sini tapi serius terasa dengan ayat2 macam, "yelahh kau sekarang busy dgn kawan2 baru" "kau kalau busy lupa suma orang, orang lain pun busy jugak ada je masa untuk benda lain"

janganlah samakan aku dengan orang lain. dah nak buat macam mana orang lain boleh berseronok even busy tapi aku tak boleh. i'm not good at multitasking. aku ni tak termasuk dalam kategori bijak macam korang. rajin pun tak. aku tak dapat ptptn full macam orang lain. i dont get even suku pun. korang rasa aku tak rasa burden ke 100% kos hidup aku still under abah walaupun aku dah 23?

and kadang-kadang pasang tinggi harapan untuk jumpa tapi ada je yang buat muka macam takde mood, macam ada masalah.

tawar hati kot.

sebab aku kalau boleh tolak semua masalah yang aku ada at least waktu tu je sebab kalau boleh nak happy happy.

tapi selalunya orang lain tak macam tu pun.

tapi bila dah lama tak jumpa yang salah tu aku juga. and i took the blame. sebab aku lupa dah yang aku sebenarnya dah tawar hati.

dan benda tu berulang-ulang lagi banyak banyak kali.

jumpa dengan harapan dapat happy2 - happy sekejap je pastu ada je yg moody secara tiba-tiba - balik tak happy pun - aku tawar hati - dah lama tak jumpa - aku salah sebab dah lama tak keep in touch - i took the blame & said sorry - suma jumpa macam takde apa berlaku - ulang lagi jutajuta kali.

yelah, memang salah aku pun. sebab memang sem ni aku takde kehidupan lain selain kat dalam ni. sorry.

tapi tolong jangan buat aku macam orang bodoh lagi boleh tak.

aku dah penat.

Rabu, 26 Oktober 2011

이 세상에서 ;



*snapshots from High Kick 2.

kadang-kadang kita tahu, tapi kita pura-pura tak tahu. kadang-kadang bila kita tak tahu kita terpaksa pura-pura tahu.

Ahad, 23 Oktober 2011



dalam Gemilang kami ada 3 pasang kembar. 2 pairs kembar perempuan and another pair lelaki. yang lelaki tu salah seorang mentee aku. hehe.

kembar pompuan 4 orang ni unik sikit sebab diorang bestfriends. kembar kecik2 ni nama safa & marwah. yang another pair ni aku tak ingat sangat. tapi yang buat kitorang tersenyum adalah diorang tak jalan sama2 dengan kembar masing2. sorang dari kembar kecik ni rapat dengan sorang dari kembar tinggi. bila buat activities pun diorang tak heran sangat dengan kembar, lagi kesah kaau terpisah dengan bestfriend tu. hehe.

semalam borak-borak with marwah. tanya dia memang suma baju diorang sama ke? dia cakap haah. saiz pun sama. pastu aku tanya kirenye memang tak tau la baju sapa pakai? dia cakap diorang main pakai je, tak kesah.

comel kann? bestnyaa kalo ada kembar. nak jugakkk. boleh? haha.

Jumaat, 21 Oktober 2011

random 111021 ;

IIUM Student Carnival and Clients' Day. 19 - 22 Oct 2011.

selama dua tahun kat sini tak pernah ambil tahu pun pasal pape program or events. ye memang takde life kan. kalau takde life tu dihabiskan dengan belajar rajin-rajin takpe jugak. ini tak pun. tahun ni since dah jadi ahli kelab Gemilang which is under IIUM Censerve (Centre for University Social Responsibility), selalulah jalan-jalan kat carnival ni sebab kena jaga booth. banyak jugak rupanya non-credit co-curricular programs sebenarnya. even dalam censerve pun ada 14 kelab. and suma macam best je. ada kelab community service untuk orang asli, ada untuk orphans, ada yang pergi kawasan pedalaman, ada untuk remaja & adik2 sekolah rendah. kalau belum pernah masuk kelab and lalu kat depan booth censerve sure dah isi nama untuk banyak kelab. tapi dah masuk Gemilang ni, dah faham bukan senang nak pegang rensposibility macam ni. walaupun volunteering je. lagi-lagi aku ni yang dari segi akademik pun tercungap-cungap lagi. tapi 1 day kalau ada masa nak jugak volunteer untuk kelab lain dalam censerve.

