Khamis, 10 Januari 2008

3 more days to go.

selamat khamis dan salam maal hijrah 1429. semoga tahun baru ini membuka lembaran baru buat kita semua. tinggalkan semua yang pahit dan mulakan dengan senyuman.

sedih dan kosong? saya ada satu artikel pendek yang saya ambil dari buku jangan bersedih karya 'aidh bin abdullah al-qarni.



JANGAN BERDUKACITA , HALAULAH SETIAP PENGACAU


orang mukmin yang tidak ada sebarang kegiatan bermakna ia sedang dalam kelalaian, kekosongan adalah musuh yang membinasakan, dan kesenggangan adalah satu kemalasan. dan kebanyakan orang yang selalu susah hati dan hidup dalam kecemasan adalah mereka yang terlalu banyak waktu senggangnya dan sedikit aktivitinya.

manakala manfaat yang mereka perolehi dari semua itu adalah hanya sekadar desas desus dan omong kosong yang tidak mendatangkan manfaat. demikianlah keuntungan yang juga dicapai oleh mereka yang tidak pernah mengerjakan amalan yang bermakna dan mendatangkan pahala.


justeru, kamu hendaklah sentiasa bergerak, bekerja, mencari, membaca Al-Quran, bertasbih, menulis (: atau mengunjungi sahabat. gunakan waktu sebaik baiknya, dan jangan biarkan ada satu minit pun yang terbuang sia sia. ingat, sehari sahaja anda kosong tidak bergerak, nescaya kebimbangan, keresahan godaan dan bisikan syaitan akan mudah menyelinap dalam tubuh anda. dan jika sudah demikian maka anda akan menjadi lapangan permainan syaitan.





saya harap saya dah buat anda lega dan tak sedih lagi. apa yang beliau tulis sangat betul kan? sekarang saya dah sedar kenapa saya selalu tenggelam lemas dalam kesedihan selama ni. saya ingat apa yang buruk saya pikirkan tu betul. saya tak percaya orang cakap saya merepek. dan sekarang saya dah faham saya sebenarnya kalah dengan setan. tenggelam sorang sorang dalam dunia sendiri tu membahayakan. sebab tu sekarang saya cuba untuk jadi seoptimistik yang mungkin, positif dan gembira. tak kira macam mana sedih pun situasi saya masa tu. memang sebelum ni dah banyak kali saya cakap tapi tak buat. tapi kali ni, saya betul mau berhijrah menjadi yang baru. saya nak buat orang yang sayang sayang happy dan tolong orang lain sehabis mampu. ini janji saya. insyaAllah.


madah pujangga untuk harini:
walaupun aku jauh dari sahabatku, bagai bumi dan langit
aku akan mengirimkan bantuanku danmenghapuskan kesusahannya
aku akan jawab seruan dan panggilannya
jika dia memakai pakaian yang cantik maka aku tidak akan berkata:
kalaulah aku diberi pakaian yang baik seperti yang ia pakai..

kan bagus kalau saya dapat jadi macam tu. (:

ouh anyhoo tadi blog hopping dan jumpa sesuatu pasal mycard. klik sini. kadang kadang teknologi tinggi sangat pun payah gak.

okay pen off everyone. i really hope that i have made your day (:

adieu~

2 ulasan:

neneknora berkata...

wah ct.. sedap la entry ni..
hmm.. awk berminat x nak join venture ngan saye, kat blog rianora? kat situ cam byk madah2 nasihat.. hehe.. saye tgk awk rajin jugak update blog.. ;) ayt awk pun best2.. kalau berminat.. awk infom kat saye ye!.. hope to hear from u soon!

neneknora berkata...

aaa.. karya2 kat blog tu, tak perlu 100% tulisan tgn penulis.. ktorg free style je.. berkongsi pengalmn, iktibar dsb utk maju n terus maju~~ entertainment pun bole ler dipost gak kat rianora~
saya hantar invitation kat awk? atau awk masih tgh fikir lagi ttg job freelance writer ni?? hehe...