datang la booth censerve ye. esok hari last. jom join kitorang sekali :)


lepas jaga booth keluar dengan kanak-kanak bertiga ni. konon-konok nak pegi karok je tapi since mall baru kat danau dah bukak semalam kitorang pun singgah la. aku dah la dengan selekehnya pakaian kan. yelah sebab nak jaga booth je kan. jia si ketupat rengit lagi lawok, pakai baju kurung putih berseri lagi. haha nasiblaa kan. oh, mall ni KL Festival City namanye. nama macam event2 je kan. nanti hujung-hujung orang bagi shortforn gak. location kat danau kota. kalau biasa pergi mali's, dia betul-betul kat sebelah tu. mereka yang tinggal berdekatan mesti teruja kan. takyah gi jusco or wangsa walk dah. dah la dekat dengan uptown danau, ada mall pulak sekarang kan. untunglaa (baca dgn nada sesuai). aku tak berapa nak untung sebab taktau public transport apa yang sampai sana. tadi jalan-jalan dalam tu bila tengok outlets kat dalam, banyak yang macam kat wangsa walk. except kat KL Fest (cewah pandai2 je bagi shortform kan) lagi besar dan banyak la. cinema kat sini MBO. pastu restoran2 agak mengujakan. oh dan yang paling teruja ada SEOUL GARDEN uollss. haa pasni orang gombak takyah gi jauh2 sampai kerinchi nak makan seoul garden kann. nak tau apa lagi ada korang pergi lah sendiri ye. tak pun check sini. tapi kalau dalam masa terdekat ni if niat nak gi cinema or karok jangan pergi dulu sebab belum buka lagi.

minggu depan dah start midterm exam.

mari menggigil!

Khamis, 20 Oktober 2011








GEMILANG Mentoring Course II 15.10.2011

being a committee of those explorace-like activities, you need to get ready to be hated.

which is soo not me. bukan lah nak kata aku ni baik ke apa tapi tengok muka suma orang letih pun is enough to make me feel guilty. pastu nanti mulalah bagi kelonggaran pastu kesian pulak kat group lain yang tak dapat kelonggaran yang sama. tu belum lagi bab kena marah dengan peserta. biasalah adat la game kan, semua orang nak menang kalau boleh tapi kalau kawan sendiri yang terbuat muka mulalah aku pun nak terasa lah terkecil hati lah

memang muka aku sesuai jadi participant je. tak kesah la kena ulang alik lari 10km pun. penat badan tak sama dengan penat perasaan.

haha.

ok sebenarnya gambar-gambar kat atas ni adalah kelab aku (Gemilang) punya mentoring course. selalu buat dalam iiu je tapi sebab nak rasa kelainann sikit so decided buat kat luar. dan disebabkan majority board members dok gila tengok Running Man, macam-macam lah idea untuk modulnya. pastu bila dah feeling2 macam Running Man, sumalahhh nak main takda sape nak jadi modul.

aku pun tak ingat dah siapa yang suruh aku jadi modulnya. aku ok kan je sebab suma macam taknak and ingat boleh main jugak sekali tak ponn. pastu mula-mula tak kesah jugak sebab ingatkan boleh lah jalan-jalan sekali kat wangsa walk tapi sekali tak jugakk. duduk kat wangsa walk sampai pakcik guard pun perasan dah muka tapi takde satu kedai pun yang rasa dapat lepak lama-lama. sebok dok menyorok dari peserta-peserta. masuk kedai pun tokey rasa macam nak mencuri kot sebab terhendap2.

walaupun tak merasa apa yang dorang rasa tapi aku yakin dorang penat gila. kesiann. more than 10 missions pastu kena ulang alik dari carrefour w.maju ke wangsa walk. walaupun orang cakap standard la games macam ni, kalau tak penat takde maknanya lah kan. tapi tulah, still kesian. sebab aku lah antara orang yang design the modul a.k.a penyeksa diorang.

tapi dengki jugakla sikit-sikit sebab dapat main pun best gak. among the missions; cari kereta bernombor plate yang diberi kat parking basement carrefour. bayangkan sebesar-besar alam tempat tu nak cari sebijik keta. pastu kalau yang best sikit kena beli satu game bowling atas nama sorang & main sampai ada 1 strike. kalau yang senang tu kena cari pak guard & bergambar dengan dia. 1 group kitorang bagi 50rm. duit tu la yang akan diorang guna untuk missions yang kena pakai duit. kalau pandai jimat boleh cover duit tambang sekali. ada jugak mission beli air kotak 1 dozen pastu kena jual. tapi dah habis 1 mission tu kena jumpa commitee dulu tunjuk bukti. and commitee pulak kena lari2kan diri. kalau aku jadi diorang konfem aku akan membenci committe selama seminggu. haha. tapi yang best sikit last mission kitorang suruh diorang bergambar 1 group pegi cuci terus. haa yang tu cadangan aku tau *bangga*

harap diorang happy la. walaupun dengar cite ada yang sampai demam pastu majoriti sakit badan. sebagai yang tak rasa sakit-sakit badan ni, terasa lah jugak guilty yang teramat. tapi tengok macam semua group dah makin rapat dengan ahli-ahli (ahli kelab kami dibahagikan to 4 groups so masa explorace tu kitorang pecahkan ikut group kelab)

mr. president cakap next time nak buat yang totally Running Man punya (obses kann) tapi kat iiu je. aku dah terbayangkan yang mengejar pakai loceng segala dah ni. haha. tapii yang penting masatu aku nak jadi peserta. takmau dah jadi commitee!


*photos credit to Gemilangians

Jumaat, 14 Oktober 2011



i never really liked school holidays ever since i finished school. sebab nanti kat mana-mana tempat pun ramai orang. tapi cuti sekolah kali ni macam tak sabar je.

because i get to meet my family. and yang paling rindu sekarang, acik kat gambar atas ni.

rinduu nak layan korea-korea dengan ummi. walaupun masa kat rumah haritu takde pun teman ummi layan kdramas sangat. was busy in front of my own lappy. bila jauh ni mula lah rasa menyesal la bersalah la.

nak tengok wgm teukso couple sesama hehe.

err tapi sempat ke syanad oi? yang cuti sekolah tu diorang bukan kau.

huhu.

tapi yang sebenarnya rindu nak berborak je.

midterm exam dah dekat. lagi 2 minggu je. assignments berlambak. jadi pelajar sosiologi ni hampir semua subjek pun research based assignments. sabo jela. walaupun kat kpm dulu dah selalu jugak buat bendalah2 macam ni tapi dulu bendalah ni la yang palinggg aku tak suka buat. adoi.

tapi nak buat camana kan. orang kata, bukan setiap masa kita boleh buat apa kita suka je. yang paling penting kena suka apa yang kita buat.

sociology & anthropology, i lobeee yuuuu.

okbai.

Selasa, 4 Oktober 2011

sentahati ;




















si kenik was born few days before i sat my for PMR examination. ingat lagi masa tu weekend minggu pertama which was minggu budak-budak hostel smksp boleh balik. sebbaik lah kenik lahir masatu. boleh la menatap wajah baby yang paling ditunggu dalam keluarga incek hasdi before exam pmr. kalau tak, tak tenang nak study masatu. hehe. tapi result exam sudahnya tak bagus mana ponn. #hampeh

fatimah masatu baru darjah satu. dia dulu dok melekat kat tepi aku macam alif sekarang la. masatu kami dok panggil dia adik lagi. excited nak dapat adik baru hari-hari buat karangan pasal adik baru. orang baru pandai membaca & menulis lah katakan. ingat lagi, plastik bag baju baby lunyai habis kitorang kerjakan sebab hari-hari dok belek barang-barang baby. hehe.

tak sangka sikenik dah umur 8 tahun harini. dan harini fatimah will be sitting for her PMR examination already. cepatnya masa. dua-dua ni dulu aku dukung kesana kemari. buang air kecik buang air besar aku cuci, sekarang dua-dua dah tinggi dari aku. oklah si kenik belum lagi, tapi tunggu lah lagi dua tahun ke, konfem aku ketinggalan dah dari segi ketinggian. dia punya berat badan sekarang pun sama dengan berat badan aku masa darjah 6. tinggi entah2 lagi tinggi rasanya. sekarang kalau orang tanya dia darjah berapa, he'll reply:

"darjah dua. sama tinggi dengan kakak masa darjah 6."

sabo je le -.-'


HAPPY HAPPIEST BIRTHDAY MY BABY BROTHER MUHAMMAD ALIF FARHAN
AND

ALL THE BEST IN YOUR PMR EXAM BABY SISTER
(baby? kasi can laa)
SITI FATIMAH


kakak garang-garang sama tak urang pun kakak sayang sebenarnya. (: